Anda di halaman 1dari 17

HUBUNGAN ETNIK

A) Tiga Idea Penting Menghalangi Rasisme Menghalang Pembangunan


Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan Politik.

Menurut Abur Hamdi & Mohd Mahfuz (2019), rasisme merupakan satu
kepercayaan yang menganggap bangsa sendiri lebih mulia, lebih beradab, maju, cerdik
dan berakhlak tinggi daripada kaum lain. Dalam ajaran Islam tidak dikenali konsep
perpecahan umat atau manusia berdasarkan kaum, jantina, warna kulit, darjat dan
keturunan. Fahaman rasisme tidak sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Perbuatan
menghina dan mengaibkan orang lain hanya kerana perbezaan etnik, warna kulit,
bahasa ataupun kebangsaan. Isu perkauman didapati masih wujud di beberapa tempat
di dunia bahkan di negara Malaysia ini dan tentunya perkara sebegini amat
membimbangkan. Walhal, ajaran agama Islam yang murni telah menghapuskan dan
menegah perkara ini daripada berlaku ke atas umat manusia (Abur Hamdi & Mohd
Mahfuz, 2019). Setiap individu mempunyai kedudukan yang setaraf dan tidak boleh
dibezakan, dek kerana perbezaan suku dan puak semata.

Antara idea penting yang menghalangi pembangunan kemajuan sosial, ekonomi


dan politik ialah antaranya adalah disebabkan faktor fizikal biologi, pendidikan dan
agama. Pertamanya kita lihat daripada aspek perbezaan fizikal seseorang individu.
Walaupun kita hidup pada zaman yang serba moden dan maju ini, namun mentaliti
rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap kelas ketiga. Berdasarkan kajian
(RUJUKAN), rakyat Malaysia masih lagi memandang aspek fizikal seseorang seperti
warna kulit, sifat biologi dan keturunan untuk berurusan dalam apa jua urusan seperti
urusan rasmi, jual beli dan untuk bersosial. Menurut (RUJUKAN), terdapat beberapa
kelompok rakyat Malaysia akan memilih bulu ketika ingin membuat sebarang urusan
dengan mengambil kira rupa paras fizikal. Sebagai contoh, warna kulit yang gelap,
rambut kerinting dan rupa paras yang tidak menarik semestinya tidak dipandang oleh
masyarakat. Oleh itu golongan ini akan rasa rendah diri walaupun mereka memiliki
kepakaran dan kebolehan dalam sesuatu bidang yang boleh membantu meningkatkan
kemajuan sesuatu organisasi mahupun negara.

Sebagai contoh, kebanyakkan sektor pengurusan sumber manusia dalam


sesuatu organisasi di Malaysia yang ingin mengambil pekerja baharu terutamanya dalam
bidang yang melibatkan bidang sosial biasannya akan memilih faktor fizikal seperti warna
kulit, berat badan dan penampilan dalam syarat untuk memohon jawatan tersebut.
Walaupun mereka ini terdiri daripada orang yang mahir dalam aspek bersosial,
menyelesaikan tugas dan dapat membantu meningkatkan produktiviti syarikat, namun
disebabkan rupa paras yang tidak menarik, golongan ini akan dipinggirkan atas sebab
faktor rasisme yang diamalkan dalam negara ini. Oleh itu, perkara ini akan menghalang
pembangunan kemajuan sosial, ekonomi dan politik yang dicita-citakan oleh negara
Malaysia.

Idea yang seterunya adalah kita melihat daripada aspek pendidikan yang akan
menyebabkan berlakunya rasisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hari ini tidak
seperti zaman dahulu lagi, segalanya memerlukan pendidikan. Sudah menjadi mentaliti
rakyat Malaysia sekarang, sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai pendidikan
sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pengajian Malaysia (SPM), sudah pastinya golongan
ini akan dipandang rendah. Walaupun golongan ini mempunyai pandangan, ucapan dan
idea yang bernas, namun disebabkan mereka tiada pendidikan yang tinggi, pastinya
pandangan dan idea mereka tidak diangkat dan diketengahkan. Walaupun mereka ini
mempunyai bakat yang kreatif, sifat yang murni dan kemahiran yang tinggi seperti
membaiki motosikal, melukis dan rajin bekerja namun kebanyakkan ibu bapa akan
memberi pesanan kepada anak mereka supaya belajar rajin-rajin dalam aspek
pendidikan agar tidak menjadi seperti golongan ini.

Menurut (RUJUKAN), walaupun pendidikan itu sangat penting dan harus dipelajari
oleh sesiapa sahaja, namun tidak semua daripada kita berpeluang untuk merasai nikmat
belajar dan menjadi orang yang berpendidikan tinggi. Kebanyakkan daripada mereka
terpaksa berhenti belajar hanyalah kerana ingin mencari pendapatan segera bagi
membantu keluarga yang susah. Oleh itu, stigma rakyat Malaysia yang rasisme terhadap
golongan berpendidikan rendah harus dihapuskan, sebaliknya kita harus mengembleng
tenaga bersama-sama membantu golongan ini dengan memberi ruang dan peluang yang
diperlukan untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. Dek kerana mereka tidak
mempunyai peluang untuk menjadi orang berpelajaran, tidak semestinya mereka
mempunyai sifat yang negatif seperti pemalas namun kebanyakan mereka mempunyai
kemahiran yang baik dalam sesuatu bidang namun perlu diasahkan lagi bakat dan
kemahiran mereka melalui peluang yang diberikan (RUJUKAN). Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap golongan tidak
berpendidikan kerana dengan sikap rasisme ini akan menghalang pembangunan
kemajuan sosial, ekonomi dan politik.
Idea yang seterusnya dalam menyebabkan rasisme dan menghalang
pembangunan kemajuan adalah disebabkan oleh perbezaan agama. Perkara ini jelas
dapat dilihat dalam konteks negara Malaysia kerana kita hidup dalam kalangan
masyarakat yang pluralistik, berbilang kaum dan berbilang agama. Menurut (RUJUKAN),
masing-masing antara kita percaya bahawa kaum dan agamanya adalah yang betul dan
terbaik jika dibandingkan dengan yang lain. Sebagai contoh, kita dapat lihat dalam aspek
politik di Malaysia bahawa terlalu banyak parti politik yang ditubuhkan berdasarkan
perjuangan kaum dan agama sendiri. Dalam kalangan satu kaum sahaja telah
dipecahkan lebih daripada tiga fahaman dan perjuangan yang berbeza dalam perjuangan
politik. Perkara ini juga telah membawa kepada aspek sosial dan ekonomi di mana rakyat
kita tidak mahu untuk berurusan seperti jual beli sekiranya penjual dan pembeli itu adalah
terdiri daripada golongan yang berbeza agama.

Tidak dapat dinafikan juga terlalu banyak tulisan, berita dan ucapan yang berbaur
agama dibangkitkan dalam akhbar, laman sensawang dan makalah. Oleh itu, perbezaan
agama telah dijadikan sempadan oleh rakyat Malaysia kerana masing-masing merasakan
mereka adalah golongan yang terbaik dan jelas menolak sifat bertolak ansur dan
bekerjasama. Agama yang berbeza juga seringkali dijadikan alasan dan isu besar oleh
pemimpin sesuatu organisasi politik untuk dijadikan hujah hanya kerana masing-masing
tidak cuba untuk mengenali dan menyantuni satu sama lain. Justeru itu, sekiranya
rasisme daripada aspek perbezaan agama ini tidak dihentikan maka amat jauh sekali
untuk kita mencari kata sepakat dalam membawa pembangunan kemajuan sosia,
ekonomi dan politik.
B) Banding beza ekonomi, politik, sosial dalam membentuk pluralistik salah
satu etnik semenanjung, sabah dan Sarawak

Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, pluralistik dirujuk


sebagai bersifat majmuk yang berasaskan pluralisme, iaitu keadaan masyarakat yang
terdiri daripada kepelbagaian kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya.
Pluralisme bermaksud interaksi daripada beberapa kumpulan yang menunjukkan sikap
saling menghormati dan toleransi antara satu sama lain. Menurut Mardiana & Hasnah
(2014), masyarakat pluralistik hidup bersama tanpa konflik asimilasi seperti beberapa
buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Pluralisme juga boleh
dikatakan sebagai salah satu ciri masyarakat moden dan kumpulan sosial yang paling
penting dan menjadi pemacu kemajuan dalam sains, masyarakat dan pembangunan
ekonomi (Baker, 1997).

Malaysia merupakan salah satu negara yang terdiri daripada masayarakat


pluralistik. Pada awalnya, penduduk di Tanah Melayu merupakan mereka yang
berbangsa Melayu. Namun, disebabkan oleh penjajahan yang dilakukan oleh kuasa luar
telah menyebabkan wujudnya masyarakat pluralistik di Tanah Melayu. Hal ini ekoran
daripada perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Kesannya, imigran Cina dan
India dibawa masuk ke Tanah Melayu dan seterusnya menjadi penduduk tetap dan
warganegara sehingga ke hari ini (Shamsul Amri, 2012). Perbincangan mengenai
pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga etnik
utama iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum
dan suku kaum lain di Malaysia seperti Kadazandusun di Sabah dan Iban di Sarawak.
Oleh itu, kita akan membuat banding beza dalam aspek ekonomi, politik dan sosial dalam
3 etnik utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di semenanjung, kita akan memilih
etnik kaum melayu tradisional, Sabah memilih etnik Kadazandusun dan di Sarawak pula
kita memilih etnik Iban dalam membuat banding beza dalam aspek ekonomi, politik dan
sosial.

Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar
ialah negeri. Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di
bawah pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertakhluk di kawasan
muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan
seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun
pedagang luar. Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja,
Sultan ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing. Contohnya,
gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk
Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka
merupakan pemimpin negeri yang paling penting. Mereka berfungsi sebagai lambang
perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja
ataupun sekumpulan pembesar.Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk
bezakan daripada rakyat biasa.

Unit politik melayu yang kedua ialah daerah. Daerah merupakan kawasan yang
dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Sesebuah daerah mungkin
meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu. Unit politik daerah
selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar
daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu
bagi seluruh negeri. Unit politik yang paling kecil bagi masyarakat melayu ialah kampung.
Sesebuah kampung juga merupakan satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa,
atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Ketua kampung
menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampung. Mereka juga akan
mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan
semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada
pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding
pembesar daerah.

Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di


pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun
disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum
‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu
‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazandusun membentuk etnik terbesar di Sabah. Sebelum
abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system
pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik
kesultanan dan sistem politik ketua babas.Kaum Kadazandusun telah mengamalkan
sistem politik kesukuan kerana mereka terdapat di daerah pedalaman Sabah. Mereka
hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka
bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai. Sistem politik tetap diamalkan di
pedalaman seperti yang diamalkan oleh kadazandusun walaupun Sabah diperintah oleh
Kesultanan Brunei dan Sulu. Politik kesukuan bermaksud peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh ketua suku kaum hanya terpakai dalam kalangan masyarakat suku
mereka sahaja tanpa melibatkan suku atau etnik lain.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai
Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai
Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum
yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan
mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai
Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar
di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan.
Tradisi politik orang Iban yang diberikan perhatian utama adalah adat, budaya dan
kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-
adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah
panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakat. Budaya menyimpan
pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang
walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan
dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek
moyang.

Orang Iban mempunyai banyak adat asal sebagai asas kepada sistem politik
mereka yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik
dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah adat membina rumah, adat
kahwin, cerai dan zina, adat beranak, adat bertani dan mengguna tanah, adat memburu,
menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu, adat meninggal, berkabung,
berpisah bunga dan tebalu janda duda. Kesemua adat ini dijadikan sebagai asas dan
peraturan yang menjamin keharmonian dan pembentukan politik dalam masyarakat Iban.
Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di
rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala
orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi
ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal
para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu
pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan
menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-
ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang
lain.

Sekarang kita beralih pula kepada ekonomi, salah satu kegiatan ekonomi
masyarakat melayu tradisional ialah penanaman padi. Masyarakat melayu
mengusahakan kegiatan penanaman padi secara sara diri iaitu untuk kegunaan sendiri
dan keluarga sahaja. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan oleh masyarakat melayu
pada ketika itu iaitu padi huma dan padi sawah. selain itu, kegiatan ekonomi masyarakat
melayu tradisional juga ialah penangkapan ikan. aktiviti penangkapan ikan merupakan
salah satu kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat melayu yang tinggal berhampiran
dengan sungai dan persisiran pantai seperti masyarakat melayu yang tinggal di kawasan
pantai timur iaitu terengganu dan kelantan. ikan juga merupakan sumber protein utama
bagi masyarakat melayu pada ketika itu. Sebagai kesimpulan, masyarakat melayu
tradisional telah mengusahakan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak british.
namun, selepas kedatangan british kegiatan ini telah ditukar kepada kegiatan ekonomi
yang lebih komersial.

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang di


mana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah
sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di
dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada
zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)
atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini
dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil
tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian
padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan
dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai
salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive,1978:3).

Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti
memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan
dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah
bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber
makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka
mereka dari turun-temurun. Selain menanam padi, ornag Iban juga menanam getah, kopi,
lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit. Apabila harga hasil tanaman ini melambung
tinggi, orang akan mendapat sumber pendapatan yang lumayan tetapi apabila harga
menurun sehingga ke paras terendah, ekonomi mereka mula terjejas kerana kos
penanaman tidak dapat lagi ditanggung walaupun tanah dipunyai sendiri dan tidak perlu
disewa.

Orang Kadazan Dusun yang tertumpu di pantai barat seperti Kudat, Tempasuk,
Tuaran, Penampang, Papar, dan lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau hidup
sebagai petani tradisi. Mereka mengamalkan pertanian swidden dengan menanam padi
sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Selain itu juga, kaum kadazandusun juga
menternak haiwan, menangkap ikan sungai, memburu, dan memungut tumbuh-tumbuhan
dan buah-buahan liar. Walau bagaimanapun,kini semakin ramai masyarakat
kadazandusun yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan,perkhidmatan kerajaan
dan sebagainya.

Beralih kepada sistem sosial pula, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak
feudal. Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan
iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah
merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam
masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau
raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama. Manakala, golongan yang diperintah
mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu. Golongan ini
terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam
masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing. Namun, setelah campur tangan
British dalm sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah
mengalami perubahan yang ketara.

Pada era dahulu, kebanyakan orang lban tinggal di rumah panjang yang
dibina daripada kayu belian danpelbagai jenis kayu yang lain. Tempoh mereka mendiami
sesebuah rumah panjang tersebut dianggarkan antara 30 hingga 40 tahun. Selepas itu,
mereka akan membina penempatan baru yang berlainan daripada tempat asalnya.
Tetapi, pada masa kini, orang Iban jarang-jarang didapati tinggal di rumah panjang yang
diperbuat daripada kayu. Mereka membina rumah panjang dengan menggunakan
batu-bata dan simen. Kini bentuk rumah panjang mereka telah bercorak moden,
malah sesetengahnya mengalahkan rumah teres yang dibeli di bandar-bandar.
Ngayau (memotong kepala) ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang
dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu.
Mereka melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan rapi atau boleh
dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang memberontak terhadap
pihak musuh. Semasa ekspedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya
mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka
bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga
akan merampas semua harta benda musuh yang mereka suka dan juga menangkap
semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman supaya
musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi mereka.

