Anda di halaman 1dari 33

KOD KURSUS : CTU 152

NAMA KURSUS : VALUES AND CIVILIZATION


PROGRAM : DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
TAJUK : KAJIAN KES: PUASA
NAMA PENSYARAH : ANISAH BINTI IBRAHIM
TARIKH HANTAR : -

NO NAMA NO MATRIK
1 ELLY ELLYANA AQILAH BINTI MOHD ELIAS 2020653756

BIL PERKARA PENILAIAN (%)


1 PENGENALAN
2 FAKTA & HURAIAN
3 KESIMPULAN
4 RUJUKAN
5 ETIKA & MORAL PROFESIONAL
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


PENGENALAN 2
OBJEKTIF 2
PENGERTIAN PUASA 3
SYARAT-SYARAT SAH PUASA 4-5
RUKUN-RUKUN PUASA 6
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 7-9
FADHILAT DAN HIKMAH PUASA 10 - 11
JENIS-JENIS PUASA: PUASA WAJIB 12 - 13
PUASA BULAN RAMADHAN 14 - 18
JENIS-JENIS PUASA: PUASA SUNAT 19 - 22
JENIS-JENIS PUASA: PUASA MAKRUH 23
JENIS-JENIS PUASA: PUASA HARAM 24 - 25
DI MANA KEDUDUKAN PUASA KITA? 26 - 27
PERKARA-PERKARA YANG SUNAT KETIKA BERPUASA 28 - 29
PERKARA-PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA 30
PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA 31
KESIMPULAN 31
RUJUKAN 32

1
PENGENALAN

Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim:

‫ق نُْ ُةن ُر ةإو ٌ ن ند َإل ُ ةَ ُإه ُن ةل ُخ ُقإ َنإ ِ ة لُنب نُْا ُن ةَّ نإو ِ نِبم َُُّننإ ُ ةَهُ ُن ةل ُخ قُإ ِ نِ ُِبنُ ا ن ُهإ ُُلنب ُقإ انباَب ِ ة نََِّْإ يف َّ ِنإ‬
‫ِ نِبم َُُّننإ ٌنُةننإ ُُلنب ُإ‬
‫إإٌ ن ند َإل ُ ةَ ُإه ُن ةل ُخ قةإ ينَن ةإو ٌ ُ ةَْغن ا نل نخََُِّ ينذإنِ نُْ ُةن ُر ةو ا ٌ ن ند َإل ُ ةَهُ ُن ةل ُخ قُإ َنإ ينُنلَُّ َُُّننا‬

Ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-
Rayyan’, masuk melaluinya adalah orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat,
tidak boleh masuk melaluinya seorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-
orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya
seorang pun melain mereka, maka apabila mereka (orang yang berpuasa) masuk,
pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.”

Ibadah puasa adalah suatu fardhu ‘ain yang telah menjadi kewajipan bagi
semua umat Islam. Bukan sahaja itu, ibadah puasa merupakan salah satu daripada
rukun-rukun Islam.

OBJEKTIF

Objektif kajian kes ini adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang
ibadah puasa. Melalui kajian kes ini dapat saya mengenali dan mempelajari pelbagai
aspek tentang puasa. Contohnya, erti puasa, rukun puasa, syarat-syarat sah puasa,
jenis-jenis puasa, hikmah puasa, dan banyak lagi. Sehabisnya kertas kerja ini,
harapannya adalah agar saya dan semua pembaca akan mengadaptasi lebih
banyak ilmu tentang tajuk ini.

2
PENGERTIAN PUASA

Dari segi bahasa, puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan


sesuatu. Manakala dari segi syarak pula, puasa bermaksud menahan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tertentu, yang boleh membatalkan puasa, pada
waktu siang daripada dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Maka secara amnya, puasa boleh difahami sebagai mencegah diri daripada
memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan sesuatu ke
dalam rongga badan pada waktu yang tertentu seperti makan.

Puasa itu adalah juga dapat mendorong sikap yang baik di dalam manusia.
Kemudian sikap yang baik ini dapat dibawa lanjut ke setiap hari seseorang manusia
itu hidup dan bukan sahaja pada hari-hari yang dia berpuasa.

Ibadat berpuasa adalah salah satu daripada rukun Islam maka setiap muslim
wajib melaksanakannya kecuali yang mengalami halangan atau kondisi yang secara
syariatnya tidak boleh berpuasa.

Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke-183;

‫ت ا نََُُِّ ِ ِإُننإ ٌنُُّ نيب ُنب‬


‫نُنب ُإو نَُن ةُ َُ ُإو َُب نإ‬ ‫ن ِ ِإُننإ نَُنع َُب نإ‬
‫ت نَ نُب ِ ا‬ ‫بنبِلَُّ ننإ ن نمَِ َُ ةإو ْناةَ َُ ةإو ُ ةإ‬

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Telah jelas di dalam kitab suci Al-Quran bahawa Allah mengajak hamba-
hambanya agar wajib melakukan ibadah puasa supaya sentiasa bertaqwa kepada
Allah SWT. Tambahan lagi bahawa ibadah puasa juga sudah diwajibkan pada umat-
umat terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad SAW .

3
SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Bukan calang-calang orang boleh mengerjakan ibadah puasa. Terdapat


beberapa syarat bagi puasa seseorang itu sah dan diterima Allah SWT.

Yang pertamanya, seseorang itu perlulah beragama Islam. Puasa tidak


diwajibkan ke atas orang kafir. Sesungguhnya orang yang berpuasa adalah
bertujuan untuk bertaqwa kepada Allah SWT. Jika seseorang itu bukan beragama
Islam, maka langsung tidak bermakna puasanya.

Seterusnya, agar puasa seseorang itu sah berpuasa, mereka haruslah baligh
dan berakal. Apabila seseorang itu kurang salah satu daripada du aitu, maka tidak
sah puasanya dan mereka tidak wajib mahupun harus ke atas mereka untuk
menjalankan ibadah puasa. Seperti telah diperkatakan dalam Riwayat Abu Daud,
diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diangkat pena
dari tiga golongan: dari orang gila sampai dia sedar, dari orang tidur hingga dia
bangun, dan dari anak kecil hingga dia baligh”.

Namun begitu, bagi anak kecil yang Mummayyiz iaitu anak kecil yang telah
tahu untuk membezakan baik dan buruk, jika mereka berpuasa, puasa mereka
adalah sah dan diterima, kemudian diberi mereka pahala. Malah, telah Rasulullah
SAW bersabda: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur
tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh
tahun serta pisahkan tempat tidur mereka”. Para ibu dan bapa muslim haruslah
tegas mendidik anak mereka agar beribadah kepada Allah SWT.

Seterusnya, orang yang berpuasa wajib sihat dan bebas dari segala
keuzuran. Ini bermakna individu itu haruslah tidak berpenyakit atau ada apa-apa
yang boleh menghalangnya dari mengerjakan ibadah puasa dan yang memerlukan
mereka untuk berbuka puasa sebelum masanya. Terdapat dua jenis kategori
keuzuran dalam manusia. Salah satu daripadanya adalah para wanita yang
kedatangan haid atau nifas. Walaupun mereka sangat mahu mengerjakan ibadah
puasa, hukumnya adalah haram. Sesungguhnya ini adalah fitrah seorang wanita.
Menurut hadis Riwayat Bukhari, pernah Syaidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha
menangis kerana kedatangan haid semasa ingin mengerjakan Haji Widak.

4
Kemudian Rasulullah SAW menenangkan hati Syaidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha
dengan berkata, “Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah SWT ke
atas Wanita”.

Selain itu, orang yang pengsan atau gila juga termasuk dalam dua kategori
uzur. Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Majmu’:
“Sekiranya berniat pada malam hari kemudian pengsan pada keseluruhan siangnya,
maka tidak sah puasanya di sisi mazhab”.

Orang yang bermusafir juga tidak diwajibkan berpuasa. Tetapi dengan


disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah dan bukan
maksiat ataupun menolong suatu perbuatan maksiat. Hendaklah musafir itu berlaku
atau bermula sebelum terbitnya Fajar Sadiq. Namun, pengecualian puasa deberikan
kepada musafir-musafir ini hanya dalam keadaan jika mereka berada dalam situasi
darurat. Seperti berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari, Hamzah bin Amr al-Aslami
bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Adakah (wajib) aku berpuasa
ketika musafir?” Sedangkan dia seorang yang banyak berpuasa. Maka Rasulullah
SAW bersabda: “Jika engkau mahu engkau boleh berpuasa, jika engkau mahu
engkau boleh berbuka”.

Seterusnya, wajib bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik untuk


berbuka puasa. Jika ibadah puasa boleh memudaratkan penyakit mereka dan
melambatkan proses penyembuhan mereka, lebih-lebih lagi boleh menyebabkan
kematian, mereka tidak sepatutnya berpuasa. Seperti Allah SWT telah berfirman
dalam Surah Al-Baraqah ayat yang ke-184: “(yaitu) dalam beberapa hari yang
tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan
itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya
(jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang
miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah
yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Sehubungan itu, orang yang tua dan tidak berkeupayaan lagi untuk
mempunyai tenaga bagi mengerjakan ibadah puasa juga tidak wajib
mengerjakannya.

5
RUKUN-RUKUN PUASA

Rukun adalah sesuatu unsur yang merupakan suatu bahagian yang tidak
terpisah dari suatu perbuatan atau ibadah yang menentukan sah atau tidaknya
perbuatan tersebut. Terdapat tiga rukun puasa. Yang pertama merupakan orang
yang mahu menjalankan ibadah puasa haruslah memenuhi dan menepati syarat-
syarat sah puasa.

Yang kedua merupakan niat. Segala perbuatan berlaku dengan niat. Niat dari
segi Bahasa bermaksud tujuan dan hajat untuk melakukan sesuatu — tujuan yang
didahului atau diiringi oleh kehendak. Dari segi istilah pula, niat adalah sebab utama
berlakunya sesuatu perbuatan dan penentu diterima atau tidak sesuatu perbuatan
itu. Niat adalah tujuan yang timbul daripada kesedaran hati atau jiwa untuk
melakukan sesuatu perbuatan mengikut kemahuan diri sendiri. Kemudian, dari segi
syarak pula, niat bermaksud keinginan untuk melakukan sesuatu yang diikuti dengan
perbuatan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT

Niat harus dilakukan setiap kali seseorang individu itu akan berpuasa dan
tempat niatnya haruslah di dalam hati, melafazkan niat dengan lisan hukumnya
adalah sunat. Waktu perlaksanaan niat pula adalah berbeza-beza mengikut jenis-
jenis puasa. Jika puasa fardhu, maka niatnya haruslah dilaksanakan pada malam
harinya iaitu sejak terbenam matahari hingga terbit fajar shidiq. Jika puasa sunat,
maka waktu niatnya dilanjutkan hingga sebelum zawal iaitu waktu tergelincirnya
matahari dari garis tengah vertical bumi ke arah barat.

Rukun puasa yang terakhir pula adalah menghindari diri daripada perbuatan-
perbuatan dan perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang waktu puasa.
Jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang membatalkan puasanya dengan
penuh tahu atau sengaja dengan kehendaknya sendiri, maka puasanya telah
dibatalkan.

6
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Beberapa perkara yang membatalkan puasa adalah sebagaimana yang telah


disebut oleh Zakariya al Ansariy dalam kitabnya as-Syarqawiy:

“Bab pada menerangkan sesuatu yang membatalkan puasa, sekalipun


sebahagiannya telah diketahui dari keterangan yang telah lalu, iaitu memasukkan
benda dari lubang kerongkongan, walaupun dengan injeksi atau air kumur-kumur
atau air yang dimasukkan ke hidung dengan cara yang bersangatan. Dan muntah,
sebagai tambahanku, sekalipun dia yakin muntah itu tidak kembali dalam
kerongkongan, dan mengeluarkan mani, dengan menyentuh kulit dengan
bersyahwat, seperti wati’ yang tidak keluar mani kecuali pada saat tidur atau
pengelihatan atau memikir-mikir atau menyentuh dengan syahwat atau merangkul
isteri kepada suaminya dengan lapis, maka tidaklah membantan wati’lkan puasa
keluarnya mani dengan salah satu cara yang demikian. Dan wati’ pada faraj baik
qubul atau dubul dengan sengaja dan dengan kehendaknya, serta dia mengetahui
hukumnya haram”.

Perkara yang pertama pastinya adalah makan dan minum dengan sengaja.
Bukan sahaja itu, tetapi memasukkan apa-apa benda ke dalam mana-mana rongga
badan seperti hidung, dubur, telinga, mulut dan sebagainya boleh membatalkan
puasa. Namun, jika perkara-perkara ini dilakukan secara tidak sengaja, hendaklah
mereka teruskan puasa mereka.

Mengikut hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah


SAW bersabda: “Barangsiapa lupa dalam keadaan berpuasa, lalu makan dan
minum, maka sempurnakanlah puasanya, karena sesungguhnya Allahlah yang
memberi makan dan minum itu kepadanya.”

Perkara yang keduanya adalah bersetubuh di siang hari. Orang yang


berpuasa tetapi kemudian bersetubuh bukan sahaja membatalkan puasa tetapi jika
dilakukan pada siang hari bulan Ramadhan, mereka juga dikenakan “hukuman”
yang berat seperti berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa putus walaupun
dengan alasan sakit. Atau jika tidak mampu, mereka haruslah memerdekakan budak
atau memberi makanan pada 60 orang miskin, masing-masing satu mud.

7
Justeru itu, mengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh
mengakibatkan puasa seseorang itu terbatal. Walau bagaimanapun, jika ia keluar
secara tidak sengaja seperti disebabkan mimpi di siang hari atau terpandang
perkara yang boleh menaikkan nafsu syahwat, maka puasanya tidak batal. Hal ini
kerana, ia berada di luar kemampuan.

Kemudian, muntah secara sengaja juga boleh membatalkan puasa. Tidak kira
jika seseorang itu muntah dengan memasukkan jari ke dalam tekaknya atau dengan
cara lain, jika sengaja dilakukan, maka terbatal puasanya. Akan tetapi, jika mereka
adalah dalam keadaan tidak tahu atau tidak sengaja, maka puasanya tidak terbatal.

Orang yang kedatangan haid atau nifas juga terbatal puasanya. Tidak kira jika
haidnya datang semasa waktu berbuka puasa menjelang. Hadis Riwayat muslim
diriwayatkan, Syaidatina Aisyah berkata, "Kami dahulu juga mengalami haid, maka
kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan untuk
mengqadha’ salat’.”

Kemudiannya, terdapat dalil yang membolehkan orang yang berpuasa untuk


makan, minum dan bersetubuh di waktu malam hari mereka berpuasa iaitu dari
terbenam matahari sehingga terbit fajar. Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam
Surah Al-Baqarah ayat yang ke-186 hingga ke-187:

ِ ‫ب نَب ن نانإ نَِّإن‬ ‫ف ين ةَ نُ ةَب نَّ ةُا ةَُّ ِ نل نُ َإ‬


‫بن ِإن ِ ِ لِِدإ نلُ نةَّ َن َُُِّةتُإ إإْننُةتَإ ينبَا ةإ‬
‫ف نَُا ةإ‬
‫ف ُ نابل ةإ‬ ‫ف نَّ ة ُُمة َُ ةَُِّ ةإ‬
‫نُ ةن ُول ةَُّ ننإ ن نمَِ ُي ةإو ا ةإ‬

‫نُنبوإ ن ةَُن نإْ ن َُ ةإو ُِد ِقإ‬ ‫رِ ا‬ ‫ُن إإَ نَ ِٕب ۤى َُ ةإو ِ ِ ع ِ نِ ين ُإ‬ ‫بب ر ِإ‬‫بب نَِّ ن ةَب ُ ةوإ ِ َُ ةوإ ان َإ‬ ‫ُ نَُ نإو إإ ِ ُي ِإ‬
‫ن ان َإ‬ ‫نَُن ةُ َُ ةإو ينب نإ‬
‫نبت ِ ن ةَكُ نَ َُ ةإو ب ةنخب نبَ ةَُّننإ َُ ةَب ُةإو ِنَِ َُ ةإو هُإ‬
‫ن إإ َُ ةوإ نُةإَ نَّ نُكنب‬ ‫ُن ينب ة ِـ ْ نإ‬‫نت نُب نَِّ ةابنْ ةَُِّ انبو ُن ةَّر ِإ‬ ‫ُ نَب نإ‬ ‫ةْ ن َُ ُإو ُنبنانُِننإ ندب هع نَِّ ةو ننا ةَُّ ِ نَّ ََُُ ةَِّ إإ ن َُ ةإو هُإ‬‫ا ِ ة نخُ ُإ‬ ‫َِ ةاُن ُإ‬ ‫ََِ نةَّلإ ِ ة نخُةْإ ُننإ ة ن‬ ‫ةن‬
‫بو ِنب َُُِّّ َّ ُ ِإو ِ ة كنَّة نلإ ُننإ‬ ‫نُن نإ‬ ‫َ ِ ُِةقإ ِ نع ِ ا‬ ‫ُن نَّ نإ‬
‫إَّ بُانبو ُن ةَّر ِإ‬‫ُ ُدل ةَُّ ُلإ ب ةَانإ إإِ ة نَُِ َّلإ يع ُِ َكُ ةَّ َننإ ِ ن ةَب ُ ةو نإ‬ ‫ل هإ‬ ‫ُ ُُانُانُإ َ ِنإ انإ ب ن ةل ننا ةَُّرنبإ ين ن إ‬ ‫هُإ‬
‫ُنبِلُ ةَّننإ ن نمَِ ُي ةوإ ََِببإ ُِِِ ب ٰهإ‬

Yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)


tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi
(perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan istrimu. Mereka
adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahwa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan
memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah

8
ditetapkan Allah bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan)
antara benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah
puasa sampai (datang) malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu
beriktikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, agar mereka
bertakwa.”

9
FADHILAT DAN HIKMAH PUASA

Ibadah dan amalan berpuasa memberi banyak kebaikan dan fadhilat kepada
jiwa dan raga orang-orang yang menunaikannya. Sesungguhnya erti Ibadah adalah
tuntutan ke atas seseorang hamba bagi melaksanakannya agar selesai memenuhi
perintah Allah SWT dan menunaikannya tanpa melihat apa-apa natijah yang bakal
dihasilkan daripada ibadah tersebut. Namun Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, apabila menfardhukan sesuatu ibadah kepada hamba-Nya pasti ada
kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan. Antaranya adalah seperti berikut.

Hamba Allah SWT yang berpuasa akan diberi kegembiraan dalam hidup
mereka. Seperti yang dikatakan Muttafaqun “Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, 1904,
Muslim 1151 yang bermaksud;

“Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang
yang berpuasa (dengan menjaga Sunnah dan adabnya) akan mendapatkan dua
kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya; (pertama) apabila
berbuka dia bergembira (dapat melaksanakan puasa) dan (kedua) apabila berjumpa
dengan Rabbnya, dia bergembira disebabkan ibadah puasanya itu.”

Muslim atau tidak, semua manusia menginginkan kegembiraan, akan tetapi


hanya sebahagian daripada mereka yang benar-benar mendapat kegembiraan yang
sejati. Ini kerana ramai manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang
penghujungnya adalah kesengsaraan. Kegembiraan sejati adalah daripada Allah
SWT. Allah SWT telah berjanji melalui lidah Rasulullah SAW , bahawa akan
dikurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa.

Berpuasa juga memberi keseimbangan dalam hidup manusia. Kebanyakkan


orang sibuk mengejar hal duniawi seperti wang, pekerjaan dan hawa nafsu, sering
lupa dan alpa akan hakikat yang manusia hanyalah hamba Allah SWT yang
mempunyai kewajiban. Dengan ibadah puasa, seseorang itu akan terlatih untuk
Kembali peka akan kewajiban-kewajiban dan perintah-perintah Allah SWT.
Berpuasa juga boleh memberi keseimbangan dengan melatih disiplin waktu
seseorang individu itu. Individu yang berpuasa memerlukan tenaga yang banyak dan
istirahat yang cukup, maka individu akan menadaptasi jadual tidur yang teratur.

10
Puasa juga membuat manusia lebih bersyukur akan nikmat yang telah Allah
SWT kurniakan kepada mereka. Ini kerana puasa melahirkan rasa prihatin dan belas
kasihan kepada yang fakir miskin. Kemudian melatih manusia untuk hidup lebih
hemat dan sederhana. Mereka akan lebih sederhana dan cermat dari segi
perbelanjaan, makan dan minum justeru menyelamatkan seseorang itu dari sifat
boros, membazir dan perbuatan yang sia-sia.

Puasa turut dapat melatih jujur dan amanah si pengamal. Ketika berpuasa,
walaupun tiada orang tahu jika kita makan atau minum, kita tetap tidak
melakukannya. Puasa mengajar umat Islam untuk sentiasa bersikap jujur kepada diri
sendiri dan melaksanakan amanah dengan sebenar-benarnya.

Puasa mengajar orang untuk menjadi orang yang mujadalah, sabar dan
mempunyai jiwa yang kental. Puasa memaksa orang yang mengerjakannya untuk
meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah
dihalalkan kepada kita untuk melalukannya sebelum berpuasa. Ini mendidik manusia
untuk lebih tegas dengan diri sendiri dan meninggalkan perkara yang sememangnya
telah diharamkan oleh syariat di masa-masa sebelum berpuasa. Puasa juga melatih
orang agar lebih sabar dalam menghadap keinginan diri dan godaan luaran.

Seterusnya, puasa bukan sahaja baik untuk mejaga kesihatan rohani dan
hubungan manusia dengan Allah SWT tetapi berpuasa juga adalah baik untuk
kesihatan. Tubuh manusia adalah cukup unik dan indah, tersusun dari organ-organ
yang saling berkait, mereka semua mempunyai tugas dan fungsi masing-masing dan
organ lain akan terpengaruh apabila satu daripadanya rosak. Telah disetujui oleh
ramai pakar kesihatan yang alat pencernaan atau perut adalah sumber dan pusat
untuk pelbagai penyakit. Puasa, seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW,
adalah sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Puasa mengajar kita untuk tertib
dan mengambil makanan secara berkadar.

11
JENIS-JENIS PUASA: PUASA WAJIB

Terdapat beberapa jenis puasa yang harus semua muslim ketahui. Antaranya
adalah puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan juga puasa haram. Dalam
bahagian kertas kerja ini, akan dihuraikan jenis-jenis puasa ini. Bermula dengan
puasa wajib.

Puasa wajib adalah puasa yang telah diwajibkan oleh Allah SWT ke atas
seluruh umat Islam. Maka, wajib ke atas semua orang Islam untuk mengerjakan
puasa-puasa ini. Jika mereka mengerjakannya akan diberi pahala kepada mereka
dan diberikan dosa apabila meninggalkannya. Terdapat tiga puasa wajib yang perlu
diketahui semua umat Islam.

Puasa yang pertama adalah puasa nazar. Untuk pemahaman, nazar


bermaksud janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang
diterima atau mendapat hajat yang dicita dan janji ini adalah wajib untuk ditunaikan
tanpa tangguh-tangguh. Nazar mewajibkan atas diri manusia untuk melakukan
sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Contohnya, puasa. Katakan, seseorang itu bernazar untuk berpuasa sebulan


penuh jika dikurniakan kesembuhan sesuatu penyakit, maka wajib ke atasnya untuk
berpuasa sebulan penuh jika dikurniakan oleh Allah SWT kesembuhan tersebut.

Seperti yang tertulis di dalam Al-Quran Surah Al-Insan ayat ke-7 yang
bermaksud: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan
hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini”.

Seterusnya, puasa yang wajib dikerjakan oleh semua umat Islam adalah
puasa denda atau kifarat. Puasa ini bertujuan untuk menghapus dosa yang telah
dilakukan. Puasa ini adalah satu yang dilakukan untuk menggantikan dam atau
denda atas pelanggaran sesuatu yang berhukum wajib. Contohnya jika seseorang
individu telah meninggalkan puasa Ramadhan kerana bersetubuh, mereka wajib
berpuasa selama dua bulan sebagai denda.

12
Justeru itu, jelaslah bagi ramai orang Islam yang puasa di bulan Ramadhan
adalah wajib dikerjakan. Ini adalah pengetahuan yang agak umum. Puasa fardhu
Ramadhan adalah termasuk dalam puasa wajib malah ia juga termasuk dalam
Rukun Islam. Puasa di bulan Ramadhan juga cukup banyak kelebihan dan
keistimewaannya.

13
PUASA DI BULAN RAMADHAN

Maksud Ramadhan adalah panas yang sangat terik. Bulan itu dinamakan
dengan nama berikut kerana pada bulan tersebut di Tanah Arab, biasanya cuaca
adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut tersebut diharapkan
dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang
mengerjakan ibadah di sepanjang bulan itu.

Selain itu, bulan Ramadhan ada banyak nama yang lain. Seperti ‘Saiyidus
Syuhur’ yang bermakna ‘Penghulu Sekalian Bulan’. Ini kerana di dalam Al-Quran,
bulan Ramadhan dikatakan mempunyai terlalu banyak keistemawaannya. Pada
bulan Ramadhanlah adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, zakat fitrah, solat
Tarawih, malam Lailatul Qadar, Nuzul Al-Quran, Tadarus Al-Quran, kelebihan
sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf, dan banyak lagi. Bulan Ramadhan juga
dipanggil ‘Syahrul Syiam’ iaitu membawa maksud ‘Bulan Puasa’. Ini adalah kerana
ibadah puasa adalah wajib untuk dikerjakan pada setiap hari bulan ini. Ternyata,
ramai orang Islam tahu akan fakta ini. Kemudian, bulan Ramadhan juga dipanggil
Syahrul Quran, bermaksud ‘Bulan Quran’ kerana pada bulan ini lah turunnya Al-
Quran ke bumi. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-185, yang
bermaksud: “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah
(petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan
pemisah antara yang hak dan yang bhatil”.

Bulan Ramadhan juga diberi nama ‘Syahrul Sabr’ yang bermakna ‘Bulan
Kesabaran’. Ini adalah kerana ibadah puasa dan ibadah sabar sangat berkait rapat.
Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada hamba-
hambaNya yang bersikap sabar di sepanjang bulan Ramadhan.

Seperti yang tertulis dalam Surah Az-Zumar, ayat ke-10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala
mereka tanpa batas”. Selain itu, bulan ini juga dikenali sebagai ‘Syahrul Najah’ yang
memberi makna ‘Bulan Kemenangan dan Bebas Dari Api Neraka’, kerana umat
Islam banyak mencapai kemenangan di bulan Ramadhan. Contohnya, Kemenangan
di dalam Peperangan Badar Al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan dan
keberjayaan umat Islam menawan Kota Mekah dari tangan kafir Quraisy.

14
Tambahan lagi, seperti telah Rasulullah SAW bersabda: “Ramadhan itu
awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan
dari api neraka”.

Seterusnya, bulan Ramadhan juga dipanggil ‘Syahrul Barakah’ iaitu ‘Bulan


Keberkatan’, seperti Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya telah datang
kepadamu bulan Ramadhan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan,
Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu
Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W
daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu
maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”.

Akhirnya, ‘Syahrul Jud’ yang bermaksud ‘Bulan Murah Hati’, mengikut Hadis
Riwayat Tirmidzi), telah Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang memberikan
hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat
pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya”. Begitulah
banyaknya nama-nama untuk bulan Ramadhan. Ada juga beberapa nama-nama
yang lain seperti ‘Syahrul Rahmah’ yang bermakna ‘Bulan Kerahmatan’, dan
‘Syahrul Magfirah’ yang bererti ‘Bulan Keampunan’.

Seperti yang telah disebut, puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun
Islam dan setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan
sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Juga telah ternyata yang Allah SWT telah
memberikan kelebihan yang tak terkira banyaknya kepada bulan Ramadhan. Semua
pintu-pintu syurga akan dibuka untuk menerima amalan-amalan soleh yang
dilakukan oleh orang-orang Islam yang begitu banyak, ditutup semua pintu-pintu
neraka dan syaitan-syaitan dan jin-jin akan diikat.

Tepat sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, berdasarkan Riwayat Al-


Tirmizi dan Ibnu Majah, yang bermaksud: “Apabila tiba awal malam dalam bulan
Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, dibuka semua pintu-pintu
syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: ‘Wahai orang
yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan
kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada
api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan.”

15
Tambahan pula, semua pahala yang diperoleh seluruh umat Islam berpuasa
pada bulan ini. Sabda Rasulullah SAW mengikut Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
yang bermaksud: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikkannya sepuluh
kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda.”. Justeru itu, ganjaran
di akhirat bagi orang-orang Islam yang mengerjakan ibadah puasa di bulan
Ramadhan juga tentunya lebih besar.

Wajiblah ibadah puasa ini dikerjakan oleh semua orang Islam. Sesungguhnya
Allah SWT dan Rasulullah SAW telah memberikan amaran yang cukup keras
kepada hamba-hambanya akan apa yang bakal berlaku apabila seseorang itu
meninggalkan ibadah puasa Ramadhan ini. Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu
'anhu, mengikut Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Tirmizi, Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah
(kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah SWT, tidak dapat diqadha’kan dengan
puasa setahun, walaupun dia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu”.

Pada bulan Ramadhan, adanya malam Lailatul Qadar yang dikatakan malam
yang lebih baik daripada seribu bulan. Seperti telah Allah SWT berfirman di dalam
Surah Al-Qadr ayat ke-3: “‫ةن ِ ة لنلةنإ ن ةَُن ُْإ‬ ‫” نو ةي َإن ٌ ن ة لإ ُ ةإ‬, yang bermaksud, “Malam kemuliaan
‫ن نخُ َإ‬
(Malam Lailatul Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan”.

Pada malam ini lah turunnya Al-Quran sebagaiman yang telah Allah SWT
berfirman dalam Surah Al-Qadr ayat yang pertama: “‫”ِ ة لن ةل نإ ن ةَُنْإ يف ٌ ن ةََن ة َنبنُإ ََِّب‬, yang
bermakna “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam
kemuliaan (Malam Lailatul Qadar”. Juga dalam Surah Al-Dukhan ayat ke-4 yang
bermakna: “Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada
malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmah serta tetap berlaku (tidak bertukar)”. Jelaslah yang malam
Lailatul Qadar ini malam yang teramatlah istimewa.

Bukan sahaja Al-Quran diturunkan pada malam ini, tetapi juga pada malam ini
turunnya para malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah SWT yang
dikhaskan untuk malam ini. Pada malam ini juga Allah SWT tentukan umur, rezeki
dan ajal manusia.

Bilakah malam Lailatul Qadar? Berdasarkan Riwayat Al-Bukhari dan Muslim,


Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir

16
Ramadhan”. Selain itu, mengikut Riwayat Al-Bukhari pula, Rasulullah SAW
bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir”.
Menurut pendapat Imam Al-Nawawi, memandangkan hadis-hadis yang
menceritakan tentang malam Lailatul Qadar berselisihan pada waktunya, maka ini
menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

Mafhumnya, haruslah seluruh mukmin yang mencintakan Allah SWT dan


Rasulullah memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadhan. Haruslah semua
orang Islam mengerjakan ibadah dan doa. Sesungguhnya Rasulullah juga buat
sebegitu, menurut Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Syaidatina Aisyah Radhiyallahu
'anha berkata: “Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan,
baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun
beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya”.

Selain berpuasa dan mengejar malam Lailatul Qadar, pada bulan Ramadhan
semua orang Islam harus juga mengerjakan zakat fitrah. Zakat fitrah adalah wajib ke
atas setiap seorang orang Islam, tidak kira sama ada lelaki, perempuan, kanak-
kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba. Seperti dikatakan Abdullah Bin Umar
Radhiyallahu 'anhu, berdarsarkan Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Rasulullah SAW
telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak
tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau
perempuan, kanak-kanak atau dewasa”.

Kadar Zakat Fitrah adalah secupak daripada makanan rasmi sesebuah


negara. Sebahagian ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus
mengeluarkan Zakat Fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia
lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.

Menurut Mazhab Jadid (baru), Imam Al-Syafie dan juga mengikut pendapat
Imam Ahmad berdasarkan Riwayat daripada Imam Malik, adalah “Wajib ke atas
setiap muslim yang dilahirkan sebelum matahari hari terakhir Ramadhan”, pendapat
ini yang diguna pakai di dalam Mazhab Al-Syafie. Bilamana, Mazhab Qadim (lama)
Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan Riwayat daripada
Imam Malik, adalah “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari
Raya Pertama”.

17
Namun, waktu membayar zakat fitrah adalah pastinya bermula dari awal
Ramadhan. Adalah sunat hukumnya untuk membayar zakat fitrah selepas fajar Hari
Raya Aidilfitri pertama hingga waktu solat Hari Raya. Manakala, makruh
membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak lagi dikira sebagai Zakat Fitrah
tetapi sebaliknya dipanggil sedekah. Akhirnya, adalah haram hukumnya untuk
membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Aidilfitri yang pertama. Sabda
Rasulullah SAW, mengikut Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah: “Sesiapa yang
menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan
sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada
sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa)”.

18
JENIS-JENIS PUASA: PUASA SUNAT

Puasa sunat adalah ibadah puasa yang dilakukan oleh umat Islam untuk
mempertingkatkan iman serta mengumpul pahala. Fadhilat ibadah puasa sunat
adalah sangat besar. Ibadah puasa seseorang individu itu dianggap puasa sunat
hanya apabila terdapatnya nas sama ada daripada Al-Quran atau hadis yang
menggalakkan puasa sunat tersebut. Terdapat banyak contoh Puasa Sunat yang
disokong oleh dalil-dalil atau hadis-hadis yang sahih.

Antaranya adalah Puasa Arafah, iaitu ibadah puasa yang dikerjakan pada 9
Zulhijjah bagi orang tidak mengerjakan ibadat haji. Puasa Hari Arafah mempunyai
kelebihan menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas
sebagaimana riwayat Muslim. Fadhilat mengerjakan ibadah ini juga lumayan. Seperti
Rasulullah SAW bersabda: ““Tiada hari yang paling banyak Allah membebaskan
hamba (menjauhkannya) dari api neraka daripada Hari Arafah (iaitu berpuasa
padanya).”

Seterusnya, Puasa 6 di Bulan Syawal. Mengikut Hadis Riwayat Muslim,


daripada Abu Ayub al-Ansari Radhiyallahu 'anhu yang mana Rasulullah SAW telah
bersabda: “‫نب نإو نُ ةنإ‬ ‫ن بًّبَإ ٌنبة نا نم ُهإ َّ ُِإو نن نُ ن‬
‫َبننإ ن‬ ‫ق ُ ةإ‬
‫”ِ ِل ةر ن َنن نُبوإ َنبننإ و ِنَِّ َإ‬, yang bermakna “Barangsiapa
yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan
Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”. Kemudiannya,
Mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali bersepakat bahawa puasa 6 hari pada Syawal
adalah sunat yang sangat dituntut berdasarkan hadis tersebut.

Tambahan lagi, Puasa pada hari putih setiap bulan, atau disebut sebagai
Ayyamul Bidh (‫ )ِ ا ُا ِألُ بو‬juga adalah ibadah puasa yang berhukum sunat.
Puasa Hari Putih ini adalah untuk dikerjakan pada hari yang ke-13, ke-14 dan ke-15
setiap bulan Islam. Pada Tarikh-tarikh ini bulan dalam keadaan mengambang
penuh, jadi cahaya bulan akan terang benderang menerangi alam. Terdapat
beberapa dalil yang boleh membuktikan ibadah puasa Ayyamul Bidh ini adalah
ibadah yang sunat untuk dikerjakan oleh semua umat Islam.

Yang pertama, menurut Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu


‫ن ٌنُ َإ‬
Hurairah Radhiyallahu 'anhu, katanya: “‫ِبو َّنلنَّنْإ نُنبوإ‬ ‫َ ندعا نَّ نن ةَمنب نف ا نو ةي َإن َُ اإ‬
‫ق ُ ةإ‬ ‫ق ٌَُّب نإن نٌَّ ن ةإ‬
ُّ ِ ‫ن‬ ‫ْن ةا نإ‬

19
‫نبو ٌ ن ةنإ‬
‫”ٌنَ نإ‬, yang bermaksud, “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu
puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir
sebelum tidur.”

Yang kedua, menurut Riwayat Muslim, daripada Abu Qatadah Radhiyallahu


‫ن َّنلنَّ ن َإْ ن‬
'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “‫ن ةَّ ُوإ‬ ‫ق ُ ةإ‬ ‫َبننإ َّ نع نَّ نن نُ ن‬
‫َبننإ نو ةي َإن َُ اإ‬ ‫”ِ ل ةِر نإ ن‬, yang
‫ن ةَّ ُإو نن نُ ن‬
bermaksud, “Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa
sepanjang tahun”. Dalil yang ketiga adalah menurut Riwayat Al-Tirmizi, daripada
Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW telah bersabda: “ِ ‫ن ةُمنإ َّإن‬
ُ ‫َّنلنَّبَا ِ ِو ةي نإ ُننإ‬
‫ن ةوإ‬ ‫ب نُ ةو ننَ نا نٌَّننة ان نإأ نُ ةو ننَ نا َّنلن نإ‬
ُ ‫ر ين‬ ‫” نُ ةو نن َ نَّخ ةنُ نإ‬, yang memberi maksud, “Sekiranya engkau
berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan”.
Akhirnya, hadis dari Riwayat Abu Daud, daripada Qatadah bin Milhan Radhiyallahu
'anhu, katanya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu
13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-
olah puasa sepanjang tahun”.

Puasa sunat yang seterusnya adalah Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa.
Puasa sunat Hari Asyura’ adalah puasa yang dikerjakan oleh umat Islam pada
haribulan ke-10 Muharram. Adanya beberapa contoh juga hadis-hadis sahih yang
menyebut tentang amalan berpuasa pada Hari Asyura’. Antaranya adalah hadis dari
Riwayat Al-Bukhari, yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas Radhiyallahu 'anhu:
“Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda SAW melihat orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari ‘Asyura’, lalu Baginda bertanya: Apakah ini? Mereka menjawab:
Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi
Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa Lalu
Baginda SAW bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu, maka
Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”.

Selain itu, ada juga sebuah hadis lain berdasarkan Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim, yang diriwayatkan daripada oleh Syaidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha yang
bermaksud: “Hari ‘Asyura adalah suatu hari yang mana orang-orang Quraish
berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada hari
tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan
baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila
difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya: Sesiapa yang

20
hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu
tinggallah ia (puasa ‘Asyura)”.

Manakala Puasa sunat Hari Tasu’aa pula adalah puasa yang dikerjakan pada
hari yang ke-9 bulan Muharram. Semua orang Islam digalakkan mengerjakan ibadah
puasa ini menurut hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud: “Ketika Rasulullah SAW
berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para
sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh
orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun
hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam).
(Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat”.

Puasa sunat yang seterusnya adalah Puasa di Bulan Sya’ban. Adalah


disunatkan bagi semua orang Islam untuk berpuasa buat keseluruhan hari di bulan
Sya’ban, jika tidak, kebanyakkan harinya. Ini adalah berdasarkan hadis Riwayat
Imam Abu Daud dan An-Nasai, dari Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha yang
menceritakan; “Tidak pernah Nabi SAW berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam
setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan
Ramadhan”. Berdasarkan Riwayat Imam Bukhari dan Muslim pula, Syaidatina
Aisyah Radhiyallahu 'anha menceritakan: “Rasulullah SAW kadang-kadang terus-
menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan
kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak
berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat
beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”.

Rasulullah SAW berpuasa di bulan Sya’ban kerana pada bulan inilah amalan-
amalan orang-orang Mukmin diangkat kepada Allah SWT. Seperti yang menurut
Riwayat Imam An-Nasai, telah seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid
Radhiyallahu 'anhu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengapa beliau
banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Rasulullah SAW menjawab: “Bulan Sya’ban itu
adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah
antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan
hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika
aku berpuasa”.

21
Lalu, ada lagi beberapa puasa sunat yang patut semua orang Islam ketahui.
Iaitu Puasa Isnin dan Khamis, puasa sunat ini adalah ibadah puasa yang para
Mukmin kerjakan pada kedua-dua hari yang tersebut, Isnin dan Khamis. Dalil yang
menceritakan tentang ibadah puasa sunat ini adalah satu hadis Riwayat Tirmizi, di
mana Syaidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha berkata: “Rasulullah SAW mengambil
berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis”.

Seterusnya, puasa sunat yang terakhir adalah Puasa di Bulan Rejab yang
disebut dalam Riwayat Muslim, ia apabila Sa’id bin Jubair Radhiyallahu 'anhu
ditanya tentang puasa bulan Rejab lalu beliau berkata: “Aku mendengar Ibn Abbas
berkata; Nabi s.a.w berpuasa (di bulan Rejab) sehingga kami menyatakan Baginda
(tidak pernah) berbuka. Dan berbuka puasa (tidak berpuasa) sehingga kami berkata
(menyangka) dia tidak berpuasa”.

22
JENIS-JENIS PUASA: PUASA MAKRUH

Jenis puasa yang ini pula adalah ibadah puasa yang apabila orang Mukmin
kerjakannya, mereka tidak mendapat pahala atau dosa. Malah apabila ditinggalkan,
mereka akan diberi pahala. Terdapat beberapa juga contoh ibadah puasa yang
berhukum makruh.

Yang pertamanya adalah berpuasa pada hari Sabtu sahaja. Ini bermaksud
apabila seseorang individu Muslim itu tidak berpuasa pada hari-hari minggu yang
lain tetapi hanya berpuasa pada hari Sabtu. Para ulama menjelaskan hukum
mengerjakan ibadah puasa sunat semata-mata pada hari Sabtu atau Ahad adalah
makruh. Tambahan juga, berdasarkan Riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW
ُ ‫ا يُ نُب ََِّإ ِ َِاةمإ نُ ةَّ نإو ب ن‬
bersabda: “‫نَّ َُُِّ َنإ‬ ‫َ ِ ٌ ن ند ُل َُ ةإو نَُّلةإ ن ةإو نََّّ ةإ‬
‫ن نَُن ةُ َُ ةإو ِ ةيبُن نإ‬ ‫َ ةْ ُإه نو نَّ نن َإَ َُُّ نإل ٌ ن ةإَّ َُن نا َْإ ندب نإح َّ إ‬
ُ ُ‫”ين ةَ نُ ة‬,
yang bermakna, “Janganlah kamu berpuasa (semata-mata) pada hari Sabtu
melainkan apa yang telah Allah fardhukan ke atas kamu. Jika seseorang daripada
kamu tidak mendapati (pada hari apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur
atau ranting pokok, maka hendaklah ia memamahnya (supaya kamu tidak
dinamakan berpuasa pada hari itu)”.

