Anda di halaman 1dari 26

Kajian kes: Anak Tidak Sah Taraf dan Akibat kepada orang

yang menyebabkan terjadinya.

NAMA: AHMAD FADLY BIN MOHD AHMAD KAMAL


KOD KURSUS: CTU152
PROGRAM: DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
NAMA PENSYARAH: ANISAH BT IBRAHIM
TARIKH HANTAR: 27 JUN 2021

1
ISI KANDUNGAN (MUKA SURAT)
1. PENDAHULUAN (3-4)
2. OBJEKTIF KAJIAN (5)
3. DEFINISI ANAK TIDAK SAH TARAF (5-9)
4. KEWAJIPAN MENANGGUNG ANAK TIDAK SAH TARAF (9-13)
5. KEWAJIPAN MENJAGA ANAK TIDAK SAH TARAF (14-17)
6. STATISTIK ANAK TIDAK SAH TARAF (18)
7. LATAR BELAKANG RESPONDAN (19)
8. DAMPAK BURUK TERHADAP ANAK TIDAK SAH TARAF (19-21)
9. IMPLIKASI TERHADAP RESPONDAN YANG TERLIBAT (21-23)
10. PUNCA TERJADINYA PERBUATAN ZINA (24)
11. KESIMPULANYA (25)
12. RUJUKAN (26)

2
MENGANDUNG ANAK TAK SAH TARAF: KAJIAN

1.0 PENDAHULUAN
Anak tidak sah taraf ini secara amnya bermaksud anak yang dilahirkan kepada ibu bapa yang
tidak berkahwin dengan secara sah Gejala anak tak sah taraf ataupun lebih kita kenali iaitu
hamil luar nikah dalam kalangan remaja bawah umur menjadi isu yang sangat besar sekarang
dan sukar dibendung. Hal ini terjadi, disebabkan oleh pengaruh media sosial, pergaulan
bebas, dan kurang didikan agama diberikan daripada ibu bapa terhadap anak-anak sejak
kecil. Keluarga merupakan watak utama atau pelindung utama dalam pembentukan sahsiah
dan kesejahteraan psikologi golongan remaja agar tidak mudah terpengaruh terhadap
masalah pergaulan bebas yang tidak terkawal dan semakin hari semakin parah. Ini
berketepatan dengan sebuah hadis yan berbunyi:

“Tidak akan datan sesuatu zaman melain zaman sesudahnya lebih teruk daripada zaman
sebelum” (HR TIRMIDZI 2206)

Berdasarkan hadis di atas menunjukan bahwa semakin bertambahnya tahun maka semakin
buruk la akhlak dan sahsiah hidup manusia. Masalah anak tak sah taraf ini bermula apabila
di usia muda ada remaja yang mengandung atau melahirkan anak dan akhirnya menimbulkan
keresahan kepada remaja rasa malu timbul lalu mereka berfikir bagaimana ingin
menyembunyikan anak tersebut daripada pengetahuan umum. Pelbagai isu dan masalah
akan muula menghantui perasaan mereka sama ada ingin menjaga anak tersebut atau
menyerahkan ke keluarga angkat atau rumah anak yatim.

Pada hari ini, remaja sangat terdedah dengan masalah sosial yang terjadi di sekitar mereka.
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja di bawah umur semakin meningkat apabila
banyak dari golongan remaja yang terjatuh ke lembah aktiviti yyang kurang sihat sehingga
mengancam kesejahteraan hidup masyarakat di negara ini. Bermacam-macam jenis
kesalahan yang membabitkan harta benda dan jiwa manusia berlaku dalam masyarakat.
Golongan remaja juga tudak terkecuali dan terlepas daripada kes mencuri, meragut,
mencabul kehormatan, merogol, hubungan seks bebas, sumbang mahram, bahkan sehingga
ada yang terlIbat dengan kes pembuangan bayi.

3
Segala salah laku berpunca disebabkan beberapa perkara, antara ialahpengaruh media
massa, penggunaan media sosial yang boleh ducapai dengan mudah melalui aplikasi-aplikasi
di telefon mudah alih, pergaualn bebas, dan peranan ibu bapa yang kurang memberi perhatian
terhadap pembinaan akhlak yang mulia serta tiada penekanan dalam pendidikan agama yang
sempurna padahal ibu bapa merupakan guru pertama secara tidak formal dari rumah, dan
itulah menjadi penyebab gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Fakta di atas amat
berkait rapat dengan satu yang berbunyi:

“Setiap bayi yang lahir berada di atas fitrohnya. Lalu ayahnya-lah yang menjadikan dia
Yahudi, Nashrani atau Majusi.” (HR. Bukhari 1349)

Melihat hadis di atas menunjukan kepentingan ibu bapa dalam membentuk sesuatu sifat anak-
anak.

Menurut rekod daruipada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 159, 725
kelahiran anak tidak sah taraf dan luar nikah, didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh
tiga tahun bermula 2013-2016. Menurut JPN, pendaftaran semua kelahiran itu hanya
membabitkan wanita islam, kerana tiada status sedemikian untuk orang bukan islam. Statistik
itu menunjukan pada tahun 2014 sebagai tahun yang paling ramai anak luar nikah dalam
tempoh berkenaan, iaitu 54,614 orang, 672 kelahiran lebih tinggi dibandingkan dari tahun
sebelumnya.

Bilangan anak tidak sah taraf pada tahun 2013 yandg direkodkan JPN adalah 53,492 orang.
Berdasarkan kepada jumlah pendaftaran yang dibuat di jabatan berkenaan. Bagi kes rogol
gadis bawah umur yang dilaporkan kepada polis yang melibatkan bangsa melayu ialah 2390
orang manakala bukan melayu pula ialah 584 orang.

Hamil diluar nikah diklasifikasikan sebagai mengandung sebelum berkahwin apabila berlaku
hubungan seks antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah.
Remaja hamil luar nikah melibatkan diantara peringkat umur 13 dan 18 tahun. Fenomena ini
menimbulkan kepada remaja tersebut menimbulkan keresahan kepada remaja tentang cara
untuk menyelamatkan anak tersebut daripada pengetahuan umum. Pelbagai isu dan masalah
yang bermain di kepala mereka sama ada ingin memelihara anak sendiri atau ingin
menyerahkan kepada keluarga angkat.

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah ingini mengetahui sejauh manakah dampak bagi seseorang yang
hamil diluar nikah dan sejauh manakah penerimaan keluarga mereka terhadap anak yang
dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf.

3.0 DEFINISI ANAK TIDAK SAH TARAF.


BAHASA ARAB

Anak tidak sah taraf dalam bahass arab disebut “wallad al-zina” yang membawa maksud anak
zina atau anak luar nikah. Seorang anak dikatakan anak zina adalah apabila dia merupakan
anak yang lahir daripada persetubuhan orang lelaki dan perempuan yang tidak ada hubungan
pertalian ijab dan qobul.

HUKUM SYARAK

Ij’ma ulama bersepakat bahwa seorang anak boleh di nasabkan kepada lelaki dan perempuan
yang melakukan persetubuhan dengan mempunyai status perkahwinan yang sah di sisi
hukum syarak, atau pemilikan atau syubhah. Sekiranya anak tersebut dilahirkan melalui
perzinaan, maka anak itu tidak boleh di nasabkan kepada penzina lelaki dan tidak boleh
mewarisi hartanya.

UNDANG-UNDANG

Dalam Undang-undang islam menjelaskan anak tidak sah taraf sebagai anak tidak sah taraf
ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuhan syubhah. Dalam
konteks anak tidak sah taraf, persetubuhan syubhah mempunyai kaitan secara langsung dan
ditafsirkan “Persetubuhan syubhah berkmasud persetubuhan yang dilakukan atas anggapan
akad nikah yang sah, akan tetapi akad itu tidak sah(fasid) atau persetubuhan yang berlaku
secara silap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukumhad dalam islam.
Begitu juga nasab yang ditafsirkan mempunyai hubungan yang rapat dengan anak tidak sah
taraf, keturunan yang berasakan pertalian darah yang sah. Kesemua istilah tersebut saling
berkait rapatr diantara satu sama dengan yang lain dalam memberi tafsiran yang jelas tentng
status nasab anak tidak sah taraf.

5
FATWA

Mesyuarat Jawantankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama islam Malaysia
yang ke-57 (muzakarah Fatwa Kerbangsaan) yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah
membincangkan mengenai Anak Tidak Sah Taraf. Mesyuarat telah mengutuskan seperti
berikut:

1. Anak tidak sah taraf ialah: anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina
atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.
2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim
qamariah(hijrah) daripada tarikh takmin (Setubuh).

Anak tidak sah taraf tidak boleh ber Bin/binti kepada bapa yang menyebabkan kelahiranya
atau kepada sesiapapun yang mengaku ibu bapa anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh
saling waris mewariskan, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Berdasarkan fatwa di atas boleh kita tafsirkan Anak Tidak Sah Taraf kepada dua aspek.
Pertama, dari sudut fiqh, anak tak sah taraf bermaksud anak yang lahir di luar pernikahan
yang syarie (anak zina), anak mangsa rogol dan sumbang mahram. Kedua, dari sudut
pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak tidak sah taraf ialah anak yang tidak
mempunysi dokumen kelahiran disebabkan perkahwinan kedua ibu bapanya yang tidak
terdaftarkan di mahkamah syariah.

KAEDAH FIRASH (HAMPARAN)

Firash adalah perempuan yang menjadikan hamparan lelaki bersedap-sedapan denganya.


Firash juga merujuk kepada seorang wanita yang ditentukan untuk melahirkan anak bagi
individu tertentu. Firash terbahagi kepada tiga:

1) Firash isteri
2) Firash Hamba Perempuan
3) Shibu Al firash

Firash Isteri

Menurut para fuqaha, seseorang isteri yang menurunkan keturunan dengan melahirkan anak
melalui parkahwinan yang sah atau fasid mestilah dinasabkan kepada suaminya atau ayah
kepada anak tersebut. Pendapat fuqaha itu adalah berdasarkan hadis yang bermaksud
“Seorang anak adalah milik tuan firash”. Seandainya ada berlaku penceraian bagi
perkahwinan fasid sebelum tamat tempoh hamil maksimum dari dari tarikh penceraian dan

6
genap 6 bulan atau lebih dari waktu persetubuhan hendaklah dinasabkan kepada lelaki
tersebut. Pensabitan nasab secara firash ini hendaklah memenuhi 3 syarat. Iaitu:

1) Suami mampu menghamilkan isterinya setelah baligh menurut mazhab Hanafi,


Mazhab Maliki dan Syafie atau hampir baligh menurut mazhab Hanbali. Suami juga
mempunyai alat kelamin yang sempurna, tidak cacat dan berupaya menyetubuhi isteri.
2) Suami dan isteri mempunyai keadaan yang tertentu sehingga membolehkan mereka
bersetubuh selepas diakadkan.
3) Anak tersebut dilahirkan selepas 6 bulan dari tarikh akad menurut mazhab Hanafi dan
jumhur ulama mensyaratkan anak tersebut lahir selepas mencapaiusia enam bulan
dari waktu bersetubuh.

Firash Hamba Perempuan

Menurut Mazhab Hanafi, firash hamba tidak boleh dinasabkan, kecuali ada pengakuan
dari tuanya bahwa anak tersebut adalah anaknya. Jika tuanya menafikan maka anak
tersebut tidak boleh dinasabkan kepadanya. Menurut jumhur ulama, selain Hanafi,
seorang hamba akan menjadi firash kepada tuannya apabila tuannya mengaku telah
menyetubuhi hambanya itu. Hal ini berketepatan dengan satu hadis Nabi Muhammad
SAW yang berbunyi:

“Saad bin Abi Waqqas telah bertelingkah dengan Abd. Bin Zamaah tentang seorang
budak. Saad berkata: Wahai Rasullulah, budak ini adalah anak kepada saudaraku,”

Utbah bin Ali Waqqas yang mengaku kepadaku bahwa budak malang itu ialah anaknya.
Apabila kita lihat persamanya . Kata Abd bin Zamaah pula:

“budak ini ialah saudaraku wahai Rasullulah, dia dilahirkan oleh hamba perempuan
bapaku.”

Rasullulah melihat wajahnya dan mendapati sangat mirip dengan Utbah. Bagi bersabda
“dia adalah hak kamu Abd, seorang anak adalah mirip tuan Firash. Wahai Sawdah binti
Zamaah hendaklah kau berhijab daripadanya.” Kata Aisyah, dia (budak itu) tidak pernah
melihat Sawdah langsung”.

Oleh itu, anak yang dilahirkan 6 bulan atau lebih dari waktu istibra (pembersihan Rahim)
tidak boleh dinasabkan kepada tuanya.walaupun dinafikanya. Sekiranya hamba
perempuan tersebut telah suci rahimnya daripada benih tuannya, anak yang lahir setelah
6 bulan atau lebih dari waktu (istidbra) pembersihan Rahim tidak boleh dinasabkan kepada
tuannya

7
Shibbu Al –Firash

Shibbu Al-Firash ialah sabitan nasab melalui persetubuhan syubhah yang terbahagi
kepada tiga:

1) Syubhah milik seperti bapa menyetubuhi hamba hamba perempuan anaknya


kerana beranggapan hamba itu miliknya.
2) Syubhah pada akad sebagai contoh suami telah menyetubuhi isterinya, namun
mendapati isterinya ialah saudara perempuan susuanya yang haram dikahwini.
3) Syubhah dalam perbuatan seperti seorang lelaki telah menyetubuhi seorang
perempuan yang dia sangka isterinya akan tetapi perempuan itu bukan isteri.

Oleh itu, seseorang anak lahir setelah genap usia enam bulan atau lebih daripada
persetubuhan syubhah, maka anak itu dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.
Sekiranya seseorang anak lahir sebelum genap usia enam bulan daripada tarikh
persetubuhan syubhah, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang
menyetubuhi ibunya. Kecuali lelaki tersebut mendakwa anak itu daripada benihnya.

4.0 KAEDAH PENGAKUAN (IQRAR)

Jika pengakuan nasab dibuat oleh pengaku sendiri sebagai contoh seseorang bapa mengaku
bahawa seseorang anak itu adalah anaknyaatau seseorang anak mengaku bahawa
seseorang itu ialah bapanya. Seseorang yang mengaku dia bapa terhadap seseorang anak
mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Seseorang yang diakui itu anaknya hendaklah tidak ada nasab. Jadi ini bermakna dia
tidak mempunyai bapa selain orang yang mengaku dirinya bapa itu.
2) Pengakuan yang dibuat itu mestilah munasabah dari segi fakta. Misalkan terdapat
perbezaan umur yang munasabah diantara mereka yang menunjukkan diantara
mereka ada pertalian keluarga.
3) Pengakuan itu semestinya boleh diterima oleh orang yang diakui sebagai anak,
seandainya dia sudah mencapai akil baligh. Akan tetapi, sekiranya dia belum
mencapai akil baligh, atau dia seseorang yang gila (tidak waras) maka pengakuanya
tidak diperlukan.

8
4) Pengakuan tersebut tida boleh melibatkan orang lain. Sebagai contoh, pengakuan
isteri atau bekas isterinya (dalam iddah) bahawa seseorang itu anaknya, maka
pengakuanya itu hendaklah ditolak, kecuali diaukui oleh seseorang suaminya atau
disokong oleh keterangan lain. Keterangan seseorang wanita itu tidak cukup untuk
menasabkan anak kepada suaminya.

5.0 KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH ANAK TIDAK SAH TARAF

Mengikut undang-undang keluarga islam di negeri-negeri dan Wilayah Persukutuann


mempunyai peruntukan yang mewajibkan ibu kepada anak tersebut menyara kehidupan Anak
Tidak Sah Taraf. Dalam memberi kepada anak tidak sah taraf ini ada tiga pihak yang
dipertanggungjawabkan iaitu sama ada ibu, waris ibu atau pemerintah (baitulmal).

5.1 TANGGUNGJAWAB IBU

Secara amnya, bapa merupakan individu yang pertama yang harus bertanggungjwab untuk
memberi nafkah kepada anak dan memenuhi segala keperluan anak-anak. Kewajipan
tersebut didorongkan dengan tiga factor iaitu perkahwinan, keturunan dan pemilikan.
Berdasarkan firman Allah SWT:

“Dan kewajipan seseorang bapa memberi nafkah dan pakaian dengan caera bil maaruf,
tidak lah diberatkan seseorang kecuali mengikut kemampuannya”(QS Al-Baqoroh, 233)

Dalil diatas menegaskan bahawa seorang bapa sebenarnya merupakan tunjang utama atau
bahasa yang lebih mudahnya bertanggungjawab sepenuhnya menyara nafkah anak-anaknya
dan kewajipan tersebut tidak boleh dikongsi dengan pihak lain. Akan tetapi, sekiranya bapa
sudah meniggal dunia atau bapa tidak mampu menafkahi maka tanggungjawab tersebut
berpindah kepada ibu.

“para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan”’.

Dalil nas di atas membuktikan bahawa seorang ibu tidak boleh enggan untuk menyusui
anaknya hanya kerana mahu menyusahkan bapanya. Ibu juga dilarang menuntut upah susu
dari melebihi kadar yang munasabah dan bapa juga tidak boleh melarang ibu menyusui
anaknya jika dia menghendakinya. Kewajipan ibu menyara Anak Tidak Sah Taraf disebabkan
pertalian darah (nasab) bersamaan dengan kewajipan bapa memberi nafkah kepada anaknya
yang dinasabkan kepadanya. Antara syarat yang menyebabkan harus untuk kita menafkahi
anak-anak ialah:

9
1) Anak tersebut miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahi dirinya.
2) Anak tersebut belum mampu untuk berdikari untuk mengelola terhadap harta yang
dimiliki.
3) Tanggungjawab nafkah akan berpindah kepada waris seandainya ibu bapa anak
tersebut tidak berkemampuan untuk menyara

Ada satu gambaran yang menjelaskan seandainya ibu bapa tidak mempunyai harta akan
tetapi mempunyai pekerjaan yang cukup untuk menyara dirinya sendiri sahaja, maka disini
timbul perselisihan pendapat diantar para ulama sama ada masih menjadi satu kewajipan
untuk mereka menafkahi anak mereka ataupun tidak. Menurut pendapat yang paling sahih
dan mendapat banyak sokongan, iainya adalah wajib. Manakala pendapat yang kedua
mengatakan ianya tidak wajib. Seandainya anak tersebut sudah mempunyai pekerjaan dan
harta, maka ibu bapanya tidak wajib memberikan nafkah kerana anak tersebut sudah tidak
lagi berhajat terhadap nafkah, walaupun anak itu sakit ataupun buta.

Sebaliknya, ibu bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya jika anaknya fakir, sakit, gila,
atau masih dibawah umur yang tidak memungkinkan untuk dia mampu bekerja. Menurut Abu
Thur, Ibu atau bapa wajib memberi nafkah walaupun anak dia mempunyai kemampuan atau
kelebihan dalam rezeki. Terdapat persoalan, seandainya anak itu sihat tetapi tidak mampu
untuk bekerja, apakah wajib bagi ibu bapa untuk menafkahinya?. Menurut nas dalil yang sahih
yang menjelaskan ianya tidak wajib kerana nas dalil hanya menjelaskan kewajipan
memberikan nafkah kepada anak yang belum cukup umur berbeza dengan anak yang sakit
dan gila.

Di Malaysia, kebanyakan kes yang dirujuk di mahkamah syariah hanyalah berkaitan dengan
tuntutan selepas penceraian, seperti nafkah iddah, nafkah anak, tunggakan nafkah isteri dan
anak, mutaah, hadanah, harta sepencarian, dan sebagainya berbanding dengan kes yang
berkaitan dengan anak tidak sah taraf. Kes kesahtarafan anak yang diputuskan oleh
mahkamah berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pernikahan
menggunakan wali hakim. Secara keseluruhannya, permohonan tersebut akan diluluskan
oleh mahkamah setelah berpuas hati bahawa anak tersebut sebenarnya anak tidak sah taraf
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah termasuk ibu bapa anak tersebut mengaku
telah berzina sebelum mereka menikah dan kedua-dua pasangan tidak mempunyai dokumen
yang sah dan tidak didaftarkan kepada jabatan agama islam.

10
5.2 TANGGUNGJAWAB WARIS IBU

Ibu merupakan individu yag paling rapat dengan anak yang tidak sah taraf yang dinasabkan
kepadanya. Jika kelahiranya anak itu tidak melalui perkahwinan yang sah disisi agama.
Disebabkan itulah ibu menjadi orang yang paling bertanggungjawab dalam memberi nafkah
terhadap anak tidak sah tarf tersebut. Seandainya Ibu yang melahirkan anak tidak sah taraf
tersebut tidak mampu untuk memberi nafkah, maka tanggungjawab tersebut akan berpindah
kepada ahli waris. Hal tersebut diperkuatkan oleh firmannya Allah SWT yang bermaksud:

“dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika tiada ayah)”

Wahbah bin Zuhaili menjelaskan tanggungjawab waris ibu memberi nafkah terhadap anak
tidak sah taraf seperti berikut:

“ibu ialah waris, jadi wajib ke atas dirinya untuk menafkahi anak tersebut dengan nas dalil
yang jelas di dalam. Jika anak kecil tersebut mempunyai nenek dan saudara lelaki maka ke
atas nenek 1/6 dan selebihnya ditanggung oleh saudara lelaki. Dengan ini jadilah susunan
pembiyaan nafkah mengikut susunan perwarisan. Maka sebagaimana nenek disini mendapat
habuan pusaka 1/6, ia juga wajib membiayai nafkah 1/6 dan sebagaimana habuan pusaka
yang selebihnya bagi saudara lelaki maka begitu juga dia wajib memberikan nafkah yang
selebihnya setelah 1/6 daripada nenek. Jika dihimpun ibu bapa sebelah ibu (nenek dan atuk
di sebelah ibu) maka pembiyaan nafkah wajib ke atas emak ibu (nenek) kerana ia adalah ahli
waris””.

Berdasarkan pernyataan di atas membuktikan islam mengutamakan kita menafkahi


terhadapa keluarga terdekat dan orng di bawah tanggunganya sebelum memberikan kepada
orang fakir, miskin, dan orang yang berjuang di jalan Allah ( sabilillah ) dan orang yang dalam
perjalanan ( ibnu sabil ).

TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH

Menurut kepada hadis yang sahih yang disepakati oleh nabi yang hadisnya berbunyi:

“setiap kamu ialah gembala, maka kamu semua bertanggungjawab terhadap gembalaanmu”

Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap orang dijadikan pemimpin dan setiap pemimpin
mestilah menunaikan kewajipanya. Tanggungjawab sebagai pemimpin ataupun pengatur
setiap orang berbeza-beza antara satu dengan yang lain sama ada kecil dan besar itu diukur
melalui jumlah penguasaanya seperti gabenor atau khalifah. Setiap pemimpin akan di
pertanggungjawabkan setiap segala urusan. Penjaga juga mestilah bersifat pemimpin yang

11
amanah dan sentiasa berusaha melakukan pembaikan dan bersifat tidak pilih kasih (adil).
Kerana ada juga dalil yang menjelaskan pengatur akan dipertanggunjawab sama dia ada
terhadap jagaanya, maka jika tidak adil neraka lah pengatur itu.

Dalam islam, baitulmal lah yang bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan
kepada orang lain yang memerlukan bantuan dan memenuhi keperluan mereka. Baitulmal
membawa maksud medium untuk menjaga harta kerajaan dan sebahagianya digunakan
untuk nafkah. Pada hari ini baitulmal lebih dikenali sebagai institusi kewangan atau bank.
Baitulmal terpecah kepada empat bahagian iaitu zakat, Harta rampasan perang(ghonimah)
harta rampasan (fai) dan harta yang hilang.

Terdapat satu kisah yang masyhur yang boleh kita jadikan ibrah atau suri tauladan ialah kisah
Umar Al-Khattab dan harta baitulmal. Ketika beliau menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar
beliau seorang pemimpin yang sangat merisaukan keadaan umat. Pada suatu malam, beliau
mendapat tahu bahawa ada seorang wanita bersama anak-anak kecilnya dalam keadaan
lapar dan memerlukan makanan. Beliau dengan sendirinya merasa tenggungjawab
mengambil makanan daripada baitulmal lalu memberikan makanan kepada wanita tersebut.
Lalu wanita tersebut mengucapakan ucapan syukur terima kasih kepada Saidina Umar Al-
Khattab sambal berkata “sesungguhnya Allah ada diantar kami dan umar”. Kisah ini menjadi
teladan dan boleh kita mengambil hikmahnya bahawa seorang pemerintah yang sangat
bertanggungjawab kepada rakyatnya sehingga sangup turun padang memberikan bantuan.

Jika pemerintah tidak melakukan tindakan tersebut iaitu memberi nafkah, maka
tnaggungjawab tersebut akan berbalik kepada ahli keluarga (muslimin) yang terdekat dan
yang jauh. Jika ibu anak tersebut masih hidup, maka ibu wajiblah menyusui dan mengurusi
nafkah anaknya kerana ibu lebih dekat dengan anaknya.

Pada hari ini di negara kita terdapat beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap wanita dan kanak-kanak, antaranya:

1) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang berperanan untuk


memelihara hak-hak wanita, keluarga dan masyarakat dengan secara adil dan
saksama tanpa unsur diskriminasi dan serta memantapkan institusi keluarga.
2) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mempunyai peruntukan khusus untuk
menyara Anak Tidak Sah Taraf dengan menjaga mereka sejak kecil di rumah kanak-
kanak (RKK). Mereka juga diberikan pendidikan formal atau tidak formal seperti kem
motivasi jati diri, seminar, program khidmat kemahiran di institusi, dan kelas akademik
dengan menduduki ujian peperiksaan sekolah rendah (UPSR), pentaksiran tingkatan
3 (PT3), dan sijil pelajaran Malaysia (spm) sehingga ke institusi pengajian tinggi.

12
3) Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyediakan program untuk ibu tunggal
Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan
(I-KeuNITA) bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita, termasuklah wanita
hamil luar nikah dalam aktiviti keusahawanan agar mereka boleh berdikari tanpa perlu
bergantung kepada kerajaan dalam membesarkan anak tidak sah taraf.
4) Badan NGO seperti OrphanCARE mengendalikan baby hatchy di Petaling, Selangor.

6.0 KEWAJIPAN MENJAGA ANAK TIDAK SAH TARAF

Undang-undang keluarga islam di setiap negeri dan wilayah memperuntukan seorang ibu
wajib untuk menjaga yang tidak sah tarafnya. Terdapat beberapa pihak lain yang juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak tidak sah taraf sama ada saudara mara ibu,
keluarga angkat atau institusi kebajikan, seandainya ibu tidak layak menjaga anak tersebut.

6.1 TANGGUNGJAWAB IBU

Mengikut hukum syarak telah mewajibkan setiap wanita yang melahirkan anak tak sah supaya
menjaga anak tersebut. Kewajipan tersebut sepadan dengan pandangan para fuqaha dalam
kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii, dan Hanbali bersepakat mengiktiraf kedudukan ibu
dan nenek di sebelah ibu paling berhak terhadap hak penjagaan berbanding bapa,
seandainya berlaku tuntutan hak penjagaan anak sama ada masih bersuami isteri ataupun
sudah bercerai ataupun berpisah sebab kematian suami. Hal ini diperkuatkan lagi satu hadis
yang menjelaskan:

“wahai rasullulah anak ini pernah menjadikan perutku sebagai wadah, tetekku sebagai
sumber minumannya, dan kamarku sebagai tempat tinggalnya. Kini ayahnya sudah
menceraikanku dan ingin merampasnya dariku”

Di Malaysia, undang-undang keluarga islam di semua negeri dan Wilayah persukutuan


memprioritikan ibu atau saudara mara ibu ialah golongan yang paling berhak menjaga anak
tak sah taraf. Tiada undang-undang yang memperuntukan memberi kuasa pada mahkamah

13
syariah mewajbkan bapa biologi atau keluarganya menjaga anak tersebut kerana bapa biologi
tiada hubungan nasab dengan anak tak sah taraf.

6.2 TANGGUNGJAWAB SAUDARA MARA IBU

Saudara ibu merupakan pihak kedua setelah ibu dan nenek yang bertanggungjawab untuk
menjaga anak tak sah taraf tersebut menurut urutan-urutan waris yang dibenarkan oleh
hukum syarak. Hak penjagaan akan berpindah milik kepada saudara mara ibu jika ibu tidak
mahu menjaganya atau tidak berkemampuan untuk menjaga anak tersebut. Seseorang yang
ingin menjadi penjaga terhadap anak tak sah taraf mestilah memnuhi beberapa syarat-syarat
yang telah ditetapkan iaitu mestilah beragama islam, sempurna akal (waras), mampu
mencurahkan kasih saying, berakhlak yang mulia, dan menetap di tempat yang selamat aman
damai serta tidak mengundang dari marabahayadari segi aspek rohani dan jasmani terhadap
anak tersebut.

Seterusnya, penjaga mestilah seseorang yang pendidik dan mampu memberi pendidikan
kepada anak tersebut secara formal atau secara tidak formal sejak dari usia kecil lagi. Dalam
keadaan ini, pihak mahkamah boleh memerintahkan seseorang yang ingin menjadi penjaga
anak tak sah taraf mestilah mengutamakan pendidikan dan pelajaran anak tersebut.

Peruntukan ini dibuat untuk memberikan keadilan hak yang saksama diantara anak tidak sah
taraf dan anak yang sah taraf untuk mendapatkan pendidikan dan pelajaran ketahap yang
lebih tinggi seperti yang diperuntukan undang-undang. Tidak dilupakan juga hak kebajikan
terhadapa anak tidak sah taraf, pihak mahkamah juga harus memberikan perhatian tentang
kemahuan seseorang dan kemahuan anak tak sah taraf tersebut, jika mereka mampu
membuat keputusan sendiri agar penjagaan terhadap anak tersebut sentiasa dipenuhi
dengan kebajikan.

Selain itu, mahkamah turut menekan pemeliharaan anak tak sah taraf tersebut yang telah
ditinggalkan oleh ibunya samada ibunya masih hidup ataupun sudah meninggal dunia dan
hubungan penjaga dengan anak tersebut ketika menguruskan hartanya. Jika ibunya
meninggal dunia dan anak tidak sah taraf tersebut masih kecil, maka harta warisan yang
dimilikinya mestilah didaftarkan di atas nama pemegang amanah dalam kalangan waris
ibunya.

Namanya boleh didaftarkan sebagai pemilik apabila dia mencapai genab umur 18 tahun
dengan membatalkan nama pemegang amanah melalui perintah mahkamah. Perkara
tersebut diperuntukan dalam Akta Harta Pusaka kecil 1955.

6.3 KELUARGA ANGKAT

14
Seseorang ibu atau saudara mara ibu yang tidak mahu atau hilang kelayakan menjaga anak
tak sah taraf, boleh menyerahkan hak penjaagaan anak kepada keluarga angkat. Islam tidak
menghalang dan menggalakan pemeliharaan anak angkat terutamanya anak tidak sah taraf
demi menjaga dan menjamin akidah anak tersebut dan mengeratkan hubungan silaturahim
antara mereka. Walaubagaimanapun, islam melarang daripada anak tersebut ber Bin atau
ber Binti dengan nama bapa angkat sebaliknya haruslah mengekalkan dengan nama asal
bapa anak tersebut. Ada sebuah dalil yang menyokong fakta di atas, dalil tersebut berbunyi:

“Sesiapa yang mendakwa seseorang itu adalah bapaknya dan dia mengetahui bahawa itu
bukanlah bapaknya, maka syurga adalah haram baginya”

Hadis di atas menjelaskan bahawa seseorang tidak akan masuk ke syurga seandainya dia
masih mengnaggap seseorang selain bapa kandungnya itu adalah bapanya walaupun dia
berada dalam keadaan yang sedar.

Dalam masyarakat kita hari ini, mengambil anak angkat bukanlah sesuatu perkara yang asing
lagi terutamanya kepada pasangan yang belum dikurniakan anak setelah berada lama di
dalam alam pernikahan. Dalam islam, kita sangat mengiktiraf penjagaaan anak angkat sama
seperti anak kandung yang perlu diberikan perhatian dalam beberapa aspek terutamanya
aspek kasih sayang. Kasih sayang yang dipupuk diantara kedua-duanya sangat diutamakan
kerana menjadi asas penting untuk membentuk keluarga yang sakinah mawwadah dan
warohmah. Hal ini terkandung dalam sebuah hadis nabi:

“Bukanlah termasuk golongan ku nabi orang yang tidk menyayangi anak kecil” (HR Abu
Dawud)

Jadi disini kita sebagai orang islam seharusnya memupuku sifat kasih sayang yang mendalam
terhadapa anak kecil, kerana jika tidak maka dampaknya seperti yang digambarkan dalam
hadis di atas iaitu kita bukanlah golongan nabi, adakah kita masih dikira orang iman?
WALLAHUALAM.

Setiap keluarga angkat bertanggungjawab penuh dalam membesarkan, menjaga kehormatan


diri dan membentuk kesejahteraan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat seperti yang
dikehendaki syariat islam.

Oleh demikian itu anak angkat tidaklah wajar diperlakukan sebarang perkara yang boleh
memudaratkan tubuh badan, akal fikiran dan maruah mereka sebagai seorang muslim.
Walaupun begitu, masih ada segelintir keluarga angkat yang meremehkan larangan tersebut

15
sehingga berlaku penderaam fizikal, mental dan seksual terhadapa anak angkat lebih-lebih
lagi anak tersebut merupakan anak tidak sah taraf.

Mengikut undang-undang, ‘” Anak angkat “ bermaksud seseorang anak yang telah diberi
kebenaran dari mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula manakala “Pengangkat”
yang membawa maksud seseorang yang dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan untuk
mengangkat anak angkat.

6.4 INSTITUSI KEBAJIKAN

Institusi kebajikan merupakan alternative atau jalan terakhir seandaiya tidak ada lagi pihak-
pihak sama ada ibu, waris ibu atau keluarga angkat yang ingin mengambil atau menjaga anak
tidak sah taraf tersebut. Sekiranaya anak tersebut mampu membuat keputusan sendiri untuk
tingagal di mana-mana institusi kebajikan dan tidak mahu tinggal dengan saudara mara atau
keluarga angkat, maka mahkamah syariah diperbolehkan untuk memerintahkan pihak
berwajib supaya memberi penjagaan terhadap anak tidak sah taraf.

Selain mahkamah syariah, mahkamah kanak juga bertanggungjawab dan juga berkuasa
untuk memerintahkan mana-mana institusi kebajikan supaya menjaga anak tidak sah taraf
tersebut sama ada islam atau tidak islamseperti yang diperuntukan:

Bagi seorang ibu yang mengandung anak tidak sah taraf dan berdaftar dengan JKM mereka
akan ditempatkan di Pusat Sinar Jagaan Kasih di Batu Gajah, Perak atau Pusat Jagaan Sinar
Kasih di komplek penyayang di Sungai Buloh. Setelah bersalinkan bayi, jika mereka tidak
mahu menjaganya maka JKM akan memilih keluarga angkat untuk menjaga anak tersebut
dalma tempoh sehingga usia bayi itu mencapai 2 tahun. Selepas tempoh 2 tahun itu tamat
maka maka barulah proses pengangkatan keluarga angkat di JPN. Sekiranya tidak ada
keluarga angkat yang mahu mengambilnya, maka anak tidak sah taraf itu akan bertempat di
institusi kebajikan sehingga umur mereka mencapai 18 tahun.

Antara institusi kebajikan yang mengambil anak tidak sah taraf ialah Rumah Kanak-Kanak
(RKK) yang berada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan OrphanCare.
Institusi kebajikan yang diwujudkan di negara kita ini menyediakan tempat tinggal yang selesa,
sarana prasana yang mencukupi dan menyediakan perkhidmatan seperti pendidikan,

16
kesihatan, rekreasi dan suasana psikologi yang sesuai bagi perkembangan rohani, jasmani
dan emosi.

7.0 STATISTIK ANAK TIDAK SAH TARAF.

Di negara kita, statistic anak tidak sah taraf telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara dari tahun 2009-2015. Statistik menunjukan ada berlaku penigkatan dan penurunan
setiap tahun yang berbeza. Menurut JPN, pendaftaran semua kelahiran itu hanya
membabitkan wanita islam, kerana tiada status sedemikian bukan islam. (Sophia 2016 & Anon
2014).

17
LATAR BELAKANG RESPONDAN YANG TERLIBAT DENGAN ANAK TIDAK SAH
TARAF.

Maklumat di atas menunjukan bahawa orang melakukan perbuatan terkutuk sehongga


melahirkan keturunan yang tidak sah taraf itu daripada semua golongan baik yang
berpendidikan tinggi mahupun hanya berpendidikan rendah. Jadi orang yang berpendidikan
tinggi tidak dapat menjamin yang dia tidak akan melakukan hubungan terkutuk itu.

8.0 DAMPAK BURUK TERHADAP ANAK TIDAK SAH TARAF

Terdapat dua kesan buruk terhadap anak tidak sah taraf di dalam kehidupan peribadi anak
berkenaan. Pertama, masalah atau tegas nya tidak boleh ber “bin” atau ber “berbinti” yang
menunjukan beliau anak kepada siapa dan kedua masalah pembahagian harta pusaka(faroid)

18
8.1 DAMPAK DALAM PENAMAAN.

Mengenai nama anak tersebut sama ada perlu di “bin” atau “binti” kan ayah biologi mereka
atau tidak banyak diperbincangkan oleh para ulama. Seakan-akan persolan merek itu
hanyalah sesuatu perkara berbangkit daripada fatwa mereka tentang sabit atau tidak nasab
keturunan antara anak zina dengan bapa biologinya. Oleh disebab perkara berbangkit di atas
yang membincangkan bahawa anak yang lahir tidak menepati syariat islam tidak boleh di
sabitkan nasabnya dengan bapa biologinya maka secara berbangkit dia tidak boleh ber bin
atau ber binti kan bapa kan dengan bapa biologi tersebut.

Pendapat seperti ini diambil daripada pandangan fatwa yang difatwakan oleh Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan yang ke-41 yang diadakan pada 25 Jun 1998. Penamaan tersebut
menyebut:

1) Sekiranya seorang perempuan melayu islam yag bersedudukan dengan tanpa nikah,
sama lelaki tersebut islam atau lelaki bukan islam dan melahirkan anak, maka anak
yang lahir itu hendaklah dibinkan atau dibintikan “Abdullah” atau lain-lain nama yang
ada di ASMAUL HUSNA.
2) Seseorang anak luar nikah atau tidak sah taraf tidak wajar boleh dibinkan kepada ibu
anak tersebut kerana ini mungkin akan menimbulkan masalah sosial atau kesan
psikologi terhadap anak tersebut. Oleh demikian itu, anak tersebut dibinkan atau dibinti
“Abdulah” atau nama-nama lain yang di dalam ASMAUL HUSNA dengan
berpangkalkan “Abdul’.
3) Seseorang anak jika ditemui terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui asal
usulnya hendaklah di bin atau dibintikan “Abdullah” dan sekiranya nama Abdullah itu
bersamaan dengan nama orang yang menjaga anak tersebut maka bolehlah
dfipilihkan nama yang lain yang di ASMAUL HUSNA.

19
8.2 DAMPAK BURUK TERHADAP PUSAKA

Tidak jauh beza dengan masalah penamaan, masalah pusaka bagi anak tidak sah taraf juga
tidak dibincangkan oleh para ulama kerana ia merupakan implikasi daripada kedudukan
berkenaan yang sangat mudah difahami. Maksudnya adalah, oleh keran anak tidak sah taraf
itu tidak ada apa-apa kaitan degan kekeluargan dan bapa biologinya, maka persoalaan
puskaa diantara mereka tidak berbangkit.

Ini amat berbeza sekali dengan masalah harta pusaka antara anak berkenaan dengan ibu
yang melahirkannya kerana apabila sudah jelas bahawa anak berkenaan. Maka segala
perkara yang kait dengan kedudukan berkenaan akan berlaku seperti biasa, termasuk
masalah pusaka. Dalam erti kata lain, hukum pusaka akan berlaku diantara keduanya tanpa
mengira siapa yang mempusakai siapa.

Di negara kita hukum ini menjadi asas kepada pendapat yang diberikan oleh Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 25 Jun 1998, yang memutuskan:

20
9.0 IMPLIKASI TERHADAP ORANG YANG TERLIBAT DENGAN TERJADINYA ANAK
TIDAK SAH TARAF (IBU BAPA BIOLOGINYA)

Islam mensyariatkan pernikahan kerana dengan pernikahanlah merupakan satu-satunya cara


yang hala, sihat, tepat dan terhormat untuk menyalurkan keperluan batin (seksual). Juga
merupakan sarana yang terbaik untuk mendapatkan keturunan yang kemudianya dibesarkan
agar menjadi anak yang solih, alim-fakih, berkhlak mulia serta bermanfaqt bagi diri, keluarga,
agama, dan negara. Sebaliknya, yang dinyatakan sebagai perbuatan haram, hina dan akan
diberikan hukuman berat. Hal ini di sebabkan kerana akibat yang ditimbulkan perbuatan zina
sangatlah buruk, mengundang kejahatan yang dan dosa yang sangat besar.

Maka hukum asli dalam islam sebenarnya menetapkan hukuman yang keras dan berat
terhadap pelaku zina. Akibat perbuatan zina membawa kesan buruk yang luar biasa, baik
dalam kehidupan peribadi penzina, keluarga mahupun masyarakat.

Bagi penzina, sebagaimana yang telah diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Huzaifah bin Yaman, apabila diklasifikasikan, ada dua sisi buruk perbuatan zina, iaitu
akibat di dunia dan akibat di akhirat.

9.1 AKIBAT DI DUNIA

“DZAHAABUL BAHAA”

Ertinya ialah hilang kewibawaan. Ketika seseorang telah melakukan zina, maka Allah SWT
akan menghilangkan kewibawaannya, Allah menghilangkan nama baik penzina dan
menggantikanya dengan AL-KHABITS (yang membawa maksud orang yang menjijikan), itu
merupakan sebuah gelar yang disematkan buat penzina. Kalau kita lihat masyarakat kita
sekarang ini jarang kita lihat seseorang yang sudah diketahui umum seorang pembuat zina
sehingga menurunkan anak tak sah taraf itu masih ada kewibawaan di mata masyarakat
walaupun orang tersebut sebelum ini merupakan seorang yang berpangkat dan ternama.\

“DAWAAMUL FAQRI”

Ertinya ialah kekal dalam kefakiran. Seseorang yang melakukan perbuatan zina, Allah SWT
akan menghukum dengan terus menerusnya kefakiran selama dia masih hidup di dunia.
Sebanyak manapun harta yang dikumpulkan tidk boleh menghilangkan atau mengubati
kefakiran yang telah di tetapkan kuat dalam dirinya kerana tidak boleh mengukur kemahuan
dan kemampuan, sehingga hatinya tidak boleh bersyukur walaupun banyak nikmat yang telah
ia terima dari Allah.

21
“QASHRUL-UMUR”

Ertinya ialah pendek umur. Bagi seseorang yang melakukan zina yang sepatutnya umrnya
panjang, maka umurnya akan menjadi pendek. Umur pendek itu boleh juga kerana dihukum
ranjam sebab zina mukhson, atau kerana diberi penyakit kelamin seperti HIV, gonorhea dan
lain-lain yang mempercepatkan kematian.

9.2 AKIBAT DI AKHIRAT

“SAKHATHULLAAH”

Ertinya ialah murka Allah. Pelaku perbuatan zina, akan mendapatkan hukuman murka Allah.
Dimana ketika ia terus berzina pada kebiasaanya, maka Allah akan meneruskan kemurkaan-
Nya dalam wujud siksa yang menyengsarakan dirinya.

“SUU’UL-HISAAB”

Ertinya adalah seburuk-buruk hitungan. Dianara orang-orang yang menjalani perhitungan


amal di hari kemudian, pelaku zina akan menghadapi hitungan yang sangat berat.

“KHULUUDUN FINAAR”

Ertinya adalah kekal di dalam neraka. Yang dimaksudkan disini ialah pelaku zina yang
menganggap zina itu halal. Adapun inmplikasi diantaranya adalah: pelaku melakukanya dan
kemudian tidak terasa mennyesal, merasa bangga, menganggap remeh, bahkan
menganggap benar perbuatan zina yang dia lakukan, seperti dengan alasan suka sama suka
yang kemudianya sampai matinya tidak bertaubat. Maka hukuman Allah SWT baginya adalah
hidup kekal di dalam neraka.

9.3 AKIBAT PELAKU ZINA KEPADA KELUARGA

1. Membuat seluruh keluarga dan kerabatnya menangung aib dan malu.


2. Berlakunya jarimah (kejahatan) kepada anak turun, diantaranya:
-kemungkinan akan berlaku pembunuhan terhadap anak tidak sah taraf tersebut
kerana si pelaku zina tidak mahu menanggung malu.
-jika anak tersebut diserahkan kepada lelaki atau bapa biologinya, maka dia
memasukan anaknya ke dalam keluarga orang lain yang sebenarnya sudah putus
nasab
-jika anak tidak sah taraf itu perempuan maka disamping putus hubungan nasab ia
juga putus hubungan perwalian dari bapa biologinya.
-ketika anak tidak sah taraf itu menikah seandainya yang menjadi wali pernikahan itu
bapa biologinya yang sudah putus nasab dari segi hukumnya maka pernikahan itu

22
batal ataupun erti kata lain tidak sah. Jika perkahwinan terse but diteruskan maka jatuh
hukum zina selama-lamanya.

9.4 AKIBAT PELAKU ZINA KEPADA MASYARAKAT

Semakin bermaharajalela kejahatan dalam masyarakat kerana banyaknya anak-anak hasil


zina yang tidak terdidik dalam sesebuah keluarga.

Melihat kepada akibat-akibat yang timbul disebabkan perzinaan yang semakin marak, maka
sesuailah zina itu menempati dosa besar ketiga setelah syirik dan pembunuhan.

Al-Imam Ibnu al-Qayim al-Jauziyyah dalam kitab al-Fawaaid berkata: dosa yang dilakukan
oleh manusia ada tiga jenis:

Pertama: Dosa yang hubungannya antara manusia dengan Tuhannya, yang tertinggi adalah
syirik

Kedua: Dosa yang berhubungan dengan sesama manusia. Yang tertinggi adalah membunuh.

Ketiga: Dosa yang berhubungan manusia dengan hawa nafsunya (pemuasan nafsu
syahwat), yang paling tinggi adalah zina.

Oleh kerana itu Allah mensifati orang iman adalah orang-orang yang meninggalkan ketiga
dosa besar tersebut, sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan selain Alllah dan tidak membunuh jiwa yang
diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Barang siapa yang
melakukan demikian itu, nescaya dia jatuh pada dosa. Akan dilipat gandakan adzab untuknya
di hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.” (QS Al-Furqon)

9.5 Hal-hal yang menyebabkan berlakunya zina

Dapat kita lihat bahawa Allah SWT telah menyatakan zina itu sebagai dosa besar dan Allah
telah memberitahukan pula tentang besarnya bahaya zina, yang menjadi penyebab utama
manusia masuk ke dalam siksa api neraka, maka kita perlulah waspada tentang apa sahaja
yang dapat menjerumuskan manusia ke dalam perbuatan zina, diantaranya ialah:

23
10.0 HAL-HAL MENYEBABKAN TERJADINYA PERBUATAN ZINA SEHINGGA
TERWUJUDNYA ANAK ZINA.

10.1 Memandang aurat wanita dan sebaliknya.

Pandangan yang tidak dijaga dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT akan berpotensi
menjadi perbuatan zina. Oleh kerana itu, Allah memerintahkan lelaki dan perempuan untuk
menjaga pandangan dan kemaluanya, serta memerintahkan untuk menutup aurat:

“katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang iman lelaki, agar mereka memejamkan
mata dan menjaga kemaluanya (dari zina). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sesunggunhnya Allah maha waspada terhadap yang mereka buat. Dan katakanlah wahai
Muhammad kepada orang-orang iman perempuan agar mereka memejamkan mata dan
menjaga kemaluan (dari zina). (QS An-nur 30-31)

Dalam ayat tersebut di atas, Allah mengandingkan antara perintah memejamkan mata dengan
perintah menjaga kemaluan, itu menunjukan kaitan rapat di antara pandangan mata dan
terhadapat aurat wanita dengan zina. Namun secara faktanya, setiap kali wanita itu
menayangkan aurat mereka baik di tempat umum mahupun di media sosial banyak kaum
lelaki yang terlena dan terjerat sehingga terperangkap dalam perbuatan zina. Ini juga
bermaksud bermula dengan pandanganlah zina itu akan terjadi. Ini berketepatan dengan
sebuah hadis:

“Pandangan adalah anak panah dari beberapa anak panah iblis yang diracun. Barang siapa
yang meninggalkan pandangan itu kerana takut padaku, maka Aku menggantikan dengan
keimanan yang dia jumpa rasa manisnya di dalam hatinya. (HR TABRANI)

10.2 Ikhtilat, iaitu pergaulan atau pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.

Pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan merupakan sebab utama yang
menjerumuskan seseorang itu berbuat zina sehingga menyebabkan zina tersebar seluas-
luasnya. Maka, seandainya seseorang itu ingin menghilangkan atau mencabut rasa keinginan
untuk berbuat zina maka dia hendaklah menjaga diri dan keluarganya dari pergaulan bebas
yang tidak terbatas. Kerana itulah hal-hal yang boleh menimbulkan pada pergaulan bebas ini
dilarang keras oleh Rasullulah SAW seperti berdansa senaman yang bercampur diantara
lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan saling melihat aurat dengan bebas,
bersentuhan, berpegangan, bahkan berpelukan dengan bebas diantara mereka.

24
11.0 KESIMPULANYA.

Sebagai penutup, adalah wajar diperingatkan bahawa dalam islam sendiri mempunyai sistem
kekluargaan yang cukup jelas dan terancang. Secara dasarnya ialah tidak menjadi apa-apa
hubungan kecuali dengan perkahwinan yang sah. Disebakan oleh itulah, sejak kedatangan
islam, ia telah mengharamkan sistem anak angkat dijadikan sebagai asas kepada pembinaan
keluarga dinasabkan kepada bapa angkat.

Selain itu, dalam islam juga sangat menekankan tentang keharaman perbuatan zina yang
menjadi titik permulaan kepada terhasil anak tidak sah taraf. Maka kita sebagai umat islam
mestilah menjadi golongan yang menjaga diri kita keluarga dan masyarakat kita daripada
terus terjerumus dalam perzinaan. Hal ini kerana dampaknya sangat besar, terutamanya
kepada anak yang lahir itu yang tidak tahu apa-apa.

25
12.0 RUJUKAN

1. Terjemahan Al-quran- www.surah.my

2. Hj Salim Bahreisy , (2006), Tafsir ibni Kasir, Victory Agencie Publishing, Kuala
Lumpur.

3. Fatwa- muftiwp.gov.my

4. M. Muhsin Khan (2005), Translation Sahih Bukhori- https://www.iium.edu.my/

5. Enakmen undang-undang keluarga islam- www2.esyariah.gov.my

6. Mohd Noor Mohamad (2013), Ensiklopedia Ramadan, Al-Nour Enterprise, Kuala Lumpur.

7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/657401/jpn-kaji-dasar-pendaftaran-
anak-tak-sah-taraf

8. Hukum berkahwin dengan anak tak sah taraf-


https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/26/hukum-berkahwin-dengan-anak-tidak-sah-taraf/

9. http://dewan.selangor.gov.my/question/anak-tak-sah-taraf-2/

10. https://www.jpn.gov.my/my/keratan-akhbar/1080-anak-tak-sah-taraf

26

Anda mungkin juga menyukai