Anda di halaman 1dari 22

KOD KURSUS : CTU 152

NAMA KURSUS : VALUES AND CIVILIZATION


PROGRAM : DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM

TAJUK : AKHLAK DALAM PERADABAN ISLAM


NAMA PENSYARAH : ANISAH BINTI IBRAHIM

TARIKH HANTAR :

N NAMA NO MATRIK
O

1 ELLY ELLYANA AQILAH BINTI MOHD ELIAS 2020653756


2 ZULAIKHA HADIRA ZULKIFLE 2020650638

BIL PERKARA PENILAIAN (%)


1 PENGENALAN

2 FAKTA & HURAIAN


3 KESIMPULAN

4 RUJUKAN
5 ETIKA & MORAL PROFESIONAL

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


PENGENALAN 1
KONSEP AGAMA DAN KEPERCAYAAN 2
KONSEP AKHLAK 3
EMPAT CIRI ASAS AKHLAK 4-5
AKHLAK MANUSIA DENGAN TUHAN 6-7
AKHLAK MANUSIA DENGAN RASULULLAH SAW 8
AKHLAK MANUSIA SESAMA MANUSIA 9
AKHLAK MANUSIA DENGAN ALAM 10
IMPAK AGAMA KE ATAS PEMIKIRAN DAN AKHLAK 13-15

EXKSTREMISME AGAMA, PLURALISME AGAMA DAN 16-18


TRANSCENDENT UNITY OF RELIGION

PERJANJIAN ASALI (AL-MITHAQ) 19-20

KESIMPULAN 21

RUJUKAN 22

2
PENGENALAN

Walaupun manusia boleh dipisahkan dalam bidang ilmu atau pemikiran dan
juga agama dan kepercayaan, manusia tidak boleh dipisahkan dari segi akhlak atau
moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas
atau terkeluar dari pada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang
lain ataupun benda lain iaitu adalah baik atau tidak segala tindakan tersebut.
Jika tindakan dan perlakuan seseorang itu jahat atau kurang baik, perkara itu
wajarlah ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika perlakuan yang kurang
baik itu terus dilakukan, itulah akhlak yang buruk. Dari sini ternyata kedudukan
akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral
mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka
supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.
Islam mempunyai asas akhlaknya yang tersendiri. Asas akhlak Islam adalah
bersumber daripada semangat falsafah tauhid. Akhlak adalah mengenai system
perilaku yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk manusia dalam menjalani
kehidupannya. Shah Waliullah (Abad 18), ada mengutarakan empat asas akhlak
yang dapat mengarah manusia bermasyarakat dan bernegara ke mercu kemuliaan.
Empat ciri asas akhlak tersebut adalah: taharah, ikhbat, samhah, adalah.
Objektif hasil kertas kerja ini adalah untuk membentuk pemahaman yang
lebih mendalam tentang semua perkara-perkara yang telah disebutkan. Ahli
kumpulan dan juga pembaca kertas kerja ini akan memahami konsep akhlak dalam
peradaban Islam, dapat mengetahui kedudukan akhlak dalam peradaban Islam dan
juga mengenalpasti ruang lingkup akhlak dalam peradaban Islam.

3
KONSEP AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Agama bermaksud kepercayaan pada sesuatu tuhan, sifat-sifat serta


kekuasaannya dan penerimaan ajaran serta perintah-perintahnya. Setiap agama
berbeza dari segi kepercayaan, hubungan dengan tuhan, suruhan dan larangan,
baik dan buruk, juga dosa dan pahala.
Manusia dilahirkan dengan naluri keperluan untuk beragama dan
berkepercayaan. Naluri ini mendorong setiap manusia mencari sesuatu untuk
dijadikan sembahan dan kerpercayaan yang akan memberikan kekuatan pada
dirinya untuk mengharungi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan
pancaroba. Manusia juga memberlukan agama untuk mengawal tingkah laku
mereka dan mengatur kehidupan di dunia ini.
Kepercayaan pada umumnya bermaksud akuan akan kebenaran sesuatu
perkara. Ia merupakan sesuatu keyakinan terhadap tuhan, roh, perkara ghaib dan
suci yang menghasilakan suatu bentuk penyembahan. Konsep kepercayaan juga
boleh difahami sebagai konsep kepercayaan kepada tuhan.
Menurut Islam, konsep kepercayaan adalah disebut sebagai “Akidah”.
“Akidah” adalah kata dasar dalam Bahasa Arab iaitu “Aqada” yang bermaksud
simpulan atau perkara yang merujuk kepada sesuatu yang teguh dan mantap atau
iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah dan segala yang terkandung dalam
Rukun Iman: Beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman
kepada Rasul dan Nabi, beriman kepada kitab, beriman kepada hari kiamat, dan
beriman kepada Qada’ dan Qadar.
Seperti tertulis dalam Surah Ali ‘Imran ayat yang ke-19: “Sesungguhnya
agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi
Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara
mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat
cepat perhitungan-Nya.”
Juga dalan Surah Al-Baqarah ayat yang ke-208: “Wahai orang-orang yang
beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti
langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”
Agama Islam mempercayai keesaan Allah SWT yang bermaksud tiada Tuhan
selain Allah SWT. Umat Islam menjalani kehidupan dengan berpandukan Al-Quran
sebagai sumber utama. Manakala sumber keduanya merupakan Sunnah dan
Hadith-hadith Rasullah SAW. Bagi umat Islam, megesakan Allah SWT juga disebut
sebagai Tauhid. Islam meletakkan seluruh pengabdian dan penyembahan hanyalah
kepada Allah SWT dan meyakini Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

4
KONSEP AKHLAK

Perkataan “Akhlak” berasal dari bahasa Arab jama’ dari “Khuluqun” yang
menurut tata bahasa dan logat bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku atau
tabiat. Rumusan pengertian akhlak timbul sebagai media yang bermungkinkan
adanya hubungan baik antara Khaliq dan makhluk, serta antara makhluk dan
makhluk. Perkataan ini bersumber dari kalimat yang tercantum dalam Al-Qur’an
surah Al-Qalam ayat 4: “‫ك لَ َعلَ ٰى ُخلُ ٍق َعظِ ٍيم‬
َ ‫ ” َوإِ َّن‬yang bermaksud “Sesungguhnya Engkau
(Muhammad) mempunyai budi pekerti yang luhur.”
Akhlak adalah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk. Akhlak juga
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dengan Allah SWT,
sesama umat manusia yang lain, dan dengan alam. Akhlak menyatakan tujuan yang
harus dituju oleh umat manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan
untuk melakukan apa yang harus dilakukan.
Pendidikan akhlak boleh juga dikatakan sebagai pendidikan moral dalam
pendidikan Islam. Pemerhatian yang lebih dalam terhadap konsep akhlak telah
banyak kali dirumuskan oleh para tokoh-tokoh pendidikan Islam terdahulu seperti Ibn
Maskawaih, Ibn Sina, Al-Ghazali, dan Al-Zamuji. Ini menunjukkan bahawa tujuan
puncak pendidikan akhlak adalah terbentuknya karakter positif dalam perilaku anak
didik. Karakter positif ini tiada lain daripada penjelmaan sifat-sifat mulia Tuhan dalam
kehidupan umat manusia.
Implementasi akhlak dalam peradaban Islam tersimpul dalam karakter
peribadi Rasulullah SAW. Dalam peribadi Rasulullah SAW, tersemai nilai-nilai akhlak
yang mulia lagi agung. Al-Quran serta Sunnah telah menjelaskan bahawa dalam diri
Rasulullah SAW tersirat dan terpancar suri tauladan yang baik. Sebagai contoh,
dalam Surah Al-Ahzab ayat yang ke-21 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada
pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah”.
Pembinaan akhlak adalah penting dalam peradaban Islam, dalam kehidupan
seluruh umat Islam, dan juga kehidupan keseluruhan manusia. Akhlak dapat
memandu akal untuk membuat pertimbangan yang betul dan bijak. Ini adalah
dengan memikirkan apa yang bakal dibuat atau tindakan itu sesuai dengan moral
ataupun tidak. Akhlak juga membentuk manusia untuk menjadi khalifah yang terbaik
di dunia dan juga di akhirat.
Akhlak adalah penting untuk menyempurnakan keperluan manusia untuk
mendapat kebahagiaan, keadilan, keamanan, kesejahteraan, dan keselamatan dari
kehidupan yang huru-hara. Contohnya, akhlak dapat melahirkan keluarga dan
rumahtangga yang harmoni. Maka, masyarakat yang beradab dan berakhlak juga
dapat dibentuk.

5
EMPAT CIRI ASAS AKHLAK

Shah Waliullah, seorang ulama dalam abad ke lapan belas ada mengutara
beberapa pokok asas akhlak. Empat ciri asas akhlak tersebut adalah berikut:
Taharah, Ikhbat, Samahah dan Adalah. Dalam bahagian ini, akan dihuraikan semua
ciri-ciri asas tersebut.
Taharah merupakan penyucian diri manusia dari segi dalaman dan juga
luaran. Individu Muslim digalakkan memiliki kesucian hati dan kebersihan luaran.
Kesucian hati meliputi nilai-nilai akhlak yang murni seperti amanah, jujur, ikhlas,
penyayang dan sebagainya.
Kebersihan luaran meliputi sikap-sikap yang positif seperti disiplin, pemakaian
yang kemas dan bersih, dan pertuturan yang mempamerkan kesahsiah yang tinggi
dan sebagainya. Memiliki nilai dalaman dan luaran yang tersebut menjadi seseorang
individu dapat menjalani urusan bermasyarakat dengan berkesan dan penuh disiplin.
Sifat keperibadian individu yang mulia ini akan dapat memainkan peranan yang
positif kepada kegiatan kehidupan yang diceburi.
Asas ini mampu dibina melalui amalan ibadat yang diwajibkan dan amalan
sunat tambahan seperti solat tahjud, solat witir, berzikir dan sebagainya, khususnya
pada larut malam hingga hampir pagi. Kesucian hati hanya akan dibina setelah
hubungan erat dengan Allah SWT kerap diamalkan.
Ikhbat pula adalah menegapkan kebenaran melalui ketaatan kepada Allah
SWT. Patuh dan cinta kepada kebenaran adalah salah satu daripada akhlak induk.
Mereka yang tidak patuh kepada Allah SWT, menolak kebenaran walaupun ia yakin
sesuatu itu benar. Sifat ini meletakkan nilai peribadi manusia supaya sentiasa taat
dengan penuh dengan keyakinan bahawa tindakan menegak kebenaran adalah
sesuatu yang positif dan produktif kepada kemajuan diri dan segala urusan
kehidupannya.
Justeru itu keilmuan dan kefahaman yang benar akan mengawasi pandangan
hidup dan segala tindak tanduk individu semoga kesemua tindak tanduk tersebut
menepati arahan Illahi.
Kealpaan dalam mendukung kebenaran manghasilkan individu yang munafik.
Iaitu individu yang mana tindakannya berbeza dengan apa yang dilafazkan. Jika sifat
ini menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat, ia adalah petanda awal kepada
kemusnahan masyarakat terbabit.
Samahah adalah sifat bertolak ansur, pemurah hati dan pemaaf. Sifat ini
sangat perlu dalam hidup bermasyarakat. Keutuhan dan kestabilan dalam sesuatu
masyarakat atau rumahtangga dapat dicapai jika sifat ini diamalkan oleh setiap ahli
masyarakat dan rumahtangga tersebut. Semangat kerjasama dan muafakat dalam
melaksana urusan kehidupan bermasyarakat adalah faktor yang membawa kepada
kestabilan dan keselamatan dari sebarang huru-hara.