Berpuasa di hari Jumaat sahaja juga adalah berhukum makruh. Maksudnya,


jika seseorang itu tidak berpuasa sepanjang minggu dan hanya berpuasa pada hari
Jumaat. Menurut hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “َ
ُ ‫”ان ةم نلنُإ ٌ ن ةإَّ ْن ةاَن ُهإ ُن ةَّ َُب ََّ ِ ة َُّ ُُمنْإ ُن ةَّ نإو ٌ ن ند ُل َُ ةإو ُن‬, yang bererti, “Janganlah seseorang daripada
‫نَّ نُ ِنإ‬
kamu berpuasa sunat semata-mata pada hari Jumaat melainkan berpuasa
sebelumnya atau sehari selepasnya”.

Akhir sekali, itu adalah makruh hukumnya untuk mengerjakan ibadah puasa
sepanjang tahun. Maksudnya, apabila orang Islam itu mengerjakan ibadah puasa
sepanjang masa dan setiap hari. Berdasarkan Riwayat Al-Bukhari, adanya terdapat
riwayat daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'anhu berkata yang Rasulullah SAW
bersabda: “‫بو نَإ‬
‫ن نإ‬ ‫بو نُ ةإ‬
‫ن ن‬ ‫”ِألنان نإل ن‬,
‫ن نإ‬ ‫ ة‬yang maksudnya, “Tidak ada puasa bagi siapa yang
berpuasa selama-lamanya”.

23
JENIS-JENIS PUASA: PUASA HARAM

Puasa haram bermakna apabila seseorang Muslim itu mengerjakan ibadah


puasa pada hari tersebut, akan berdosa dan tidak diberi langsung pahala
kepadanya. Terdapat banyak juga hari-hari yang dilarang orang Islam untuk
berpuasa.

Antaranya adalah berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri, iaitu 1 haribulan Syawal.
Menurut Hadis Riwayat Tarmizi dan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Puasa itu adalah hari kalian berpuasa dan Aidilfitri adalah hari kalian
berbuka…”. Hadis ini menjelaskan, pada tanggal 1 Syawal umat Islam dilarang
berpuasa kerana itu masa untuk menunjukkan Ramadhan sudah berlalu dan
tuntutan Ramadhan sudah berakhir.

Begitu juga haramnya berpuasa pada Hari Raya Aidil Adha, iaitu jatuh pada
10 Zulhijjah. Berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim, dari Umar bin Khathab
Radhiyallahu 'anhu, dia berkata: “Sesungguhnya Rasulallah SAW melarang
berpuasa di kedua hari raya. Pada hari raya Aidilfitri kamu berbuka puasamu dan
pada hari raya Aidil Adha kamu makan daging korbanmu”.

Seterusnya, haram juga ke atas orang Islam untuk berpuasa pada Hari
Tasyrik, yang jatuh dalam tiga hari berturut-turut sesudah Hari Raya Aidiladha, iaitu
tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Tasyrik diterangkan melalui riwayat Abu
Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Hudzaifah
agar mengelilingi Kota Mina serta menyampaikan: “Janganlah kamu berpuasa pada
hari ini kerana ia merupakan hari makan, minum, dan berzikir kepada Allah”.

Haram juga berpuasa pada Hari Syak iaitu pada 30 Syaban, di mana
kebiasannya akan timbul keraguan sama ada bulan Ramadhan tiba pada keesokan
harinya, atau tidak. Bagaimanapun, berpuasa pada Hari Syak dibolehkan jika
seseorang itu perlu mengqada’ puasa Ramadannya pada tahun sebelumnya.

Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Silah beliau berkata: “Kami
berada di sisi ‘Ammar (bin Yasir Radhiyallahu 'anhu) pada hari syak. Kemudian
beliau dihidangkan dengan daging kambing, maka sebahagian orang menjauhkan
diri dari memakannya. Lalu ‘Ammar berkata: ‘Sesiapa yang berpuasa pada hari ini

24
(hari syak) sesungguhnya dia telah menderhakai Abu al-Qasim SAW’”. Bukan
sahaja itu, menurut Riwayat Abu Daud, diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu
'anhu beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu
mendahulukan puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari
(sebelumnya) melainkan seseorang yang berpuasa lalu hari tersebut jatuh pada hari
dia berpuasa, maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut”.

Kemudiannya, haram juga bagi orang-orang Islam untuk mengerjakan puasa


pada separuh akhir Bulan Sya’ban. Iaitu, berpuasa selepas Nisfu Sya’ban bermula
dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan. Seperti yang telah Rasulullah SAW
bersabda, berdasarkan Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah Radhiyallahu
'anhu: “ِ‫َنل ا لف َّإن‬
‫َإ‬ ‫نَّ َُُِّ ينلنإ ونمانبننإ ُن‬
ُ ‫”ب‬, yang bermaksud, “Apabila berbaki separuh
dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”.

Akhirnya, wanita yang tiada keizinan suami mereka adalah haram untuk
mengerjakan puasa sunat. Maksudnya, jika suami seorang wanita itu tidak
membenarkannya untuk menunaikan puasa sunat, maka diberi dosa kepadanya jika
dia berpuasa. Ini dijelaskan dalam hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW
bersabda: “Tidak halal bagi isteri berpuasa sunat sedangkan suaminya ada di
sisinya, melainkan dengan izin suami”.

25
DI MANA KEDUDUKAN PUASA KITA?

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya berjudul ‘Ihya Ulumuddin’ berkata:

“Puasa ada tiga kedudukan: Puasa al-Umum, puasa al-Khusus dan puasa Khusus
al-Khusus. Puasa al-Umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi
kehendak syahwat. Puasa al-Khusus pula ialah menahan pendengaran,
pengelihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.
Manakala puasa Khusus al-Khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk
dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah SWT secara total. Puasa akan terbatal
pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah SWT dan hari
akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan
dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa
yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan
ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir daripada sikap
kurang percaya kepada pemberian Allah SWT dan kurang yakin terhadap rezekinya
yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Shiddiqin dan
al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan
perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”

Maka menurut Imam Al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa Khusus Al-
Khusus, iaitu puasa orang yang soleh, perlulah seseorang itu menyempurnakan
enam perkara. Yang pertama, menundukkan pandangan dan menahan diri daripada
melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang
boleh menggangu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah SWT.

Kemudian, haruslah orang yang berpuasa itu memelihara lidah dari


menuturkan perkataan yang tidak mendatangkan faedah seperti bergurau senda,
mengumpat, menipu dan sebagainya. Sebaliknya, memperbanyakkan berdiam diri,
berzikir dan membaca Al-Quran.

Seterusnya, menahan diri daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh


syarak. Ini adalah kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan adalah
haram juga didengar. Seperti yang telah Allah SWT firman dalam Surah Al-Ma’idah

26
ayat ke-42 yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta,
sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)”.

Orang yang berpuasa juga hendaklah menahan anggota tubuh badan dari
melakukan dosa. Sebagai contoh, menahan tangan dan kaki dari perkara yang
dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana
tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan
halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

Semasa berbuka, orang yang berpuasa juga tidaklah sepatutnya berlebihan


makannya sehingga perutnya penuh. Kerana Allah SWT amat benci akan orang
yang tamak dan makan sehingga perutnya penuh dengan makanan.

Akhir sekali, hendaklah timbul rasa takut dan penghargaan kepada Allah SWT dalam
hati orang yang berpuasa. Ini kerana mereka tidak tahu sama ada puasanya
diterima oleh Allah SWT dan termasuk dalam kalangan orang bertaqwa yang
Berjaya ataupun mereka termasuk dalam kalangan orang yang celaka kerana
puasanya tidak diterima.

27
PERKARA-PERKARA YANG SUNAT KETIKA BERPUASA

Terdapat beberapa perkara sunat yang boleh Mukmin berpuasa lakukan.


Seperti bangun awal pagi untuk bersahur dan mengakhirkan sahur. Bersahur adalah
salah satu amalam sunat berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang
diriwayatkan daripada Anas Radhiyallahu 'anhu, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”.

Sahur membantu memberi tenaga kepada orang yang berpuasa. Waktu


bersahur adalah bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar. Berapa
banyakkah makanan yang perlu dimakan semasa sahur? Mengikut Rasulullah SAW,
hanya seteguk air sudah dikira bersahur. Sabda Rasulullah SAW: “Sahur itu berkat,
maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya)
meneguk seteguk air”.

Kemudian, sunat bagi semua orang Islam yang berpuasa untuk


mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. Seperti yang telah
Rasulullah SAW bersabda mengikut Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Kekallah
umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”.
Selain itu, sunat juga bagi para Mukmin yang berpuasa untuk berdoa sebelum
berbuka dan kemudiannya berbuka puasa dengan buah tamar atau air.

Seterusnya, adalah sunat bagi orang-orang yang berpuasa untuk beriktikaf di


sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari yang terakhir Ramadhan.
Iktikaf membawa maksud menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah, iaitu
mendekatkan diri kepada Allah SWT yang dilakukan oleh seorang muslim,
mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia
menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan.

Kata al-Imam al-Nawawi Rahimahullah, hukum beriktikaf adalah sunnah


mu’akkadah yang sangat dituntut. Juga menurut Riwayat Al-Bukhari, berdasarkan
sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar Radhiyallahu 'anhu beliau berkata:
“Adalah Rasulullah SAW itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan”.

Dan akhirnya adalah bertadarus Al-Quran. Sesungguhnya Jibril Alaihissalam


dan Rasulullah SAW bertadarus Al-Quran bersama-sama pada setiap malam

28
sepanjang bulan Ramadhan. Mengikut Riwayat al-Bukhari, berdasarkan riwayat
daripada Ibn ‘Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa:

‫ِ اُلو َك‬
‫س َ ناك‬ ‫ِس ا َنا َ د او كْا ﷺ هَك‬، ‫َون م َ د او َْك وَ ناك‬ ‫ُاهدق كل َ َ ل َدُُسَك وَ ناك َ ل َدُُسَا ُاهدق كل َ ََ ُناك اُ امض ناك ف ي ُ ا َك‬
‫سف ي‬ ‫ُلَ َُك اُ امض نا ا مَ ن ِاُده ا َكي ََ َ اك‬،َْ
َ ُ‫ِق َ دُُناا ف‬، ‫س‬ ‫دُ َ د اوَْك َ ل َدُُسَك ُاهدق كل َ ََ ُناك ﷺ هَك‬
‫ِ فاه ا اُلو َك‬ ‫ُر مَ ناك ل ِ اُْ َك‬
‫ُِ َك‬،
‫َا‬
‫ِ َم دُلاه ايَك‬،

Yang bermaksud: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah terutama
pada bulan Ramadan ketika malaikat Jibril A.S menemuinya, dan Jibril A.S
mendatanginya setiap malam di bulan Ramadan, lalu saling bertadarus al-Quran.
Sungguh Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada
orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin”.

29
PERKARA-PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA

Adalah harus hukumnya bagi umat Islam yang berpuasa untuk menjirus
kepala mereka kerana terdapat hadis menurut Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud,
yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat
Rasulullah SAW menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata: “Sesungguhnya
aku telah melihat Rasulullah SAW menjirus air ke atas kepalanya dan baginda
berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kepanasan”.

Seterusnya, menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada boleh dirasa


sehingga ke halkum atau tidak adalah hukumnya harus dan tidaklah haram atau
boleh membatalkan puasa. Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang
berhubung dengan halkum atau kerongkong.

Selain itu, sama juga hukumnya harus bagi orang Islam yang berpuasa untuk
merasai makanan tanpa menelannya. Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapata
bahawa sekiranya seseorang itu berhajat untuk merasa makanan seperti makanan
yang bakal diberikan kepada anak-anak kecil. Menurut kata Imam Ahmad bin
Hambal: “Aku lebih suka jiika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi
sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.

30
PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA

Terdapat beberapa perkara yang makruh hukumnya jika dilakukan oleh orang
Islam yang berpuasa. Yang pertamanya adalah berkumur-kumur dan memasukkan
air ke dalam hidung secara berlebih-lebihan ketika berwudhuk. Seperti hadis yang
berdasarkan Riwayat al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurnakanlah
wudhu, selatilah antara jari-jari dan bersungguh-sungguhlah dalam menghisap air ke
dalam hidung kecuali ketika berpuasa”. Begitu juga dengan perbuatan memberus
gigi selepas waktu tergelincir matahari.

Seterusnya, adalah makruh magi para pasangan suami dan isteri yang
berusia muda untuk bercium. Ini kerana bimbang akan merangsang naluri dan
membawa kepada berjimak iaitu perkara yang membatalkan puasa.

KESIMPULAN

Maka sudah cukup jelaslah bagi semua orang Islam yang beriman, bahawa
puasa adalah suatu ibadah yang cukup indah dan kompleks. Bukan sahaja ibadah
ini memanfaatkan orang-orang yang mengerjakannya secara rohani, tetapi juga
jasmani dan juga banyak aspek yang lain. Ibadah puasa dapat menunaikan manusia
dengan rahmat Allah SWT dan oleh kerana itu, rugilah umat Islam yang menyia-
nyiakan dan meninggalkan ibadah ini.

Seterusnya, bukan sahaja manusia dikurniakan satu waktu sahaja untuk


mengerjakan ibadah puasa yang cukup banyak baik dan keistimewaannya, malah
banyak jenis puasa yang boleh dikerjakan oleh para umat Islam agar dapat lebih
bertaqwa kepada Allah SWT.

Dengan ini, semoga kertas kerja kajian kes saya ini dapat menjadikan
manfaat dan penambah kesempurnaan pelaksanaan ibadah puasa kita semua.
Amin. Terima Kasih.

31
RUJUKAN

Mohd Noor Mohamad (2013), Ensiklopedia Ramadan

http://076115citu.blogspot.com/2009/04/pengertian-puasa.html

http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-al-manhal-al-tanwir/984-
kelebihan-puasa-di-bulan-ramadhan

http://azharjin.blogspot.com/2009/04/40-fadhilat-puasa-ramadhan.html

https://repository.unej.ac.id/bitstream/handle/123456789/57960/03.%20Lampiran%2
0Makalah.pdf?sequence=3&isAllowed=y

http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_pasak18_003_syahm
ir.pdf

https://www.tokopedia.com/

Sarip Bin Abdul (2015), Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan

https://muftiwp.gov.my/

https://tafsirq.com/

http://repository.uin-suska.ac.id/7228/4/BAB%20III.pdf

https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/03/15/miliki-keistimewaan-ketahui-5-
puasa-sunat-yang-tercatat-dalam-al-quran-dan-hadis-sahih

https://www.alaf21.com.my/

https://today.salamweb.com/

https://www.islamituindah.my/

32

Anda mungkin juga menyukai