Anda di halaman 1dari 34

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Topik 8
Peranan Etika dan Peradaban Mendokong
Tanggungjawab Sosial Di Malaysia

https://w
ww.initial.
com.my/c
o rporate-s
hua- ocial-resp
rbangsa-tiong onsibility/
layah-rai-jiran-be
ra-mufti-wi
om/gaya-hidup/ca
astroawani.c
http://www.
197736
Objektif Topik 8

memahami

Peranan Etika dan dalam mendokong


Tanggungjawab Sosial
Peradaban
Hasil Pembelajaran Topik 8
menjelaskan

1 Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

menghuraikan dalam mendokong


2 Peranan Etika dan Peradaban Tanggungjawab sosial

mempamerkan dalam mencapai


3 minat kesukarelawan Keharmonian masyarakat
Kandungan Pembelajaran

1 Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

2 Peranan Etika dan Peradaban dalam mendokong tanggungjawab sosial

3 Kesedaran nasional dalam tanggungjawab sosial

4 Tanggungjawab sosial dalam dan luar negara

5 Kesukarelawanan
Kata Kunci
• Takrifan Autoriti
• Takrifan Harian
• Kesedaran Nasional
• Tanggungjawab Sosial
• Kesukarelawan
Abstark
• Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh
pihak berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai
takrifan autoriti. Kedua, realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang ditentukan oleh setiap
individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau dipanggil
takrifan harian. Etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua
realiti sosial ini. Misalnya, adat istiadat adalah takrifan autoriti kerana ada peraturan
bertulis menentukan susunan istiadat yang perlu dilaksanakan. Tetapi adat resam
ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa apa-apa peraturan
bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat ada protokol yang telah
ditentukan untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan negara dan negara asing,
formalitinya semakin ketat dan terperinci, termasuk perlunya berpakaian rasmi. Ini
memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran nasional yang lebih tinggi dan formal.
Dalam konteks tidak formal walaupun tiada peraturan tetapi ada tanggungjawab sosial
dalam bentuk adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan prilaku individu
misalnya apabila menghadiri sebuah majlis kenduri, kenduri kematian atau upacara
meminang. Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada
kesedaran sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat,
dan negara bagi mencapai keadilan dan keharmonian.
Sinopsis
Takrifan Adat Istiadat Jika melibatkan negara & Lebih tinggi dan
Autoriti negara asing formal
(top-down) Ada protokol
Formal formalitinya Kesedaran
Ditentukan oleh untuk dipatuhi
semakin ketat dan Nasional
pemerintah terperinci
Keadilan &
(ada peraturan + Keharmonian
bertulis)
Realiti Tanggung jawab
Sosial Sosial
Takrifan Adat Resam Kehidupan seharian
Sejagat Harian
dalam bentuk adab
(bottom-up) Perilaku Tiada peraturan formal dan nilai hormat
kehidupan menghormati
Ditentukan oleh
seharian menjadi panduan
individu,
keluarga dan prilaku individu
komuniti (tiada
peraturan
bertulis)
1. Takrifan Harian dan Autoriti
Aktiviti Dalam Kelas
Tayangkan Modul Digital Penghayatan Etika dan Peradaban Kementerian Pengajian
Tinggi
https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/ms/ipt/ipt-awam/modul-digital-kursus-
penghayatan-etika-dan-peradaban
Konsep Realiti Sosial

Pengalaman Hidup

yang dilalui dan diterima

oleh pelbagai

kumpulan strata

berdasarkan
kepentingan norma hidup
peribadi sejagat
Konsep Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

• Konsep takrifan autoriti realiti sosial merujuk


kepada femenona dan tingkah laku yang
dikaitkan dengan perundangan, protokol,
perlembagaan yang telah diinstitusi dan
diperakui bersama.
• Takrifan autoriti lahir berdasarkan dokumen
dan pihak berkuasa di dalam masyarakat.
Manakala, takrifan harian yang diterima
bersama tidak terikat oleh undang-undang
formal tetapi lebih memaparkan dalam
perbezaan itu mereka didorong dan memiliki
norma yang dikongsi sama.
Fikir dan Bincang!
Penghayatan Takrifan Harian dan Autoriti
• Bagaimanakah anda akan mengolongkan kes-kes di bawah sebagai
takrifan harian atau autoriti?
• Bendara Malaysia Jalur Gemilang diterbalikkan
• Melanggar lampu isyarat berwarna merah
• Street wedding dijalankan di atas jalan di kawasan perumahan
• Seorang Muslim tidak membeli di kedai tiada Sijil Halal Jakim
• Sebuah Persatuan Buddhist memberi bantuan kemanusiaan
kepada mangsa banjir tanpa mengira etnik dan agama mangsa
2. Peranan Etika dan Peradaban dalam
Mendokong Tanggungjawab Sosial
• Dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka
istilah-istilah etika, moral, akhlak dan sebagainya digunapakai untuk
memaparkan tanggungjawab seseorang anggota masyarakat lahir dari
teras nilai dalam peradaban mereka.
• Sering kali tanggungjawab sosial berteraskan nilai adalah bersumberkan
agama, budaya atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka.
• Bangsa yang bertamadun, bangsa yang menyumbang kepada kemajuan
negara dan global
• Masyarakat yang beretika akan melahirkan masyarakat yang mempunyai
nilai tanggungjawab sosial yang tinggi
• Implikasi Peradaban yang tinggi, akan mencambahkan kesedaran
nasional dalam kalangan masyarakat dan seterusnya melahirkan
masyarakat yang memiliki tanggungjawab social yang tinggi dan
akhirnya menyemarakkan nilai kesukarelawanan
Definisi
Tanggungjawab Sosial adalah satu kemampuan
refleksi seseorang individu terhadap pandangan hidup yang
dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan
hidup bersama.

Individu yang menghayati dan mendarah-daging


kebertanggungjawaban sosial dalam dirinya, akan sentiasa
memerhati, memikir, mengkaji, menganalisis, mencari
penyelesaian dan bertindak untuk memastikan keadilan dan
kebaikan sentiasa ditegakkan di dalam masyarakat.
Berdasark Buku ICGPA
• Keupayaan untuk mempamerkan tingkah laku atau respon yang
sesuai secara lisan atau bukan lisan.
• Perlakuan semasa proses berinteraksi berlaku secara efektif
• Amanah dalam menunaikan tugas untuk aktiviti komuniti.
• Individu yang mempunyai tanggungjawab sosial memiliki ciri-ciri
keyakinan diri, menghormati orang lain, mampu berkomunikasi
dalam konteks sosial, mempunyai kesedaran kendiri dan
bertanggungjawab.
• 1. Keyakinan diri berkaitan dengan perasaan yakin akan kemampuan diri sendiri
yang mencakupi penilaian dan penerimaan yang baik terhadap dirinya secara
utuh, bertindak sesuai dengan apa yang diharapkan oleh orang lain sehingga
individu tersebut dapat diterima oleh orang lain mahupun lingkungannya.
• 2. Menghormati orang lain dengan cara menghargai dan memuliakan individu
atau institusi seperti menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada
mereka.
• 3. Mampu berkomunikasi dalam konteks social bermaksud interaksi sosial yang
intensif dan teratur, memupuk hubungan dengan orang lain dan mampu
bekerjasama dengan masyarakat bagi mencapai tujuan yang sama.
• 4. Mempunyai kesedaran kendiri adalah berkaitan dengan kesedaran dan
kefahaman terhadap sikap etika diri sendiri dalam mengawal emosi semasa
bersosial.
• 5. Bertanggungjawab bermaksud keupayaan untuk menghasilkan tingkah laku
yang sesuai dalam komuniti pelbagai budaya dan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan, kebajikan dan sebagainya.
5 pengukur dalam menghayati ciri-ciri tanggungjawab
sosial
• 1 Keyakinan Diri - Kebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan
bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kemahiran
meluahkan perasaan, menerangkan persepsi orang lain terhadap diri, menerima dan memberikan
pujian serta menerima dan memberikan maklum balas yang membina.
• 2 Hormat - Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif, memberikan maklum
balas dan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan hak orang lain.
• 3 Komunikasi Sosial - Kebolehan berbual dan mengekalkan interaksi dengan orang lain. Kebolehan
memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
• 4 Kesedaran Kendiri - Kebolehan mengamalkan sikap beretika semasa menjalankan
tanggungjawab terhadap masyarakat. Kemahiran mengawal emosi semasa bersosialisasi.
• 5 Tanggungjawab Sosial - Peka akan permasalahan masyarakat dan persekitaran. Kebolehan
mengenal dan mengamal sikap rasional terhadap masyarakat daripada pelbagai perspektif
budaya. Bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan
mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
3. Kesedaran Nasional dalam
Tanggungjawab Sosial
Menjadikan Etika dan peradaban sebagai teras
kesedaran Nasional
LANGKAH MEMBUDAYAKAN KESEDARAN
NASIONAL
1. Memikul Tanggungjawab Bersama dan Bekerjasama
Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap
tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya. Penglibatan,
sokongan, kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang tinggi dan
pengorbanan semua. Ia boleh disumbangkan melalui tenaga, pandangan atau lontaran
idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang. Apa yang penting
di sini ialah adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat untuk masyarakat

2. Sikap Untuk Saling Mengenali dan Membina Sikap Ramah Mesra


Sebagai anggota masyarakat, seseorang tidak boleh mengasingkan diri daripada
persekitaran hidup bersosial. Lantaran itu, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk
mengenali masyarakatnya khususnya orang yang paling hampir dengannya seperti jiran.
Sikap saling mengenali dan beramah mesra membantu menjalinkan hubungan yang lebih
baik dengan tetangga yang akhirnya membantu memupuk perpaduan antara satu sama
lain.
3. Sikap Mengambil Berat atau Mengambil Tahu
Sikap mengambil tahu di sini bermaksud mengambil peduli dan peka tentang kebajikan orang lain
sekiranya menanggung kesusahan dan kesulitan. Contohnya, apabila seseorang mendapati
jirannya tidak menyekolahkan anaknya lantaran kesempitan hidup yang dialami. Oleh itu, sikap
peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsanan untuk
menghulurkan bantuan yang sepatutnya mengikut apa yang termampu. Sikap mengambil peduli
ini juga termasuk sekiranya seseorang mendapati berlakunya perselisihan faham dalam hubungan
antara diri seseorang dengan jirannya, maka kepekaan ini mendetikkan hatinya untuk mencari
jalan terbaik untuk memperbaiki persahabatan antara keduanya. Kesemua ini memerlukan
kepekaan seseorang terhadap kehidupan persekitarannya.

4. Sikap Positif dan Keikhlasan


Ahli masyarakat perlu menanamkan sikap positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Walaupun ia
merupakan kerja sukarela, setiap anggota perlu melihat aktiviti seumpama ini dari sudut yang
positif tanpa rasa terpaksa atau merasakannya sebagai aktiviti yang membazir masa dan tenaga.
Untuk itu, seseorang perlu mengikhlaskan diri dan menyematkan di fikiran bahawa apa yang
dilakukannya merupakan satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat keredhaan
Allah s.w.t. Hubungan kejiranan dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan hubungan yang tulus,
suci dan bukan berlandaskan kepentingan, bersifat kepura-puraan, mengikut masa (perlu ketika
senang dan sukar) dan bukan berlandaskan kebendaan.
4. Tanggungjawab Sosial dalam dan
Luar negara
Sumbangan kepada isu alam sekitar, masalah sosial, masalah etnik, masalah etika
dan integriti dalam dan luar negara
Perubahan
Iklim
Aktiviti Bersama Dalam Kelas
• Boleh rujuk Yayasan Kesukarelawanan Siswa, NGO, sektor wasta,
sektor awam, parti politik dan lain lain
• Minta pelajar cari website organisasi berkenaan dan bincangkan
tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan dengan menganalisis
dari segi SOP, kategori Tanggungjawab Sosial, golongan sasaran,
program dalam negara atau luar negara dan keberkesanan
5. Kesukarelawan
Mempupuk budaya kesukarelawan
Definisi Kesukarelawan
Sukarelawan – orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela
Kesukarelawanan – segala hal yang (sifat, kegiatan dsb) yang berkaitan dengan sukarelawan
Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik meilbatkan
penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara sukarela - oleh
individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan) "untuk memberi manfaat kepada
individu, kumpulan atau organisasi lain".[1] Sukarela juga terkenal dengan perkembangan
kemahiran dan sering bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau untuk meningkatkan kualiti
hidup manusia. Sukarela mungkin mendapat faedah positif untuk para sukarelawan serta untuk
individu atau masyarakat yang diberi perkhidmatan sukarela.[2]

Kegiatan jenis ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang mungkin boleh membantu
dalam kerjaya seseorang. Ramai sukarelawan dilatih secara khusus dalam bidang-bidang yang
mereka ceburi, seperti perubatan, pendidikan, atau penyelamatan kecemasan. Lain-lain
berkhidmat dengan asas yang diperlukan, seperti sebagai tindak balas terhadap bencana alam.

Bidang Kesukarelawanan – ekonomi, politik, social, Pendidikan, alam sekitar, agama dll
Nilai Dalam Kesukarelawan
Inclusiveness - meliputi pelbagai bidang
Mutual – menghormati antara satu sama lain
Meaningful – aktiviti yang membawa kesan
Empowerment – memperkarasa budaya kesukarelawanan
Right volunteer for right job – melakukan aktiviti yang
bersesuai dengan kepakaran
Sustainability – kelestarian dalam aktiviti yang memberi kesan
seterusan
Exemplary – menjadi contoh dalam aktiviti dan kepimpinan
Penghayatan Kesukarelawan
1. MELAHIRKAN PEMIMPIN SUKARELAWAN - Mengenal pasti sukarelawan dalam kalangan pemimpin untuk
menjadi ikon dan pemimpin sukarelawan, Meningkatkan daya kreativiti dan inovatif dalam kalangan
sukarelawan, Mewujudkan program pengiktirafan sukarelawan setiap tahun
2. MEMPELBAGAI PROGRAM SUKARELAWAN BERIMPAK TINGGI - Mewujudkan program sukarelawan
berteraskan kemahiran yang diperlukan mengikut misi sukarelawan tertentu, Mengenal pasti dan
memperluaskan misi sukarelawan berimpak tinggi peringkat domestik dan luar negara
3. MEMPERKASA PEMBUDAYAAN SUKARELAWAN - Meningkatkan promosi dan publisiti sukarelawan dalam
setiap program yang dijayakan, Memberikan merit atau anugerah kepada sukarelawan yang menjalani
program sukarelawan berimpak tinggi di dalam dan luar negara, Melibatkan penyertaan rakyat Malaysia di
luar negara untuk menjayakan program sukarelawan
4. MEMPERGIAT RANTAIAN HUBUNGAN STRATEGIK - Mempergiat jaringan kolaborasi dengan kedutaan,
agensi, badan bukan kerajaan (NGO) sukarelawan dalam dan luar negara, Membina sistem jaringan database
sukarelawan di institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej
komuniti, institut pendidikan guru dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan
Tinggi, Memperluas misi sukarelawan ke luar negara, terutama negara dunia ketiga dan ASEAN
5. PENGUKUHAN LATIHAN SUKARELAWAN - Memberi pendedahan mengenai latihan dan strategi
sukarelawan, Mengukuhkan kolaborasi latihan sukarelawan, agensi dan NGO, Penambahbaikan modul kursus
persediaan sukarelawan bagi menepati objektif misi sukarelawan siswa
Banjir Manik Urai
Semasa
• Sukarelawan untuk PPV yang melibatkan rakyat Malaysia terbesar
• Cara menjadi sukarelawan PPV https://www.myvac.com.my
• AMC Medical Clinic
• Auditorium BDA, Wisma BDA
• Auditorium BDA, Wisma Bintulu
• Austin International Convention Centre - AICC
• Axiata Arena Bukit Jalil
• B Braun Medical Industries Sdn Bhd
• Balai Raya Felda Chiku 5
• Balai Raya Sebauh
• Bangi Avenue Convention Center [BACC]
• Bangi Convention Centre (BCC), Seksyen 14 BBB
• Bilik Gerakan JKK Simpang Pelangai
• Bilik Mesyuarat Eksekutif Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM
6. Kesimpulan
CADANGAN SET KULIAH DAN AKTIVITI DALAM KULIAH
BAGI 2 JAM
• Permulaan Kelas (10-15 minit) – paparkan modul digital PEP atau
video pelantikan YDPA, minta pelajar Ulas dari segi protokol
untuk kaitkan dengan Tarifan Autoriti
• Kuliah Topik 8 (50 minit – 1 jam) – tekankan kepada 5 subtopik
• Aktiviti Dalam Kelas (40 minit-50 minit) – minta pelajar buat
kumpulan dan cari video tentang kesukarelawan dalam tempoh
2-3 minit untuk ditontonkan dalam kelas atau bagi kes berkenaan
takrifan autoriti atau takrifan harian, minta pelajar kenalpasti,
adakah takrifah autoriti atau harian
• Kesimpulan (10 minit)
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
(KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

Anda mungkin juga menyukai