Anda di halaman 1dari 24

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY

Faculty of Social Science and Humanities


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA


BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1
(Semester 1, Year 2023/2024) Session 202305

TAJUK LAPORAN : Peranan Agama dalam Memupuk Hubungan antara Etnik yang Harmoni
di Malaysia
PROG. / KUMP. TUTORIAL : RAR Year 3 Sem 1 Group 2
NAMA PENSYARAH : Ms Herney Binti Ahmad

Nama Pelajar No. I.D


Teng Li Ping 2103173
Chan Bow Ying 2107595
Vivian Tan Ying Ying 2103178
Wong Wai Mann 2103182
Louis Ker Wei Zhun 2103147

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

PENILAIAN 1 :
LAPORAN KAJIAN LAPANGAN (30 %)
SUB-ATRIBUT SKOR
Kemahiran kerja

Tanggungjawab dan akauntabiliti

Kemahiran interpersonal

Rasional terhadap masyarakat pelbagai budaya

Sumbangan kepada masyarakat

Jumlah (100 markah)


____ / 25 x 100 =
Komen umum:

*For Reviewer use only:


Name of Examiner
Name of Reviewer
Signature of Reviewer
Date

1
2
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1-2

OBJEKTIF KAJIAN 3

KAEDAH KAJIAN 3

HASIL KAJIAN

1. MEMAHAMI PERANAN AGAMA 4-5

2. MENGKAJI CABARAN AGAMA 6-7

3. LANGKAH - LANGKAH 8-9

KESIMPULAN 10

BIBLIOGRAFI 11

LAMPIRAN 12
PENGENALAN

Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan agama yang luar biasa. Penduduknya terdiri
daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain, serta penganut agama Islam,
Buddha, Hindu, dan Kristian. Agama memainkan peranan penting dalam membentuk identiti,
nilai-nilai, dan kebudayaan masyarakat dan juga merupakan komponen penting dalam proses
pembinaan tamadun. Agama juga mendorong nilai-nilai untuk mencipta masyarakat yang lebih
baik, saling menghormati, dan harmoni. Walaupun terdapat banyak perbezaan dalam pelbagai
aspek, termasuk budaya hidup, makanan dan pakaian tradisional serta perayaan kaum
masing-masing, penduduk Malaysia masih mampu hidup aman dan menikmati keharmonian.

Walau bagaimanapun, beberapa konflik dan isu yang terkait dengan hubungan antara
masyarakat berbilang etnik ini telah menyebabkan isu perpaduan negara sering kali dipertikaikan.
Langkah pertama yang harus diambil untuk mempertahankan hubungan etnik yang selalu berubah
adalah peranan yang harus dimainkan oleh setiap agama dalam memelihara hubungan antara etnik
di negara ini. Oleh itu, segala usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai agama seharusnya dikaji
dan dipertimbangkan untuk membina hubungan yang lebih kokoh antara masyarakat berbilang
agama dan etnik.

Agama berfungsi sebagai tolok ukur yang merangkai tingkah laku manusia dalam
memupuk hubungan etnik yang erat di Malaysia. Ajaran agama yang dititikberatkan oleh setiap
individu mampu mengelakkan pemikiran yang jumud dalam masyarakat yang menghalang
pertumbuhan ikatan persaudaraan yang kukuh antara masyarakat tanpa mengira agama atau etnik.
Secara umumnya, setiap agama menerapkan ajaran nilai-nilai yang positif kepada penganutnya
supaya mereka boleh membentuk perdamaian. Salah satu ajaran paling penting yang dipegang oleh
setiap agama ialah berbuat baik kepada orang lain, tanpa mengira agama atau latar belakang
mereka, supaya perpaduan dalam komuniti terus wujud untuk kepentingan bersama.

Di samping itu, banyak konflik yang berlaku antara etnik yang berbeza di Malaysia dan
situasi ini semakin berleluasa. Ini telah menyebabkan kesan-kesan yang negatif terhadap
masyarakat dan negara. Konflik ini berlaku kerana perbedaan budaya, ketidakadilan sosial,
polarisasi perkauman, kurangnya pemahaman dan dialog harmoni. Keadaan ini telah menuntut
peranan agama dalam mempererat dan menyatukan hubungan antara kelompok etnik di Malaysia.

1
Konflik dan permasalahan yang terjadi jika tidak ditangani dengan baik akan mengganggu
kemajuan negara dalam pelbagai aspek. Oleh kerana itu, penting bagi semua pihak untuk
mengambil tindakan yang tepat bagi mengatasi konflik ini dan memanfaatkan peranan agama
dalam membangun keharmonian, toleransi, dan kesefahaman antara masyarakat di Malaysia.

2
OBJEKTIF KAJIAN

1. Memahami peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang harmonis.


2. Mengkaji cabaran agama dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.
3. Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi merealisasikan peranan agama
dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN
1. Temu Bual
Temu bual ini akan memberikan wawasan yang mendalam tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi perpaduan atau ketegangan, serta membolehkan peneliti memahami
perasaan identiti, kebimbangan, dan aspirasi yang dapat membentuk hubungan antara
kelompok-kelompok ini. Untuk mendapati maklumat tentang kajian ini, kami telah
membuat temubual dengan tiga responden melalui aplikasi “Google Meet” secara formal.
Responden pertama ialah Ng Guan Peng. Beliau merupakan seorang Pelajar di Segi Kolej
dan mempunyai pelbagai kawan yang berlainan agama serta bangsa. Selain itu, temu bual
atas talian juga dilaksanakan dengan Encik Kor Boon Chong dan juga Encik Soo Wei Chai.
Kedua-dua orang ini orang peniaga dan berpengalaman tentang tajuk kajian kami.

2. Kajian Kepustakaan
Maklumat kajian seterusnya diperolehi melalui sumber sekunder, iaitu bahan atau dokumen
yang dikaji melalui membaca bahan bertulis. Sumber sekunder, atau juga dikenali sebagai
sumber kedua, merujuk kepada kajian-kajian atau penulisan yang dilakukan oleh individu
atau kumpulan yang tidak terlibat secara langsung dalam peristiwa atau tokoh yang dikaji.
Ini merangkumi bahan seperti buku, artikel, jurnal, kliping akhbar, majalah, dan bahan
ilmiah dalam bentuk fizikal, serta maklumat yang diakses melalui internet. Antara sumber
rujukan utama ialah buku “Modul Hubungan Etnik” oleh Shamsul Amri Baharuddin,
artikel “Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati.” oleh Prof Madya Lt Kol Dr
Burhanuddin Jalal dan artikel “Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum” oleh
Enizahura Abdul Aziz. Sumber kepustakaan ini membantu pengkaji mendalami maklumat
berhubung peranan agama dalam Memupuk Hubungan antara Etnik yang Harmoni di
Malaysia.

3
HASIL KAJIAN

1. Peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang harmonis

Sudah terang lagi bersuluh, agama merupakan salah satu aspek yang amat penting untuk
mencapai perpaduan di negara kita. Agama berbeza yang dianuti oleh rakyat Malaysia berbilang
kaum patut menjadi kebanggaan dan perlu dijadikan asas perpaduan masyarakat yang teguh. Tiada
agama yang menggalakkan umatnya untuk berpecah-belah malah semua agama amat
mementingkan sifat persaudaraan, toleransi serta nilai murni dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan temu bual dengan Encik Soo, beliau percaya bahawa agama menjadi asas bagi
kebanyakan masyarakat di negara ini, dan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama seperti toleransi,
keadilan, dan kasih sayang boleh membantu mengatasi perbezaan etnik. Dia juga menambahkan
bahawa agama bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral, tetapi juga membantu dalam membentuk
identiti individu. Ini telah menunjukkan bahawa agama adalah penting sebagai medium penyatuan
dan perpaduan.

Tambahan pula, agama sangat penting dalam memupuk hubungan etnik yang harmonis kerana ia
mampu membina hubungan sosial dan menggabungkan seluruh individu untuk membentuk
masyarakat. Agama sepatutnya menyatukan, bukan memecah belah. Sejarah tamadun besar dunia
seperti Islam, Barat, dan Timur berdialog di tanah air telah mencipta warisan dialog peradaban
yang membanggakan negara. Perbincangan antara agama sepatutnya terus dibina untuk
membentuk bangsa yang menghargai perpaduan dalam kerangka 'kepelbagaian dalam kesatuan.'
Apabila masyarakat dengan pelbagai kepercayaan mampu menghargai kepelbagaian secara bijak,
hasilnya adalah kesatuan yang kukuh dan perkembangan tamadun yang kaya.

Selain itu, berdasarkan temu bual bersama Encik Ker, agama memiliki potensi yang kuat sebagai
sumber pemangkin dalam program pembangunan kerana ajarannya mampu memberikan landasan
moral dan etika yang mendalam bagi masyarakat. Nilai-nilai seperti keadilan, empati, dan
tanggungjawab sosial yang diajarkan oleh agama dapat membentuk dasar yang kokoh untuk
program-program yang bertujuan menciptakan dampak positif dalam berbagai aspek kehidupan.
Ketika program pembangunan dipandu oleh prinsip-prinsip agama, mereka cenderung lebih
berfokus pada kesejahteraan manusia secara menyeluruh daripada hanya aspek ekonomi semata.

4
Dalam konteks program pembangunan, hal ini membantu mengatasi potensi konflik dan
menciptakan lingkungan yang mendukung perkembangan yang berkelanjutan dan harmonis.
Dengan demikian, penggunaan agama sebagai sumber pemangkin dalam program pembangunan
dapat memberikan nilai tambah yang signifikan dalam upaya mencapai tujuan pembangunan
berkelanjutan secara menyeluruh.

5
2. Cabaran agama dalam mengukuhkan hubungan entik di malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki berbilang etnik dan kaum yang beragam. Terdapat
tiga kelompok utama di Malaysia: Melayu, Cina, dan India. Selain itu, terdapat juga berbagai suku
dan etnis lainnya seperti Orang Asli, Dayak, dan lain-lain. Keanekaragaman budaya, agama,
bahasa, dan tradisi di Malaysia merupakan salah satu ciri khas negara ini. Namun, Pemerintah
Malaysia telah berusaha untuk mempromosikan kerukunan antar-etnis melalui berbagai kebijakan
dan program, meskipun ada juga tantangan dan cabaran yang perlu diatasi.

Cabaran yang pertama ialah konflik nilai dalam pengalaman harian etnik. Kelompok yang
berbeza dari segi budaya, agama, dan bahasa sering kali terbentuk tanpa paksaan di Malaysia yang
bermasyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India memiliki bahasa, agama dan kebudayaan
yang memainkan peranan penting dalam identitas mereka. Perbezaan ini dapat menjadi lebih rumit
dan menantang ketika kelompok etnik terus mempertahankan dan menebalkan bahasa serta
kebudayaan mereka sendiri. Agama yang dianut oleh masing-masing kelompok etnik telah
membentuk dasar moral dan nilai-nilai dalam kehidupan sehari-hari. Budaya dan bahasa yang
dianut juga menjadi penanda identitas yang kuat dan mencerminkan warisan sejarah dan budaya
yang mendalam. Namun, setiap kumpulan etnik terus dengan system hidup yang berteraskan
kebudayaan dan adat resam mereka. Ketika satu kelompok etnik menganggap kebudayaan dan
agama mereka sebagai yang paling sah atau terbaik, ini dapat menyebabkan ketegangan dengan
kelompok lain dan menghambat pemahaman dan toleransi.

Berdasarkan temu bual bersama Encik Ker, cabaran kedua ialah tahap pemahaman yang rendah
terhadap agama sendiri serta agama kaum lain. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, sistem
pendidikan mencakup pelbagai sekolah berdasarkan agama, seperti sekolah agama Islam dan
sekolah-sekolah kebangsaan. Namun, sering kali terjadi pemahaman yang rendah terhadap agama
masing-masing dan juga agama kelompok etnik lain. Hal ini wujud akibat daripada setiap
golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang terdiri. Sistem persekolahan mebahagikan
pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan
bagi memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan murid. Kumpulan etnik yang
mempertahankan bahasa ibunda mereka tidak minat menerima bahasa ibunda kaum lain serta
menganggap tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum lain. Implikasi ini mengakibatkan
kumpulan etnik lebih mengutamakan etnik yang sama dalam memilih sahabat mendapatkan

6
pekerjaan dan mencari teman hidup. Hal ini dapat berkontribusi pada stereotaip dan prasangka
antara etnik dalam kalangan masyarakat, kerana kurangnya pemahaman terhadap keyakinan antara
satu sama lain. Kesukaran hidup dalam masyarakat yang sama sudah tentu akan menimbulkan
kekecohan setempat tersebut. Ini berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dengan berkesan dalam bahasa yang difahami oleh semua. (EduWeb SGO, 2018) Perkara ini amat
penting dalam menyuburkan toleransi dan kerjasama antara etnik juga kesedaran untuk memahami
serta menghormati budaya etnik lain.

Salah satu cabaran agama dalam memperkuat hubungan etnik ialah polarisasi agama dan politik.
Isu-isu agama digunakan sebagai alat politik oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan
dukungan atau membangun basis politik. Polarisasi ini boleh menimbulkan ketegangan antara
kumpulan-kumpulan etnik yang berlainan agama, berpotensi mengancam keharmonian sosial.
Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana sensitiviti agama semakin kukuh dalam konteks
globalisasi. Malangnya, politik lebih dinilai dari perspektif parti politik daripada melihatnya isu
secara lebih terbuka. Polarisasi politik ini menjadi semakin serius apabila semua perkara
dipolitikkan secara sempit sehingga perbincangan tentang agama dikaitkan dengan parti politik.
(Mohd Izani Mohd Zai) Implikasinya menyebabkan semua kumpulan etnik saling berusaha
mengekalkan identiti kaumnya untuk mempertahankan mereka dapat hak yang sama rata.
Akibatnya, semangat taat setia terhadap negara Malaysia tidak lama wujud lagi dan lambang
bendera Malaysia tinggal sebagai lambang sahaja ketika setiap kelompok etnik hanya
mementingkan hak etnik sendiri tanpa mempertimbangkan persatuan.

7
3. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi merealisasikan peranan agama dalam
mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

Agama memupuk hubungan etnik di Malaysia antara pelbagai kelompok etnis. Malaysia
mempunyai populasi yang pelbagai dari segi agama dan etnis. Terdapat tiga kelompok etnis utama
di Malaysia: Melayu, Cina, dan India; terdapat juga kelompok minoritas lain. Islam, Buddha,
Hindu, dan Kristian adalah agama yang paling popular di Malaysia.

Langkah pertama ialah menilai diri sendiri. Melalui melaksanakan peranan agama, kita sebagai
individu boleh mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Nilai-nilai agama seperti kasih sayang,
toleransi, dan saling menghormati adalah beberapa contoh nilai-nilai ini. Berdasarkan temu bual
bersama Encik Ker, anda boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni di
kalangan pelbagai kelompok etnis dengan melaksanakan prinsip ini dalam kehidupan seharian
anda. Mengambil bahagian dalam aktiviti lintas agama yang menggalakkan perbincangan antara
kelompok etnis dan menyebarkan pengetahuan tentang pelbagai agama untuk memerangi
prasangka dan perselisihan faham. Pendidikan agama yang menyeluruh boleh membantu anda
memahami kepelbagaian kepercayaan dan budaya yang ada dan membina hubungan yang lebih
kukuh dengan masyarakat berbilang etnik. Kita boleh menyumbang kepada masyarakat Malaysia
yang saling berkongsi, menghormati perbezaan, dan hidup dalam keharmonian dengan melakukan
peranan ini.

Dari perspektif lain, masyarakat juga mempunyai keupayaan untuk mengukuhkan hubungan etnik
Malaysia melalui peranan agama mereka dalam menggalakkan interaksi yang harmoni dan
menghormati antara kelompok etnis yang berbeza melalui perayaan bersama dan aktiviti
keagamaan lintas etnis. Pendidikan agama yang inklusif dan penekanan pada nilai universal seperti
toleransi, keadilan, dan kasih sayang boleh ditekankan dalam pengajaran dan praktik agama.
Institusi keagamaan juga boleh membantu orang lintas agama bercakap dan bekerjasama untuk
memahami perbezaan dan persamaan keyakinan. Selain itu, masyarakat boleh menyokong inisiatif
yang meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk menerima dengan terbuka pelbagai budaya
dan kepercayaan, mewujudkan hubungan etnik yang kukuh, dan melihat perbezaan sebagai aset
yang memperkaya negara (Puan Enizahura binti Abdul Aziz).

8
Akhir sekali, melalui pelaksanaan dasar yang menggalakkan toleransi dan keharmonian antara
pelbagai kelompok etnis, kerajaan Malaysia boleh mengukuhkan hubungan etnik dengan peranan
agamanya. Pendidikan agama yang mengiktiraf perbezaan dan memupuk pemahaman yang
mendalam tentang pelbagai kepercayaan agama boleh dimasukkan ke dalam program akademik
(Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang 2021). Selain itu,
kerajaan mempunyai keupayaan untuk menyokong inisiatif dialog antara agama dan budaya yang
mengumpulkan tokoh-tokoh dari pelbagai agama untuk menggalakkan pemahaman yang lebih
baik tentang saling menghormati dan kesamaan nilai agama. Kerajaan mempromosikan program
keagamaan lintas etnis, seperti perayaan bersama dan kerja amal, juga boleh meningkatkan
hubungan antara etnik. Kerajaan Malaysia boleh membina landasan yang kukuh untuk masyarakat
berbilang etnis yang bersatu dalam keanekaragaman agamanya jika mereka bersedia untuk
mendengar dan menerima pandangan dari berbilang komuniti agama.

9
KESIMPULAN

Kesimpulannya, agama memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan hubungan etnik yang
harmoni di Malaysia. Agama tidak hanya berfungsi sebagai ikatan sosial yang menghubungkan
pelbagai kelompok etnis melalui nilai-nilai bersama seperti toleransi, saling menghormati, dan
kasih sayang, tetapi ia juga membantu orang ramai memahami perbezaan dan persamaan antara
agama yang berbeza. Masyarakat boleh membangunkan ikatan yang lebih erat, memahami makna
yang lebih dalam tentang tradisi agama lain, dan dengan terbuka menerima perbezaan dengan
bercakap tentang agama dan aktiviti keagamaan yang melibatkan pelbagai kelompok etnis.
Pendidikan agama yang inklusif mengajar tentang kepercayaan agama lain dan nilai universal
seperti kesetaraan dan keadilan. Pendidikan agama yang inklusif juga memainkan peranan penting
dalam memupuk pemikiran positif dan membolehkan lebih banyak perbincangan di antara
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnis. Malaysia boleh terus mengekalkan hubungan
etnik yang kukuh, mengekalkan keharmonian, dan memanfaatkan kepelbagaian budaya dan agama
untuk mengukuhkan identiti nasional.

(2134 patah perkataan)

10
BIBLIOGRAFI

1. SGO, E. (2017) Cabaran Hubungan etnik di Malaysia, Sistem Guru Online. Available at:
https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html
(Accessed: 11 August 2023).
2. Mastura Jusoh, L. (2021) Superdiversity Insaniah - Insaniah: Online journal of language,
Communication, and humanities, Studocu. Available at:
https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/introduction-to-islamic-l
aw/superdiversity-insaniah/29121396 (Accessed: 14 August 2023).
3. Mohd Zain, M.I. (2015) Mengharmonikan Polarisasi Agama, Politik | Berita Harian, BH
Online.Availableat:https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/50966/mengharmonikn
-polarisasi-agama-politik (Accessed: 13 August 2023).
4. Bernama (2018) Agama Sebagai Elemen Perpaduan Malaysia baharu, BERNAMA.
Available at: https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1637616 (Accessed: 17
August 2023).
5. Kepelbagaian Agama, Budaya Perlu Dihormati | berita harian. Available at:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-budaya-perlu
-dihormati (Accessed: 17 August 2023).
6. Shamsul Amri Baharuddin 1951- (2012). MODUL HUBUNGAN ETNIK (EDISI
KEDUA.). Bangi, Selangor: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

11
LAMPIRAN

12
TRANSKRIP TEMU BUAL 1 (Pautan rakaman temubual: )
Nama orang sumber 1: Ng Guan Peng
Umur: 22
Pekerjaan: Pelajar
Institusi: Segi College Subang Jaya

