Anda di halaman 1dari 7

Pengucapan awam - Perceraian

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Balu dan rakan-rakan


yang saya kasihi sekalian, hari ini saya ingin memberi sebuah
pengucapan awam yang bertajuk perceraian. Perceraian adalah cerai
hidup pasangan suami isteri sebagai akibat dari kegagalan mereka
menjalankan obligasi peranan masing-masing. Kajian umum
menunjukkan bahawa pasangan yang biasanya bercerai terdiri daripada
pasangan tanpa anak, baru berkahwin, berkahwin muda, salah satu
pasangan tidak memberi tumpuan kepada keluarga dan pasangan yang
kerap terpisah disebabkan oleh kerjaya mereka. Menurut berita semasa
daripada tahun 2002 hingga tahun 2009 jumlah perceraian turut naik
sebanyak 105 peratus. Kadar perceraian semakin meningkat
disebabkan oleh kekurangan komunikasi antara pasangan selepas
berkahwin dan keganasan rumah tangga.

Faktor yang pertama menyebabkan perceraian ialah kurangnya


komunikasi antara pasangan selepas berkahwin. Komunikasi
memainkan peranan yang penting dalam hubungan antara suami dan
isteri dalam rumah tertangga supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan hati yang tenang. Kekurangan
berkomunikasi antara pasangan selepas berkahwin menyebabkan
menimbulnya ketidakfahaman. Contohnya seorang suami atau isteri
tidak mahu berbincang dengan pasangannya dan ingin membuat
keputusan atas pandangan sendiri. Pandangan yang berbeza antara
pasangan akan menimbulkan pertelingkahan yang tidak dapat
diselesaikan. Semakin lama dan banyak kali bergaduh, hubungan
antara pasangan tersebut telah menjadi renggang dan tidak dapat
diselamatkan akhirnya mereka terpaksa bercerai. Komunikasi yang
berkesan amat diperlukan untuk mengelakkan perceraian.
Faktor yang seterusnya ialah keganasan yang berlaku dalam
keluarga. Kebanyakannya suami dianggap sebagai ketua dalam
keluarga dan bertanggungjawab dalam menampung kos perbelanjaan
keluarga. Pembelanjaan untuk keperluan asas, pendidikan anak-anak
dan kesihatan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
permintaan daripada majikan untuk menyelesaikan projek semakin
menyusahkan menyebabkan seorang suami tersebut berasa tertekan.
Tekanan yang melampau akan menyebabkan seseorang itu menjadi
letih serta kehilangan kesabaran dan seterusnya melepaskan geram ke
atas ahli keluarga. Contohnya kes seorang suami memukul isteri dan
anaknya sering terpapar dalam surat khabar. Penderaan dari segi fizikal
dan mental daripada seorang suami ke atas isterinya telah
menyebabkan isteri tidak tahan dengan perlakuan suaminya dan
bercerai dengannya. Oleh itu, keganasan rumah tertangga yang sering
berlaku telah menyebabkan perceraian berlaku dalam sesebuah rumah
tertangga .

Perceraian antara pasangan memberi kesan yang ketara kepada


anak-anakl dari segi kesihatan, pendidikan dan emosi. Apabila
perceraian berlaku antara pasangan, kesan utama daripada hasil
perceraian ialah kepada kanak-kanak. Kehilangan kasih sayang
daripada ibu atau bapa akan menyebabkan anak –anak mengalami
tekanan perasaan dan gangguan jiwa. Keyakinan diri dalam anak-anak
semakin kurang dan mereka semakin kehilangan hala tujuan. Hal ini
akan menyebabkan mereka terjerumus dalam gejala sosial seperti
rompakan, penagihan dadah serta pembunuhan. Mereka tidak lagi
mementingkan pelajaran dan juga masa depan mereka. Mereka juga
tidak akan bertanggungjawab dalam melakukan semua perkara kerana
ibu bapa telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap
keluarga. Kesihatan mereka juga akan dibimbangkan kerana
kekurangan jagaan yang sempurna daripada kedua-dua pihak ibu dan
bapa.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambilkan untuk


