Anda di halaman 1dari 20

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

MPU 3122
HUBUNGAN ETNIK

PISMP Ambilan Jun 2017


Semester 2 Tahun 3 (Sesi Jun-Mei 2020)
Kumpulan/Unit:
Bahasa Melayu (Sk)

Tarikh Hantar : Tugasan 1 (03.04.2020)

Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran


ROS ILYA SURYA BINTI ROSLAN 981003-06-5960 2017112340009

Nama Pensyarah : Encik Zolpatai Bin Elias


Tarikh Terima : _______________________

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

____________________
Nama: Ros Ilya Surya Binti Roslan
Tarikh 03.04.2020
:
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : …………………………………..

NAMA PELAJAR : ROS ILYA SURYA BINTI ROSLAN

TARIKH : …………………………………..
BIODATA

NAMA : ROS ILYA SURYA BINTI ROSLAN


NO. KAD PENGENALAN : 981003-06-5960
AMBILAN : JUN 2017
TAHUN/SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 3

TAHUN/SEMESTER : 013-9525679
E-MEL : rosiee.haha@gmail.com
ALAMAT : NO. 168, LORONG 11, TAMAN BALOK MAJU, 26100

KUANTAN, PAHANG
PENGHARGAAN

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi ucapan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas
kerjasama yang diberikan sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta, Encik Zolpatai Bin Elias kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberikan pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang telah alpa. Mereka membantu dengan
menjawab setiap pertanyaan yang diutarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih
KANDUNGAN

PERKARA
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Ras Dan Rasisme
2.1 Idea Penting Yang Mendasari Pemikiran Rasisme Dapat Menghalang
Pembanggunan Masyarakat Dalam Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan
Politik Di Malaysia.

3.0 Kegiatan Ekonomi Di Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak

3.1 Politik Di Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak


3.2 Sosial Kumpulan Etnik Di Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak

4.1 Kepentingan Perlembagaan


4.1 Kepentingan Perlembagaan
5.0 Empat Cabaran Utama Dalam Bidang Sosial Yang Dapat Mengerat
Hubungan Etnik Di Malaysia

6.0 Kesimpulan
Rujukan
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (60%)

“Pemikiran rasisme mengandaikan bahawa perbezaan kumpulan ras bersifat semula


jadi dan tidak boleh diubah. Kecerdasan emosi, kepercayaan dan perlakuan tidak
begitu dipengaruhi oleh persekitaran sosialnya.”

Berdasarkan petikan di atas:

a. Jelaskan bagaimana 3 idea penting yang mendasari pemikiran rasisme dapat


menghalang pembanggunan masyarakat dalam kemajuan sosial, ekonomi dan
politik di Malaysia.

b. Banding bezakan kegiatan ekonomi, politik dan sosial kumpulan etnik yang
terdapat di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam membentuk
masyarakat pluralistik yang baik di Malaysia.

c. Jelaskan empat kepentingan perlembagaan dalam memperkukuhkan perpaduan


dalan kalangan rakyat Malaysia.

d. Huraikan empat cabaran utama dalam bidang sosial yang dapat mengerat
hubungan Etnik di Malaysia.

1
1.0 PENGENALAN

Perkataan etnik membawa kepada makna sekolompok manusia yang


mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pakaian, pandangan, kecantikan, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di negara
kita Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi
dianggap sebagai etnik. Oleh itu, dapatlah kita memahami bahawa definisi etnik itu
ialah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Konsep etnik
membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan
sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang
jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme pula adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan


sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok
lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabilamereka menilai kebudayaan
lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri seterusnya menganggap
kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrusme membayangkan
keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan
kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi

2
etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip
yang sedia ada dan biasanya bersifat negatif. Walaubagaimanapun, etnosentrisme
berfungsi penting dalam mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu
kelompok masyarakat.

Oleh hal yang demikian, memahami kepentingan konsep dan makna hubungan
etnik di negara sendiri adalah satu perkara yang patut diambil berat tambahan pula
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi
konflik etnik. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan
kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Selain itu, hubungan etnik juga
mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.
Melalui hubungan etnik lah dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di
sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan
tingkah laku ahli masyarakat.Hubungan etnik pentinga dalam memahami kesan
pengindustrian di sesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial.
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah
negara.

2.0 KONSEP RAS DAN RASISME

Dalam konteks negara kita, konsep ras ini sering kali diguna bersama etnik,
walaupunkonsep etnik dan ras mempunyai perbezaan yang nyata. Menurut Ting
Chew Peh (1987), kumpulan ras adalah sekelompok manusia yang mempunyai
persamaan daripada segi fizikal seperti warna kulit, bentuk badan, kepala, hidung,
telinga, bibir, mata, rambut dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal ialah perkara yang paling
asas yang diguna pakai untuk menggambarkan pengelompokan etnik seseorang
yang disebut sebagai ras. Justeru, istilah ras meletakkan manusia dalam keadaan
yang berbeza. Dalam konteks ini, kita melihat konsep ras sebagai indikator penting
yang membezakan kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Justeru,
konsep ini telah mewujudkan istilah baka keturunan.

Konsep ras juga melahirkan konsep lain yang penting dan agak bersifat negatif
iaitu rasisme. Rasisme (bahasa inggerisnya racism) merupakan satu bentuk

3
kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia
berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan
bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza dan serentak itu
ianya juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan
berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa melayu, konsep rasisme sangat
berkaitan dengan perkauman dan juga semangat asabiyyah.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif


oleh sesuatu kelompok atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang
dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau
sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman
yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme
wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Tahap individu
merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya manakala tahap
institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

2.1 IDEA PENTING YANG MENDASARI PEMIKIRAN RASISME DAPAT


MENGHALANG PEMBANGGUNAN MASYARAKAT DALAM KEMAJUAN
SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIK DI MALAYSIA.

Punca yang mengakibatkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara


sebab utama adalah ketidakseimbangan pembanggunan ekonomi dan pengagihan
kuasa. Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang
cina manakala politik banyak didominasi oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada
zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut
ekonomi dan penempatan mengikut kaum masing-masing. Sebagai contoh, orang
cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di bandar manakala orang melayu tinggal
di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian. Selepas kemerdekaan,
disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam
perniagaan, mereka terus memonopoli ekonomi di Malaysia sehingga sekarang.
Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang
terbentuk semenjak zaman penjajahan.

4
Seterusnya, perkara yang menghalang kemajuan negara oleh kerana rasisme
ialah agama dan budaya. Setiapkaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-
masing. Sebagai contoh, umat islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang
cina akan membakar kertas kuning untuk tujuan menghalau hantu. Sesetengah
budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum yang lain. Sebagai contoh, pembakaran
kertas kuning menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi
seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga akan
mengotorkan kawasan. Perkara-perkara kecil seperti ini lah yang seterusnya akan
berlaku perselisihan faham yang seterusnya membawa kepada pergaduhan.

Akhir sekali ialah dari segi politik. Perkauman antara etnik ini boleh dilihat
secara langsung melalui politik mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum
ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum
masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi
jika dilihat kepada masyarakat berbilangkaum, mereka lebih cenderung untuk
mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai budaya dan idea
berbeza di antara kelompok masyarakat. Hal ini kerana, masing-masing cuba
memaparkan nilai mereka sendiri kepada masyarakat lain yang berlainan agama,
budaya, bahasa dan etnik. Sebagai contoh, orang cina sukar memilih wakil dari
kalangan kaum india dan melayu kerana kaum cina sehingga kini masih sukar
menyelami budaya melayu. Hal ini disebabkan mereka masih kabur tentang latar
belakang budaya dan sejarah antara mereka.

3.0 KEGIATAN EKONOMI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN


SARAWAK

Selepas merdeka, kedudukan pelbagai kaum di Malaysia mempunyai jurang


sosioekonomi yang cukup besar khasnya dalam kalangan orang Melayu dan orang
bukan melayu. Ini kerana dasar British yang lebih berminat mengekalkan sistem
tradisi ekonomi orang melayu berbanding memberikan peluang kepada mereka
terlibat dalam sektor ekonomi moden. Masyarakat pada masa penjajahan dipisahkan
kepada sistem ekonomi merekaiaitu orang cina bekerja di sektor perlombongan,
orang india bekerja di sektor perladangan dan orang melayu bekerja di sektor
pertanian. Jika diperhatikan, di negara maju seperti Britain, kebergantungan kepada

5
ekonomi tradidi tidak sampai sepuluh peratus. Ini kerana ekonomi sebegini tidak
membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Negara maju kini bergantung
kepada aktiviti perindustrian dalam membangunkan negara mereka.

Sabah merupakan negeri kedua terbesar Malaysia. Sabah kaya dengan


cumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora sehinggalah ke hidupan
laut. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber
pendapatan negeri Sabah. Bahanmentah seperti minyak, tembaga,emas dan batu
kapur juga didapati di negeri ini. Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada eksport
komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleu, kayu balak
dan papan lapis. Pada masa kini, Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa
sawit dan koko

Sarawak juga merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak sumber


kekayaan semulajadi. Kegiatan ekonomi Sarawak banyak bergantung pada bentuk
muka bumi, kawasan penempatan suku kaum dan sumber alam. Kegiatan ekonomi
utama di Sarawak ialah ekonomi sara diri. Kegiatan ekonomi masyarakat tradisional
Sarawak banyak dipengaruhi oleh persekitaran penempatan mereka. Mereka
menyara hidup dengan pelbagai cara, contohnya, menanam padi huma, menjadi
nelayan, memungut hasil hutan dan berniaga secara kecil-kecilan

3.1 POLITIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK

Negara Malaysia mengamalkan politik secara demokrasi berparlimen di bawah


pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk
berkhidmat selama lima tahun sebagai ketua negara dan pemerintah tertinggi
angkatan tentera. Latar belakang politik Malaysia bermula dengan kemajmukan etnik
dalam proses politik di malaysia. Pada tahun 2009, jumlah penduduk di Malaysia
lebih kurang 28.9 juta. Oleh itu, berlandaskan bancian, penduduk Malaysia dapat

6
dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Mereka dapat dibezakan
berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta aspek demografi

Di Sarawak, parti politik wujud atas sebab untuk memperjuangkan hak dan
kepentingan mereka. Fajar Sarawak yang diterbitkan pada 1930 berjaya
membangkitkan kesedaran sosiopolitik dalam kalangan orang Melayu Sarawak.
Pertubuhan parti politik Sarawak pula muncul ekoran keputusan British untuk
mengadakan pilihan raya Majlis Daerah dalam tempoh beberapa tahun dari 1956.
Penetangan terhadap British menyebabkan lahirnya parti politik di Sarawak. Parti
Politik semakin banyak muncul apabila British memutuskan mahu mengadakan
pilihanraya pada tahun 1963. Penubuhan PANAS, SUPP dan BARJASA
menyebabkan kaum Dayak ingin membentk parti sendiri. Konsep gabungan parti
perikatan di Semananjung menjadi model beberapa politik Sarawak yang bergabung
atau bekerjasama sesama mereka.

Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik
masing-masing. Ianya dipengaruhi oleh struktur masyarakat majmuk di kedua-dua
negeri melalui proses sosialisasi politik. Ianya lebih kompleks daripada di
semenanjung yang mengamalkan gabungan politik bagi membentuk kerajaan sejak
tahun 1963. Perkara yang berlaku di Sarawak selepas penubuhan Malaysia,
Stephen Kalong Ningkan (etnik iban) menjadi ketua menteri pertama Sarawak
manakala Datu Abang Haji Openg (etnik Melayu) menjadi Gabenor pertama. Di
sabah pula, United Sabah National Organization (USNO), BERJAYA dan parti
Bersatu Sabah (PBS) mendominasi kerajaan secara sendiri. Parti ini tidak dapat
memerintah sendiri melainkan perlu mendapat sokongan dari etnik lain yang
menjamin kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.

Perkembangan parti politik di Sabah dan Sarawak telah melalui pelbagai


halangan dan proses untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Permuafakatan
politik memberi ruang kepada wakil pelbagai etnik berkompromi dan cuba
menyalurkan tuntutan, masalah dan aspirasi etnik yang diwakili melalui pelbagai parti
yang ditubuhkan. Percakaran dan konflik antara etnik dapat dikurangkan, perpaduan
dan kesefahaman antara kaum dapat dikukuhkan melalui permuafakatan.

7
3.2 SOSIAL KUMPULAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN
SARAWAK

Kumpulan etnik di semenanjung terdiri daripada orang Melayu, orang asli,orang


cina dan orang india. Orang cina dan india adalah kelompok etnik yang datang
bermigrasi di negara ini seterusnya menjadi penduduk tetap di sini secara rasminya.
Orang melayu yang paling lama mendiami negara ini iaitu semenjak 2500 sebelum
masihi. Orang asli pula terdiri daripada beberapa kaum seperti Jakun, Temuan,
semelai, Mahmeri dan lain lain lagi. Kaum ini terdiri daripada tiga kelompok iaitu
Kelompok Negrito, Sakai dan Senoi. Di Sarawak pula mempunyai etnik yang
dipanngil sebagai kaum bumiputra. Mereka terdiri daripada kaum Iban, Dayak,
Malanau, Melayu, Kenyah dan lain lain lagi. Du Sabah pula, kaum etnik yang
terbesar ialah, Kadazan-Dusun, Bisaya, Loh Dayuh dan lain lain.

