Anda di halaman 1dari 13

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Dalam kehidupan harian kita sebagai mahluk yang mempunyai naluri sosial, sama ada sedar
atau tidak ,kita tidak dapat mengelak diri daripada melakukan interaksi dengan individu atau
orang lain secara satu lawan satu mahupun dalam kumpulan komuniti. Interaksi tersebut
boleh berlaku secara verbal mahupun bukan verbal yang bertujuan menyampaikan pesan dan
membina hubungan. Berinterkasi dengan orang lain memerlukan kemahiran dan ketrampilan
agar tujuan komunikasi itu tercapai, yang pada akhirnya mempengaruhi perlakuan individu
dalam konteks pembangunan sosialnya. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk
pada interkasi yang berkesan antara peserta komunikasi.

Komunikasi Interpersonal

Menurut para pakar dalam bidang komunikasi, komunikasi interpersonal merupakan proses
pertukaran informasi diantara seseorang dengan paling kurang seorang lainya atau biasanya
diantara dua orang yang dapat langsung diketahui balikannya (komunikasi langsung)
[Muhammad, 2005 ]. Lebih lanjut lagi, Joseph A. Devto menjelaskan bahawa komunikasi
interpersonal interpersonal adalah proses pengiriman pesan-pesan antara dua orang atau
diantara sekelompok kecil orang, dengan beberapa kesan dan beberapa umpan balik seketika.
Komunikasi ini dianggap sebagai suatu teknik psikologi manusiawi. Dalam Komunikasi
interpersonal, individu yang terlibat dalam proses interkasi itu coba menginterpretasikan
makna yang berkaitan diri sendiri, diri orang lain dan hubungan yang terbentuk. Kesemua ini
berlaku melalui proses picker yang melibatkan pemberian makna atau kesimpulan.

Secara umumnya, teori komunikasi interpersonal mengkaji bagaimana indvidu berinteraksi


antara satu dengan lain secara verbal mahupun bukan verbal bagi mencipta maksud dan
membina hubungan sosial. Interaksi itu boleh melibatkan perbualan secara satu lawan satu
atau dalam sekumpulan individu dalam sesebuah komuniti

Komunikasi interpersonal mempunyai karakteristik seperti:

1. Aspek isi pesan dan kualiti proses interaksi

2. Mempunyai hubungan saling mempengaruhi

Prinsip komunikasi interpersonal pula adalah seperti kualiti hubungan, empati, saling
menghargai, terterbukaan minda, trust ( percaya ) antara satu dengan lain dan harmoni.
1
Komunikasi interpersonal yang berlaku antara dua individu bagi mencapai persefahaman
selalunya melibatkan hal-hal positif yang membolehkan hubungan sosial itu berkekalan.
Biasanya, ada persamaan di antara persahabatan, percintaan, dan hubugan keluarga.
Semuanya melibatkan kemesraan, kepercayaan, tolong menolong, berkongsi keyakinan serta
tindakan spontan. Jadi penting bagi kita mengetahui bagaimana cara kita sepatutnya
berkomunikasi supaya proses pembentukan hubungan untuk apa jua tujuan dapat berjalan
dengan baik dan memenuhi keperluan semua pihak.

Komunikasi interpersonal mempunyai tujuan yang jelas, antaranya adalah:

1. Mengetahui diri sendiri. Apabila seseorang terlibat dalam proses komunikasi, kita
juga secara tidak langsung akan mengetahui diri kita sendiri, iaitu apabila kita
Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

memberikan maklum balas atas pertanyaan orang lain. Komunikasi interpersonal


memberikan kita peluang bercakap atau menceritakan tentang apa yang kita sukai,
atau apa-apa hal yang berkaitan dengan diri kita termasuk perasaan, fikiran dan
tingkah laku kta sendiri. Dengan memberikan maklumat itu kepada orang lain, kita
sebenarnya memberikan penghargaan kepada diri kita sendiri.

2. Mengetahui dunia luar. Komunikasi interpersonal memberikan kita peluang


memahami dan mengetahui lebih banyak tentang diri orang lain yang berinteraksi
dengan kita. Banyak maklumat dan informasi yang kita ketahui dari orang lain,
walaupun maklumat itu mungkin telah kita ketahui tetapi perbincangan dengan orang
lain menjadikan kita berinteraksi interpersonal.

3. Membentuk dan menjaga hubungan yang terjalin. Salah satu hasrat dan keinginan
orang yang paling utama ialah membentuk dan memelihara hubungan sosial yang
telah terbina. Komunikasi interpersonal menjadi asas penting dalam membentuk dan
mengekalkan hubungan sosial yang terbina itu.

4. Berubah sikap dan tingkah laku. Sedar atau tidak, sebenarnya melalui komunikasi
interpersonal digunakan untuk mengubah sikap dan tingkah laku orang lain. Misalnya,
kita mencadangkan orang itu mencuba menu makanan yang baru, barangan tertentu,
buku baru dan sebagainya.

5. Untuk berkunjung dan mencapai kesenangan. Kita selalunya berkunjung ke tempat


atau rumah orang lain walaupun untuk sekadar bertanya khabar atau bercerita tentang
pelbagai isu untuk mengisi masa lapang. Dengan melakukan komunikasi interpersonal
seperti ini memberikan keseimbangan yang penting dalam fikiran yang memerlukan
rehat daripada semua keseriusan di sekelilng kita.

6. Untuk membantu. Komunikasi interpersonal dijadikan salah satu modul atau terapi
kejiwaan. Hal ini terbukti dalam aktiviti profesional yang memerlukan klien
menceritakan dan mendedahkan maklumat peribadi yang berkaitan dengan masalah
yang dihadapi.

Terdapat beberapa teori komunikasi interpersonal yang dapat menjelaskan aplikasinya dalam
mempengaruhi pembangunan sosial pihak yang terlibat dalam proses komunikasi serta
perlakuan indivdu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.

Social Exchange Theory

Teori ini sebenarnya bergabung dalam Structural Anthropolgy ( Levi-Straus) , Behavioral


Psychology ( B.F. Skinner, Albert Bandura), Utilitaran Economics ( D. Ricardo, Adam
Smith, J.S. Mill), Sociology (George Homans, Peter Blau) dan Social Psychology ( Thibaut
& Kelley).

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Fokus teori ini adalah individu berinteraksi untuk mendapatkan sesuatu ganjaran atau
kelebihan dalam kumpulan sosial itu. Ini menjelaskan bahawa dalam melakukan komunikasi
dengan orang lain , individu akan mempertimbangkan rewards (ganjaran) yang akan
diperolehi dan coba mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman. Individu mencipta satu
set strategi yang mereka percaya dapat memberikan kelebihan kepada mereka. Kita
mempelajari dan tahu tentang apa yang dapat memberikan ganjaran melalui pelbagai
kelakuan dan tindakan sehinggalah salah satu tindakan itu menghasilkan sesuatu yang positif.
Teori Exchange Social yang dicetuskan oleh Thibaut dan Kelly ini menjelaskan bahawa
terdapat kesan atau pengaruh hubungan atau interaksi seseorang dengan orang lain dan kesan
itu juga turut mempengaruhi perlakuan orang lain. Lebih lanjut, teori ini mengatakan bahawa
dalam melakukan interkasi dengan orang lain selalunya orang akan menilai hubungan yang
terbentuk dan seterusnya mengharapkan sesuatu yang dapat memenuhi keperluannya hasil
daripada pembentukan hubungan sosial itu.

Dasar pemikiran teori ini adalah setiap individu secara sukarela akan memasuki dan tinggal
dalam hubungan sosial selama hubungan itu dapat memberikan ganjaran kepadanya.
Kenyataannya, dalam hubungan sosial yang sebenar, teori ini memberikan sumbangan
terhadap pembangunan sosial terutamanya dalam mempengaruhi perlakuan invdividu
khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.

Analisis dan aplikasi teori.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konsep utama teori ini adalah individu akan berinteraksi
dengan orang lain selama hubungan itu memberikan kelebihan kepada kedua pihak yang
berkomunikasi. Dalam konteks ini, pelaku komunikasi akan menampilkan perilaku yang
dianggap paling berkesan sebagai suatu usaha mengekalkan interaksi itu. Maka dalam hal ini,
individu akan berusaha melakukan hal-hal yang dapat mengekalkan hubungan sosial itu,
seperti:

1. Mengembangkan Kebolehan atau kemahiran mendengar secara aktif dan


memberikan maklum balas secara positif terhadap semua bentuk komunikasi
yang diterima.

2. Menampilkan kebolehan menyampaian pesan dengan penuh keyakinan dan


sesuai dengan tahap pendengar atau penerima pesan.

3. Menggunakan segala sumber teknologi komunikasi secara positif

4. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan

5. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai latar


belakang budaya yang berbeza.

6. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu

7. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Komunikasi interpersonal yang efektif merangkumi banyak unsur tetapi hubungan


interpersonal mungkin paling penting kerana orang akan memberikan penilaian sama ada
positif atau negatif. Masalahnya bukan terletak pada berapa sering kita berkomunikasi dengan
orang lain tetapi sebenarnya bagaimana kita berkomunikasi itu yang banyak mempengaruhi
perlakuan individu dan tahap hubungan sosial yang terbentuk.

Halangan atau rintangan dalam komunikasi memang sering terjadi dan itu memberikan kesan
terhadap tahap hubungan interpersonal. Sikap curiga misalnya akan menyebabkan jarak
hubungan makin jauh dan terpisah. Bagaimanapun, terdapat beberapa hal yang akan
meningkatkan tahap hubungan interpersonal yang baik iaitu sikap percaya, sikap spotif
( tolak ansur) dan sikap terbuka.

Dalam teori pertukaran sosial ini, semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu
akan berusaha mempengaruhi satu dengan yang lain bagi mencapai tujuan masing-masing.
Untuk mencapai tujuan itu, maka bentuk komunikasi yang ditampilkan adalah yang dianggap
paling berkesan melalui cara dan sikap berkomunikasi.

Faktor percaya pada orang lain adalah yang paling penting dalam mempengaruhi tahap
hubungan interpersonal. Apabila seseorang percaya pada orang lain maka ruang komunikasi
akan semakin luas dan semua bentuk pengiriman dan penerimaan pesan akan menjadi lebih
mudah difahami. Menumbuhkan sikap percaya atau mengembangkan komunikasi yang
didasarkan pada sikap saling percaya memerlukan faktor lain iaitu menerima, empati dan
kejujaran.

Faktor menerima adalah merujuk pada kemampuan berkomunikasi dengan orang lain tanpa
menilai dan tanpa usaha mengongkong orang lain. Menerima juga adalah sikap yang melihat
orang lain sebagai manusia yang patut dihargai ( Anita Taylor 1977) Dengan sikap
penerimaan seperti ini maka ruang komunikasi dengan orang lain akan semakin luas dan
memberikan pengaruh kepada tahap hubungan interpersonal yang baik.

Sikap Percaya dalam proses komunikasi.

Empati pula adalah sikap atau kemampuan seseorang untuk membayangkan serta ikut serta
menyelami perasaan orang lain, iaitu suatu usaha melihat orang lain seperti apa yang dialami
dan dirasakan oleh individu tersebut. Sikap empati ini akan mewujdukan sikap percaya orang
lain kepada diri kita dan akhirnya komunikasi interpersonal akan terbina dan ganjarannya
adalah hubungan sosial yang makin baik dan luas.

Kejujuran dalam berkomunikasi merupakan faktor yang selalu dinilai oleh orang lain sewaktu
berlakunya proses komunikasi itu. Orang akan menilai pesan yang dicoba disampaikan,
bukan sahaja pesan itu sendiri yang dinilai tetapi cara seseorang itu menyampaikan pesan
akan dilihat dari konteks kejujuran.

Pertukaran sosial dalam bentuk ganjaran atau hukuman akan terjadi dengan baik atau buruk
dalam ruang lingkup yang luas atau sempit hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam
proses komunikasi itu menunjukkan kemampuan berkomunikasi dengan baik terutamanya

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

apabila wujud sikap percaya dalam hubungan interpersonal melalui proses komunikasi verbal
mahupun bukan verbal.

Sikap bertolak ansur ( sportif ) dalam proses komunikasi

Sikap bertolak ansur semasa berinterkasi dengan orang lain adalah faktor lain yang
memberikan pengaruh dalam pembangunan sosial, iaitu melalui sikap bertoak ansur dapat
mengurangkan perilaku defensif yang akan mengagalkan komunikasi interpersonal. Orang
yang bersikap defensif lebih banyak melindungi diri dari ancaman berbanding berusaha
memahami pesan orang lain.

Kaitannya dengan aplikasi teori pertukaran sosial adalah, individu yang mengharapkan
ganjaran daripada proses komunikasi itu akan bersikap sportif bagi mencapai tujuannya iaitu
mewujdukan hubungan interpersonal yang baik dan luas.

Sikap terbuka dalam proses komunikasi

Sikap terbuka ( open –mindedness ) mempunyai pengaruh yang besar dalam mewujudkan
komunikasi interpersonal yang efektif. *Sikap terbuka dapat dilihat melalui sikap seseorang
memberikan penilaian pesan secara objektif, dapat membezakan perkara yang perlu dan tidak
perlu, memberikan penilaian secara objektif dan berdasarkan isi atau fakta, mencari
maklumat dari pelbagai sumber, lebih bersifat profesional dan bersedia mengubah
kepercayaannya dan mencari pengertian pesan yang tidak sesuai dengan rangkaian
kepercayaannya.

Bagaimanapun, dalam proses komunikasi yang digambarkan dalam teori ini masih terdapat
halangan atau rintangan komunikasi. Halangan komunikasi ini biasanya merujuk kepada
persepsi antara pihak penyampai dan penerima pesan, sikap menutup diri, isi pesan disalah
tafsir dan faktor suka atau tidak suka. Sehubungan dengan itu, untuk meluaskan ruang
lingkup hubungan sosial maka kita perlu membangun kemahiran dan ketrampilan
berkomunikasi agar dapat membentuk suatu rangkaian sosial yang berkekalan dan
memberikan timbal balik kepada kita.

Dapat disimpulkan bahawa teori pertukaran sosial ( Social Exchange Theory ) yang
berdasarkan pemikiran bahawa proses komunikasi interpersonal yang terbentuk banyak
dipengaruhi oleh kemungkinan ganjaran yang akan diterima oleh pelaku komunikasi dalam
interkasi sosial itu. Teori ini berfokuskan pada pola fikir bahawa semua pihak yang terlibat
dalam proses komunikasi akan kekal dalam ruang lingkup hubungan sosial itu selagi
hubungan interpersonal itu memberikan kesan positif pada semua pihak yang terlibat dalam
interaksi sosial itu. Bagi mengekalkan hubungan interpersonal itu maka teori ini turut
dilengkapkan dengan kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bagi membangun hubungan
sosial yang baik. Faktor-faktor penentu komunikasi yang baik yang perlu diperhatikan dan
dialplikasikan akan menjamin ganjaran yang diterima dalam proses komunikasi interpersonal
itu.

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Social Penetration Theory

Salah satu proses komunikasi interpersonal yang sering dikaji aplikasinya dalam
pembangunan sosial dan kaitannya dengan pembinaan kemahdiran dan ketramplan
berkomunikasi ialah Socail Penetration Theory . Teori ini diterjemahkan sebagai Teori
Tembusan Sosial, yang dikemukakan oleh Altman & Taylor, 1973 dengan tajuk buku Social
Penetration: The Development of Interpersonal Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and
Winston. (http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen.html). Teori ini
mengatakan dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah dari peringkat cetek, tidak
intim kepada tahap lebih mendalam dan peribadi dalam jangksa masa tertentu. Secara amnya,
teori ini menggariskan bahawa hubungan menjadi lebih akrab seiring waktu ketika pasangan
berkomunikasi mendedahkan maklumat mengenai diri mereka. Keakraban dan keitiman
hubungan sosial membantu pendedahan maklumat diri yang lebih peribadi.

*Gerald Miller dan rakannya menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal dalam teori ini
semakin sering interkasi itu dilakukan maka semakin bertambah peranan dan timbal balik
dalam komunikasi mereka. Terdapat beberapa demensi dalam teori ini, iaitu memiliki jarak
(breadth) dan keintiman (deph). Pada dimensi jarak, pasangan komunikasi akan memberikan
maka terhadap apa yang dilihat pada pasangan lawan komunikasinya seperti cara berpakaian
dan bercakap. Sedangkan pada dimensi keintiman, hal-hal peribadi menjadi topik
perbincangan antara peserta komunikasi itu.

Menurut teori ini, proses atau usaha komunikasi yang bertujuan memperolehi maklumat
tentang diri orang lain. Proses pembentukan hubungan di antara dua individu dilihat seperti
proses menembusi lapisan bawang besar. Lazimnya, sewaktu kita memasak dan
menggunakan bawang sebagai salah satu bahan masakan, maka kita terlebih dahulu akan
mengupas kulit luar bawang dan seterusnya lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam.
Proses inilah yang disamakan dengan personaliti kita, proses mengetahui seseorang
sebenarnya memerlukan kita menembusi lapisan luar dan seterusnya. Kita hanya boleh tahu
dan kenal seseorang hanya apabila kita dapat berkomunikasi dengannya. Dengan
berkomunikasi, proses pendedahan kendiri boleh berlaku. Pendedahan maklumat lebih luas
tentang personaliti seseorang hanya dapat diketahui apabila terbina hubungan sosial yang
baik hasil daripada komunikasi awal.

Selain itu, toeri ini menjelaskan bahawa pihak yang terlibat dalam proses komunikasi
interpersonal akan melalui proses kenal-mengenal antara satu sama lain seperti berikut:

1. Perkara luaran lebih kerap dan lebih awal diceritakan kepada teman baru. Contohnya,
maklumat diri yang diceritakan pada peringkat awal adalah tentang tempat tinggal
asal, pekerjaan, kegemaran, minat ataupun hobi. Perbualan adalah pada tahap tidak
formal.

2. Pendedahan kendiri ada resiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan
perkongsian maklumat. Contohnya, menceritakan tentang jadual kerja dan aktiviti
hariannya. Jika pada tahap ini ada pihak yang tidak bercerita tentang dirinya maka
resiprokal tidak berlaku. Jika resiprokal tidak berlaku maka komunikasi interpersonal
Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

itu akan mengalami gangguan dan menggagalkan tujuan dan tahap komunikasi yang
seterusnya. ‘

3. Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi
lambat selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah. Selalunya dalam perkenalan
awal, maklumat asas seperti nama, kampung asal, pekerjaan dan pengalaman lebih
cepat diceritakan atau didedahkan. Tetapi maklumat lebih lanjut misalnya hal-hal
yang lebih peribadi tidak didedahkan. Hal ini berlaku kerana norma masyarkat yang
tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi pada peringkat hubungan awal. Sekiranya
ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan maklumat peribadi maka akan
menyebabkan ketegangan hubungan yang akhirnya mungkin membawa kepada
perpisahan atau putus hubungan sosial.

4. Proses kebalikan tembusan ( depenetration) adalah proses menarik diri dari satu
lapisan ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan. Biasanya proses
menarik diri daripada melanjutkan komunikasi interpersonal berlaku secara perlahan.
Situasi menarik diri atau berundur daripada hubungan sosial samalah dengan proses
berhenti daripada berkawan, bercinta atau bersahabat. Ciri yang muncul dalam situasi
ini adalah sikap seperti berdiam diri dan tidak bertegur sapa, menjauhkan diri dan
tidak berkongsi sesuatu dengan orang tersebut.

Situasi berikut dapat menjelaskan bagaimana teori ini berlaku dalam masyarakat.Seorang
lelaki bernama Ahmad bertugas sebagai guru dan ditempatkan di sebuah sekolah yang
berada di luar daerahnya. Tempat bertugasnya ini adalah tempat baru yang dia tidak
mempunyai kenalan. Pada hari melapor diri, Ahmad dijemput oleh wakil sekolah.
Perjumpaan antara Ahmad dan wakil sekolah tersebut merupakan proses awal komunikasi
interpersonal, yang mana masing-masing belum mengenal antara satu dengan lain. Proses
komunikasi interpersonal dimulai dengan komunikasi non verbal iaitu masing-masing
meneka. Selepas itu komunikasi verbal terjadi dengan pertanyaan nama masing-masing.
Proses awal ini berlaku dengan cepat iaitu pendedahan nama dan daerah asal. Tahap
berikutnya berjalan dengan perlahan kerana komunikasi lebih kepada hal-hal lain seperti
mendapatkan maklumat berkaitan keadaan tempat baru. Dalam konteks ini berlaku timbal
balik antara Ahmad dan wakil sekolah dan dengan demikian mula terbentuk hubungan
sosial. Selanjutnya, tembusan sosial mula perlahan dan ini berlangsung pada jangka masa
yang lama.

Tembusan sosial pada peringkat yang perlahan memakan masa untuk mendedahkan hal-
hal yang peribadi, dan adakalanya tembusan sosial ini tidak sampai ke peringkat yang
lebih dalam. Hubungan sosial yang telah terbentuk banyak dipengaruhi oleh cara atau
kualiti komunikasi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat dalam komunikasi itu.

Dalam situasi pasangan lelaki dan wanita misalnya, tembusan sosial bermula dengan
pendedahan nama, pekerjaan, tempat tinggal. Komunikasi peringkat ini berlaku dengan
cepat. Tetapi selepas itu, memasuki tembusan sosial yang berikutnya memakan masa,
pada peringkat ini kedua- duanya menjalin hubungan sosial yang belum mendedahkan

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

hal-hal peribadi. Setelah keduanya mempunyai sikap percaya dalam komunikasi maka
fasa tembusan ke peringkat intim akan berlaku. Disinilah hal-hal yang lebih peribadi
diceritakan dan diberi respon. Sekiranya maklum balas yang diterima adalah baik maka
hubungan sosial itu akan berlanjutan ke peringkat intim dan seterusnya hal-hal peribadi
lainya didedahkan. Pada waktu yang sama, sekiranya tidak terjadi sikap percaya atau
kerana kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi tidak ditunjukkan dengan baik maka
ada kemungkinan hubungan ini akan tegang atau berakhir. Proses inilah yang dikenal
sebagai proses menarik diri.

Teori tembusan sosial menunjukkan bahawa untuk menjalin hubungan sosial dengan
orang lain maka perlu memiliki kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi. Setiap
individu mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain, sama ada
verbal mahupun bukan verbal. Pesan itu kemudiannya ditafsir atau direspon orang lain
dan berlakulah komunikasi interpersonal. Antara faktor penting yang mempengaruhi
komunikasi interpersonal adalah cara atau kualiti pesan itu disampaikan.

Kemahiran dan Ketrampilan berkomunikasi.

* Lankard (1990) mendefinisikan kemahiran meliputi gambaran personal, kemahiran


interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. Dalam konteks komunikasi
interpersonal, kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi sangat berpengaruh dalam
menentukan kesan kepada penerima pesan, dan seterusnya menentukan tahap atau kualtiti
hubungan sosial yang terbentuk.

Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk kepada kecekapan seseorang dalam


menyampaikan pesan dengan menggunakan sumber komunikasi dengan baik, berkesan,
menarik dan difahami sepenuhnya oleh penerima pesan itu. Keefektifan komunikasi
interpersonal akan menjadi pemangkin kepada terbentuknya hubungan yang positif
terhadap orang lain. Ramai orang yang berjaya dalam hidupnya kerana mempunyai
hubungan yang sangat baik dengan orang lain sehingga identiti dan personalitinya baik
dikalangan komuniti. Dengan demikian, mereka mempunyai peluang untuk memperoleh
kepercayaan dari orang lain dibandingkan dengan orang yang tidak mempunyai
kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi interpersonal yang baik.

Dengan menguasai komunikasi interpersonal sebenarnya kita juga membuka wawasan


diri untuk memahami orang lain dan seterusnya dapat berinterkasi secara positif dengan
orang lain. Terdapat beberapa faktor yang menjadi panduan dalam pembangunan sosial
melalui komunikasi interpersonal yang efektif seperti :

a. Mencipta faktor yang menarik perhatian orang lain.

Telah menjadi sifat asas manusia yang cenderung tertarik dengan diri sendiri
berbanding orang lain. Oleh kerana itu, untuk menjadikan orang lain tertarik dengan
kita maka kita hendaklah mencipta hal-hal yang menyebabkan orang lain tertarik
dengan kita. Misalnya mengajak orang lain berbincang tentang perkara-perkara umum
seperti model pakaian, olahraga dan isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan
Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

masyarkat. Kemahiran mencipta faktor ketarikan ini perlu dilakukan dengan penuh
saksama kerana adakalanya isu-isu seperti kesesakan lalu lintas, cuaca dan hal-hal
umum yang membosankan dan bersifat sensetif akan menjadikan kita sebagai faktor
kegagalan komunikasi interpersonal.

b. Membina rasa simpati

Membina rasa simpati bermakna membangun suatu persekitaran atau ruang kawasan
komunikasi di mana lawan komunikasi kita merasa percaya, yakin dan selamat ketika
berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada lawan
komunikasi kita dengan cara menyebut namanya dan menghilangkan suasana tegang.
Sambutan yang mesra dan bersahabat melalui bahasa tubuh yang tepat akan
menjadikan lawan komunikasi kita bersedia membincangkan secara bebas hal-hal
yang dikehendaki.

c. Percaya / yakin pada diri sendiri

Memiliki kepercayaan atau keyakinan diri sangat penting dalam berkomunikasi


kerana dengan keyakinan diri itu kita mencipta dan menunjukkan imej diri yang
menjadikan orang lain percaya kepada kita. Kerapkali, komunikasi interpersonal
menjadi muram, tegang dan tidak aman kerana kurang percaya diri. Kurang percaya
diri akan menjadikan penyampaian komunikasi interpersonal menjadi gugup,
gementar, takut, khuatir was-was atau ragu-ragu dengan ucapan sendiri. Hal ini
menyebabkan isi atau pesan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Komunikasi
menjadi kucar – kacir. Bermodalkan keyakinan diri yang tinggi sewaktu
menyampaikan komunikasi, akan mencipta suasana yang positif dan membuat lawan
bicara kagum.

d. Mengaplikasikan 3 (tiga) hal penting.

Tiga hal penting itu adalah kemahiran bertanya, mendengar dan diam. Sebahagian
besar komunikasi yang efektif menggunakan tiga kemahiran ini. Selain penyampai
komunikasi yang penuh keyakinan diri menjadi kekaguman orang lain, orang yang
menjadi pendengar yang baik turut disenangi dalam komunikasi. Diam dan
mendengaar secara aktif, memberikan maklum balas yang positif terhadap topik
perbincangan akan menjadikan suasana komunikasi itu membentuk interaksi sosial
yang baik. Situasi ini sangat tepat digambarkan dalam teori tembusan sosial dan
tukaran sosial.

e. Kejujuran dan empati

Mencipta ketarikan pada orang lain seperti yang dikemuakan di perkara awal
sebenarnya adalah bagaimana kita mencipta suatu bentuk ketarikan pada orang lain
dengan penuh kejujuran, bukan direka-reka atau berpura-pura tertarik. Kejujuran
disini bermakna jujur tertarik dengan orang lain. Perbuatan pura-pura tertarik
biasanya mudah dikesan dan menjadikan komunikasi interpersonal menjadi muram

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

dan akhirnya akan menyebabkan ada pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu
menarik dari atau berundur.

f. Optimis

Dalam interaksi dan komunikasi harian biasanya mudah membincangkan topik-topk


yang bersifat negatif seperti kekecewaan, rungutan, ketidakpuasan hati dan
kemarahan. Pelaksana komunikasi yang baik akan berusaha untuk memberikan
maklum balas yang sepositif mungkin dan tidak berlegar pada hal-hal negatif. Ini
bererti, pelaksana komunikasi yang baik bijak mewujudkan suasana positif. Inilah
yang membezakan pelaksana komunikasi yang baik dengan orang yang sekadar bijak
bercakap. Fikiran positif perlu dikembangkan agar tercipta suasana komunikasi
intepersonal yang nyaman dan harmoni, situasi ini membawa kepada keharmonian
hubungan sosial yang berkekalan. Sikap optimis dalam berkomunikasi dengan
sendirinya akan mencipta ketarikan sosial dan selalunya komunikasi yang lemah dan
negatif akan menyebabkan penarikan diri orang lain dalam ruang komunikasi itu.

Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi dapat dilakukan dengan mengamalkan


perkara-perkara seperti berikut:

1. Bijak melihat dan memaknakan komunikasi non verbal

Komunikasi non verbal boleh menunjukkan pelbagai erti dalam proses komunikasi,
misalnya ekspresi wajah, badan, gerakan tubuh badan, intonasi suara, gerakan anak
mata, diam dan perilaku sentuhan. Ekspresi wajah sebenarnya menceritakan rasa,
emosi dan perasaan seseorang. Rasa gembira, sedih, takut, risau, resah dan sebagainya
dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Menurut para pakar komunikasi non verbal,
gerakan mata seseorang sangat penting dan utama untuk menggambarkan perhatian
dan minat, mempengaruhi orang lain dan dapat mengawal interkasi sosial menjadi
seperti yang dikomunikasikan secara non verbal. Badan dapat menunjukkan
bagaiaman keadaan seseorang, misalnya keadaan sedang sakit, riang mahupun
mengalami tekanan serta kebingungan. Situasi ini dapat dilihat dengan nyata sewaktu
temuduga dijalankan. Gerak tubuh boleh memberikan tafsiran seperti ‘tidak tahu’, dan
tidak mahu’. Gerakan tubuh yang bermaksud menolak atau tidak mahu biasanya
dilakukan dengan menjauhkan diri dan menggelengkan kepala bermaksud ‘tidak,
bukan atau tidak tahu’. Intonasi suara pula menunjukkan perasaan marah, sinis, tegas,
kecewa dan meremehkan. Perilaku diam juga membawa erti tidak mahu diganggu,
marah, geram, benci dan sebagainya. Perilaku sentuhan juga membawa makna
komunikasi seperti kemesraan, mahu, sayang, rindu dan merayu.

2. Bijak menggunakan sumber komunikasi

Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bukan sekadar bersumber pada


kemampuan dan kebolehan yang datang daripada diri seseorang tetapi juga kecekapan
pelaksana komunikasi itu menggunakan sumber komunikasi seperti kemudahan
internet, surat khabar, telefon, radio, projektor, tv dan sebagainya yang dapat
Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

dijadikan alat komunikasi kepada kumpulan sasaran. Penyampaian pesan secara tepat
melalui alat komunikasi merupakan bonus tambahan kepada pelaksana komunikasi
yang baik. Kecekapan penggunaan alat tersebut akan menambahkan kekaguman
orang lain dan seterusnya mencipta ketarikan. Dalam hal ini, wujud kepercayaan dan
keyakinan orang lain kepada penyampai pesan itu.

3. Menjadi penyampai komuikasi yang baik

Menjadi pelaksana atau penyampai komunikasi yang baik memerlukan kemahiran


tambahan seperti sikap peribadi semasa melaksanakan proses komunikasi
interpersonal. Sehubungan dengan itu, eleman-eleman yang perlu ada pada
penyampai komunikasi yang baik adalah seperti:

3.1. Kemahiran menumpuhkan perhatian yang jujur, empati dan selari dengan
bahasa tubuh iaitu menatap wajah lawan komunikasi.

3.2. Kemahiran menyampaikan maklum balas secara tepat dan optimis dengan
penuh keyakinan diri dengan nada suara yang sesuai.

3.3. Kemahiran mendengar secara aktif.

3.4. Cekap menilai suasana komunikasi dan seterusnya memberikan maklum balas
berdasarkan suasana komunikasi dengan baik dan terarah.

Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal sangat berpengaruh dalam


menentukan kualiti hubungan sosial yang seterusnya. Sama ada interaksi sosial itu kekal dan
mempunyai ganjarannya amat bermakna kepada semua pihak yang terlibat dalam proses
komunikasi itu. Selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas, masih terdapat beberapa
eleman lain yang perlu diperhatikan seperti:

1. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan


melalui penggunaan bahasa yang boleh dimengerti oleh semua orang.

2. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan, secara
lisan dan bertulis.

3. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi makluma


balas

4. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan


bersesuaian dengan tahap pendengar

5. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan

6. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya


berlainan

7. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan, dan

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

8. Kebolehan menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan.

Dalam konteks teori tukaran sosial dan teori tembusan sosial, kemahiran dan ketrampilan
berkomunikasi menjadi syarat penting bagi mencapai tujuan komunikasi itu dilangsungkan,
sama ada untuk mendapatkan ganjaran mahupun bagi mendapatkan maklumat atau informasi
diri pihak lawan komunikasi. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi mempunyai banyak
unsur dan eleman yang perlu dipelajari dan diamalkan bagi menjadikan seseorang itu peserta
komuikasi yang baik. Tidak diragui lagi bahawa, kedua teori ini memberikan penjelasan
tentang pembangunan sosial terutamanya dalam mengembangkan kecekapan berkomunikasi.

Berdasarkan pembahasan kedua-dua teori komunikasi interpersonal di atas maka dapatlah


disimpulkan bahawa kemahairan dan ketrampilan berkomunikasi amat penting dan
ditekankan dalam kedua teori ini. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi yang dijelaskan
dalam kedua teori ini sangat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam
mewujudkan hubugan sosial yang berkekalan dan harmoni.

Sumber rujukan:

http://books.google.com.my/books?
id=1uQsJ_jIEFEC&pg=PA64&lpg=PA64&dq=teori+tembusan+sosial&source=bl&ots=A
bu_aIJ3Zm&sig=LsX__j2ZupML235bwCyp280Nuk0&hl=en&ei=qFOYTNzOIYycvgOij6nb
DA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CCIQ6AEwAg#v=onepage&q=te
ori%20tembusan%20sosial&f=false

http://kuliah.dagdigdug.com/2008/04/22/komponen-konseptual-dan-jenis-jenis-teori-
komunikasi/

http://www.utm.my/kokurikulum/panduan-kemahiran-insaniah/kemahiran-
berkomunikasi.html

http://www.jpmkuis.com/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=105

http://wsmulyana.wordpress.com/2008/12/24/kontribusi-konsepsi-psikologi-behaviorisme-
terhadap-perkembangan-teori-ilmu-komunikasi/

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

http://aton29.wordpress.com/2010/04/27/komunikasi-interpersonal/

http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Social_Penetration_Theory

http://www.exampleessays.com/viewpaper/71294.html

http://www.exampleessays.com/viewpaper/71294.html

http://kuliahkomunikasi.com/2008/06/teori-komunikasi-interpersonal/

http://zena07.wordpress.com/2008/04/25/teori-komunikasi-interpersonal/

http://oregonstate.edu/instruct/theory/spt.html

http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/KOMUNIKASI/KOMUNIKASI%20KEPIMPINAN.pdf

http://eprints.usm.my/4496/1/Document-5324_Version-5885_application-pdf_0.pdf

Dixon Magusun
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pulau Banggi Kudat Sabah