Anda di halaman 1dari 11

MPU3323 TAMADUN

ISLAM DAN TAMADUN


ASIA 1 (TITAS 1)
SEMESTER JANUARI 2020

Muhammad Sufian Bin Abd Rahim


No IC: 881130065519
No Matrik: 881130065519001
NO TAJUK Muka Surat
1 Isi Kandungan 1

2 Pengenalan
2.1 Topik 2
2.2 Objektif 2
2.3 Rujukan Primer 2

3 Nilai Nilai Jati Diri


3.1 Maksud Jati Diri 2
3.2 Nilai-Nilai Jati Diri Dalam Filem Nujum Pak Belalang 2
3.3 Pembandingan Nilai –Nilai Jati Diri Dalam Filem
Nujum Pak Belalang dan Pada Hari Ini 3

4 Sumbangan Tamadun Melayu


4.1 Sumbangan Dalam Pembentukan Kerajaan dan 4
Sistem Pemerintahan
4.2 Bidang Kesenian 4
4.3 Bidang Sains dan Teknologi 4

5 Pengajaran Bedasarkan Nilai Positif dan Negatif Dari


Filem
5.1 Nilai Positif dari Filem 5
5.2 Nilai Negatif dari Filem 5

6 Rubik Isi-Isi penting 6

7 Kesimpulan 8

8 Rujukan 9
2.0 PENGENALAN

2.1 Topik

Mempelajari dan mengkaji sumbangan dan hasil pencapaian Tamadun Melayu


terhadap nilai dan pandangan semesta masyarakatnya berdasarkan filem Nujum Pak
Belalang

2.2 Objektif

Objektif tugasan ini bertujuan untuk mempelajari nilai-nilai jati diri dan sumbangan
tamadun melayu serta pengajaran berasaskan nilai-nilai negatif dan positif daripada
filem Nujum Pak Belalang kepada masyarakat pada zaman tersebut dan
mengaitkannya dengan suasana hari ini.

2.3 Rujukan Primer

Rujukan primer tugasan ini di ambil dari filem Nujum Pak Belalang dari sumber youtube
di URL berikut (https://www.youtube.com/watch?v=bgYx0n_EYOA).

3.0 NILAI-NILAI JATI DIRI

3.1 Maksud Jati Diri

Jati diri adalah gabungan dua kalimah iaitu jati dan diri, Jati bermaksud asli, murni, tulen atau
tidak bercampur (Kamus Dewan 2007). Diri pula bermaksud seorang atau empunya badan
(Kamus Dewan 2007). Apabila dua kalimah ini digabungkan menjadi jati diri, maka jati diri
membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa sama ada dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama yang boleh menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu
atau sesuatu bangsa (Kamus Dewan 2010). Nilai asal yang sedia ada dalam masayarakat
Melayu adalah seperti sopan santun, hormat-menghormati,taat setia dan mesra.

3.2 Nilai-Nilai Jati Diri Dalam Filem Nujum Pak Belalang

3.2.1 Taat dan Hormat Kepada Orang Tua

Taat membawa maksud sentiasa menurut perintah, patuh dan setia (Kamus Dewan
Edisi Keempat).Hormat pula membawa maksud mempunyai pandangan yang tinggi
terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan (Kamus Dewan
Edisi Keempat). Manakala orang tua merujuk kepada ibu bapa (Kamus Pelajar Edisi
Kedua). Taat dan hormat kepada orang tua bermaksud sentiasa menurut perintah atau
patuh serta memberi layanan yang penuh sopan kepada ibu bapa. Nilai jati diri ini telah
ditunjukkan oleh Belalang pada minit ke 6:35 sehingga minit ke 6:45 dalam filem Nujum
Pak Belalang. Pada ketika itu Pak belalang menyuruh Belalang menyediakan kopi
untuk di minum olehnya tetapi mereka tidak mempunyai kopi dan Pak Belalang
menyuruh Belalang menumbuk arang serta membancuhkannya dengan air sejuk.
Belalang menurut apa yang di perintahkan oleh Pak Belalang tanpa
mempersoalkannya.Selain itu Belalang juga menunjukan nilai jati diri ini pada minit ke
45:45 sehingga minit ke 46:06, pada ketika ini Belalang sedang menyediakan makanan
untuk di hantar kepada Pak Belalang di Bukit Tunggal seperti yang diarahkan oleh Pak
Belalang sebelum beliau pergi memyembunyikan diri ke Bukit Tunggal. Kedua- dua
perilaku yang dilakukan oleh Belalang mengambarkan bahawa Belalang seorang yang
taat dan hormat kepada orang tuanya.

3.2.2 Bijaksana

Bijaksana membawa maksud berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati serta cerdik
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Nilai jati diri ini ditunjukkan oleh Belalang pada minit ke
18:47 sehingga ke 19:22 dimana Belalang memberi idea kepada Pak Belalang
berkenaan dengan cara untuk memulangkan kambing serta lembu yang telah Belalang
selamatkan dari penyamun yang bernama badan dan nyawa. Belalang menyuruh Pak
Belalang berlakon sebagai ahli nujum. Pada minit ke 42:25 sehingga ke 42:45 pula
Belalang telah memberi idea kepada bapanya supaya bersembunyi di dalam gua di
Bukit tunggal kerana tidak ramai orang yang lalu lalang di sana. Ini membuktikan
Belalang seorang yang bijaksana.

3.3 Pembandingan Nilai –Nilai Jati Diri Dalam Filem Nujum Pak Belalang dan Pada
Hari Ini

Nilai-nilai jati diri yang telah ditunjukkan oleh Belalang iaitu taat dan hormat kepada
orang tua serta bijaksana di dalam filem Nujum Pak Belalang jika dibandingkan dengan
hari ini nilai- nilai ini semakin terhakis dalam masyarakat. Nilai jati diri seperti bijaksana
masih ada dalam masyarakat harini tetapi nilai taat dan hormat kepada orang tua
semakin pudar. Seringkali di dada-dada akhbar terpampang berita-berita berkenaan
anak-anak sudah hilang rasa hormat kepada orang tua mereka. Antara contoh berita
yang disiarkan di dalam berita seperti link di ini
(https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/550947/tergamak-ugut-bunuh-ibu-
kerana-dadah) . Oleh kerana najis dadah, seorang anak sangup mengacu pisau dan
mengugut untuk membunuh ibunya sendiri.
4.0 Sumbangan Tamadun Melayu

4.1 Sumbangan Dalam Pembentukan Kerajaan dan Sistem Pemerintahan

Filem Nujum Pak Belalang belatarbelakangkan zaman Tamadun Melayu. Ini dibuktikan
dengan pemerintah di dalam filem ini menggunakan gelaran Sultan. Di dalam filem ini,
kerajaan mengamalkan sistem pemerintahan beraja (monarki). Sultan Shahrul Nizam
merupakan raja bagi Negara Berinign Rendang. Pada babak minit ke 1:14:45 semua
pembesar istana mengucapkan “Daulat Tauanku” kepada Sultan Shahrul Nizam apabila
baginda memasuki balai rum istana. Sumbangan tamadun melayu dalam pembentukan
kerajan dan sistem pemerintahan dapat dilihat dalam pembentukan Negara Malaysia.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan raja berpelembagaan. Pelembagaan
Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan juga Majlis
Raja-Raja Melayu sebagai salah satu sistem yang penting dalam demokrasi
berparlimen di Negara ini. Yang Di-Pertuan Agong dipilih dari raja –raja melayu yang
menjadi payung kepada sistem pemerintahan Malaysia.

4.2 Bidang Kesenian

Masyarakat Melayu adalah salah satu bangsa yang sangat kreatif dan pencapaian
kesenian tamadun Melayu merangkumi bukan sahaja seni lagu dan seni tari, malahan
seni ukir, seni bina, seni hias dan juga seni tulis.Di dalam filem Nujum Pak Belalang ini
juga memaparkan sumbangan tamadun Melayu dalam bidang kesenian, Pada Babak
ke 54:19 sehingga ke 58:00, kita dapat melihat seni muzik serta seni tarian kebudayaan
tamadun Melayu. Selain itu,pada babak ini juga kita dapat melihat seni tenuman dan
sulaman pada pakaian penari serta Sultan dan juga pembesar Negara Beringin
Rendang. Latarbelakang babak ini dilakonkan di dalam balai rum istana, dari
latarbelakang babak ini dapat kita dapat melihat seni bina dan seni ukir tamadun
Melayu.

4.3 Bidang Sains dan Teknologi

Dari segi bidang sains dan teknologi pula, masyarakat Melayu telah banyak mencipta
alat-alat keperluan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang pertanian,
peralatan seperti parang, cangkul,tanjak dan sabit digunakan untuk memudahkan
aktiviti pertanian mereka. Pada babak ke 1:57 sehingga 5:00 dalam filem Nujum Pak
Belalang, menunjukan masyarakat di dalam filem ini sedang melakukan aktiviti
pertanian menggunakan alatan seperti cangkul dan parang. Selain peralatan pertanian,
di dalam filem ini juga memaparkan masyarakat melayu sudah mampu membuat
peralatan perang seperti keris, tombak, lembing dan meriam. Ini di sebut sendiri oleh
Sultan Shahrul Nizam pada babak ke 33:19 sehingga ke 33:30.
5.0 Pengajaran Bedasarkan Nilai Positif dan Negatif Dari Filem

5.1 Nilai Positif dari Filem

Nilai positif yang boleh di ambil pengajaran dalam filem Nujum Pak Belalang ialah rajin
berkerja, bijaksana, taat dan hormat kepada orang tua. Semua nilai ini ditunjukan dalam
watak Belalang. Walaupun Belalang masih kecil tetapi kematangan fikiran serta
keperibadian Belalang harus dijadikan contoh dan teladan kepada masyarakat serta
anak muda pada zaman sekarang. Apabila kita bandingkan anak muda pada zaman
sekarang dengan watak Belalang, kita dapat melihat nilai jati diri Melayu yang ada pada
diri Belalang amat jitu dan kuat bebanding anak muda pada zaman ini.

5.2 Nilai Negatif dari Filem

Nilai negatif yang boleh kita ambil ikhtibar dalam filem Nujum Pak Belalang ialah dari
watak Pak Belalang itu sendiri. Pak Belalang mempunyai sifat yang permalas dan suka
menipu. Beliau sangup melihat anaknya yang masih kecil pergi berkerja mengambil
upah untuk menyara kehidupan mereka. Selain itu, kita boleh melihat dari perbagai
babak yang menunjukan Pak Belalang menipu orang kampung dan juga Sultan.
Walaupun niat Pak Belalang baik, tetapi dari segi moral perbuatan itu tidak baik dan
salah. Jika dibandingkan dengan zaman ini, nilai negatif ini masih berlaku dalam
masyarakat kita. Sifat pemalas dan sering menipu atau tidak jujur boleh kita lihat ada di
sekeliling kita. Sebagai bangsa yang bertamadun kita perlu menjauhi sifat-sifat ini jika
kita mahu melihat bangsa kita terus maju dan mencapai kecemerlangan.
6.0 Rubik Isi-Isi Penting

Taat dan
Hormat
kepada
ornag tua

Nilai-Nilai
Jati Diri

Bijaksana

Nilai-Nilai Jati Diri

Pembentukan
Kerajaan dan
Sistem
Pemerintahan

Sumbangan
Tamadun
Melayu Sains dan
Kesenian Teknolog
i

Sumbangan Tamadun Melayu


Nilai
Nilai Positif
Negatif

Rajin Pemalas

Suka
Bijaksana
Menipu

Nilai Positif dan Negatif Dari Filem


7.0 Kesimpulan

Filem Nujum Pak Belalang hasil ciptaan Tan Sri P. Ramlee ini merupakan satu filem
yang mempunyai banyak unsur-unsur pengajaran serta berlatarbelakangkan zaman
Kesultanan Melayu. Dari Filem ini kita dapat mempelajari cirri-ciri, sumbangan serta
pencapaian tamadun melayu. Tamadun Melayu mempunyai pelbagai pencapaian yang
terbukti melalui catatan naskhah, binaan atau bangunan, batu bersurat, karya-karya
seni dan satera. Selain itu Ketinggian tamadun Melayu memaparkan jati diri dan identiti
bangasa Melayu itu sendiri. Kejayaan Masyarakat melayu silam mencorakkan tamadun
dan budaya menyebabkan bangsa Melayu menjadi rumpun bangsa yang dikenali,
dihormati dan disanjung tinggi. Semua ini ada digambarkan di dalam filem ini, dari segi
peralatan perang, seni bina istana, pakaian, sistem pemerintahan, kapal, kesenian
hingga kepada peralatan pertanian. Nilai jati diri Melayu itu sendiri banyak di tonjolkan
dalam watak Belalang yang mana mempunyai kematangan dalam fikiran serta
perbuatannya. Manakala Tan Sri P.Ramlee memberi teguran sinis kepada masyarakat
yang digambarkan melalui watak Pak Belalang. Gambaran watak Pak Belalang itu
sendiri begitu dekat dengan watak yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini.
8.0 Rujukan

 Pita video:

Nujum Pa’ Belalang. (1959). Filem Cereka. Malay Film Productions Ltd.

(https://www.youtube.com/watch?v=bgYx0n_EYOA).

 Rujukan Kamus

Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4.,

tahun 2010.

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1987

 Rujukan Akhbar:

Berita Harian,(2019, April 04). Tergamak Ugut Bunuh Ibu Kerana Dadah

(https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/550947/tergamak-ugut-bunuh-ibu-
kerana-dadah)
Reflektif Jurnal

Bagi MPU3233 Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, saya perlu melakukan dua
tugasan. Tugasan pertama adalah saya perlu menonton filem Nujum Pak Belalang.
Setelah menonton filem tersebut saya perlu mengkaji hubung kait antara filem tersebut
dengan tamadun melayu seperti nilai-nilai jati diri, sumbangan tamadun melayu serta
pengajaran yang boleh diambil untuk masyarakat pada hari ini.

Langkah permulaan, saya telah menonton filem Nujum Pak Belalang sehingga tamat.
Setelah itu, saya memulakan kajian saya dengan mempelajari konsep, ciri-ciri, prinsip
serta persamaan dan perbezaan antara tamadun. Setelah mempelajari dan memahami
konsep dan ciri-ciri tamadun, saya meneruskan pembelajaran saya dengan
mempelajari tamadun-tamadun utama dunia seperti tamadun islam, tamadun melayu,
tamadun china dan juga tamadun india. Setiap tamadun ini mempunyai sumbangan
masing-masing kepada kita pada hari ini.

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang amat besar melalui intelektual islam di
dalam perkembangan sebahagian besar cabang ilmu dan seni yang wujud pada hari ini.
Tamadun melayu pula mempunyai pelbagai pencapaian yang terbukti melalui naskhah,
binaan atau bangunan serta karya karya seni dan sastera. Manakala tamadun China
pula telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat global dalam penghasilan produk yang pelbagai bermula daripada
penciptaan kompas bermagnet, kelender, tembika sehingga kepada aspek falsafah dan
kepercayaan. Seperti Tamadun lain, tamadun India juga menyumbang kepada
perkembangan meliputi banyak aspek seperti agama, falsafah, ekonomi, fizik, seni
budaya dan sebagainya.

Kesimpulannya tamadun-tamadun ini mempunyai banyak persamanan dan perbezaan


anatara satu sama lain, namun tamadun-tamadun inilah yang telah banyak memberi
sumbangan besar di dalam bidang sosial, ekonomi, perubatan, matematik, astronomi,
seni muzik, politik dan pelbagai lagi bidang. Sumbangan ini telah memperlihatkan
kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping
pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden yang dinikmati sejagat pada hari
ini.

Pengajian ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan
bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India serta tamadun saya
sendiri iaitu tamadun Melayu. Kini saya sedar dengan memahami tentang latar
belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada
tamadun silam ini, dapat menyedarkan saya untuk menyumbang ke arah kebaikan
kepada semua tanpa mengira agama ataupun bangsa.

Anda mungkin juga menyukai