Bowying : Selamat petang, Encik Ng. Pada pendapat anda, bagaimana agama membantu
membina hubungan etnik yang harmonis di Malaysia?
Encik Ng : Malaysia mempunyai negara dengan keanekaragaman etnik dan agama yang kaya,
dengan majoriti penduduknya adalah Muslim, sementara terdapat juga komunitas beragama lain
seperti Buddha, Hindu, Kristian, dan lain-lain. Saya rasa mempunyai nilai-nilai yang sama sangat
penting untuk membina hubungan etnik yang harmonis. Agama sering mengajar prinsip universal
seperti kasih sayang, toleransi, keadilan dan perdamaian. Penganut agama boleh membantu
mengatasi perbezaan etnik dan membangunkan pengertian bersama dengan melaksanakan prinsip
ini dalam kehidupan seharian mereka.
Bowying : Adakah amalan serta ajaran sesebuah agama boleh meningkatkan hubungan etnik
di Malaysia? Ya atau tidak? Mengapa?
Encik Ng : Ya, amalan dan ajaran agama boleh meningkatkan hubungan etnik di Malaysia
jika ia dilaksanakan dengan betul dan bertujuan untuk memupuk kerjasama, toleransi, dan
pemahaman antara budaya.
Bowying : Apakah pandangan anda tentang masa depan hubungan etnik agama di Malaysia?
Encik Ng : Pada pandangan saya, kepimpinan dan kebijakan pemerintah mempengaruhi
hubungan etnik agama di masa depan. Hubungan antara etnik dan agama dibentuk secara
besar-besaran oleh kepimpinan politik dan kebijakan kerajaan. Hubungan yang lebih baik akan
wujud dengan kebijakan yang menggalakkan kesetaraan, inklusi dan perlindungan hak-hak semua
kelompok etnik dan agama.
Bowying : Adakah anda pernah mengalami atau menyaksikan situasi di mana agama telah
digunakan untuk memburukkan hubungan etnik Malaysia? Ya atau tidak? Mengapa? Kongsikan
pengalaman anda?
Encik Ng : Tidak.

13
Bowying : Apakah pendapat anda tentang peranan yang dimainkan oleh pemimpin agama
dalam meningkatkan kesedaran dan toleransi antara etnik di Malaysia?
Encik Ng : Saya rasa pemimpin agama perlu mendorong kolaborasi sosial. Pemimpin agama
boleh memimpin usaha dan projek sosial yang melibatkan pelbagai komunitas etnik. Dengan cara
ini, terdapat peluang untuk berinteraksi secara positif dan bekerjasama untuk memecahkan isu
sosial.

14
TRANSKRIP TEMU BUAL 2 (Pautan rakaman temubual: )
Nama orang sumber 2: Ker Boon Chong
Umur: 52
Pekerjaan: Jurutera Kapal
Tempat kerja: W.P. Labuan

Louis: Selamat petang, Encik Ker. Pada pendapat anda, adakah anda mempunyai contoh yang
menunjukkan bahawa unsur agama tidak kira apa kaum pun telah membantu membina hubungan
etnik yang harmonis di Malaysia?

Encik Ker: Pada pandangan saya, contoh yang menunjukkan unsur tersebut adalah semasa musim
perayaan. Tidak kira Hari Raya ataupun Tahun Baru Cina, semua rakyat Malaysia menghormati
perayaan kaum masing-masing dan bersama menyambut perayaan tersebut dengan kaum lain.
Saya juga percaya bahawa agama semua kaum dapat mendidik rakyat tentang nilai murni yang
baik supaya setiap individu lebih berhormat terhadap orang lain dan mencipta sebuah komuniti
yang maju.

Louis: Baiklah. Pada pendapat anda adakah pendidikan agama boleh menyebabkan konflik dan
ketegangan antara etnik di Malaysia?

Encik Ker: Secara terus terangnya, konflik antara etnik di Malaysia yang disebabkan oleh
pendidikan agama wujud dan tidak boleh dinafikan. Kaum Melayu, Cina dan India memiliki
bahasa, agama dan kebudayaan yang lain. Bukan semua adat resam dan tradisi sebuah golongan
etnik boleh diterima oleh golongan etnik yang lain.

Louis: Apakah halangan utama yang dihadapi oleh agama dalam memupuk hubungan etnik yang
harmoni di Malaysia?

Encik Ker: Halangan utama yang dihadapi oleh agama dalam kes ini adalah tahap pemahaman
yang rendah terhadap agama sendiri serta agama kaum lain. Pendidikan di Malaysia mebahagikan
pelajar mengikut bahasa ibunda dan kaum. Hal ini menghalang tujuan memupuk perpaduan dan
persefahaman dalam kalangan murid.

Louis: Pada pandangan anda, bagaimanakah kepelbagaian agama yang terdapat di Malaysia boleh
bekerjasama untuk meningkatkan pemahaman, toleransi, dan saling menghormati antara kumpulan
etnik yang berbilang latar?

Encik Ker: Saya percaya pada pendapat “jika anda ingin ubah orang lain, anda harus mengubah
diri dahulu”. Melalui melaksanakan peranan agama sendiri, kita boleh menyumbang kepada proses
mencipta komuniti yang harmoni pada tahap individu.

Louis: Terima kasih Encik Ker. Saya mempunyai soalan yang terakhir. Pada pandangan anda,
apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi merealisasikan peranan
agama dalam mengukuhkan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia?
15
Encik Ker: Usaha yang boleh dilakukan untuk hal ini terdapat pelbagai seperti kurikulum sekolah
perlu merangkumi pelajaran tentang budaya dan keagamaan yang berbeza, dengan memberi
tumpuan kepada kesamaan dan nilai-nilai bersama. Selain itu, Agama-agama sering mengajarkan
tentang tanggungjawab sosial dan membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama antara agama
dalam menjalankan projek-projek kemanusiaan dan sosial dapat membina hubungan yang lebih
baik di antara etnik yang berbeza.

Louis: Baiklah, terima kasih atas kerjasama yang diberi untuk temu bual ini.

Encik Ker: Sama-sama.

16
TRANSKRIP TEMU BUAL 3 (Pautan rakaman temubual: )
Nama orang sumber 3: Soo Wei Chai
Umur: 58
Pekerjaan: Peniaga
Tempat kerja: Kepong, Kuala Lumpur

Li Ping: Selamat petang and salam sejahtera kepada Encik Soo ingin hadiri temu bual ini. Kita
akan membincangkan topik yang sangat penting iaitu peranan agama dalam memupuk
hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Marilah kita mula dengan pandangan Encik
Soo. Adakah tahap kefahaman masyarakat terhadap agama yang dianuti mampu
membimbingnya ke arah tindakan yang betul apabila berhubung dengan masyarakat
berbilang kaum?
En.Soo: Terima Kasih, Li Ping. Saya percaya agama memainkan peranan yang penting dalam
membina dan memperkukuhkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Agama
menjadi asas bagi kebanyakan masyarakat di negara ini, dan nilai-nilai yang diajarkan
dalam agama seperti toleransi, keadilan, dan kasih sayang boleh membantu mengatasi
perbezaan etnik. Saya juga ingin menambahkan bahawa agama bukan sahaja mengajar
nilai-nilai moral, tetapi juga membantu dalam membentuk identiti individu. Di Malaysia,
yang memiliki pelbagai agama dan etnik, agama membantu masyarakat untuk merasakan
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab kepada satu sama lain.
Li Ping:Saya bersetuju dengan pandangan Encik Soo. Memang benar agama ialah asas yang
ditanam sejak kecil lagi. Selain itu, agama juga mengajar kita untuk menghormati hak dan
kepercayaan individu lain, tanpa mengira latar belakang etnik. Namun, terdapat juga
situasi di mana perbezaan agama boleh menyebabkan ketegangan. Bagaimanakah agama
dapat membantu dalam menangani isu-isu sensitif yang berkaitan dengan kumpulan etnik?
En Soo: Biasanya, ketegangan berlaku apabila terdapat kekurangan pemahaman antara etnik
berkenaan agama masing-masing. Satu cara adalah melalui pendidikan agama yang
mendalam. Pendidikan yang lebih mendalam mengenai agama-etnik yang berbeza boleh
membantu memahamkan satu sama lain. Seperti contoh, program dialog antara agama
dapat membangunkan kesedaran dan mengatasi stereotaip yang salah. Selain itu,
pengalaman langsung dalam berinteraksi dengan etnik lain juga penting. Bagi masyarakat,
Program-program pertukaran pelajar, acara lintas budaya, dan projek sosial bersama jiran
-jiran dapat membantu individu melihat kepelbagaian etnik sebagai sesuatu yang positif
dan memperkayakan.

