Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN

Selanjutnya, adalah kemahiran interpersonal. Kemahiran interpersonal merangkumi aspek

komunikasi amat penting dalam proses mengumpul maklumat terutamanya. Komunikasi verbal

adalah bentuk komunikasi yang disampaikan komunikator kepada penerima dengan cara tertulis

atau lisan. Siti Noor Jannah, (2008) berpendapat komunikasi tidak verbal adalah setiap bentuk

perilaku manusia yang langsung dapat diamati oleh orang lain dan yang mengandung informasi

tertentu tentang pengirim atau pelakunya. Kemahiran komunikasi membantu pekerja sosial

memahami dalam dan luaran kekuatan klien. Dalam kes Puan Rosilawati Ramli pekerja sosial

perlu menggunakan kemahiran komunikasi dengan mendapatkan maklumat dengan membaca

personality klien. Apabila kita dapat mengumpulkan maklukat yang diperlukan kita dapat

mengetahui keperluan-keperluan yang diperlukan oleh klien. Misalnya, dalam kes ini Puan

Rosilawati beliau tiada sumber kewanagn yang cukup untuk menyara anak-anaknya. Pada masa

yang sama pengumpulan maklumat daripada sumber lain dan pelbagai cara perlu dilakukan

(Parker & Bradley, 2014) . Misalnya, perjumpaan secara berhadapan dengan orang yang terdekat

dengan klien seperti jiran, waris dan kenalan. Segala maklumat yang diterima perlu

dipertimbangkan bagi mengelakkan tiada maklumat yang terlepas pandang atau maklumat yang

tidak sahih. Berdasrkan kes ini segala maklumat seperti di mana waris klien contohnya perlu

diambil kira bagi memudahkan klien menetapkan langkah interansi seterusnya.

Selain itu, kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran meyakinkan klien. Semasa proses

mebina repo pekerja sosial perlu bijak untuk memastikan klien berasa senang untuk berkongsi

masalah. Kes-kes yang rumit dan komples seperti kes ini pastinya akan ada isu sensitif yang sukar

untuk dikongsikan. Justeru itu, pekerja sosial haruslah mengamalkan nilai dan etika seperti tidak
menguhukum, nilai penerimaan dan nilai kerahsiaan. Berdasarkan kes Puan Rosilawati ini pekerja

sosial perlu memastikan beliau terbuka untuk berkongsi dan menerima bantuan dengan mengikuti

segala porses intervansi yang diaturkan. Caranya pekerja sosial boleh mendapatkan persetujuan

bersama klien dengan mengatakan kerahsiaan dan kerelaan pekerja sosial untuk membantu klien

menyelesaikan masalah. Kaedah lain menerangkan rancangan intervansi dan mengapa kita

berbuat demikian kepada klien. Hal ini untuk memastikan klien yakin untuk menruskan proses

intervansi. Sebagai contoh, dalam kes ini pekerja sosial boleh memperkenalkan agensiagensi

pembantu rumah yang sah bagi memastikan beliau mempunyai pekerjaan yang stabil dan

mendapatkan kemahiran baru. Maka, apabila klien memberi kepercayaan segala proses intervansi

akan berjalan lancar dan dapat mencapai objektif serta keperluan-keperluan klien dapat dipenuhi

RUJUKAN
Siti Noor Jannah bt Ahmad, Kemahiran Memimpin Kaunseling Kelompok, Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-kanak., Unit F1 (Prasekolah)., 2008.

Parker, J., & Bradley, G. (2014). Social work practice: Assessment, planning, intervention and
review: Learning Matters.

Anda mungkin juga menyukai