6
Dalam aspek kenegaraan juga, akhlak memainkan peranan yang penting,
contohnya, masyarakat yang penuh dengan emosi yang di pengaruhi oleh nafsu
bahimiah dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk bekerjasama dalam
mengendali urusan kehidupan. Kemajuan sesebuah tamadun adalah usaha
bersama oleh setiap individu. Ini menepati sifat tabii kemanusiaan yang memiliki ciri
manusia sosial. Justeru itu sifat samahah adalah asas akhlak yang membawa
kepada suasana yang harmoni dalam mengendali urusan masyarakat dalam
sesebuah negara.
Seterusnya, ciri asas akhlak yang terakhir merupakan Adalah. Adalah
merupakan sifat insaf dan adil. Menghayati semangat keadilan dalam kesemua
aspek kehidupan merupakan kemuncak kepada pembinaan individu dan tamadun
manusia hasil daripada penghayatan ketiga-tiga asas akhlak terdahulu seperti
taharah, ikhbat dan samahah dan yang di miliki oleh seseorang manusia.
Keempat-empat asas akhlak ini berhubung rapat dan sifat adil adalah paling
di kehendaki oleh syariat.

7
AKHLAK MANUSIA DENGAN TUHAN

Aklak para umat Islam dengan Allah ada beberapa cara dan aspek. Yang
pertama adalah membenarkan berita yang datang dari Allah SWT. Umat Islam
tidaklah boleh ragu dan bimbang dalam mempercayai sebarang berita yang
datangnya dari Allah SWT. Ini adalah kerana berita dan Ilmu yang bersumberkan
dari Allah SWT adalah yang paling benar.
Seperti Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-87 yang
bermaksud: “Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu
pada hari Kiamat yang tidak diragukan terjadinya. Siapakah yang lebih benar
perkataan(nya) daripada Allah?”
Keduanya, umat Islam hendaklah menerima dan mengamalkan hukum-
hukum yang telah Allah SWT tetapkan. Ini bermaksud seseorang individu muslim
perlu berakhlak dengan tidak menolak hukum Allah SWT. Apabila seseorang itu
menolak hukum-hukum Allah SWT, maka apa yang dia telah lakukan adalah salah
satu bentuk akhlak yang buruk kepada Allah SWT. Begitu juga apabila penolakan itu
dalam bentuk pengingkaran atau sombong kerana enggan mengamalkan, menolak,
atau menyepelekan pengalamannya.
Seterusnya, umat Islam wajarlah menerima takdir Allah SWT dengan sabar
dan tawakkal. Telah terang lagi bersuluh yang kita sebagai manusia, bahawa takdir-
takdir Allah SWT yang menimpa hamba-hambanya tidak semuanya sesuai dengan
keinginan si hamba. Mahupun ada yang sesuai dengan keinginan manusia, ada juga
yang bertentangan dengan keinginan kita. Contohnya, sakit dan malapetaka.
Namun, takdir Allah SWT datang dengan hikmah yang bermacam-macam,
sebahagian ada yang disukai manusia dan mereka berlapang dada dengan takdir
tersebut, dan sebahagian lagi tidak disukai manusia. Haruslah kita redha dengan
takdir-takdir yang diberikan oleh Allah SWT.
Akhlak kepada Allah SWT dapat diartikan sebagai sikap atau perbuatan yang
seharusnya dilakukan oleh manusia sebagai makhluk, kepada Allah sebagai tuhan.
Sekurang-kurangnya ada empat alasan mengapa manusia perlu berakhlak kepada
Allah SWT. Yang pertama adalah kerana Allah SWT adalah Maha Pencipta dan
telah menciptakan manusia. Allah SWT yang menciptakan manusia dari air yang
dikeluarkan dari tulang punggung dan tulang rusuk.
Seperti yang difirman Allah SWT dalam Surah At-Tariq ayat ke-5 hingga 7
yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia
diciptakan?. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar. Yang terpancar dari
tulang sulbi (punggung) dan tulang dada”
Kedua, Allah SWT telah memperlengkapkan panca indera manusia, berupa
pendengaran, penglihatan, akal fikiran dan hati, serta anggota badan yang kukuh
dan sempurna kepada manusia. Seperti Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahl
ayat ke-78 yang bermaksud: “Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu

8
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia memberikan kamu
pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”
Seterusnya, kita harus berakhlak kepada Allah SWT kerana Dia telah sedia
mengkurniakan pelbagai bahan dan sarana sempurna yang diperlukan oleh
manusia. Sebagai contoh, bahan makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan, air,
udara, binatang ternak dan lain-lain. Firman Allah SWT dalam surah Al-Jasiyah ayat
ke-12 hingga 13 yang bererti: “Allah lah yang menundukkan laut untuk mu agar
kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan agar kamu
bersyukur. Dan Dia menundukan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari -Nya. Sungguh, dalam hal yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang
berfikir.”
Sebab keempat adalah kerana Allah SWT telah memuliakan manusia dengan
memberi manusia kemampuan daratan dan lautan. Allah SWT telah berfirman dalam
Surah Al-Israa’ ayat ke-70 yang bermaksud: “Dan sungguh, Kami telah muliakan
anak-anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di darat dan di laut dan Kami beri
mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak
makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”

9
AKHLAK MANUSIA DENGAN RASULULLAH SAW

Selain berakhlak kepada Allah SWT, kita juga sebagai umat muslim
diharuskan untuk berakhlak kepada Nabi Muhammad SAW. Karana dari beliaulah
kita banyak mendapatkan warisan yang dapat kita wariskan lagi turun-menurun ke
anak cucu kita.
Mencintai Rasulullah adalah wajib bagi semua umat Islam. Semua orang
Islam mengimani bahawa Rasulullah SAW adalah hamba Allah SWT dan adalah
utusan-Nya. Makna mengimani ajaran Rasulullah SAW adalah menjalankan
ajarannya, menaati perintahnya. Ahlus sunnah mencintai Rasulullah SAW dan
mengagungkannya sebagaimana para sahabat beliau mencintai beliau lebih dari
kecintaan mereka kepada diri mereka sendiri dan keluarga mereka.
Terdapat banyak cara umat Islam boleh berakhlak kepada Rasulullah SAW.
Salah satu daripadanya adalah dengan menaati Rasulullah SAW. Baik yang sesuai
dengan keinginan manusia atau tidak, melaksanakan apa yang beliau perintahkan
adalah harus. Begitu juga dengan menjauhi apa yang beliau larang. Seperti yang
telah disuratkan dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-80, ertinya: “Barangsiapa
menaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah menaati Allah. Dan
barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu
(Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.”
Selain itu, mencintai keluarga Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai manusia sesungguhnya aku tinggalkan dua perkara yang besar untuk kalian,
yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran) dan yang kedua adalah Ithrati
(Keturunan) Ahlulbaitku. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada keduanya,
maka tidak akan tersesat selamanya hingga bertemu denganku di telaga al-Haudh.”
Seterusnya, umat Islam perlulah selalu berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi
Muhammad SAW. Orang yang membaca shalawat untuk Nabi hendaknya disertai
dengan niat dan didasari rasa cinta kepada beliau dengan tujuan untuk memuliakan
dan menghormati beliau. Dalam penjelasan hadits (Akhbar Al-Hadits) disebutkan
bahwa apabila seseorang membaca shalawat tidak disertai dengan niat dan
perasaan hormat kepada Nabi SAW, maka timbangannya tidak lebih berat
ketimbang selembar sayap. Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya sahnya amal itu
tergantung niatnya”.
Umat Islam juga sewajarnya mendahulukan perkataan dan sabda-sabda
Rasulullah SAW sebelum perkataan manusia biasa dan membatasi diri untuk
beramal mengikut kata-kata Rasulullah.

10
AKHLAK MANUSIA SESAMA MANUSIA

Akhlak sesama manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu: Akhlak kepada
diri sendiri, dan juga akhlak kepada manusia lain. Akhlak kepada diri sendiri adalah
bagaimana seseorang individu bersikap dan berbuat yang terbaik untuk dirinya
terlebih dahulu, karana dari dirinya sendirilah individu itu akan menentukan sikap
dan perbuatannya yang terbaik untuk orang lain.
Sebagaimana telah dipesankan Rasulullah SAW, bahawa mulailah sesuatu
itu dari sendiri. Begitu juga ayat dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang
Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Kemudian, akhlak kepada manusia lain pula adalah akhlak terhadap
tetangga, jiran-jiran dan masyarakat. Walaupun memang harus diakui bahawa
akhlak kepada orang lain, bukan saja tetangga tetapi juga orang lain yang tidak
seagama, seperti akhlak pemerintah kepada rakyatnya dan akhlak rakyat kepada
pemimpinnya. Terdapat beberapa bentuk akhlak yang baik kepada manusia lain.
Yang pertama adalah husnuzhan. Husnuzhan bermaksud prasangka dan
tanggapan baik terhadap orang lain. Lawan kata husnuzhan adalah suuzhan yang
berarti berprasangka buruk terhadap seseorang. Wajib hukumnya untuk
berhusnuzhan kepada Allah dan rasul-Nya, wujud husnuzan bagi Allah dan Rasul-
Nya antara lain: Meyakini dengan sepenuh hati semua perintah Allah dan Rasul-Nya
adalah untuk kebaikan manusia. Meyakini dengan sepenuh hati semua larangan
agama pasti berakibat buruk. Hukum husnuzan untuk manusia mubah atau jaiz
(boleh dilakukan). Perlulah kita sentiasa bersangka baik kepada ahli-ahli masyarakat
kita agar dapat mencapai akhlak yang baik dan sempurna.
Seterusnya, Tasammu dan Ta’awun. Tasammu bermaksud bersimpati dan
saling menghargai sesama manusia. Firman Allah SAW dalam Surah Al-Kafirun ayat
ke-6 yang bermaksud: “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. Manakala,
Ta’awun bermaksud tolong menolong, gotong royong dan bantu-bantu sesama
manusia. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat ke-2 yang bererti: ”…dan
tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong menolong dalam mengerjakan dosa dan permusuhan…”
Contoh kelakuan yang berakhlak kepada manusia lain adalah seperti berikut;
mengucapkan salam apabila berjumpa, hadir bila diundang, memberi dan meminta
nasihat, mengdoakan mereka “YarhamukAllah” apabila orang lain mengucap
“Alhamdulillah” Ketika bersin, menziarah mereka jika sakit dan menghantarkan
jenazah mereka apabila meninggal.
Contoh kelakuan yang buruk kepada manusia lain pula adalah seperti berikut;
memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk, menghina orang lain, mencela
mereka, mencuri hak mereka, gibah, menipu sesama manusia, dan mengadu-adu.

11
AKHLAK MANUSIA DENGAN ALAM

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan


tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." Firman Allah SWT
dalam Surah Ar-Rum ayat yang ke-41.
Menjaga alam merupakan salah satu kewajiban b agi setiap individu manusia.
Laut, udara, sungai, gunung-gunung, hutan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan
hendaklah dijaga dan dilestarikan dengan sebaik-baiknya. Ragam anugerah alam ini
disediakan oleh Allah SWT tidak lain adalah untuk keberlangsungan maslahat hidup,
terutama bagi manusia. Secara fikih, jika manusia sengaja melakukan kerusakan
atau al-fasad terhadap alam ini, hukumnya adalah haram. Bahkan termasuk dosa
besar apabila tingkat kerusakannya luas dan besar, seperti pembakaran hutan yang
menimbulkan bencana asap, musnahnya kakayaan haiwan, tumbuhan, dan korban
jiwa.
Malah, dalam Al-Quran, perlakuan buruk terhadap alam dan perkara yang
membahayakan alam adalah disejajarkan dengan dos membunuh dan hukumannya
di dunia adalah dikatakan bunuh, disalib dan dipotong anggota badannya. Apatah
lagi balasan di akhirat nanti.
Disuratkan dalam Surah Al-Maidah ayat ke-32 hingga 33 yang bermaksud:
“Oleh karana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa barangsiapa
membunuh seseorang, bukan karana orang itu membunuh orang lain, atau bukan
karana berbuat kerusakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua
manusia. Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan
dia telah memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul Kami telah
datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas.
Tetapi kemudian banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi.”
Rasulullah SAW juga telah memberikan kesadaran kepada para sahabat dan
kaum Muslim tentang pentingnya adab terhadap lingkungan alam sekitar. Nabi SAW
telah mengungkapkan kecintaannya terhadap gunung Uhud sebagai bagian kecil
dari ruang alam ini. Sabdanya: "Sesungguhnya Uhud mencintai kita, dan kita pun
sungguh mencintainya." Seandainya ditelusuri lebih jauh lagi, terdapat sejumlah
hadis yang secara langsung menjelaskan bagaimana Rasulullah SAW menanamkan
pendidikan lingkungan. Misalnya, ajaran untuk menghemat energi, seperti air,
larangan mengotori dan merusak tempat umum atau alam yang dibutuhkan banyak
orang, serta seruan menjaga kebersihan lingkungan.
Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang memotong pohon bidadara, Allah
akan membenamkan kepalanya dalam neraka."

12
IMPAK AGAMA KE ATAS PEMIKIRAN DAN AKHLAK

Akhlak pada umumnya dapat diterap, dibentuk dan diperbaiki, sesuai dengan
firman Allah Subḥānahu Watacālā:

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan


kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk
mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya
kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang
sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan
Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” (al-Qur’an,
al-Shams 91:7-10).
Menurut Imam al-Ghazālī, akhlak yang paling utama dibahagikan kepada
empat, iaitu:

1. Al-Ḥikmah atau kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada


hawa nafsu. Hidupnya akan sentiasa terkawal dan memiliki motivasi yang
kuat untuk memperolehi kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.

2. Al-cAdl atau jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk
mencapai hikmah. Sifat ini dapat membimbing ke arah keselamatan,
ketenteraman dan kebahagiaan.

3. Al-Shajācah atau keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan


mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela, dan tidak
meninggi diri apabila dipuji. Sifat ini mampu membuatkan manusia tekun
bekerja dengan penuh keikhlasan tanpa rasa bosan atau malas.

4. Al-cIffah atau menjaga diri daripada perbuatan maksiat dan menjauhi


diri dari perbuatan tidak baik.

Ini bermaksud bahawa keluhuran budi pekerti berpunca dari kesederhanaan


dalam kekuatan akal fikiran, kesempurnaan kebijaksanaan, pertengahan dalam
kekuatan marah, dan keinginan syahwat dalam keadaan kedua-duanya patuh dan
tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syara’ (Sacīd bin Qāsim
1995).
Menurut Abd Allah Aḥmad Qādirī (1988), penerapan dan pembentukan akhlak
Islam itu bermula dengan tarbiah individu itu sendiri. Malah Kassim Ismail
(1428H/2007) menegaskan, akhlak itu hendaklah dihayati secara praktikal dalam
kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, penerapan akhlak itu perlu meliputi perkara-
perkara berikut:

13
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan
Seorang belia wajib menuntut dan terus menuntut ilmu pengetahuan. Ilmulah yang
membantu kita mengenali yang manakah akhlak mahmudah dan yang
manakah akhlak mazmumah. Tanpa ilmu tidak mungkin seseorang itu
mengetahui akhlak bagaimanakah yang dipuji dan akhlak bagaimanakah pula yang
dikeji. Sebagaimana firman Allah.

Dalam konteks ini, nilai akhlak dan ilmu pengetahuan itu memang tidak dapat
dipisahkan. Dengan ilmu pengetahuan, mereka beruapaya untuk membezakan
antara akhlak baik dan buruk, antara kaca dan permata, antara timur dan barat dan
tidak keterlaluan untuk dikatakan antara syurga dan neraka. Dalam usaha kita
untuk mendewasakan belia supaya lebih tabah dan cekal, lebih yakin menempuh
masalah-masalah kehidupan dan lebih bijaksana dalam menentukan hala tujunya,
penerapan akhlak dan ilmu kepada harus mendapat kedudukan utama dalam
maslahat pembangunan belia. Bangsa yang menitikberatkan pendidikan dan
akhlak adalah bangsa yang mempunyai masa depan kerana ummah yang
berilmu dan berakhlak tidak sama dengan ummah yang tidak memiliknya. Ini adalah
iktibar para belia yang kurang bijaksana dan mudah terkeliru pilihan apabila
berhadapan dengan nilai-nilai budaya luaran iaitu mereka jahil dan kaku untuk
memilih antara yang baik dan buruk.

2. Keazaman yang tinggi dan berlapang dada

Menanamkan nilai-nilai aklak berlandaskan keIslaman ke dalam diri


memerlukan keazaman yang tinggi. Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat
diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia. Perkara ini
berdasarkan kepada hakikat bahawa akhlak mahmudah dan iman yang teguh
merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, tugas pembinaan
iman dan tugas pembentukan akhlak yang mulia adalah dua tugas yang sentiasa
bergerak seiring.

Seorang belia itu juga hendaklah sentiasa berlapang dada untuk mendengar
nasihat orang lain. Ada masanya seseorang itu tidak menyedari kekurangan di
dalam dirinya. Malah ada yang membalas balik dengan tengkingan. Kita sepatutnya
merasa syukur terhadap nasihat-nasihat yang bertujuan untuk memperbaiki diri
kita dan memperelokkan akhlak kita (Abd. Karim Zaidan 1993).

3. Bijal dalam pergaulan

14
Bergaul dengan orang-orang atau rakan-rakan yang berakhlak mulia merupakan di
antara cara yang berkesan untuk menyemai nilai akhlak. Ini kerana naluri manusia
terutama sekali golongan belia cepat meniru, terpengaruh dan terikut-ikut
dengan teman rapatnya. Bergaullah dengan insan yang baik budi pekertinya. Insya
Allah, para belia akan terhindar dari gejala maksiat, negatif dan unsur-unsur yang
menghuru-harakan masyarakat keseluruhannya.
Secara ringkasnya, penerapan nilai-nilai akhlak sedikit sebanyak dapat
memberi implikasi yang besar kepada seorang belia, antaranya ialah:

1. Seorang belia itu akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Ia
akan menjadi seorang belia yang amanah, cekap dan berdisiplin. Ini adalah
kerana apabila nilai keIslaman telah sebati dengan jiwa seseorang
hamba, maka sebarang tindakannya akan berlandaskan kepada
ketwaqwaan kepada Allah.

2. Nilai-nilai akhlak akan melahirkan belia yang mempunyai harga diri dan
keyakinan diri yang paling tinggi.

3. Melahirkan belia yang mempunyai rasa rendah diri dan tawadu’. Oleh itu,
ia boleh membentuk budaya kerja yang bercirikan semangat hormat
menghormati, prihatin dan bantu membantu antara satu sama lain.

4. Membina belia yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan


kesungguhan yang tinggi. Apabila ia melakukan sesuatu yang berdasarkan
lunas-lunas Islam, maka ia pastu mendapat petunjuk daripada Allah
Subḥānahu Watacālā.

5. Pegangan konsep akhlak dalam Islam akan menjadikan manusia itu


orang yang beriman, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Ini akan
menjadikan seorang belia itu mengamalkan nilai-nilai yang murni, amanah
dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap dalam menjalankan tugas.

6. Dengan nilai akhlak tersebut, sudah setentunya para belia akan memiliki
keimanan yang teguh, kedewasaan minda dan semangat patriotik yang
tinggi. Secara tidak langsung, mereka akan dapat berfikir, proaktif dan
bukannya seorang belia yang pasif terhadap mana-mana perlaksaan tugas
dan tanggungjawab dalam pembangunan negara.

15
 Exkstremisme Agama

Kamus Dewan memberikan pengertian ‘ekstrem’ sebagai keterlaluan dan


melampau. Manakala “ekstremisme” pula ialah faham (sikap, perlakuan, dsb) yg
ekstrem. Perkataan lain yang mempunyai pengertian yang hampir sama ialah
agresif, ganas, radikal, melampau, melampaui batas dan keseimbangan,
fundamentalis, fanatik taksub dan rigid. Walaupun perkataan-perkataan ini
mempunyai pengertian yang agak berbeza daripada beberapa sudut, namun
perbezaannya sering diabaikan. Justeru itu, perkataan ekstremisme,
fundamentalisme, revivalisme, islamisme, radikalisme, ekstremis dan militan atau
seumpama dengannya sentiasa digunakan secara bergantian bagi sesetengah
pihak.

Secara mudah, ekstremisme boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang


meliputi kepercayaan, sikap, perasaan, tindakan dan strategi daripada seorang
individu atau satu kumpulan yang jauh melepasi daripada kebiasaan. Ekstremisme
juga diertikan sebagai melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan
melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.

Apabila dikaitkan dengan agama maka fahaman ini diertikan fahaman individu
yang terlalu taksub melampau atau keterlaluan terhadap agama namun tidak
mempunyai kefahaman yang jelas tentang agama Islam terutamanya berkaitan
hukum dan akidah. Antara factor penyumbang kepada sifat ekstrem adalah:

- Kedangkalan dalam ilmu agama


- Sifat taksub, fanatik yang melampau sama ada
- Kefahaman dam isme yang dianuti
- Menyangka dia sahaja yang betul
- Sifat tergesa-gesa untuk mencapai sesuatu.

 Pluralisme Agama

Selama ini istilah ”pluralisme agama” masih sering difahami secara


salah ataupun mengandung pengertian yang agak kabur, sekalipun terminologi ini
sangat popular dan semacam telah diterima secara universal. Namun yang agak
mengejutkan, ternyata sangat sedikit para sarjana yang cuba mendefinisikan istilah
pluralisme agama itu. Seakan-akan wacana pluralisme agama sudahpun
disepakati secara konsensus. Kerana pengaruhnya yang luas, istilah ini

16
memerlukan pendefinisian yang jelas dan tegas sama ada daripada segi literal
mahupun daripada segi kontekstual.

Daripada segi etimologi, pluralisme agama berasal daripada dua kata, iaitu
”pluralisme” dan ”agama”. Dalam bahasa Arab diterjemahkan kepada ”al-
ta‘addudiyyah al-diniyyah”, manakala dalam bahasa Inggeris ”religious pluralism”.
Memandangkan istilah pluralisme agama berasal daripada bahasa Inggeris,
maka untuk mendefinisikannya secara lebih tepat harus merujuk kepada
sumber-sumber bahasa Inggeris. Perkataan ”pluralisme” menurut kamus bahasa
Inggeris mempunyai tiga pengertian utama. Pertama, pengertian kegerejaan:
sebutan untuk orang yang memegang lebih daripada satu jabatan dalam
struktur kegerejaan atau memegang dua jabatan atau lebih secara serentak.
Kedua, pengertian filosofis: merujuk kepada sistem pemikiran yang mengakui
adanya landasan pemikiran yang mendasar yang lebih dari satu. Manakala yang
ketiga, pengertian sosio-politik: adalah merujuk kepada suatu sistem yang
mengakui keberadaan kepelbagaian kelompok, sama ada yang bercorak ras, suku,
aliran ataupun parti yang tetap menjunjung tinggi aspek-aspek berbezaan yang
sangat karakteristik di antara kelompok-kelompok tersebut. Peter Byrne, professor
di King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga
tesis:
 Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya
merujuk dan mengisyarat kepada suatu reality tunggal yang transcendent dan
suci.
 Kedua, semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan.
 Ketiga, semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senatiasa
terbuka untuk dikritik dan diteliti Kembali.

 Transcendent Unity of Religion

Istilah Religio Perennis (agama abadi) biasa dikenal jugadengan Perennial


Religion. Perennia itu sendiri mengandung makna ‘continuing for a very long time;
happening again and again’ atau ‘continuing or enduring through the year or trought
many years’. Istilah ini digunakan pertama kali oleh Agustinus Steuchus di dalam
karyanya De perenni philoshopia, yang diterbitkan pada tahun 1540. Istilah ini juga
diperkenalkan oleh Leibniz pada tahun 1715 di dalam salah satu suratnya, yang
menegaskan sebuah metode ‘pencarian jejak kebenaran’ di antara filsafat kuno
serta ‘cahaya’ kebenaran terkait dengan ‘perennis quadem philosophia’. Namun era
Filsafat Perennial akhirnya tenggelam di antara evolusi modernisasi pemikiran Barat.

17
Kita bisa melihat fase demi fase hegemoni modernisasi Baratterhadap agama
dari perjalanan Descartes (1596-1650) yangmemulai metode epistemologinya
dengan metode skeptis yang mengutamakan rasio dari pada doktrin agama. Idenya
ini terlihatdari kalimatnya yang populer; “Cogito ergo sum”. Konsep Descartes
kemudian dievaluasi oleh David Hume, yang meragukan segala macam kebenaran
kecuali berdasarkan data empiris. Kita juga bisa menyaksikan bagaimana dualitas
Kant dalam melihat kebenaran.

Menurutnya, noumena (rasio) sebagaimana juga phenomena (empiris) tidak


cukup untuk mencapai kebenaran, tetapi harus ada keterkaitan di antara keduanya.
Sekulerisasi epistemologi kian bergulir ketika Hegel dan Marx mendatangkan
konsep realitas adalah sesuatu yang dialektis. Konsep-konsep epistemologi Barat
inilah yang dalam perjalanannya merupakan sebuah revolusi anti ketuhanan.
Sekulerisasi epistemologi akhirnya juga memasuki ranah teologis, sehingga tidak
ada lagi yang sakral, abadi, dan universal. Semuanya manusiawi belaka.

Fahaman ini juga mempunyai dua unsur iaitu Exoteric dan Esoteric. Exoteric
bermaksud manusia secara umum melihat semua agama adalah berbeza-beza
manakala Esoteric adalah hakikat sebenar agama-agama ini hanya diketahui oleh
segelintir manusia terpilih, iaitu semua agama akan bertemu pasa suatu titik puncak
yang sama.

18
PERJANJIAN ASALI (AL-MITHAQ)

Mithaq bukan sahaja terikat kepada orang yang memeluk Islam sahaja, malah
juga kepada semua manusia termasuklah Ahli Kitab, khususnya Bani Israel. Namun,
Bani Israel telah mengingkari perjanjian dengan Tuhan walaupun terpilih sebagai
umat pilihan. Sebagaimana dikisahkan bahawa Nabi Musa telah membuat perjanjian
dengan Tuhan ketika berteduh di perkhemahan Gunung Sina (Tur Sina) dan
kaumnya telah berjanji tidak akan mengingkari perjanjian tersebut lalu diberi undang-
undang baru. Akan tetapi mereka tidak memenuhi janji tersebut sehingga dilaknat
oleh Allah. Bahkan, sifat menipu dan mengingkari janji menjadi sebati dalam hidup
Bani Israel hingga kini.

Pendapat al-Qurtubi mengenai mithaq antara para nabi dan Tuhan bahawa
mereka akan saling menolong, saling mempercayai mukjizat para nabi, peranan dan
tanggungjawab sebagai yang terpilih untuk menyebarkan agama Islam kepada
seluruh alam. Begitulah kepentingan mithaq yang membawa manusia kembali
kepada pegangan hidup beriman kepada Tuhan. Dalam surah al-A’raf, iaitu ayat
171-172 telah menerangkan dengan jelas berkenaan mithaq ruhaniyah dan menurut
al-Qurtubi bahawa terdapat golongan yang lebih bercahaya ketika persaksian dan
merekalah itulah golongan Nabi.

Malahan ketika itu juga Tuhan telah menjawab tentang nasib manusia yang
berbeza-beza antara satu sama lain sama ada dari segi darjat, hina, mulia, kaya
atau miskin. Tuhan juga mengatakan kepada Nabi Adam tentang nasib berbeza itu
ialah kerana mengajar manusia agar bersyukur dan Allah juga menyebut dalam
surah al-Mulk bahawa sangat sedikit orang yang bersyukur dan beruntunglah
mereka yang memiliki sifat ini dan dimasukkan mereka ke dalam syurga.

Ibnu Kathir menyebut satu hadith riwayat Muslim berkenaan penetapan nasib
kaum Adam yang bermaksud “Sesungguhnya ketika Allah menjadikan Adam, Allah
menyapu belakangnya dan dikeluarkan daripadanya zuriat manusia dan berfirman:
Aku telah menjadikan mereka untuk syurga dengan amalan ahli syurga dan mereka
pun beramal. Kemudian Allah menyapu belakangnya dan mengeluarkan
daripadanya zuriat lalu berfirman: Aku jadikan mereka untuk neraka dengan amalan
ahli neraka dan mereka pun beramal. Maka seorang lelaki bertanya, “ Wahai
Rasulullah, di mana letaknya amal?” Jawab baginda, “Sesungguhnya apabila Allah
menjadikan seseorang hamba untuk syurga, dijadikan mereka beramal dengan
amalan syurga sehingga dia mati dengan amalan ahli syurga lalu dia akan masuk
19
syurga. Sekiranya Allah menjadikan seseorang hamba untuk neraka, dijadikan
mereka beramal dengan amalan neraka sehingga dia mati dengan amalan ahli
neraka lalu dia akan masuk neraka.”

Sejak azali manusia dilahirkan dengan fitrah yang beriman kepada Tuhan,
dna ibubapalah yang bertanggungjawab dalam membentuk anak mereka sebagai
seorang muslim atau sebaliknya sebagaimana disebut dalam hadith riwayat Bukhari
dan Muslim, daripada Abu Hurairah yang bermaksud “Setiap bayi itu dilahirkan
dalam keadaan fitrah (yang beriman), kemudian kedua ibubapanya itulah yang
menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.” mithaq dianggap oleh al-Atas,
Junayd al-Bahgdadi dan Jalal al-Din al-Rumi bahawa manusia telah berhutang
kepada Allah sejak azali dan segala yang dimilik oleh manusia adalah hak milik Allah
(mamluk) termasuklah kesenangan dan kekayaan dunia.

20
Kesimpulan

Akidah merupakan asas penting dalam Islam. Malah perlu dimantapkan agar
akidah itu menjadi kukuh. Keimanan yang kukuh ibarat akar tunjang pada
sebatang pokok yang membuahkan implikasi kepada keutuhan pokok tersebut.
Selain itu, pokok mempunyai akar tunjang biasanya akan lebih kukuh dan mantap,
lebih subur dan merupakan pokok yang mengeluarkan buah, pastinya buah yang
dikeluarkan juga akan berkualiti dan baik. Akidah perlu disuburkan dengan amalan
yang baik dan menjauhkan daripada perkara yang boleh merosakannya. Akhlak
adalah salah satu sendi utama dalam ajaran Islam dan merangkumi seluruh
bidang kehidupan. Selain itu, akhlak juga mengatur hubungan yang beradab antara
manusia dengan Allah, Tuhan yang menciptakan, hubungan manusia sesama
manusia, hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan adanya hubungan
yang begitu, kehidupan manusia akan menjadi lebih mantap kerana ianya bukan
hanya diikat dengan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk
yang lain tetapi yang utamanya adalah mempunyai hubungan yang kukuh dengan
Allah yang Maha Pencipta.

Akidah dan akhlak adalah seiring dalam kehidupan sebagai seorang Muslim
di dunia ini tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Sesungguhnya akidah yang
mantap akan melahirkan akhlak yang terpuji sebagaimana yang diajar oleh
Rasulullah. Selaku orang Islam yang lebih memahami perlulah mengajar kepada
orang yang baru memeluk Islam untuk kita sama-sama tingkatkan kualiti yang
terbaik serta hebat sebagai hambaNya. Selain itu kita mesti mengetahui bahawa
sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik dalam
kalangan manusia.

21
RUJUKAN

Al-Quran
Hadis
Seminar kelas CTU152
https://analisadaily.com/berita/arsip/2017/5/19/346379/akhlak-dan-peradaban-islam/
https://www.youtube.com/watch?v=gQ5QXoQq4Qg
https://www.youtube.com/watch?v=nDikq2NCFsY
https://www.slideserve.com/wind/konsep-kepercayaan-dan-amalan-beragama
https://www.merdeka.com/quran
http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2008/03/04/asas-akhlak-dalam-
bermasyarakat-dan-bernegara/
https://jambidaily.com/2020/06/10/akhlak-kepada-allah-swt-rasulullah-saw-manusia-
dan-lingkungan/
https://slideplayer.info/slide/12205785/
https://republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/19/09/24/pycczt313-adab-terhadap-
lingkungan
https://kalam.sindonews.com/berita/1495609/69/adab-adab-muslim-terhadap-
lingkungan

22

Anda mungkin juga menyukai