menyelesaikan masalah perceraian yang berlaku. Langkah yang
pertama ialah mewujudkan program pendidikan keluarga. Program
tersebut ditujukan kepada anak-anak muda yang belum berumah
tangga. Program tersebut harus menekankan kepentingan dalam
mewujudkan keluarga yang bahagia. Program tersebut bertujuan untuk
mendidik anak-anak supaya membentuk keluarga yang mantap dan
dapat dikekalkan selamanya. Panduan-panduan membentuk keluarga
bahagia patutlah disebar luas melalui program tersebut. Dengan ini,
anak-anak muda yang ingin berkahwin dapat mengetahui perkara yang
perlu dilakukan dapat membentuk keluarga yang bahagia dan harmonis.
Dengan ini, peratusan untuk perceraian selepas berkahwin dapat
dikurangkan. Masalah perceraian dapat dikurangkan kerana anak-anak
muda yang ingin berkahwin telah mengetahui cara untuk mengekalkan
perkahwinan mereka.

Komunikasi antara pasangan dalam sebuah perkahwinan penting


dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga mengekalkan
perkahwinan mereka. Melalui komunikasi antara pasangan, masalah
dapat diselesaikan dengan perbincangan tanpa pertelingkahan dan
pergaduhan. Tanpa konflik yang berpanjangan antara suami dan isteri
akan mewujudkan suasana yang harmonis di dalam rumah. Suami dan
isteri juga boleh menukar pendapat masing-masing dan berbincang
bersama-sama secara rasional untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan keadah yang lebih sesuai. Hubungan yang erat dan
harmoni antara suami dan isteri dapat dikekalkan dengan adanya
komunikasi yang baik dan berkesan. Perceraian tidak akan berlaku
kerana suami dan isteri mempunyai sikap bertolak ansur dan bertimbang
rasa.

Pusat kaunseling juga dapat membantu bagi mengurangkan kes


perceraian yang semakin meningkat. Suami isteri yang menghadapi
masalah dalam perkahwinan mereka boleh menerima pandangan
daripada kaunselor yang profesional. Apabila menghadapi situasi yang
getir, ahli keluarga memerlukan kaunselor untuk mengetahui hala tuju
yang dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pasangan juga boleh
menyertai kursus motivasi dan kursus keibubapaan yang dianjurkan oleh
pusat kaunseling. Selepas menyertai kursus-kursus, suami dan isteri
akan mempunyai kesedaran tentang pentingnya peranan serta
tanggungjawab mereka untuk memelihara sebuah perkahwinan. Suami
dan isteri yang mendapat nasihat daripada kaunselor yang profesional
dapat menjaga perkahwinan mereka dengan baik. Suami dan isteri
boleh mengunjungi pusat kaunselor untuk mendapat pandangan supaya
tidak berlakunya perceraian dalam sesebuah keluarga.

Kesimpulannya, perceraian dalam sesebuah negara berpunca


daripada kekurangan komunikasi antara pasangan yang telah berkahwin
dan juga keganasan rumak tertangga. Kesan yang paling dapat dilihat
selepas berlakunya perceraian dalam rumah tertangga ialah kesan ke
atas anak-anak dari segi kesihatan, pendidikan dan emosi. Langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan peratusan perceraian
ialah menyertai program pendidikan keluarga untuk bersiap sedia
sebelum berkahwin, komunikasi antara pasangan selepas berkahwin
perlu diperbanyakan dan pasangan juga harus mengunjungi pusat
kaunseling apabila menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Peta ithink: peta buih (Peta 2)

Program
pendidikan
keluarga

Langkah-
langkah
mengatasi

Komunikasi Pusat
antara pasangan kaunseling
diperbanyakan

Peta buih juga dinamakan “Bubble Map” digunakan untuk memperkaya kebolehan
murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian.
Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim Hassan (2006). Krisis dan
konflik institut keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.

Azizi Yahaya (2009). Modal insan : membentuk keluarga berkesan. Skudai:


Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Halin Hamid (2003). Mengenali Institut sosial. Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Kes Cerai di Malaysia MENINGKAT!! (n.d.). Retrieved Februari 27, 2016, from Berita
Semasa: http://www.beritasemasa.com.my/kes-cerai-di-malaysia-meningkat
Peta ithink: Peta pelbagai alir (Peta 7)

Kekurangan
komunikasi antara
pasangan cvcv Pengaruh anak-
anak dari segi
Perceraian cvcv kesihatan,pendidik
cvcv an dan emosi

Keganasan
rumah tertangga

Peta pelbagai alir juga dinamakan “Multi-flow Map” digunakan untuk menunjukkan dan
menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segi empat yang berada di tengah adalah peristiwa
yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut .

Anda mungkin juga menyukai