Anda di halaman 1dari 20

KEKUATAN OTOT

Kekuatan (strength) secara am ialah kemampuan mengangkat atau


menahan suatu beban.
Kekuatan sebagai kemampuan otot dan saraf untuk mengatasi beban
internal dan eksternal.
Kekuatan Otot ialah keupayaan otot mengatasi rintangan bagi
menghasilkan daya
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.
Kekuatan merupakan kompenen yang sangat penting dalam kecergasan
fizikal kerena merupakan daya penggerak setiap aktiviti fizikal (Bompa,
1999)
Kekuatan adalah kemampuan dari suatu otot untuk bekerja menahan
beban secara maksima (Friedrich, 1969)
UJIAN 1 KEKUATAN OTOT
BANGUN TUBI VARIASI
Pengenalan
Ujian bangkit tubi variasi ini merangkumi lima tahap.
Prosedur :
1. Pelaku bermula dengan berada dalam kedudukan berbaring di atas tilam lapik.
2. Lutut dibengkokkan 90°
3. Kaki pelaku tidak perlu disokong oleh individu yang lain.
4. Tapak kaki/kasut sentiasa mencecah lantai sepenuhnya.
5. Fasa Lakuan terbatal sekiranya tapak kaki/kasut terangkat dari lantai.
Alatan :
1. Tilam Lapik
2. Borang Skor Ujian
Fasa Lakuan 1
(Bangkit Tubi Sampai Pergelangan Tangan)

Baring dan luruskan tangan dan posisi bersedia.


Bangkit sehingga pergelangan tangan menyentuh lutut.
Fasa Lakuan 2
(Bangkit Tubi Sehingga Siku Menyentuh Lutut)
Baring dan luruskan tangan dan posisi bersedia.
Bangkit sehingga siku menyentuh lutut.
Fasa Lakuan 3
(Bangkit Tubi Silang Tangan Depan)
Baring dan luruskan tangan dan posisi bersedia.
Tangan disilangkan di atas perut.
Melakukan variasi bangkit tubi sehingga badan menyentuh paha.
Fasa Lakuan 4
(Bangkit Tubi Silang Tangan Di Atas Kepala)
Baring dan luruskan tangan dan posisi bersedia.
Bangkit sehingga pergelangan tangan menyentuh lutut.
Fasa Lakuan 5
(Bangkit Tubi Silang Tangan di Belakang Tulang Belikat)
Baring dan luruskan tangan dan posisi bersedia.
Tangan tangan disilangkan dibelakang tulang belikat.
Melakukan variasi bangkit tubi sehingga badan menyentuh paha.
UJIAN 2 KEKUATAN OTOT
TEKAN TUBI TANPA HENTI (LELAKI)
Tujuan:
Mengukur keupayaan kekuatan otot tangan serta otot bahu.
Pengurusan dan organisasi:
Ujian dilaksanakan secara berpasangan
Seorang pelaku dan seorang lagi sebagai pencatat
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku dalam 90 darjah.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Lakuan yang tidak sempurna tidak akan dikira.
5. Ujian akan ditamatkan sekiranya pelaku berhenti.
TEKAN TUBI TANPA HENTI (LELAKI)
Alatan: Tilam Lapik, Jam Randik, Borang Skor Ujian
UJIAN 2 KEKUATAN OTOT
TEKAN TUBI TANPA HENTI (WANITA)
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku dalam 90 darjah.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Lakuan yang tidak sempurna tidak akan dikira.
5. Ujian akan ditamatkan sekiranya pelaku berhenti.

Alatan: Tilam Lapik, Jam Randik, Borang Skor Ujian


TEKAN TUBI TANPA HENTI (WANITA)
UJIAN 3 KEKUATAN OTOT (BAHARU)

DEPA TANGAN DENGAN BEBANAN (DTDB)

Pengenalan
Ujian Depa Tangan Dengan Bebanan (DTDB)
merupakan ujian baharu yang dijalankan oleh kumpulan
ini bagai mengiukur tahap kekuatan otot. Bahagian otot
yang diukur ialah melibatkan otot tangan dan bahu
terutamanya otot lateral deltoit.
UJIAN 3 KEKUATAN OTOT (BAHARU)
DEPA TANGAN DENGAN BEBANAN (DTDB)
DEPA TANGAN DENGAN BEBANAN (DTDB)
PROSEDUR :
1. Pelaku duduk tegak di atas kerusi.
2. Tangan dominan memegang bebanan (3kg)
3. Tangan satu lagi mencekak pinggang
4. Depa tangan yang memegang beban selari dengan bahu.
5. Penguji membantu pelaku dengan memegang bebanan (mengampu bebanan)
sebelum ujian bermula.
6. Ujian bermula sebaik sahaja penguji melepaskan tangan yang membantu
mengampu bebanan dan serentak, kiraan masa diambil.
7. Pelaku akan mengekalkan keadaan tangan supaya selari dengan aras bahu.
8. Ujian tamat sekiranya pelaku menurunkan atau menaikkan tangan melebihi aras
bahu (aras pada peringkat mula).
9. Skor dicatat berdasarkan jumlah keseluruhan masa depaan tangan dengan
bebanan.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai