Anda di halaman 1dari 9

Bincangkan halangan-halangan komunikasi dalam keluarga dan bagaimana hendak meningkatkan keberkesanan komunikasi.

Abstrak Artikel ini akan membincangkan secara inklusif tentang halanganhalangan komunikasi yang wujud dalam keluarga pada masyarakat moden hari ini. Halanganhalangan tersebut akan dikenalpasti dalam aspek interaksi fizikal dan emosi. Sebelum menyelami ke dasar permasalahan ini, definisi dan elemen-elemen kepada proses komunikasi akan diperhalusi terlebih dahulu supaya masalah ini dapat di atasi sejak di peringkat akar umbi lagi. Beberapa halangan-halangan utama seperti persepsi, keterbukaan, pemilihan bahasa, waktu, dan tahap sosial yang berbeza-beza membina batu penghalang kepada komunikasi yang berkesan ini. Namun demikian, setiap halangan tersebut mampu diatasi jika langkah-langkah yang proaktif dimainkan oleh setiap anggota keluarga terutamanya ibu dan bapa melalui pemahaman yang baik tentang cara komunikasi yang berkesan dan signifikannya kepada keharmonian keluarga. Teknik komunikasi yang betul serta pendekatan yang sewajarnya akan dihujjahkan dengan realistik supaya taraf keberkesanan komunikasi dalam keluarga sering dinamik dan efektif seiiring zaman yang semakin mencabar.

1.0

Pendahuluan Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana

keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut. Justeru itu, menyedari akan kepentingan hubungan keluarga yang sejahtera, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan ke arah memantapkan perhubungan tersebut. Secara umumnya, komunikasi keluarga merujuk kepada cara bagaimana ibu bapa berkomunikasi dengan anak mereka dalam membentuk sosialisasi terutama pada peringkat awal kanak-kanak. Pola komunikasi kekeluargaan didapati mempunyai pengaruh terhadap cara anak memproses maklumat daripada luar persekitaran keluarga yang membawa kepada kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu. Ada beberapa kajian terdahulu menunjukkan komunikasi keluarga mempunyai kaitan dengan tingkah laku anak khususnya remaja. Maka

seharusnya komunikasi keluarga dititikberatkan agar ia berlangsung dengan baik.Jika komunikasi keluarga tidak dapat berjalan dengan sepatutnya, ia akan membawa kepada beberapa implikasi negatif yang akan membabitkan anak sebagai mangsa. Sebagai contoh, apabila terjadinya konflik1 memungkinkan komunikasi yang tidak menyenangkan akan membawa implikasi buruk terhadap pemikiran anak di dalam keluarga berkenaan. Perlu difahami, bahawa komunikasi merupakan satu proses penyampaian gagasan, harapan dan pesanan yang disampaikan melalui lambang tertentu yang mengandung erti , dilakukan oleh penyampai pesan (sumber, penyampai sendiri) ditujukan kepada penerima pesan(receiver,komunikan, audience). Komunikasi dalam interaksi keluarga penyampai pesan dapat ayah, ibu, orang tua, anak , suami, isteri , mertua, datuk dan nenek. Begitupun sebagai penerima pesan. Pesan yang disampaikan dapat berupa informasi, nasihat,petunjuk, pengarahan, meminta bantuan. Komunikasi yang terjadi dalam keluarga merupakan komunikasi yang unik. Komunikasi yang terjadi dalam keluarga melibatkan paling sedikit dua orang yang mempunyai sifat , nilai-nilai, pendapat , sikap, fikiran dan perilaku yang khas dan berbeza-beza. Seterusnya, menurut Bigner konsep teori sistem keluarga ini digunakan dengan meluas untuk menerangkan kefungsian keluarga khususnya berkaitan hubungan di antara ibu bapa dan anak di mana ia menerangkan interaksi kompleks yang berlaku dalam keluarga dan juga faktor yang mempengaruhi proses keluarga membuat keputusan dan menetapkan pencapaian matlamat tertentu. Selain itu, teori sistem juga menerangkan bagaimana keluarga memberi respons terhadap sebarang perubahan, bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga terhadap perubahan luaran yang memberi cabaran kepada kestabilan untuk berfungsi secara efektif. ( UKM :2011: 45 ) Komunikasi yang positif dan berkesan telah dikenal pasti sebagai asas kepada sesebuah keluarga untuk berfungsi dengan baik. Ini khususnya apabila anak-anak telah mula meningkat remaja di mana pada waktu tersebut mereka mula berupaya untuk membina identiti dan membuat keputusan. Sebagaimana kajian Barnes dan Olson (1985) menunjukkan apabila komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja berlangsung dengan baik, hubungan keluarga semakin rapat, wujud hubungan kasih sayang dan seterusnya memudahkan sebarang penyelesaian masalah. Menurutnya lagi, komunikasi adalah satu proses yang memudahkan pembinaan kohesi dan penyesuaian di kalangan keluarga.
1

seperti kecelaruan keluarga, pertengkaran dan perceraian.

2.0

Perbincangan a) Halangan-Halangan Komunikasi Dalam Keluarga Antara halangan halangan komunikasi dalam keluarga yang selalu berlaku ialah

sikap suka bertindak dengan melulu, menuduh atau tanggapan yang salah terhadap ahli keluarga. Hal ini menyebabkan komunikasi dua hala antara ahli keluarga terjejas serta timbul perasaan dendam. Tanggapan yang salah terhadap keluarga hendaklah dijauhi. Setiap suami dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya melayan pasangan iaitu dengan menggunakan cara dan adab yang telah digariskan dalam Islam seperti memberi salam, sopan dan hormat. Sebagai ibu bapa pula, Norazman menekankan bahawa ibu bapa adalah contoh kepada anakanak dan tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. (Bernama 2012:2). Selain itu, komunikasi pada waktu yang tidak sesuai juga antara halangan komunikasi dalam keluarga. Jika kita lihat pada konteks untuk memberi nasihat. Seorang suami tidak boleh menasihati isteri pada waktu yang tidak sesuai. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:375 ) Sebagai contoh, seorang suami jangan menasihati atau mengkritik isteri pada saat isteri keletihan setelah seharian bekerja, hal ini kerana nasihat tidak akan mendatangkan pengaruh bahkan sebaliknya boleh menimbulkan reaksi yang negatif. Keluhan, kritikan, nasihat dan sebagainya memerlukan waktu yang tepat. Dengan memilih waktu yang tepat, maka ada kesempatan untuk menyampaikan suatu permasalahan lebih jelas, lebih luas, dan lebih mendalam, sehingga sama-sama akan mendapatkan hasil yang lebih baik. Seterusnya, halangan komunikasi dalam keluarga juga berlaku apabila wujudnya prasangka atau persepsi negatif terhadap salah seorang daripada ahli keluarga seperti memandang rendah, mengejek dan melabel dengan kekurangan tertentu. Contohnya, jika isteri mempuyai jawatan yang lebih tinggi daripada suaminya maka ia akan rasa bangga diri serta memandang rendah terhadap suami. Hal ini akan menimbulkan halangan komunikasi antara suami isteri yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak. Komunikasi keluarga dalam tempoh anak sedang meningkat remaja menjadi aspek penting yang menyumbang kepada keseluruhan atmosfera keluarga. (Noller 1985). Pendapat yang sama2 juga

menyatakan bahawa persekitaran komunikasi keluarga memberi kesan kepada anak pada peringkat pertengahan perkembangan mereka. (Fitzpatricketal 1996).
2

Dari segi pencapaian akademik, Ullrich dan Kreppner (1997) mendapatibahawa terdapat perkaitan di antara kualiti komunikasi keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan remaja

Disamping itu, penampilan atau ekspresi ketika berbicara juga perlu diambil kira di dalam komunikasi keluarga. Misalnya memek muka, kesediaan fizikal dan mental, nada suara serta tatacara memberi tumpuan. Berdasarkan kajian yang dijalankan 65% daripada komunikasi bersemuka disampaikan melalui isyarat tanpa lisan. Seterusnya Pergerakan badan boleh menghasilkan bahasa komunikasi tanpa lisan (non-verbal communication) seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan isyarat bahasa badan. ( Harrison 1965: 168 ). Reaksi yang positif akan memeberi kesan yang positif dan sebaliknya jika reaksi negatif maka kesanya juga negatif. Dalam interaksi keluarga dapat digunakan beberapa jenis komunikasi. Jenis-jenis komunikasi dapat dikelompokaan dalam empat macam, iaitu komunikasi bertulis, komunikasi lisan, komunikasi nonverbal3, komunikasi satu arah iaitu komunikasi berbentuk perintah, intruksi dan paksaaan dan seterusnya komunikasi dua arah yang lebih bersifat informative dan persuasive dan memerlukan hasil. Sehubungan dengan itu, halangan komunikasi dalam keluarga turut tercetus apabila kurangnya kemahiran mendengar yang sangat menyusut di kalangan ahli keluarga. Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa Senario di mana sang ibu sering mengulang-ulang panggilan, soalan serta arahan terhadap anak-anak sering dilihat di dalam institusi keluarga. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Namun demikian, anak-anak sering bertindak sebaliknya iaitu dengan bersikap endah tidak endah dengan situasi seperti itu. Oleh yang demikian, budaya atau kemahiran mendengar secara aktif perlu menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Komunikasi dengan menggunakan mimik, pantonim, bahasa isyarat

Tembok penghalang kepada komunikasi berkesan dalam keluarga turut disumbang oleh kualiti hubungan ibu bapa. Ullrich (1999) mendapati bahawa pola khusus komunikasi ibu bapa menentukan sama ada mudah atau sukar membuat penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku dalam keluarga khususnya apabila anak pertama mula memasuki alam keremajaan. Barnes dan Olson (1985) mendapati bahawa keluarga yang mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara ibu bapa dan anak remaja akan memberi kepuasan kepada keseluruhan aspek kualiti hidup. Kajian oleh Jackson et al. (1998) di kalangan remaja menunjukkan komunikasi keluarga yang berkesan berkait dengan kepuasan terhadap keluarga dan kurangnya berlaku percanggahan di antara ibu bapa dan anak khususnya apabila anak mula meningkat remaja. Kajian mereka juga mendapati terdapat hubungan yang positif di antara komunikasi keluarga dengan penghargaan, kendiri remaja, dan beberapa aspek kesejahteraan hidup di kalangan remaja. Tidak ketinggalan, isu perbezaan gender dalam komunikasi di mana Noller dan Bagi (1985) mendapati remaja lelaki dan perempuan cenderung untuk berkomunikasi lebih dengan ibu berbanding bapa kecuali topik berkaitan dengan politik. Pendedahan kendiri juga lebih banyak dilakukan terhadap ibu berbanding bapa, di mana anak remaja perempuan lebih kerap membuat pendedahan kendiri berbanding anak lelaki dan didapati juga ibu lebih tepat meramal respons daripada anak remaja berbanding dengan bapa.

b) Cara-Cara Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Keluarga

Tidak dinafikan, semasa berkomunikasi banyak halangan yang perlu dihadapi terutama sekali dalam institusi keluarga. Cara meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam keluarga ialah menjadi pendengar yang baik. Mendengar dengan baik bermaksud seseorang itu mendengar sambil memahami dan menghayati perasaan orang yang berkomunikasi denganya. Mendengar adalah berkait rapat dengan member perhatian. tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud ( Roger 1951:94 ). Untuk membolehkan wujudnya keadaan ini, pasangan terlibat perlu mengelak daripada membuat andaian yang bukan bukan. Berilah peluang untuk meyampaikan mesejnya sehingga selesai. Oleh itu bersedialah dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan mendengar apa yang disampaikan oleh pasangan.

Seterusnya, komunikasi akan menjadi lebih berkesan apabila wujudnya seseorang yang memainkan fungsi sebagai komunikator. Pada umumnya orang tua dalam kehidupan keluarga banyak melakukan perannya sebagai seorang komunikator.Fungsi komunikator adalah menyediakan sumber informasi, menyaring dan mengevaluasi informasi yang tersedia dan mengolah informasi ke dalam bentuk yang sesuai bagi beberapa anggota keluarga sebagai kelompok penerima informasi tersebut, sehingga kelompok penerima dapat memahami informasi tersebut. Syarat-syarat yang perlu dimiliki seorang komunikator, yaitu harus bersemangat, kritis, memiliki kepercayaan diri, memiliki sikap dan tindakan terpuji, memelihara proses komunikasi yang tengah berlangsung, mendelegasikan dan membagi tanggung jawab, penuh inisiatif, menghargai kemampuanl anggota keluarga , mawas diri dan mampu mengadakan pengawasan. Berbincang juga dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Menurut Ketua Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman Amat, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan suami isteri. "Kita menggunakan komunikasi dalam proses mendapatkan zuriat, menyatakan perasaan dan kehendak, membina kemesraan dan kasih sayang, berhibur, mengenali pasangan dengan lebih dekat dan juga untuk membimbing dan mendidik," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Komunikasi Dalam Keluarga' pada Seminar Pemantapan Keluarga Siri ke-14 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini baru-baru ini. Justeru, katanya, dalam mencapai proses tersebut, suami isteri haruslah sedar bahawa rumah tangga yang dibina itu adalah milik bersama. Bahkan mereka juga perlu sentiasa berbincang dan mencari kata sepakat dalam setiap hal atau masalah yang timbul dalam keluarga. ( Bernama 2012:3 ). Dalam kehidupan berkeluarga pasti ada perselisihan. Seperti kata pepatah sedangkan lidah tergigit inikan pula manusia biasa. Justeru salah seorang daripada ahli keluarga perlulah mengambil langkah yang terbaik untuk menyelesaikanya dengan memberi dan menerima teguran secara bijaksana4. Jika salah seorang melakukan kesalahan, dia hendaklah segera mengakui kesalahanya dan meminta maaf. Firman Allah s.w.t dan hendaklah mereka memaaf dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:382 ).
4

Teguran yang diberi mestilah ikhlas dan bersedia menerimanya, tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa badan, menegur dengan lembut tetapi tegas terhadap perkara yang tidak menyenangkan .

Seterusnya, kerap melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Keluarga digalakkan melakukan ibadah dan beriadah bersama, mengingati dan meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, berkongsi melakukan tugas dirumah serta meluangkan masa bercuti bersama. Sebagai contoh dalam suatu peperangan, apabila Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya hendak menyediakan makanan, Rasulullah s.aw membahagi pekerjaan dan baginda mengatakan bahawa tugas mengumpul kayu bakar menjadi tanggugjawabnya. Para sahabat mendesak supaya Rasulullah duduk sahaja danbiarkan mereka sahaja yang mengerjakan semuanya. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:382 ). Kita hendaklah mengambil ikhtibar daripada kisah ini dengan sentiasa bekerjasama sesama ahli keluarga. Selain itu penekanan terhadap komunikasi bukan lisan mendahului komunikasi lisan menghasilkan komunikasi yang berkualiti dalam keluarga. Trees (1999) mendapati komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh ibu menyumbang kepada sokongan emosi kanak-kanak. Bronstein (1994) juga mendapati di kalangan keluarga di Mexico, pola

interaksi di antara ibu bapa anak berkait dengan perkembangan sosial dan emosi anak-anak di mana ibu bapa yang mesra dan menyokong menyumbang kepada tingkah laku anak-anak yang ekspresif dan asertif manakala tingkah laku ibu bapa yang menghukum dan bersifat membatasi berkait dengan tingkah laku anak-anak yang pasif dan provokatif. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Sheran (1999) yang mendapati bahawa corak interaksi antara ibu dan anak akan mempengaruhi kecekapan sosial5 kanak-kanak tersebut. Dari segi teknik, keberkesanan komunikasi terhasil dengan kebijaksaan menarik perhatiaan ahli keluarga. Komunikasi yang efektif , iaitu sikap dan tingkah laku itu sesuai dengan yang diharapkan dari komunikasi tersebut.Prosedur yang dapat ditempuh untuk mendapat efek yang baik dari komunikasi menurut Wilbur Schraam yang disebut sebagai Procedur A A; yaitu :proses dari attention ke action. Komunikasi dalanm interaksi keluarga , pertama harus dibangkitkan dulu Attention (perhatian) anggota keluarga dengan berbagai cara; kemudian Interest (kepentingan) yang disampai kan , sesuai dengan kebutuhan keluarga atau anggota keluarga. Selanjutnya kembangkan keinginan-keinginan anggota keluarga sehingga timbul Decision (keputusan) untuk melakukan pesan yang diharapkan. Proses terakhir dari keputusan itu muncul Action (tindakan).
5

Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka memberi implikasi berpanjangan kepada perkembangan emosi anak-anak mereka (Hybels & Weaver 1998).

3.0

Kesimpulan Dalam kehidupan seharian, komunikasi dalam keluarga adalah sesuatu perkara yang

sangat penting tetapi masih dipandang enteng oleh sesetangah pihak. Ini kerana, institusi keluarga memainkan peranan membentuk sikap dan tingkah laku individu sejak dari kecil lagi. Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam proses sosialisasi yang membawa kepada perkembangan sikap anak. Hakikatnya perkembangan anak remaja pada hari ini tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Dunia kini, remaja sentiasa dikaitkan dengan masalah sosial, akhlak, jenayah dan sebagainya. Inilah yang akan berlaku jika komunikasi keluarga gagal dan membolehkan golongan remaja ini melakukan sesuatu berdasarkan kemahuannya sendiri yang memungkinkan dirinya terdedah dengan pengaruh sekeliling bagi mencari jalan keluar yang dirasakan perlu. Atas kesedaran itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka pelbagai program untuk menangani permasalahan khususnya yang berkaitan keluarga. Hubungan keluarga dari perspektif komunikasi dilihat berdasarkan kepada teori sistem keluarga di mana setiap ahli merupakan unsur dalam satu sistem yang saling berinteraksi di antara satu sama lain ke arah mengekalkan keseimbangan sistem Sebagai kesimpulan, komunikasi keluarga yang positif memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan emosi, sosial, dan mental anak-anak. Persekitaran komunikasi yang positif juga akan membentuk remaja membina identiti yang mantap dan mampu berhadapan dengan cabaran semasa. Komunikasi juga dilihat bukan sahaja memberi kesan positif kepada keluarga yang sihat, namun ia juga memberi kesan yang positif terhadap emosi dan keupayaan pesakit khususnya anak-anak untuk berhadapan dengan penyakit yang sedang dihadapi. Sebaliknya pula kajian lalu menunjukkan bahawa keluarga yang tidak mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga akan mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja.

Bibliografi
Alo. (1997). Komunikasi Antarpribadi. Bandung : PT.Citra Aditya Bakti Barnes, H. L. & Olson, D. H. 1985. Parent-adolescent communication and the circumplex model. Child Development, 56: 438-447. Bigner, J. J. 2002. Parent-Child Relations: An Introduction to Parenting. Ed. ke-6. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall. Fitzpatrick, M. A. & Ritchie, D. L. 1994. Communication schemata within the family: Multiple perspective on family interaction. Human Communication Research 20(3): 275-302. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara Mok Song Sang. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Narimah Ismail. 1994. Correlates of concept-oriented and socio-oriented family communication in two Malay communities: A comparative study. Disertasi PhD. Universiti Putra Malaysia, Selangor. Nur Yasmin & Muhammad Raihan. (2012). Indahnya Cinta Dan Hubungan Suami Isteri. Selangor. Yasmin Publication. Prof Dr Mohammed Zin Nordin, (2011). Kemahiran Komunikasi. Perak:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Carter, B. & McGoldrick, M.(eds), The Expanded Family Life Cycle (3).249-273.Boston: Allyn &Bacon

Anda mungkin juga menyukai