Anda di halaman 1dari 5

MENGUKUR KADAR NADI

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga. i. Carotid Artery

ii. Radial Artery

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiaptiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.

Contoh:-

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.

Contoh:-

Umur subjek ialah 33 tahun. KNM = 220 33

= 187 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :KNM = 220 33(umur)

= 187 dsm

KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm. KNL = KNM KNR = 187 72

= 115 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)

Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :(KNM KNR) x 0.6 + KNR

= (187 - 72) x 0.6 + 72

= (115) x 0.6 + 72

= 69 +72

= 141 dsm

maswafi.blogspot.com/2008/05/mengukur-kadar-nadi.html

Kadar Nadi.
Ramai yang masih keliru dengan Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Maksimum dan Kadar Nadi rehat. Oleh sebab itu, saya memuatkan beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian kita semua bagi menambahkan sedikit pengetahuan berkenaan Kadar Nadi ini. Seperti yang sedia maklum seseorang individu yang bersenam perlu mengikut prinsip-prinsip senaman. Dalam bersenam, satu perkara yang mejadi penanda aras tahap senaman yang bermutu ialah, sesuatu senaman itu perlu dilakukan dengan penuh bersungguh-sungguh dan cukup lasak sehinggakan kita bernafas dengan kuat tetapi tidak semput dan tercungap-cungap. Sekiranya kita melakukan ini, kita akan meningkatkan kadar denyutan nadi kita antara 120150dsm. Nilai ini adalah bersamaan dengan 60%-85% keupayaan maksimum anda. Barikut merupakan istilah-istilah yang ada dalam aktiviti mengambil kadar nadi: KNM = Kadar Nadi Maksimum (denyutan maksimum nadi bagi seseorang) = formula : 220 umur KNR = Kadar nadi rehat (denyutan nadi semasa berehat) KNL = Kadar Nadi Latihan (denyutan nadi untuk memulakann latihan) = KNR + 60% (KNM KNR) Contohnya: Umur = 40 tahun

Kadar Nadi rehat = 60bpm KNL = KNR + 60% (KNM KNR) = 60 + 60% (180-60) = 60 + 60% X 120 = 60 + 72 = 132 denyutan/minit Berbagai formula yang digunakan untuk menganggarkan KNM individu berdasarkan umur, tetapi KNM bervariasi secara signifikan antara individu. Bahkan di dalam satu pasukan sukan elit, seperti pendayung Olimpik berusia 20-an, KNM boleh bervariasi dari 160 kepada 220. Kepelbagaian ini sebanyak 60 atau 90 tahun perbezaan usia dengan persamaan linear yang diberikan di bawah ini, dan menunjukkan variasi yang ekstrim tentang angka rata-rata ini. Rumus yang paling umum ditemui ialah KNM = 220 umur. Formula khas ini tidak dianggap sebagai indikator KNM yang baik oleh profesional kesihatan dan kecergasan yang terkenal. Kajian selama dua dekad menunjukkan bahawa rumus ini mempunyai kesilapan/kekeliruan yang inheren iaitu (Sxy = 7-11b/minit). Akibatnya, ia dianggap sebagai tidak mempunyai ketepatan mahupun merit saintifik untuk digunakan untuk fisiologi latihan dan bidang-bidang berkaitan. Kajian pada tahun 2002 daripada 43 formula yang berbeza untuk KNM termasuk di atas menyimpulkan sebagai berikut: Rumus yang dianggap paling diterima adalah : HR max = 205.8 - (0.685 umur) (Rumus ini ditemui memiliki standard deviasi, walaupun memiliki (6.4dpm), tetapi masih dianggap boleh diterima untuk kegunaan latihan.) Sering dikutip rumus lain adalah: HR max = 206.3 (0.711 age) HR max = 206.3 - (0.711 usia)

(Kerap dihubungkan dengan "Londeree dan Moeschberger daripada University of MissouriColumbia") HR max = 217 (0.85 age) HR max = 217 - (0.85 usia) (Kerap dikaitkan dengan "Miller et al. Dari Indiana University") HR max = 208 (0.7 age) HR max = 208 - (0.7 usia) (Lain "tweak" rumus tradisional dikenali sebagai kaedah Tanaka. Berdasarkan penelitian terhadap ribuan orang, suatu formula baru disusun yang diyakini lebih tepat. Angka-angka ini sangat berhampiran dan ia bergantung kepada sistem fisiologi dan kecergasan seseorang)

http://pjhyperx.blogspot.com/2010/10/kadar-nadi.html

Anda mungkin juga menyukai