Anda di halaman 1dari 5

Dimensi Tumpuan

Keluasan Tumpuan berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas. Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan lawan. Arah Tumpuan merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalaman(perasaan & pemikiran) atau luaran(tindakan terhadap stimulus). Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.

Stail Tumpuan Luas luaran Luas dalaman Sempit luaran Sempit dalaman

Stail Tumpuan
Ramai ahli psikologi sukan tertarik untuk mengetahui tentang stail tumpuan seseorang ahli sukan. Stail tumpuan boleh dimaksudkan sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatiannya kepada maklumat serta apa yang berlaku disekelilingnya dengan selesa. ia boleh dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi yang stabil serta konsisten dalam semua situasi (Nideffer, 1993)

Kebanyakan kajian yang dilakukan dalam ruang lingkup stail tumpuan ini adalah untuk menilai fokus tumpuan (pemusatan tumpuan) atlet terbabit iaitu kemampuan menggunakan stail tumpuan yang sesuai dengan rangsangan atau tugasan yang perlu dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai