Anda di halaman 1dari 24

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HUBUNGAN ETNIK
PROJEK ANALISIS SUMBANGAN LIMA NILAI UTAMA DALAM AGAMA
ISLAM DAN AGAMA KRISTIAN KATOLIK

DISEDIAKAN UNTUK:
NAMA PENSYARAH

DISEDIAKAN OLEH:
No Nama No. Matrik Tandatangan
1
2

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

ii
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Kepentingan Program Gotong royong 1
2.0 KAEDAH KAJIAN 3

2.1 Lokasi Projek 3


2.2 Temubual 3
3.0 ANALISIS KAJIAN 3
3.1 Sumbangan Nilai Utama dalam Agama Islam 3
3.2 Sumbangan Nilai Utama dalam Agama Kristian Katolik 7
3.3 Agama dan Budaya 8
4.0 CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK HUBUNGAN 13
ETNIK DI MALAYSIA

4.1 Menggalakkan Perkahwinan Campur 10


4.2 Kerajaan Perlu Menambah baik Kempen-kempen sedia ada 10
4.3 Menambah baik hubungan etnik melalui medium Institusi 10
Pengajian.
4.4 Meneruskan Amalan Rumah Terbuka Pada Musim Perayaan 11
4.5 Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan
Menggalakkan Bahasa etnik lain untuk Dipelajari.
5.0 KESIMPULAN 11
6.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN 12

iii
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kepentingan Program Gotong royong

Gotong royong didefinisikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh
anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan
mahupun masalah dengan sukarela (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Sikap gotong
royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan sinonim dengan budaya turun temurun dari
nenek moyang. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara
sukarela. Amalan ini telah dipraktikkan dan di warisi sejak zaman berzaman. Namun, amalan
ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan
yang tiada batasan. Dalam konteks ini, berapa peratus golongan muda yang mengetahui
maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Secara teori dan
praktikal aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan
semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan kepada
meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan
berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa
mengira bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

Amalan gotong-royong atau bekerjasama ini mempunyai nilai yang signifikan dalam
konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia mampu mewujudkan semangat positif antara ahli
masyarakat terutamannya bagi memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan
berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa sesuatu tugasan
walaupun berat akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekiranya semua pihak
bekerjasama menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami
oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan
ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama
dalam kawasan urbanisasi. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau
secara tidak langsung. Dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita
akan terus aman dan maju. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan
kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes. Kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
1
rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita
dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga
dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja
yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi.
Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal.

Sebenarnya, aktiviti seperti bergotong-royong merupakan contoh yang paling mudah


untuk menggambarkan wujudnya kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Impak
daripada aktiviti bergotong-royong ini ialah dapat memupuk semangat bekerjasama serta
nilai-nilai murni untuk membersihkan serta mengindahkan lagi kawasan persekitaran tempat
kediaman masing-masing sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sememangnya
aktiviti gotong-royong ini dapat meringankan beban dan memudahkan kerja yang sukar untuk
dilakukan, ibarat kata pepatah, “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih
jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan
persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu
membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama
membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa
kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai
murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin,
dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk
negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif
gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam
masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong
melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga
tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan
bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap
penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong
2
setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam,
banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama
mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah,
mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang
mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana
sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan
itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan
gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan
material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.

Dalam tugasan ini, selain membincangkan tentang kepentingan amalan bergotong


royong, analisis kajian tertumpu kepada konteks sumbangan lima nilai utama dalam agama
Islam dan agama Kristian khususnya mazhab Katolik serta masyarakat di Malaysia. Pada
subtopic berikutnya akan membincangkan tentang lima cadangan yang dijelaskan tentang
bagaimana untuk memperkukuh hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia seterusnya
kesimpulan bagi keseluruhan aspek.

2.0 KAEDAH KAJIAN

2.1 Lokasi Projek

2.2 Temubual

3.0 ANALISIS KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai etnik, agama dan budaya yang
pelbagai. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang akhirnya membentuk masyarakat
yang hidup bersatu padu. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dilihat sebagai
penyumbang kepada perpaduan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Sebenarnya, dasar
keislaman telah lama dipraktikkan dalam pentadbiran di Malaysia tanpa mengetepikan
agama-agama yang lain. Penulisan ini, akan memberi fokus kepada nilai-nilai utama Islam
yang menjadi tunjang kepada agama, serta melihat bagaimanakah pelaksanaan nilai-nilai
tersebut boleh membawa kepada perpaduan dan penyatuan masyarakat sama ada bagi yang
beragama Islam mahupun bukan beragama Islam. Ianya juga mampu mengelakkan

3
interpretasi buruk terhadap nilai-nilai asas ajaran agama Islam dalam membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni yang akhirnya ia dalam memperkukuhkan lagi perpaduan dalam
masyarakat berbilang budaya di Malaysia. Apa yang hendak difokuskan dalam penulisan ini
ialah sumbangan agama dan nilai-nilai dalam agama Islam dan agama Kristian Katolik
mampu membentuk perpaduan di kalangan etnik di Malaysia yang berbeza dari sudut agama,
bangsa dan budaya dari perspektif masing-masing. Berikut merupakan sumbangan nilai-nilai
yang terdapat dalam agama Islam dan agama kristian katolik.

3.1 Sumbangan Nilai Utama dalam Agama Islam

3.1.1 Nilai Perpaduan dalam Islam

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada empat belas negeri yang berbeza
serta ditadbir boleh Sultan atau Raja. Perlembagaan Persekutuan telah menyerahkan
kuasa untuk mentadbir semua hal-ehwal agama Islam dibawah bidang kuasa Sultan.
Perkara ini termasuklah zakat, baitulmal, wakaf dan perkara-perkara yang
bersangkutan dengan agama Islam yang lain. Seterusnya Sultan dengan bidang kuasa
yang ada dibawahnya telah menyerahkan kuasa kepada Majlis Agama Islam untuk
mentadbir dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam
(Sohaimi, 2008).

Dengan melihat kepada perlembagaan negara iaitu dalam Perkara 3(1), jelas
menunjukkan Islam adalah merupakan agama bagi Persekutuan.
Walaubagaimanapun, agama-agama lain boleh dianuti dan diamalkan dengan aman
dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan, 2009).
Daripada peruntukan perlembagaan ini, menggambarkan Islam menggalakkan nilai
persefahaman dalam membentuk perpaduan yang tidak terbatas kepada saudara
seagama sahaja. Sebagai contoh perubahan situasi yang berlaku di Malaysia, Islam
bukan lagi menjadi milik etnik atau kaum Melayu sahaja bahkan sudah mulai
menyentuh minat masyarakat secara totalnya, termasuk di peringkat global mahupun
antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh pihak
bukan Muslim tentang nilai-nilai agama Islam (Monir, 1996). Golongan bukan Islam
yang hidup bermasyarakat bersama orang Islam tidak seharusnya khuatir tentang hak
mereka untuk beragama dan mengamalkan ibadah mengikut kepercayaan mereka.
Perkara ini secara terangnya telah disebut melalui sumber utama rujukan umat Islam

4
iaitu al-Quran, yang menjelaskan bahawa tidak wujud sebarang paksaan bagi orang
bukan Islam untuk menganuti agama Islam (Al-Baqarah, 2:256).

Dalam konteks negara Malaysia iaitu negara yang mengamalkan dasar


pemerintahan yang bercorak keislaman telah mengambil inti pati bagi ayat tersebut
dengan membenarkan hak kebebasan beragama bagi golongan bukan Islam untuk
meneruskan kepercayaan asal mereka dan mengamalkan agama tanpa sebarang
gangguan dan paksaan. Kebebasan beragama bagi bukan Islam di Malaysia adalah
penting bagi mencapai perpaduan menyeluruh yang merupakan agenda utama negara
dalam menjamin kestabilan politik, ekonomik dan sosial negara (Perlembagaan
Persekutuan, 2009).

3.1.2 Nilai Keadilan (Al-`Adalah) Dalam Islam

Definisi keadilan yang dijelaskan oleh ajaran agama Islam dilihat agak
berbeza dengan terjemahan nya menurut istilah kebiasaan bagi bahasa lain. Apa yang
dimaksudkan dengan `Adil menurut agama Islam adalah meletakkan sesuatu itu betul
dan tepat kepada tempatnya. Ia tidak bererti melayan semua tuntutan yang dikemukan
secara sama-rata dan sama rasa sepanjang masa (Ridhuan, 2010). Keadilan dalam
Islam merujuk kepada keperluan sesuatu pihak di dalam memiliki sesuatu. Prinsip
asas Islam menegaskan bahawa layanan keadilan yang akan diberikan adalah
bergantung kepada tahap keperluan bagi sesuatu yang dikehendaki olehnya. Konsep
keadilan adalah asas utama ajaran Islam. Keadilan menurut Islam bukan sahaja layak
diterima oleh golongan Muslimin, tetapi juga bukan Islam. Jaminan ini ternyata telah
lama diamalkan semenjak daripada penggubalan Piagam Madinah yang memberi
perlindungan hak kepada masyarakat Yahudi suatu ketika dahulu yang menetap
bersama kaum 21 Muslimin (Izani, 2005). Penerapan nilai keadilan dalam konteks
negara dan masyarakat seharusnya dipadankan dengan konsep kesaksamaan kerana
ianya dilihat akan menyelamatkan manusia daripada ditindas. Prinsip keadilan sosial
yang diamalkan melalui sistem pemerintahan Malaysia dilihat amat wajar dan jelas
dalam konsep demokrasi bahawa tiada penganiayaan harus berlaku sama ada
berpunca daripada pihak majoriti ke atas minoriti atau sebaliknya. Secara tersirat nya,
roh keadilan dan kesaksamaan menurut Islam yang telah sedia wujud dalam Perkara
8, Perlembagaan Persekutuan berupaya mengawal dan mengimbangi keadaan sosial,
mengelakkan ketegangan agama dan menjaga kemaslahatan rakyat (Shamrahayu,
5
2012). Kesemua yang tersebut akan menjadi suatu pemangkin kepada perpaduan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia, apabila kesemua Muslim mahupun non-
Muslim memahami roh keadilan sebenar yang dingin dipupuk. Sifat Tasamuh yakni
toleransi dalam memberi keadilan kepada semua juga akan mula diamalkan oleh
masyarakat bukan Islam. Maka akan terbitlah rasa mudah mengalah, rasa sudi dan
tidak bersungut dalam memberikan ruang atau peluang untuk tujuan perkongsian kek
ekonomi negara kepada etnik lain yang agak mundur serta memerlukan sokongan
lebih daripada pihak kerajaan.

3.1.3 Nilai Amanah (Al-Amanah)

Nilai amanah dalam diri adalah merupakan suatu perkara yang sangat ditekankan oleh
agama Islam. Insan yang tidak mempunyai nilai amanah dalam diri akan dianggap
sebagai mereka yang tidak sempurna keimanan mereka di sisi Allah SWT.
Perbincangan soal amanah atau kebiasaannya disebut sebagai nilai integriti dalam
diri. Pengaplikasian konsep “al-Amr bil al-Makruf wa al-Nahy `an al-Mungkar” yang
wujud dalam Islam adalah merupakan kaedah terbaik untuk mencegah pencabulan
amanah di kalangan umat Islam. Falsafah di sebalik kaedah tersebut dilihat dapat
menyumbang kepada perpaduan masyarakat apabila kesemua anggota masyarakat
atau komuniti menganggap ianya sebagai suatu tanggungjawab sosial yang wajib
dilaksanakan (Hamid, 2000).

Sungguhpun nilai amanah ini kebiasaannya hanya di fokuskan kepada umat


Islam, akan tetapi ianya harus diamalkan dan dipupuk dalam jiwa setiap lapisan
masyarakat. Paksi utama yang membezakan sifat amanah dalam Islam dan nilai
integriti ialah dalam bab keimanan kepada Tuhan yang Esa yakni Allah SWT.
Sebagai contoh melalui nilai amanah, insan bukan sahaja menjauhi amalan rasuah
semata-mata kerana takutkan hukuman perundangan yang bakal dikenakan jika
didapati bersalah, akan tetapi yang terpenting ialah menyedari bahawa perbuatan
rasuah itu keji di sisi Tuhan mereka kerana mengkhianati tanggungjawab yang
dipikul.

Hasil pemupukan nilai amanah dalam jiwa masyarakat akan lebih


mencerminkan identiti bangsa Malaysia yang mempunyai acuan tersendiri yang
sangat unik dan mengagumkan. Pemahaman dan penerapan terhadap nilai-nilai murni

6
sejagat yang diterima daripada bangsa serta agama lain sangat membantu dalam usaha
pembentukan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan negara mampu dicapai dengan mudah
berdasarkan kepada sifat keikhlasan dan amanah dalam perhubungan, tanpa
meruntuhkan norma-norma budaya serta nilai-nilai akhlak yang positif seperti amanah
(Ismail, 2009).

3.1.4 Nilai Kerjasama (Ta`awun)

Dalam konteks nilai-nilai agama islam seterusnya ialah menerusi elemen


kemasyarakatan atau sosial. Antara elemen kemasyarakatan yang sangat diterapkan
oleh Islam ialah Ta`awun yang bermaksud kerjasama. Skop kerjasama yang menjadi
nilai kemuliaan dalam agama Islam hanya terbatas kepada kerjasama yang berunsur
kebaikan sahaja. Segala aktiviti kerjasama yang membawa kepada keburukan dan
kemusnahan insan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan ditegah menurut
Islam.

Syariat Islam yang bersifat komprehensif sentiasa menekankan konsep


“mutual” yang dapat ditakrifkan dalam bahasa mudah sebagai konsep bersalingan.
Tidak hanya tertumpu atau dilaksanakan oleh suatu pihak sahaja, tanpa sebarang
kerjasama daripada pihak lain yang mempunyai kepentingan bersama. Kerjasama
antara masyarakat yang berbilang agama dilihat akan memberikan suatu impak
perpaduan 22 yang sangat positif kepada negara. Ini adalah kerana jika setiap
golongan masyarakat akan berterusan bekerjasama menjalankan peranan masing-
masing sama ada dari sudut ekonomi, tanggungjawab sosial, mahupun pentadbiran
negara. Mereka akan saling bertanggungan dan saling bekerjasama bermula daripada
skop kekeluargaan yakni sesama anggota keluarga, diteruskan kepada skop kejiranan,
diluaskan kepada komuniti setempat, dan akhirnya ke arah pembentukan masyarakat
dalam sebuah negara (Shalaby, 2001).

Jika nilai keislaman ini berjaya diterapkan dalam jiwa setiap masyarakat,
nescaya akan wujudlah sebuah masyarakat yang bebas daripada perasaan
mementingkan diri sendiri. Kesudian untuk saling berkongsi kenikmatan hasil negara,
kuasa pentadbiran, dan pengagihan sumber ekonomi yang bijak telah menjadi sumber
kekuatan negara selama ini. Tindakan daripada sesetengah pihak yang tidak

7
bertanggungjawab dikira menggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara, malah
akan menjejaskan usaha murni untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia
sebagai negara model pelbagai kaum dan agama (Azman, 2013). Kesilapan terbesar
yang mampu menghancurkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang
kaum seperti di Malaysia adalah apabila wujud di kalangan anggota masyarakat yang
hanya mementingkan nasib atau perut mereka sendiri serta tidak mahu menyumbang
apa-apa ataupun bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam untuk mengeratkan
perpaduan dalam negara.

3.1.5 Nilai Kesamarataan (Al-Masawah)

Dalam perbicaraan mengenai hak yang diberikan kepada setiap warganegara bukan
Islam yang mendiami sesebuah negara, syiar Islam tidak sesekali menafikan hak-hak
mereka. Bahkan segalanya dilindungi oleh pemerintah Islam yang dilantik menjadi
ketua negara. Asas inilah yang dipanggil sebagai Musawah yang menjelaskan tentang
konsep persamaan dan kesamarataan dalam Islam. Perbezaan yang wujud di antara
masyarakat Muslim dan non-Muslim ialah dari sudut kepercayaan, pegangan akidah,
serta keimanan mereka sahaja. Akan tetapi norma-norma masyarakat yang terbentuk
mestilah menepati tuntutan asas bagi setiap insan serta menjamin kemaslahatan hidup
yang ingin dicapai (Faisal, 1997). Golongan bukan Islam pada zaman kini yang hidup
bermasyarakat bersama golongan Muslim di Malaysia dijamin hak mereka sebagai
warganegara yang sah. Adalah menjadi kewajipan bagi pemerintahan 23 negara untuk
memenuhi hak-hak mereka, bergantung kepada sejauh mana hasil kebaikan bagi
mereka, selagi mana tidak bertentangan dengan nas syarak atau roh syariat Islam
(Saad, 1999). Maka apabila nilai sebegini dapat difahami dan dipupuk dalam jiwa
masyarakat berbilang kaum, mereka akan mula mengenali yang mana satu kah yang
merupakan hak atau bukan hak yang ditentukan ke atas mereka. Oleh itu tidak wujud
lagi sebarang penentangan tidak berasas atau persoalan kurang cerdik terhadap
peruntukan hak istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh
dipersoal atau dibahaskan secara terbuka, yang mana ianya dilihat mampu menggugat
perpaduan kaum di Malaysia. Bertepatan dengan roh kontrak sosial yang diamalkan
iaitu hubungan masyarakat Islam dengan bukan Islam di negara ini dibuat
berdasarkan kepada perjanjian sosial yang dijelmakan dalam bentuk perlembagaan di

8
mana konsep perkongsian kuasa yang dijadikanformula kepada hubungan tersebut
(Nakhaie, 2004).

Maka segala hak keistimewaan dan hak kebebasan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan haruslah menjadi asas rujukan semua bagi menjalinkan perhubungan
bersepadu antara kaum. Harus diingat bahawa berbezaan agama dan status kerakyatan
bukan faktor yang boleh mengharuskan kezaliman, penindasan penafian hak
mendapatkan layanan baik. Mereka berhak untuk mempertahankan hak yang
diperuntukkan dan menghalangnya daripada dicabuli. Mereka juga dikehendaki untuk
melaksanakan tugas dan bersama menunaikan tanggungjawab sosial dalam kehidupan
bermasyarakat. (Shukeri, 1998). Perpaduan akan berjaya dicapai apabila elemen
diskriminasi berjaya dihapuskan daripada jiwa masyarakat melalui pemupukan nilai
ini. Tiada lagi rungutan di kalangan masyarakat Malaysia yang mengeluarkan
persepsi negatif bahawa sesuatu etnik atau kaum akan menjual barangan mereka
kepada kaumnya dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan kaum yang lain.
Kesemuanya akan mendapat layanan yang sama rata tanpa rasa diketepikan oleh
mana-mana pihak.

Malaysia telah mula memupuk nilai-nilai murni yang terkandung dalam


agama Islam yang mana kebanyakannya telah disepakati oleh agama-agama lain
melalui Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. Ini adalah merupakan suatu agenda
perlaksanaan kerajaan untuk menanam nilai-nilai murni yang membina ke dalam
pentadbiran negara sebagai suatu jambatan yang diamanahkan dengan tanggungjawab
pemerintahan yang berteraskan keyakinan dan keamanan (Zamri, 2007). Antara
objektif utama pemupukan atau penerapan nilai keislaman dari sudut konteks
kenegaraan dan kemasyarakatan ialah membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang
bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat negara lain dan
menubuhkan sebuah Negara Bahagia (Buang, 1990).

3.2 Sumbangan Nilai Utama dalam Agama Kristian Katolik

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau
sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan
kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya
para pengikutnya dalam Perjanjian Baru.Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam

9
Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama
usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ. Jesus
dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'. Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua
jenis dari sudut cara kewujudannya ialau agama samawi dan agama budaya. Agama samawi
adalah agama yang diwahyukan melalui nabi-nabi atau rasul-rasul.

Keimanan kepada kitab-kitab sebagai salah satu rukun iman dalam Islam ialah
termasuk mempercayai kita Injil sebagai kitab wahyu dari Allah SWT. Mempercayai para
rasul termasuklah mempercayai bahawa Isa AS juga adalah salah seorang dari 25 orang Rasul
yang wajib dipercayai. Dalam Islam, kepercayaan kepada Tuhan merujuk kepda konsep
keesaan (tauhid) sementara dalam Kristian adalah dalam konsep trinity (Ketigaan). Agama
Kristian percaya bahawa ada Tuhan yang wujud dalam alam sejagat ini. Tuhan adalah Maha
Esa dan Satu, serta mempunyai tiga imej iaitu “God Father”, “Holy Spirit”, dan “Holy Son”.
Contohnya, bila kita berfikir tentang matahari, ia adalah satu bola api amat besar di angkasa.
Ia mengeluarkan cahaya yang tidak dapat dilihat dari mata kasar, cahaya ini boleh
mengeluarkan haba dan ditukar menjadi tenaga. Oleh itu, tenaga, haba, cahaya, dan matahari
adalah datang dari satu objek yang sama iaitu matahari. Dalam andaian lain ialah seperti air
yang mempunyai tiga unsur iaitu haidrojen dan dua oksijen. Ia adalah berentiti tiga tetapi
berfenomena sebagai satu. Berikut merupakan nilai-nilai utama dalam agama Kristian
khususnya dalam mazhab Katolik.

3.2.1 Nilai yang diterangkan dalam  Perjanjian Lama (Old Testament)

Dalam “Old Testament” ada menyatakan bagaimana Tuhan mencipta alam ini dalam
masa 6 hari dan bagaimana manusia pertama Adam dan Eve (Hawa) wujud di muka
bumi ini, Kenyataan ini memberi prinsip kepada realiti manusia sebagai makhluk
ciptaan secara lansung dari Tuhan. Dengan itu, manusia mempunyai tanggungjawab
ketuhanan (devine obligation), tidak seperti dalam konsep Barat sekular yang melihat
manusia sebagai makhluk evolusi yang bebas dari kuasa Tuhan. Sesuatu yang dicipta
tentulah mempunyai tujuan. Di sini bermakna manusia diciptakan mempunyai tujuan-
tujuan ketuhanan dan dengan itu tertakluk dengan sistem-sistem ketuhanan untuk
mencapai tujuan tersebut.

Ajaran dalam Kristian juga mengaitkan kewujudan alam sebagai bahan untuk
pelaksanaan tanggungjawab manusia kepada Tuhan. Dengan itu, pengurusan manusia

10
terhadap alam adalah mesti mengikut tatacara ketuhanan (ajaran agama). Ini bemakna
ajaran-ajaran Kristian juga sepatutnya bersifat `God- Centric (berpaksi kepada
Tuhan). Dalam kaitan secara lansung kepada aspek etika dan nilai, Old Testament
menyampaikan undang-undang yang berupa “The Ten Commandments” (Perintah
Sepuluh) yang diperkenalkan oleh Tuhan melalui nabi-nabi. Dalam Kitab Bible
menyatakan “Do not spread false rumours, and do not help a guilty man by giving
false evidence. Do not follow the majority when they do wrong or when they give
evidence that pervest justice. Do not show partiality to a poor man at his trial”.
(Exodus 23: 1-3). Ini bermakna Perjanjian Lama menyeru penganut Kristian agar
mengamalkan etika yang adil. Mengikut perjanjian ini, sifat keadilan amat penting
supaya semua manusia mendapat keadilan yang sama dalam kehidupan walau pun
dalam aspek yang berlainan.

Sifat kejujuran amat digalakkan untuk tujuan mengelakkan penipuan yang


berlaku dalam masyarakat. Seorang penganut Kristian dilarang melakukan perbuatan
yang jahat dan tidak beretika seperti melakukan penipuan. Jika seseorang itu
melakukan penipuan, maka dia akan mendapat balasan seperti yang dicatatkan dalam
“Perjanjian Lama” ini.

3.2.2 Nilai Dalam Perjanjian Baru (New Testament)

Selain itu, Perjanjian Baru juga banyak menyentuh tentang aspek etika manusia.
Ajaran Jesus di dalamnya adalah senang atau mudah iaitu Jesus sendiri datang
memperkukuhkan pegangan dan undang-undang Father God (Matthew 5: 17). Bagi
mereka yang percaya kepada Jesus, maka “Holy Spirit” akan tinggal dalam hati dan
jiwa orang tersebut. “Holy Spirit” akan sentiasa mengingatkan seorang Kristian
supaya bertindak baik dan mengelakkan daripada membuat kesalahan. Oleh itu, setiap
penganut Kristian selalunya akan beretika dan tidak melakukan perbuatan jahat yang
dilarang oleh Jesus. Ini disebabkan mereka takut perbuatan yang jahat akan mendapat
balasan yang buruk selepas meninggal dunia.

3.3 Agama dan Budaya

Justeru, jika konsep 1Malaysia hendak dipadankan di sini, bermakna Malaysia sepatutnya
mempunyai satu set sistem nilai yang boleh dikongsi bersama. Ia tidak melibatkan ideologi
atau akidah. Secara demokratik dan adil, ia boleh dilaksanakan dengan maksud semua
11
mestilah mengadili diri dengan nilai-nilai atau etika keagaman. Secara demokrtatik pula,
mereka bebas memilih terma rujukan mereka mengikut agama masing-masing. Tetapi
ternyata konsep dan doktrin ini hanya boleh didokong oleh mereka yang berkonsep Islam,
demokratik dan berkeadilan sahaja. Pihak-pihak yang meletakkan unsur-unsur `racist’ atau
rujukan kepada kaum tidak berupaya mendokong konsep ini.

Dengan konsep triniti yang meletakkan Isa dan Marian dalam satu kesatuan walau
pun berintiti berbeza, sepatutnya orang-orang Kristian lebih merasai ketuhanan atau
kekuasaan Tuhan dalam diri mereka.sep yang hampir sama walau pun tidak serupa ada dalam
kepercayaan atau doktrin `wihdatul wujud’ dalam sesetengah falsafah ketuhanan Islam –
walau pun ini ditolak oleh sesetengah pihak kerana kebahayaan syirik. Maksud di sini ialah,
jika orang-orang Kristian merasakan Nabi Isa sebagai `Son of God’ atau Nabi Isa sendiri
sebagai God [Tuhan], maka diri mereka sepatutnya mencontohi Nabi Isa dalam ciri-ciri diri
dan kehidupan mereka. Tetapi malangnya doktrin itu tinggal menjadi doktrin agama yang
terpisah dari mengakari ke dalam doktrin-doktrin politik dan lain-lain. Institusi gereja pula
dilihat secara `antagonistik’ (bermusuhan) dan tidak relevan oleh institusi politik, kecuali
untuk acara-acara keagamaan sahaja untuk setakat mencari restu atau blessing.

Dengan itu, orang-orang Kristian seharusnya mengambil nilai dan etika kitab-kitab
Injil mereka untuk dihidupkan ke dalam kehidupan seharian secara legislatif malah judisari.
Pihak eksekutif pula boleh menjadikan nilai-nilai itu sebagai parameter untuk profesionalism
mereka. Peranan institusi gereja di sini amat penting untuk menjadi ejen komplementeri. Oleh
keran Islam mempunyai doktrin dan sistem dalam aspek politik, maka Islam menduduki
tahap lebih berwibawa. Islam menawarkan penaungan kepada hak beragama dan lain-lain
orang-orang bukan Islam termasuk Kristian.

Ia tidak bermaksud menjadikan Malaysia `negara theologikal’,. Tetapi urusan-urusan


pentadbirannya bersifat ketuhanan / keagamaan [Theologistik]. Fungsi pentadbiran masih
dilaksana oleh ahli politik dan pentadbir, tetapi para ulamak memimpin dan memandu setiap
rancangan dan keputusan. Para padri pula mempastikan unsur-unsur Kristian mejadi rujukan
para penganut Kristian dalam mendokong polisi dan rancangan kerajaan.

Hak-hak sosial dan keagamaan mestilah dilihat secara adil dalam bentuk portion atau kadar
penduduk. Contohnya; makanan yang `halal’ untuk orang bukan Islam, walau pun haram di
12
sisi Islam, tidak boleh diharamkan oleh kerajaan Islam untuk mereka. Tetapi kadar
penghasilan dan cara jualan mestilah mengikut kemaslahatan pengguna dan seluruh
masyarakat. Islam sebagai Agama Persekutuan’ seharusnya memberi makna jawatan Perdana
Menteri juga adalah seorang Muslim walau pun apa bangsanya. Ini seperti agama bagi
Mentei Besar bagi negeri-negeri yang bersultan. Dengan itu keharmonian akan wujud dengan
agama lain berperanan dalam batasan penganutnya dari segi agama atau akidahnya, tetapi
juga berperanan kepada negara dalam konteks nilai dan etika sebagai warga negara.
 

4.0 CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah bertunjangkan kepada pelbagai aspek


secara holistik. Justeru, inisiatif kerajaan, masyarakat dan individu amnya merupakan teras
kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya menambahbaik hubungan
etnik di Malaysia. Dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, kesepaduan
antara kaum dapat dilihat dari sudut penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti sosial
dan kemasyarakatan yang dianjurkan. Hal ini memainkan peranan yang dominan kerana ia
dapat memastikan segala perancangan untuk memupuk perpaduan dapat dilaksanakan dengan
baik. Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan
masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara.
Menurut Sufean (1996) menyatakan bahawa perpaduan bermaksud etnik-etnik atau
kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.
Berikut merupakan cadangan untuk menambahbaik hubungan etnik di negara ini.

4.1 Menggalakkan Perkahwinan Campur

Dalam mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia kerajaan telah banyak melaksanakan


pelbagai dasar dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Cadangan pertama yang
dapat mengeratkan perpaduan hubungan etnik dikalangan rakyat Malaysia iaitu perkahwinan
campur. Perkahwinan campur adalah perkahwinan diantara dua pihak yang berlainan latar
belakang sama ada dalam konteks bangsa, agama atau kewarganegeraan. Perkahwinan
diantara kaum dapat mengukuhkan pertalian dan mengeratkan lagi semangat perpaduan.

13
Kerajaan mungkin dapat memberi galakan terhadap masyarakat dalam mengamalkan
perkahwinan campur melalui bidang pendidikan. Selain itu, kerajaan juga boleh
menggalakkan perkahwinan campur dengan memberikan potongn cukai pendapatan sebanyak
1% kepada mereka yang mengamalkan kahwin campur. Apa yang dapat kita perhatikan
dengan kewujudan perkahwinan campur ini dapat melahirkan suasana persaudaraan yang
ampuh lagi kukuh. Secara tidak langsung hubungan sesama kaum akan terjalin erat kerana
pertalian sudah dijalinkan dengan ikatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, sifat perkauman
yang tertanam di dalam diri dapat dileraikan melalui perkahwinan campur. Kita akan lebih
memahami dan menyelami mengenai segala kehidupan masing-masing dan memahami
perasaan di antara kita, berkongsi budaya yang berbeza, cara percakapan yang berlainan,
saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu seperti berat sama di pikul ringan sama di
jinjing. Melalui perkahwinan campur ini juga, sifat perkaumanan yang hanya membina
hubungan antara mereka tidak lagi bersifat perkauman dan dapat membina pehubungan etnik.
Dengan itu tidak akan lagi wujud syak wasangka dalam masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Hal ini akan mewujudkan suasana yang sangat harmoni. Perkara ini juga
memperlihatkan kepada kita bahawa melalui perkahwinan campur ianya merupakan pintu
gerbang pengukuhan kaum dan persefahaman sesama kita.

4.2 Peranan Kerajaan Untuk Menambahbaik Kempen-kempen sedia ada

Cadangan yang kedua, kerajaan juga boleh menambah baik kempen yang sedia ada supaya
seiring dengan arus globalisasi yang semakin maju iaitu kempen budi bahasa. Kerajaan
mewujudkan kempen ini seperti yang termaktub dalam rukun negara iaitu kesopanan dan
kesusilaan. Melalui kempen ini kerajaan dapat membentuk semula jati diri rakyat malaysia
yang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Penambahbaikan dalam konteks
ini sangat diperlukan, hal ini kerana sekarang kita dapat lihat keruntuhan nilai murni dalam
kalangan remaja yang juga merupakan peneraju negara pada masa hadapan. Sebagai contoh,
kerajaan mengadakan kempen sehari berbudi bahasa bersama masyarakat dan dapat
diterapkan di dalam sekolah, institusi dan tempat kerja. Melalui cadangan ini mungkin dapat
mengeratkan serta mengukuhkan hubungan etnik di malaysia. Kita tidak mahu peristiwa
berdarah 13 mei 1969 berulang kembali yang melibatkan tiga kaum utama di Malaysia.
Melalui kempen ini, hubungan etnik di Malaysia dapat dibina dan dieratkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Seterusnya cadangan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam
membentuk hubungan etnik yang utuh iaitu matapelajaran sejarah yangdiperkenalkan di

14
sekolah rendah perlu disemak semula. Penyemakan yang dibuat berdasarkan rukun negara.
Sehubungan denga itu, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah,
penekanan seharusnya diberikan kepada soal perhubungan kaum lebih dari semata-mata
memberikan maklumat sejarah kepada para pelajar. Tidak ada gunanya ilmu sejarah
bertimbun timbun dihafal tetapi para pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menganalisis
maklumat serta mendapat kesedaran berkaitan budaya dan sejarah kumpulan etnik yang lain.
Di samping itu, matapelajaran sejarah perlu diwajibkan lulus untuk semua pelajar agar para
pelajar tidak mengambil mudah terhadap subjek ini. Dengan ini, pelajar dapat mendalami dan
memahami sejarah negara. Melalui penerapan idea ini, hubungan etnik dapat dieratkan
kerana masa hadapan negara adalah bergantung kepada generasi masa kini.

4.3 Menambah baik hubungan etnik melalui medium Institusi Pengajian

Dalam konteks menambah baik hubungan etnik di Malaysia, Institusi pengajian juga
memainkan peranan yang signifikan dalam mencapai objektif ini. Pada peringkat Universiti
patut diterapkan matapelajaran sejarah agar mahasiswa dan mahasisiwi lebih bersikap
bertanggungjawab dalam apa jua tindakandan sebarang kegiatan harian untuk mengekalkan
keharmonian dan keamanan Negara kita Malaysia. Hal ini akan membentuk kita sebagai
rakyat Malaysia yang lebih bersikap prihatin dan mendalami serta mengambil ikhtibar ke atas
kejayaan para pejuang kita yang terdahulu yang berjuang demi negara kita sehingga kita
dapat berdiri maju sehingga kini tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak asing dan bebas
dalam menganuti pelbagai agama dan budaya masing-masing tanpa ada sebarang halangan.
Pada peringkat ini, mereka perlu memahami setiap Rukun Negara untuk memahami apa yang
dimaksudkan dan perlu di jadikan sebagai sub-subjek dalam matapelajaran sivik kenegaraan.
Semangat patriotisme perlu diterapkan dan dijalankan dalam kegiatan kokurikulum di
peringkat sekolah lagi. Melalui cadangan tersebut kerajaan akan dapat mengeratkan dan
mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Dalam pada itu, kerajaan perlu
memperbanyakkan iklan-iklan yang berkaitan kebudayaan dalam menerapkan budaya etnik
dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui iklan yang dilaksanakan, masyarakat dapat
memahami dengan lebih jelas mengenai unsur-unsur yang terkandung dalam kebudayaan
sesuatu kaum. Kerajaan juga perlu teliti dalam menyiarkan sebarang iklan apabila melibatkan
isu perkauman yang sangat sensitif. Hal ini kerana pada masa kini media massa merupakan
satu medium yang dikatakan sebagai satu sumber yang benar dan betul. Kerajaan arus semasa
juga banyak mempamerkan iklan yang menerapkan nilai-nilai kebudayaan dalam konteks

15
kaum di Malaysia. Namun usaha yang dilakukan mesti diteruskan dan menambahnaik
mengikut peredaran zaman yang semakin maju ke hadapan. Seperti filem atau drama yang
berunsurkan perkauman perlu diperbanyakkan dalam siaran televisyen kerana melalui filem
atau drama yang disiarkan dapat memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dalam
mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam konteks masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya seharusnya
aktviti atau program yang dilaksanakan untuk memupuk perpaduan perlu mempunyai target
golongan sasar yang menjadi tunggak utama kestabilan sosial dalam negara. Maka, generasi
belia adalah golongan yang dominan dan berpotensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara secara menyeluruh. Oleh itu, platform utama dalam menyemai dan
memupuk integrasi kaum adalah melalui program-program yang dikhaskan untuk belia dan
generasi muda. Hal ini kerana menurut kajian Azlan (2008), Program Belia bermatlamat
mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohani, akhlak
dan jasmani, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara seiring dengan
Wawasan 2020. Selain dari itu, matlamat Program Belia adalah untuk merangka, merencana,
menjana, membiayai dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti belia serta
membimbing dan memperkasakan belia untuk menjadi warga satu Malaysia yang mampu
menyumbang dan mempertahankan aspirasi perpaduan negara. Contohnya, dengan
mempelbagaikan program belia ke arah menjadi warga satu Malaysia. Antara aktiviti
program belia yang pernah dilaksanakan ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi kaum, membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda
yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan (Ismail, Noor dan Othman, 2016).

4.4 Meneruskan Amalan Rumah Terbuka Pada Musim Perayaan

Selain itu, antara amalan masyarakat Malaysia adalah mengadakan rumah terbuka ketika
musim perayaan. Rumah terbuka diadakan oleh semua kaum apabila tiba musim perayaan.
Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya
dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan
kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina,
Perayaan Hari Deepavali, Hari Natal, Pesta Gawai dan Pesta Kaamataan yang
16
memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan
hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu.
Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan saling
hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Menurut kajian Hussien dan
Abdullah (2018). Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan
keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya
antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial
antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa. Selain itu kerajaan juga boleh
mewujudkan satu program dikenali sebagai “sukan satu rakyat” dimana melibatkan
masyarakat di sesuatu tempat. Kerajaan perlu bergiat aktif dalam menjalankan program ini
supaya berterusan dalam mengeratkan hubungan etnik kerana melalui program seperti ini
rakyat dapat berkomunikasi sesama mereka. Pelbagai jenis permainan rakyat mengikut kaum
boleh dimainkan kerana, terdapat pelbagai jenis kaum di negara kita disamping
menghidupkan semula permainan tradisional. Bagi kaum Melayu permainan yang sering
dimainkan seperti sepak raga, batu seremban. Bagi kaum Cina pula, permainan mahjong, Go,
dan lain lagi berbeza kaum India chaturanga, kabadi dan pelbagai lagi jenis permainan yang
terdapat di Malaysia mengikut kaum. Impaknya, program ini dapat mengeratkan lagi
perpaduan etnik dengan penglibatan kerajaan dalam menjayakan program ini. Justeru, rakyat
akan turut menyokong setiap pelaksanaan program yang diwujudkan dalam mengeratkan
hubungan etnik. Aktiviti seperti ini merupakan satu-satunya peluang yang perlu digunakan
oleh rakyat Malaysia untuk bersantai bersama-sama sambil berkenalan dengan lebih rapat
lagi.

Dalam konteks kemasyarakatan juga, aktiviti yang mampu memupuk integrasi kaum
adalah melibatkan rukun tetangga. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang
bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia
(Mohamad, 2005). Konsep program ini hampir serupa dengan konsep Neighbourhood Watch
seperti yang diwujudkan di United Kingdom. Rukun tetangga diwujudkan pada tahun 1975
berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga, 1975). Pada
dasarnya, rukun tetangga membolehkan penduduk mengawal sendiri keselamatan di kawasan
kediaman masing- masing. Tetapi, mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah mewujudkan satu
pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk
memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
Berikutan dengan ini, Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) telah dipinda bagi tujuan
17
tersebut. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan
memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah
mewujudkan perpaduan. Beberapa aktiviti yang dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga
adalah seperti amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, dan lain-lain aktiviti lagi.

4.5 Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan Menggalakkan Bahasa
etnik lain untuk Dipelajari

Cadangan seterusnya ialah kerajaan perlu mewajibkan semua pelajar dari peringkat sekolah
rendah sehingga ke peringkat universiti, menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa
penghantar dan bahasa pembelajaran bagi membolehkaan mereka memahami bahasa itu
sendiri dalam mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Selain itu, semua sekolah kebangsaan perlu
diwajibkan kepada pelajar untuk mempelajari bahasa cina dan Tamil, bagi membolehkan kita
lebih memahami kaum itu dan meningkatkan lagi tahap komunikasi kaum diantara Negara
kita. Cadangan kerajaan dalam meletakkan garis panduan untuk mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu adalah bahasa yang wajib lulus bagi membolehkan mereka mendapatkan
pekerjaan. Melalui perlaksanaan dasar ini, hubungan antara pelbagai kaum dapat dikukuhkan
kerana dengan mempelajari setiap bahasa antara kaum akan memudahkan setiap komunikasi
antara kaum seterusnya dapat mengeratkan dan mengutuhkan talian hubungan etnik di
Malaysia (Rahman dan Dahalan, 2000). Menjadi satu kerugian kepada kita jika kitak
mengambil peluang dalam mempelajari pelbagai Bahasa di Malaysia, kerana kita hidup
dalam suasana yang berbilang kaum dan pelbagai Bahasa. Pengenalan kelas bahasa cina,
tamil kepada semua pelajar bagi mewujudkan kesamarataan untuk setiap pelajar kerana
murid di sekolah kebangsaan hanya tahu berbahasa kebangsaan kerana tidak di dedahkan dan
diajar bahasa tersebut di sekolah kebangsaan. Bahasa tersebut hanya dapat dipelajari
sekiranya anak-anak dihantar di sekolah jenis kebangsaan. Kerajaan perlu mengambil berat
kerana melalui pengenalan subjek bahasa ini di sekolah kebangsaan dapat menarik perhatian
ibu bapa berbilang kaum dalam menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah
kebangsaan. Hasrat negara untuk mengeratkan perpaduan tercapai dengan percampuran kaum
di setiap sekolah yang dapat memupuk semangat bekerjasama tidak mengenal Batasan kaum
dan agama. Ini memudahkan kita dalam mengeratkan perhubungan antara etnik di peringkat
sekolah kerana pada peringkat ini mereka akan membina jati diri tentang kepentingan dan
kesedarandalam mengeratkan hubungan dalam perkauman.

18
Selain itu, sekolah merupakan sebuah pusat integrasi antara pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Institusi ini bukan sahaja sebuah
tempat untuk menimba ilmu malah ia juga mampu menjadi medium bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar. Integrasi kaum di peringkat sekolah dapat dicapai melalui
pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kokurikulum boleh
dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Sang (2011), korikulum merangkumi
pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh
sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional. Rahman dan
Dahalan (2000) bersetuju dengan fungsi kokurikulum dalam perkembangan kemahiran social
di kalangan pelajar dan mereka juga berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum yang mantap
dapat memperkukuhkan interaksi antara murid sekaligus memupuk integrasi antara kaum
dalam masyarakat majmuk di negara kita.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan yang baik dalam kalangan etnik yang pelbagai adalah satu perkara
yang amat penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Oleh
yang demikian, semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan
untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup
bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah
bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan
di dalam sesebuah negara serta integrasi kaum amat penting bagi membangunkan sesebuah
negara ke arah global dan dikenali di mata dunia. Segala bentuk aktiviti dan program-
program yang telah dilaksanakan dan dilancarkan oleh kerajaan adalah dengan tujuan dan
arah yang sama iaitu untuk kepentingan negara. Individu dan masyarakat perlulah
memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program dan pelaksanaan yang telah dan yang
akan dilancarkan oleh pihak kerajaan selagi ia tidak menjejaskan negara. Ini kerana, jatuh dan
bangunnya sebuah negara bergantung kepada semangat perpaduan dan integrasi yang ada di
dalam diri masyarakat tersebut.

 Tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas
yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa
sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malah jika tersilap langkah ia
boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah
kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah
19
negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif
dan dinamik akan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah.
Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep
bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan
masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara (Azlan,
2008). Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadun dan
warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Perbezaan yang wujud
dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh
semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap
kaum di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu
Perlembagaan Malaysia. maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama
lain untuk membentuk bangsa Malaysia. Melalui penerapan rukun negara dapat menyatu
padukan dan mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun ia terpulang
dengan rakyat Malaysia sendiri sama ada untuk menyahut seruan Perdana Menteri kita
ataupun tidak. Hal ini kerana ia didorong oleh diri kita sendiri untuk terus bergerak bagi
menuju kea rah negara yang maju.

6.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN

A’zmi, A. A., Mustafar, F. W., Karim, A. K. A., & Suhaini, N. (2017). Realiti Kepelbagaian
Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal
of Social Science, 2: 1-24.

Baharuddin, S. A. (2008). Modul hubungan etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti
Institut Teknologi Mara.

Embong, A. R. (2006). Negara-bangsa: Proses dan perbahasan (Edisi ke-2). Bangi:


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fee, L. Y., & Sarjit S. G. (2008). Rukun Negara Teras Pembinaan Modal Insan: Satu
Komentar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities,16 (1): 107-113.

Ismail, M. M., Noor, M. M., & Othman, Z. (2016). Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN): Wadah Baru Sosialisasi Politik. Research Journal of Social Sciences, 9(3): 28-36.

Jabatan Perpaduan Negara, (1987).

20
Jabatan Perpaduan Negara, (1989).

Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Ming, D. C. 2005. Perpadaun Kaum dan Toleransi Agama di Malaysia. Pemikir, Julai-
September: 15-36.

Mohamad, A. (2005). Managing rukun tetangga in a multiracial society. Dlm. Muhammad


Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (Pnyt.). Readings on Ethnic Relations in a Multicultural
Society: Promoting National Unity and the Practice of Noble Values, 115–120. Serdang:
Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Rahman, A. A., & Dahalan. H. M. (2000). Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum


Sekolah. Genting Highlands: Kertas Kerja seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan
Ke-9.

Razak, H. A. (2011). Pengetahuan, persepsi dan pemahaman terhadap penghayatan


patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara di
Malaysia. Disertasi Sarjana (Tidak diterbitkan): Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Sang, M. S. (2011). (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 3rd ed.). Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sohaimi, M. S., & Syarqawi. M. (2008), Wakaf Development In Malaysia: Issues And
Challenges, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Jurnal
Pengurusan JAWHAR, 1(1): 19.

Thay, C. Y. (2008). Tahap Hubungan Etnik: Kajian di Kalangan Pelajar Mengikuti Kursus
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007–2008,
Semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Vellymalay, S. K. N. (2016). Pola persahabatan dan hubungan merentasi etnik dalam


kalangan murid di sekolah. Jurnal Sains dan Kemanusiaan, 7 (2), 306–324.

Yusof, M. N. (2011). Language and ethnic boundary among students of various ethnicities in
secondary schools in Malaysia. Sosiohumanika, 4 (2), 211–228.

21
Zulhimli, P., & Ghani, R. A. (2003). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu dalam pembinaan
negara. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai