Anda di halaman 1dari 3

POLIGAMI DAN ISU KETIDAKADILAN

Perkahwinan poligami atau beristeri lebih daripada satu memang dibenarkan oleh Islam. Poligami
diharuskan dalam ,agama dan ia harus diterima oleh masyarakat tanpa prasangka yang negatif.

Penentangan yang jelas terhadapnya menunjukkan penentangan terhadap hukum Allah dan ini
dikhuatiri boleh menjejaskan kesucian akidah, kerana dalam hal ini Allah S.W.T telah berfirman
dalam surah an-Nisa ayat 3 yang bermaksud:

"Maka kahwinilah dengan seslapa yang kamu suka dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau
empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
berkahwinlah dengan seorang sahaja yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya
kamu tidak melakukan kezaliman."

Walaubagaimana pun kebenaran ini bukanlah bermakna poligami adalah 'peluang' untuk para suami
berkahwin lebih daripada satu tanpa disertai kesediaan secukupnya untuk berlaku adil dan rnendidik
anak isteri. Perkahwinan poligami adalah suatu tanggungjawab, bukan peluang untuk memenuhi
hawa nafsu. Poligami mesti disertakan dengan komitmen yang tinggi untuk berlaku adil dan
mendokong nilai-nilai murni.

Seksyen 23 kurungan 3 dan 4

Enakmen keluarga Islam Selangor 1984 dengan jelas menunjukkan bahawa hanya suami yang memenuhi
semua syarat untuk memberi nafkah, berlaku adil, tidak menganiaya isteri pertama serta kebajikan anak-
anaknya; layak untuk berkahwin lagi. Keizinan poligami boleh diberi setelah Hakim Mahkamah Rendah
Syariah berpuas hati dengan lima syarat utama, antaranya;

1 . perkahwinan itu patut dan perlu seperti kerana kemandulan, keuzuran jasmani, isteri ingkar
perintah atau gila.
2. pemohon mempunyai kemampuan untuk menanggung semua nafkah isteri dan
tanggungannya.
3 . pemohon mampu memberi layanan sama rata dan adil.
4. perkahwinan itu tidak menyebabkan mudarat dari segi syarak terhadap isteri sedia ada atau;
5. merendahkan secara langsung atau tidak langsung taraf hidup yang dinikmati sebelumnya
oleh si isteri yang sedia ada.

Daripada peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengutamakan soal keadian dalam
berpoligami. Kegagalan berlaku adil bermakna kita telah melakukan penganiyaan dan dosa. Mungkin ada
pihak yang mendakwa mustahil untuk seorang suami berlaku adil segala-galanya. Bagi lelaki yang punya
wang untuk berlaku adil secara zahir seperti mengadakan rumah, kereta, pakaian atau melancung, itu
tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana halnya dengan nafkah batin, kasih sayang belaian mesra dan
sebagainya?

Dalam hal ini, keupayaan berlaku adil yang dikehendaki oleh hukum syarak ialah keadilan dari segi zahir
sahaja, bukan dari segi psikologi dan perasaan kasih sayang yang sukar diukur. Manakala dalam
menentukan sama ada perkahwinan itu memudaratkan isteri, merendahkan taraf hidup sedia ada atau
sebaliknya. Untuk menilainya, di sinilah letaknya kebijaksanaan dan keperihatinan seorang hakim.

Walau bagaimanapun persoalan sama ada isteri memberi keizinan atau tidak, tidak akan mengikat Hakim
dalam membuat keputusan. Keputusan hakim adalah muktamad dan berlandaskan peruntukan undang-
undang keluarga Islam sedia ada yang sejajar dengan hukum syarak.

Jabatan Agama Islam Selangor tidak ada mengeluarkan sebarang kaedah atau peraturan baru untuk
berpoligami sebagaimana yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini. Polimek yang tirnbul
adalah berpunca dari salah faham seorang wartawan akhbar tempatan yang melaporkan "Para suami di
Selangor yang ingin berpoligami kini tidak perlu lagi mendapatkan tanda tangan isteri", sehingga banyak
pihak terutamanya kesatuan wanita mengecam JAIS kononnya p eraturan baru itu'memudahkan'kaum
lelaki untuk berkahwin lagi. Sebenarnya ia bukan kaedah baru kerana peraturan yang memerlukan tanda
tangan atau cap jari isteri itu sudah ditiadakan sejak lapan tahun yang lalu.

Peraturan yang sedia ada juga adalah memadai dan tidak berbeza daripada undang-undang di negerinegeri
lain. Malah pelaksanaan di negeri Selangor agak teliti sehingga daripada kira-kira 600 permohonan
berpoligami sebelum ini, hanya 200 permohonan yang diluluskan. Lsteri pertama pula perlu hadir
perbicaraan di Mahkamah tertutup untuk memberi pandangan terhadap permohonan suaminya. Selagi
isterinya tidak hadir, Mahkamah tidak dapat menimbang sebarang permohonan dan ini jelas
membuktikan Mahkamah Syariah tegas dalam menegakkan keadilan.

Ketiadaan tanda tangan isteri dalam borang permohonan berpoligami tidak bermakna JAIS mengenepikan
hak isteri dan memudahkan suami berkahwin lagi.Borang tersebut hanyalah untuk proses Mahkamah
membuat penilaian, bukan memutuskan. Untuk berpoligami bukanlah mudah, selain perlu memikul
tanggungjawab yang besar, para suami perlu berlaku adil dalam segala hal, termasuk mendidik anak isteri
ke jalan yang benar sepertimana yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Kegagalan membimbing dan
memimpin keluarga menuju jalan yang diredhai akan menyebabkan kita dipersoalkan diakhirat kelak.
Ertinya tanggungjawab berpoligami sungguh berat kerana ia bukan sahaja sekadar memberi nafkah di
dunia ini tetapi mencakupi tanggungjawab di akhirat nanti.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. "
(At-Tahrim: 6)

Mafhum ayat ini antara lain menjelaskan supaya para suami selaku ketua keluarga, menjalankan
tanggungjawab memimpin dan mendidik anak isterinya dengan bijaksana. Suami akan
dipertanggungjawabkan terhadap segala periakuan anak isteri dan sebab itu kita diperingatkan oleh
Allah S.W.T supaya menjauhkan diri dan ahli keluarga daripada melakukan sebarang maksiat yang
menyebabkan kemurkaan Ilahi. Sebaliknya sebagai suami misali, didiklah keluarga, anak dan isteri
ke jalan yang diredhai terutama dari aspek pembangunan rohani.

Sebagai orang Islam kena melihat isu poligami ini mengikut pandangan dan neraca Islam. Kalau kita
nak tengok dari sudut yang negatif memanglah kita nampak benda yang negatif sahaja. Tetapi kalau
kita tengok dari sudut yang positif, yang penuh dengan rasa tanggungjawab dan keimanan maka kita
akan jumpa dengan banyak hikmah yang menunjukkan betapa besarnya Allah S.W.T dalam
memahami fitrah manusia. Antara hikmah di sebalik keharusan berpoligami ialah;

 Perkahwinan poligami ini sebenarnya adalah penyelesai masalah bukan pencipta


masalah.

Sekiranya poligami membawa kepada peningkatan iman dan ketaqwaannya; alhamdulillah bermakna
orang ini adalah menjadi mukmin yang cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah. Tetapi kalau
ada di kalangan kita yang berpoligami kemudian membawa kepada bertambah masalah anak isteri
hidup terbiar, tanggungjawab diabaikan bermakna orang ini sebenarnya tidak layak berpoligami dan
mencari masalah.

Seperti yang sering diutarakan, mereka berkahwin sahaja ikut cara Islam tetapi tidak menghayati
ajaran Islam yang sebenar. Sepatutnya kalau kita mahu kahwin ikut cara Nabi, kita juga kena
beribadat, mengamalkan cara hidup beragama macam Nabi. Nabi tak pernah tinggal solat berjemaah
di masjid, Nabi sentiasa berlemah lembut dengan anak isteri dan menyelesaikan masalah
rumahtangga dengan kasih sayang. Jadi sudahkah kita mempunyai persediaan dan kekuatan seperti
ini? Kalau belum fikirkanlah sendiri.

 Perkahwinan poligami dapat menyelamatkan kita daripada terjerumus dengan gejala maksiat
yang mundur .
Menutup poligami bererti membuka pintu zina, khalwat dan menggalakkan amalan menyimpan
perempuan seperti yang telah berlaku kepada kebanyakan masyarakat bukan Islam hari ini.
Perkahwinan poligami juga boleh menyelesai atau mengurangkan masalah "perkahwinan sindiket"
yang sedang berleluasa pada masa ini.

Siasatan JAIS menunjukkan kalangan umat Islam hari ini sudah ada yang melakukan pernikahan
sindiket di kedai-kedai kopi, di atas sampan, di dalam van dan rumah-rumah kosong. Perkara
seumpama ini bukan sahaja berlaku di Siam bahkan telah beriaku di negara ini. Apakah kita mahu
menghalalkan perkahwinan yang semacam ini atau memberi kesedaran, penerangan dan bimbingan
secukupnya kepada para suami untuk membantu mereka menunaika haiat berpoligami. Jika undang-
undang yang sedia ada tidak difahami atau terlalu ketat, kita bimbang masyarakat akan terus memilih
jalan yang haram dengan berkahwin tanpa wali, bernikah di negara jiran dan tempat-tempat yang
tidak
diingini.
 Poligami memberi galakan dan cabaran baru kepada para suami mithali.
Suami mithati ialah suami yang dapat menunaikan tanggungjawab dengan penuh keadilan serta
mempunyai tahap keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Jika kita melihat kepada tujuan asal
perkahwinan ternyata adalah untuk mendapat.kan keampunan Allah, meningkatkan darjah dan
istiqamah serta mendapat kemantapan iman yang berterusan di samping membentuk sikap yang
positif dan murni.

Daripada sini dapatlah kita fahami bahawa perkahwinan adalah suatu cara untuk memperbaiki akhlak
dan budi pekerti. Jika kita melihat kepada masalah sosial khususnya yang melanda remaja hari ini,
ternyata antaranya adalah berpunca daripada rendahnya kesedaran remaja sekarang untuk berkahwin
atau berumahtangga sepertimana yang dikehendaki oleh agama.

Mereka tidak menyediakan diri untuk berkahwin seperti dengan mempelajari ilmu-ilmu munakahat,
belajar memasak atau melayan suami. Sebaliknya mereka lebih gemar keluar rumah, mencari fesyen
pakaian terkini, bergaul secara bebas lelaki dan perempuan untuk mendapat keseronokan dan
sebagainya. Sehingga ada yang terlanjur dan tergadai kesucian diri.

Dalam konteks ini Islam mengharuskan perkahwinan poligami, sekiranya ia dapat menangislah atau
memperbaiki keadaan masyarakat daripada terus terjerumus dengan gejala maksiat. Suami yang
cemerlang berkewajipan untuk mendidik dan membimbing isterinya ke jalan yang diredhai.

Kemerosotan akhlak misainya boleh ditangani melalui perkahwinan poligami. Pada masa ini kita
amat memerlukan pemimpin yakni suami yang benar-benar boleh melindungi wanita daripada
sebarang pengaruh kerosakan dan kecenderungan nafsu yang haram. Oleh itu perkahwinan yang sah,
halal dan penuh tanggungjawab adalah penyelesai kepada masalah ini.

Kesimpulannya poligami dan isu keadilan perlu dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab dan
bijaksana. Perangilah ketidakadilan, bukan poligami. Poligami tidak boleh dijadikan bol kontobersi
yang ditendang ke sana ke mari oleh pihak-pihak yang dikuasai emosi. Walaupun masih ada
beberapa kelemahan dalam aspek pelaksanaan undang-undang, namun hukum Islam ini pasti boleh
berjalan dan sesuai sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai