Anda di halaman 1dari 10

Unit 4 - Psikologi Sukan

4.1 Asas Psikologi Sukan

4.1.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi:


a. Psikologi
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia
(Wann, 1997).

b. Psikologi Sukan
Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu
aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif keatas mereka yang
terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut
(Wann, 1997).

Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia
dalam sukan

4.1.2 Peranan Psikologis Sukan


a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan
pengetahuan kita tentang bidang ini.

b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi serta bidang


akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan
dalam bidang ini.

c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan masalah


yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya
bersifat peribadi.

4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi

Kognitif:
Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas
sesuatu aktiviti.

Emosi:
Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah
dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit.

Fizikal (Perlakuan/Psikomotor):
Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit.
Fizikal

Prestasi

Kognitif Emosi

Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi

4.2 Motivasi

4.2.1 Konsep Motivasi

Definisi
Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat
neutral.

a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu.


b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau
mengelakkan diri dari situasi tersebut.

Sumber
a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan,
kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.

b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang,


persekitaran.
4.2.2 Motivasi dan Ganjaran
Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan motivasi individu.

a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan


ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap
kebolehan atlit, dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut.

Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman


jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat
meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut.

b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan


ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut
akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan.

Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau


perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan
mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan.
4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah
penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri.

i. Penetapan matlamat

Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan


membuat sasaran tertentu yang sentiasa
dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

Tahap-Tahap Penetapan Matlamat

a. Matlamat Jangka Panjang

Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam


mencapai sasaran yang ditetapkan.

b. Matlamat Jangka Sederhana

Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk


menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul
untuk menepati matlamat terakhir.

c. Matlamat Jangka Pendek

Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit
atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat
jangka panjang.

Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk


memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk
menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat.

ii. Kata-Kata Rangsangan Diri

Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk


meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu
atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh)
ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti
harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.
4.3 Kebimbangan

4.3.1 Konsep Kebimbangan

Definisi
Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang
individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan
tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah
peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur,
menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut.

Jenis-Jenis Kebimbangan
a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti
individu contohnya, individu yang semulajadi mempunyai ‘darah
gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di
persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan


semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang
terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi
darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut
sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan
dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi
individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan
kebangkitannya.

4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan


a. Rangsangan
Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu.
Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat
dalam situasi tersebut.
b. Tafsiran
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh
bersifat positif ataupun negatif.
c. Pelakuan
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang
telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan
adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan
sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau
berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan
berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang
atlit merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam
acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan
saingan.

Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu


tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa
hadapan.

4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan


Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan
kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik
relaksasi dan visualisasi.

a. Terapi pernafasan
Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan meng-hembuskannya
perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa
tenang atau releks.
Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk
mengurangkan kebimbangan tret dan
kebimbangan seketika

b. Pemusatan (centering)
Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta
menumpukan perhatian
(pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah
badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada
kedudukan yang selesa.
Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi.
Berkesan untuk mengurangkan
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
c. Relaksasi
Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif.
Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.
Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan
memfokus kepada rasa otot tersebut.
Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila
perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan
kebimbangan seketika.

d. Visualisasi
Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu
apabila mereka berada
dalam keadaan tertekan atau bimbang.
Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

4.4 Atribusi

4.4.1 Konsep Atribusi

Definisi
Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan,
memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada
persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi dan tafsiran individu tersebut
mengenai sesuatu situasi yang telah berlaku. Atribusi akan
mempengaruhi sikap, perlakuan, keyakinan serta motivasi individu
tersebut.

Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas bahawa di


akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, seseorang individu
akan mencari penyebab kepada pencapaian mereka sama ada mereka
berjaya atau gagal.

4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi


Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah disebabkan
oleh tiga dimensi iaitu:

a. Lokus Penyebab (locus of causality)


Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari faktor
dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya
apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan melihat
sama ada kegagalan tersebut berpunca dari
kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana alatan yang
kurang sempurna (luaran).

b. Kestabilan (stability)
Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh masa
tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan kemahirannya
(tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya dalam
acara tersebut. Sekiranya gimnas tadi mengatributkan kejayaan beliau
kepada ketinggian
(stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya.
c. Kebolehkawalan (controllability)
Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam
atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes gimnas di atas,
kekurangan kemahiran merupakan elemen di dalam kawalan
sementara alatan tadi merupakan elemen di luar kawalan beliau.

Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi penyebab.


Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa depan melalui
pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan jangkaan masa depan yang
terbentuk.

4.4.3 Kesan Atribusi

a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh


mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang individu.

b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi


lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi.

c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan diri


atlit dengan membuat atribusi yang sesuai apabila berjaya atau gagal
dalam sesuatu tugasan: kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang
stabil dan dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab
yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).
4.5. Keagresifan

4.5.1 Konsep Keagresifan (Definisi )


Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau
mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup
yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981).

4.5.2 Klasifikasi Keagresifan


Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza:

a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile)


Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat
individu tersebut menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada
tindakan ini adalah melihat kecederaan
dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya
didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku.
Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan sengaja
menjatuhkan lawannya.

b. Keagresifan Instrumental
Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat untuk
mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya
perlu bagi mencapai matlamat tersebut. Contohnya seorang peninju
yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu
perlawanan.

c. Keagresifan Asertif
Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta
perkataan dalam permainan atau perlawanan adalah mengikut
peraturan permainan yang telah ditetapkan. Individu ini tidak berniat
untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan

Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh


dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu :

a. Psiko-Fisiologikal
Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu
tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau diancam (lawan bermain
kasar) secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak
mengikut tafsiran yang telah diputuskan (tindak
balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan
(peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal
yang keterlaluan)
b. Faktor Semasa
i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi
kemungkinan untuk bertindak agresif.

ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau


mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh
pihak yang ketinggalan.

iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton


(pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi pemangkin
kepada keagresifan dikalangan pemain.

iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan


lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun,
faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa
(minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada tindakan
agresif.

Anda mungkin juga menyukai