Anda di halaman 1dari 1

TEKS SERVIS PANJANG

Selamat petang. Imageri adalah satu proses yang merangkumi visualisasi untuk
membayangkan situasi. Imageri memberikan peluang kepada seseorang melakukan
pergerakan dengan cara membayangkan sesuatu pergerakan tersebut di dalam minda
sebelum melakukan pergerakan tersebut. Imageri sering digunakan bagi mempelajari
kemahiran baru di samping dapat mempertingkatkan prestasi atlet. Marilah kita mula.

Untuk persediaan, kaki buka macam ini (seluas bahu), pegang bulu tangkis seperti ini.
Selepas itu, Kita tengok fasa pelaksanaan, macam ini, seterusnya

Raket dipegang dengan posisi pistol. Berdiri dengan kaki direnggangkan satu di depan
dan satu di belakang. Bulu tangkis dipegang pada ketinggian pinggang. Berat badan
berkumpul pada kaki yang berada di belakang. Tangan yang memegang rakat pada
posisi belakang. Jatuhkan bulu tangkis, pukul bulu tangkis pada ketinggian lutut supaya
bulu tangkis akan melambung tinggi dan jauh, berat badan dipindahkan ke depan
apabila memukul bulu tangkis. Akhiri pergerakan dengan raket mengarah ke atas, lurus
dengan pergerakan bulu tangkis. Silangkan raket di depan dan atas bahu dengan
tangan yang tidak memegang raket. Putar pinggul dan bahu ke depan dan tangan
mengikut arah bawah.

Sekarang kami tengok balik video. Selepas itu, tengok apa yang awak bayangkan sama
dengan apa yang ditunjukkan.

Untuk persediaan, kaki buka macam ini (seluas bahu), pegang bulu tangkis seperti ini.
Selepas itu, Kita tengok fasa pelaksanaan, macam ini, seterusnya

Nampaknya kemahiran sudah dikuasai. Sangat bagus, terima kasih untuk hari ini.

Anda mungkin juga menyukai