17
Li Ping:Ya, Cadangan yang baik telah dijelaskan. Tuan, adakah tahap pemahaman yang rendah
terhadap agama sendiri serta agama kaum lain mempengaruhi hubungan antara etnik?
En Soo: Saya bersetuju bahawa pemahaman yang rendah terhadap agama sendiri dan agama lain
boleh menjadi punca ketegangan antara etnik. Sebabnya, jika seseorang tidak memahami
agama sendiri dengan baik, mereka mungkin mudah terperangkap dalam stereotaip atau
pemahaman yang tidak tepat mengenai agama lain. Ini boleh merumitkan hubungan antara
etnik dan menyumbang kepada ketidakfahaman. Orang mungkin terlalu mudah
mempercayai yang berat sebelah dan tidak berasas, yang akhirnya membina dinding
pemisah antara komuniti, memperkecil peluang untuk saling berinteraksi dan memahami
satu sama lain.
Li Ping: Jadi bagaimanakah kita memastikan bahawa agama digunakan sebagai sumber perdamaian dan
persatuan, bukan sebagai alat politik atau pemisah?
En Soo: Untuk memastikan agama digunakan sebagai sumber perdamaian dan persatuan, kita juga
perlu memantau dengan teliti penggunaan agama dalam politik. Undang-undang yang
mengawal penyalahgunaan agama perlu dikenakan dan masyarakat haruslah lebih kritis
terhadap naratif yang memanfaatkan agama secara negatif. Teladan dari pemimpin agama
dan masyarakat yang menggunakan agama sebagai cara untuk memupuk kerjasama dan
mengatasi perbezaan sangat penting.
Li Ping: Baiklah Tuan, pemupukan hubungan harmoni etnik bukanlah peranan masyarakat sahaja.
Apakah peranan yang dimainkan oleh generasi muda dalam membina hubungan etnik
yang harmoni?
En Soo: Generasi muda mempunyai potensi untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
Berkaitan, generasi muda juga aktif dalam teknologi dan media sosial. Mereka dapat
memainkan peranan dalam menyebarkan pesan perdamaian, menggalakkan dialog antara
etnik, dan mengubah persepsi negatif melalui penggunaan platform digital. Akhirnya,
generasi muda memegang tanggungjawab penting dalam membentuk masa depan
Malaysia yang harmoni. Masyarakat haruslah melibatkan generasi muda dalam program
sosial dan kerja-kerja amal yang melibatkan etnik yang berbeza untuk membantu mereka
melihat pentingnya kerjasama dan kebersamaan.
Li Ping: Terima kasih, Encik Soo atas meluangkan masa untuk mengongsikan pandangannya.
En Soo: Sama-sama.

18
TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY
FACULTY OF SOCIAL SCIENCE AND HUMANITIES
DEPARTMENT OF MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM
SEMESTER 1 2023/2024 (202305)

MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA


BORANG DRAF TUGASAN KAJIAN LAPANGAN

Program & Kumpulan: Peranan Agama dalam Memupuk Hubungan antara Etnik
yang Harmoni di Malaysia
Ketua Kumpulan : Teng Li Ping
Ahli Kumpulan : Chan Bow Ying
Vivian Tan Ying Ying
Louis Ker Wei Zhun
Wong Wai Mann

No. Tugasan Nama Ahli Yang Disemak oleh


Ditugaskan pensyarah/tarikh

1. - Penyerahan draf kajian: tajuk, objektif, Semua ahli kumpulan


soalan.

2. - Pengenalan Semua ahli Kumpulan


- Objektif Kajian

3. - Kaedah kajian Semua ahli Kumpulan


- Bibliografi (mengikut format)

4. - Hasil Kajian (Objektif 1) Chan Bow Ying , Vivian


Tan Ying Ying

5. - Hasil Kajian (Objektif 2) Teng Li Ping

6. - Hasil Kajian (Objektif 3) Louis Ker Wei Zhun

7. - Kesimpulan Wong Wai Mann


- Lampiran berkaitan

19
All students’ works submitted for assessment must be attached with the Coursework Declaration in the form and
contents as follows:‐

Semester : 1 (2023/2024)
Course Code & Title : MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Declaration

I/We confirm that I/we have read and shall comply with all the terms and conditions of TAR College’s
plagiarism policy.

I/We declare that this assignment is free from all forms of plagiarism and for all intents and purposes is my/our
own properly derived work.

I/We further confirm that the same work, where appropriate, has been verified by antiplagiarism software
(Google Originality Report).

1. Signature : __________________________

Name : Teng Li Ping

Date : 10 AUG 2023

2. Signature : __________________________

Name : Chan Bow Ying

Date : 10 AUG 2023

3. Signature : __________________________

Name : Vivian Tan Ying Ying

Date : 10 Aug 2023

4. Signature : __________________________

Name : Louis Ker Wei Zhun

Date : 10 Aug 2023

5. Signature : __________________________

Name : Wong Wai Mann

Date : 10 Aug 2023

20
LAPORAN KEASLIAN TUGASAN (Google Originality Report)

21

Anda mungkin juga menyukai