Di Malaysia wujud sebuah intgrasi yang dinamakan sebagai Integrasi Nasional.


Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah
atau kawasan asal mereka, terutama antara semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Antara rancangan yang boleh dijalankan ialah dengan menggalakkan perpindahan
penduduk melalui rancangan kebudayaan kebangsaan, kemakmuran ekonomi,
peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa
antara semenanjung, Sarawak dan Sabah.

4.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan menjadi asas


pembentukan pelbagai undang-undang sesebuah negara. Ianya merupakan
dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadiran sesebuah negara moden.
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan
setiap individu perlu mematuhi keluruhannya. Perlembagaan dapat ditakrifkan
sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak
bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai
badan kerajaan dan prinsip umum tentang bagaiman prinsip tersebut dilaksanakan.

8
Oleh itu, perlembagaan mempunyai konsep ketinggian perlembagaan dan secara
konsepnya, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia
dan tunggak undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang wujud tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika bercanggah, akan terbatak
undang-undang yang berlawanan tersebut.

Perlembagaan yang wujud hari ini ialah berasaskan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ianya dipinda pada tahun 1963 untuk
membolehkan Singapura, Sabah dan sarawak menyertai Persekutuan Malaysia,
namun Singapua telah menarik diri daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1965. Setiap negeri pula mempunyai perlembagaan masing-masing yang menentuan
corak pemerintahan negeri berkenaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi
181 perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian.

4.1 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Berdasarkan definisi yang telah diterangkan, jelaslah bahawa perlembagaan itu


sendiri berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat.
Perlembagaan ialah kumpulan undang-undang dasar yang menentukan bagaimana
pemerintahan sesebuah negara itu seharusnya dijalankan. Dapatlah kita lihat di sini
bahawa perlembagaan itu amat penting fungsinya bagi menjalankan pentadbiran
dalam sesebuah negara. Terdapat banyak perkara yang perlu dijelaskan berkaitan
dengan kepentingan sesebuah perlembagaan.

Antara kepentingan perlembagaan ialah, perlembagaan berfungsi untuk


mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk
memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Hal ini kerana, perlembagaan
mengandungi set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti
awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. Melihat
pada ciri-ciri yang terdapat pada Perlembagaan Persekutuan 1957, ianya
dipersetujui oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu atas sebab terdapat
banyak unsur tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu di dalam

9
perlembagaan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan yang dengan unsur tolak ansur
yang terdapat di dalam perlembagaan.

Kepentingan perlembagaan yang seterusnya ialah, ianya adalah bertujuan


untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada
sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan
Malaysia mewartakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi atau disebut sebagai
bahasa kebangsaan. Namun begitu, dengan kewujudan bahasa rasmi atau bahasa
kebangsaan ini, ianya tidak pun menjejaskan dan menghentikan penggunaan
bahasa ibunda kaum lain malahan bahasa ibunda mereka dijamin oleh
Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan juga bertujuan untuk mengawal setiap pergerakan kerajaan dan


rakyatnya. Misalnya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa
kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agas dasar-dasar yang dijalankan
oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Hal ini adalah supaya apa-apa
sahaja perkara yang dilakukan sentiasa berada dalam undang-undang negara dan
tidak menjejaskan kedaulatan negara. Keadaan ini secara tidak langsung akan
membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh
sesuatu pihak atau kaum.

Akhir sekali, kepentingan perlembagaan adalah ianya menjadi wadah untuk


menyelesaikan masalah khususnya berkaitan dengan undang-undang. Di negara
kita Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang
yang tertinggi dalam negara. Ianya menjadi rujukan utama dalam mana-mana proses
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Segala jenis undang-undang
di Malaysia yang diluluskan sama sekali tidak boleh bercanggah dengan
perlembagaan. Mana mana undang-undang yang bercanggah sedikit sahaja dengan
perlembagaan masih dikira sebagai tidak sah penubuhannya.

5.0 EMPAT CABARAN UTAMA DALAM BIDANG SOSIAL YANG DAPAT


MENGERAT HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

10
Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985), The road to a cohesive and
progressive society is a long and ardous one which to use the malay phrase, is full of
“Onak dan duri”. Kenyataan tersebut dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran
yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.
Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran utama iaitu di mana
cabaran hubungan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat dilihat melalui
empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem
pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.

Daripada sudut pemisahan fizikal, ianya berlaku dalam masyarakat negara ini
yang timbul akibat daripada kesan dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan kaum ini bukan sahaja
terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis
pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu
tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara mereka
khususnya bagi mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Perkara ini
berlaku atas akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan gegrafi di Sabah
dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Dalam sistem pendidikan pula, setiap golongan etnik mempunyai sistem


pendidikan yang tersendiri. Pelajar Melayu menuntut di sekolah melayu
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan pelajar cina menuntut
di sekolah cina menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar
manakala pelajar india menuntut di sekolah tamil menggunakan bahasa tamil
sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut
bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi
memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi ini hanya
akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.

Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar, kita dapat lihat masih lagi
terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat
sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta institut
pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadan sebegini menyukarkan lagi
proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi

11
memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum.

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu
ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan daripada apa yang telah dibincangkan, hubungan etnik di


Malaysia semakin hari semakin baik. Hal ini kerana selari dengan pemodenan yang
berlaku, manusia semakin matang dan boleh berfikir apa yang terbaik buat diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Kemakmuran dan kesejahteraan merupakan titik
tolak yang penting dalam menentukan kemakmuran dan kemajuan sesebuah
negara. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya, kita perlulah
mengambil iktibar di atas setiap peristiwa hitam seperti peristiwa 13 Mei yang
melanda negara. Kita tidak mahu peristiwa rusuhan kaum seperti itu berulang lagi.
Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersatu padu untuk
menghasilkan sebuah hubungan etnik yang cemerlang.

12
RUJUKAN

(2010). Bab 2 Konsep Asas Hubungan Etnik. Diakses pada 31 Mac 2020 daripada
https://www.slideshare.net/FaridHasan/bab-2-konsep-asas-hubungan-etnik

(2010). Hubungan Etnik, Konsep Asas. Diakses pada 2 April 2020 daripada
https://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas

Ahmad Ali Seman, Warti Kimi. 2013. Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Wilayah Persekutuan.

13
Azuki, Yusri & Sopian. Faktor utama Dan Kemampuan Gagasan 1Malaysia Menurut
Perspektif Mahasiswa. Diakses pada 1 April 2020 daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/1071/1/Paper%201.pdf

Hamidah & Shah. Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik. Diakses pada 1 April 2020
daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_Konsep-kon
sepAsasHubunganEtnik.pdf

Hishamuddin. (2013). Rasisme Perkauman Dan Sejarahnya. Diakses pada 2 April


2020 daripada https://www.malaysiakini.com/columns/225813

Jafni. Cabaran Hubungan Etnik. Diakses pada 2 April 2020 daripada


https://www.academia.edu/15952733/Cabaran_Hubungan_Etnik

Kegiatan Ekonomi Sarawak. Diakses pada 1 April 2020 daripada


https://www.slideshare.net/nursyafika3557/kegiatan-ekonomi-sarawak

Mohd Syariefudin ah. 2014. Hubungan Etnik. Open Universiti Malaysia

Mpe3113 Hubungan Etnik. Diakses pada 1 April 2020 daripada


https://www.academia.edu/32178665/MPU3113_Hubungan_Etnik

Ramli & Kamarul. (2017). Pembanggunan Ekonomi dan Dasar Tenaga Kerja di
sabah, 1960an-80an. Diakses pada 2 April 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/332858920_Pembangunan_Ekonomi_
dan_Dasar_Tenaga_Kerja_di_Sabah_1960an-80an

14
Rasisme-Definisi, Huraian dan Contoh. Diakses pada 2 April 2020 daripada
https://www.coursehero.com/file/51382504/RASISME-definisi-huraian-dan-conto
hdocx/

Shahril, Jazques & Azri. (2018). Isu isu Perkauman Di Malaysia. Diakses pada 3
April 2020 daripada

https://racism860253850.wordpress.com/2018/01/09/first-blog-post/

Tajuk 6: Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi. Diakses pada 2 April


2020 daripada

https://www.academia.edu/10039416/TAJUK_6_HUBUNGAN_ETNIK_KE_ARA
H_MASYARAKAT_BERINTEGRASI

15

Anda mungkin juga menyukai