Struktur masyarakat sosial bagi kadazandusun terbahagi kepada empat institusi


masyarakat Kadazandusun. Pertamanya ialah Huguan Pogun yang merupakan gelaran
yang diberikan untuk Ketua Kampung. Mohoingon Tagabaa pula merujuk kepada
golongan Orang Tua yang menjadi tempat rujuakan Ketua Kampung mengenaihal-hal
berkaitan Adat Kadazandusun. Selain itu, Bobohizan atau Ketua Pendita juga merupakan
tempat rujukan Ketua Kampung dalam dalam perkara yang berkaitan dengan
kepercayaan, adat, dan sogit. Pangazau (warrior) pula memaikan peranan untuk
memastikan keadaan kampung sentiasa selamat dan terjamin.
C) Empat kepentingan perlembagaan dalam mengukuhkan perpaduan

Dengan adanya masyarakat pluralistik, perlembagaan memainkan peranan yang


penting dalam membina jati diri bangsa dalam kalangan rakyat. Perlembagaan
difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau
tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai
badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut
dilaksanakan. Perkara ini merupakan sumber undang-undang tertinggi yang perlu
dipatuhi oleh setiap individu di negara Malaysia. Setiap negara memerlukan
perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang
cekap dan adil. Hal ini sangat diperlukan bagi mewujudkan suatu rangka politik, sosial
dan ekonomi yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Jati diri pula secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan sejagat sesuatu kaum. Manifestasi daripada nilai-
nilai tersebut membentuk watak, sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan
diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et.
al.], 2010).

Peranan utama Perlembagaan Malaysia adalah sebagai satu asas kerjasama


antara kaum. Tanah Melayu yang sememangnya telah terdiri daripada tiga kaum yang
berbeza iaitu Melayu, Cina dan India yang bergabung dengan Sabah dan Sarawak yang
terdiri daripada pelbagai kaum yang berbilang jenis seperti Iban, Dayak, Dusun, Murut
dan sebagainya. Melalui perlembagaan, semua rakyat tanpa mengira kaum dikehendaki
untuk mematuhi segala undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan berperanan besar dalam membentuk dan menstruktur
hubungan etnik antara kaum di Malaysia. Hal ini menjadi batu asas dalam membina
kerjasama sesama kaum. Jika dilihat daripada sejarah pembentukan perlembagaan ini,
ianya dibina melalui kerjasama antara kaum yang mahukan kemerdekaan daripada pihak
British. Tolak ansur sesama kaum amat dititik beratkan demi membentuk sebuah
kerjasama antara kaum.

Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi


menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka
bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan
menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum.Unsur-unsur perlembagaan
seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja
telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan
pentadbiran.
Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau tidak
langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat sayangkan
negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya,
dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula
menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti
tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan
kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan


bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan
bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai
kaum.Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa
ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Rasional pemilihan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi
lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih mudah dipelajari dan
bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.

Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah


sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalam sistem ini, raja
mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang berfungsi sebagai
badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negara adalah pengurangan kuasa
raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen British dan hanya
berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam menyebabkan orang Melayu
menentang British.Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus
dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras dengan amalan demokrasi yang
diamalkan di Malaysia.

Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah


ditetapkan.anan yang di-pertuan agong dalam menjaga hak istimewa serta kedudukan
orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewa tersebut ialah
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta
pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau bagaimana pun, perlembagaan
juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya
pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.
Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain, iaitu
menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang
sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau
penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau
perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.


Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Perkara ini bermakna
seseorang itu diberi kebebasan bersuara tetapi kebebasan ini dihadkan kerana
seseorang itu tidak dibenarkan bersuara mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak
orang Melayu dan Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama
Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang boleh menimbulkan persengketaan dan
perselisihan faham antara kaum yang mampu mengancam keharmonian masyarakat
yang berbilang kaum. Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat di Malaysia
demi memelihara dan mengekalkan keamanan dan perpaduan antara kaum bagi
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara ini. Adalah suatu kewajipan dan
tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan
selaras dengan Rukun Negara kita.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin


kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara
dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan
keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara
Malaysia itu sendiri. Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang
dapat mencetuskan provokasi kaum. Rakyat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan


mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran
dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.
D) Empat cabaran utama bidang sosial dalam mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang


pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam.
Kepelbagaian yang wujud ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana
rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dengan aman dan
harmoni di bawah satu bumbung pemerintahan yang sama. Kepelbagaian ini turut
menuntut pembentukan integrasi nasional yang membolehkan semua etnik ini dapat
hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan
tidak selamat. Jika dilihat kesepaduan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia pada
masa kini, masyarakat dalam pelbagai etnik masih hidup dengan aman dan mengamalkan
kepercayaan serta budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu
sama lain.

Cabaran yang pertama ialah corak pendidikan vernakular yang menekankan


kepada empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan
India telah lama wujud sebelum kita mencapai kemerdekaan. Apabila kita berbalik
kepada sejarah, belum wujud lagi sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu
sehinggalah Penyata Razak 1956 dibentuk. Sebagai contoh, sekolah Melayu hanya
tertumpu kepada pendidikan agama di sekolah pondok. Pendidikan sekolah rendah pula
dibentuk bagi membolehkan orang Melayu tahu membaca, menulis dan mengira sahaja.

Bagi masyarakat Cina, mereka telah menggunakan kurikulum, buku teks dan
guru-guru yang diimport dari Negeri Cina. Bagi kaum India, sekolah-sekolah Tamil
didirikan di estet-estet berasaskan kurikulum dan buku teks yang diimport dari India
Selatan. Malah, sekolah aliran Inggeris yang didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian
dan British pula didirikan di bandar-bandar dan mendapat sambutan yang baik daripada
kalangan penduduk bandar sama ada Melayu, Cina atau India. Akan tetapi, ia tidak
mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu luar bandar kerana bimbang anak-
anak mereka dipengaruhi agama Kristian. Malah, Sistem pendidikan ketika itu tidak
menitikberatkan perpaduan sosiobudaya dalam kalangan penduduk yang berbilang
bangsa.

Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan


kebangsaan dan menghapuskan sekolah-sekolah vernakular seperti Laporan Barnes
1951 dan Laporan Razak 1956, ianya mendapat tentangan yang hebat daripada
masyarakat Cina. Namun pada hakikatnya, matlamat utama yang sebenarnya adalah
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional seterusnya menyatupadukan
penduduk pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah
dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang
kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis
kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama
dalam satu sekolah. Kewujudan sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-
peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang
berlainan. Semestinya ia menjadi penghalang kepada perpaduan. Sesetengah ibu bapa
juga cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis
kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Hal ini kerana mereka tidak begitu yakin
dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakannya terdiri dari
pelajar-pelajar Melayu.

Sehingga kini, kita boleh melihat kewujudan sekolah-sekolah pelbagai aliran


seperti sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C), sekolah jenis
kebangsaan Tamil (SJK(T), sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah
menengah Cina persendirian. Kesannya, ianya akan memberikan impak yang kurang
elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-
beza. Keadaan ini berlanjutan sebagai warisan sejarah yang amat bahaya ibarat ‘api
dalam sekam’.

Cabaran yang kedua pula ialah pemisahan fizikal yang berlaku timbul akibat
daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah
Malaysia. Kesannya, orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung.
Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya
menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula
bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Ketiga-ketiga kumpulan
kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan peluang untuk
berinteraksi sesama mereka menjadi kurang.

Malah, pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan


Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan memberi kesan terhadap pemupukan
hubungan etnik di Malaysia. Perkara ini meningkatkan perasaan kekitaan atau
etnosentrisme iaitu satu pandangan yang melihat kelompok etnik lain melalui kaca mata
etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka dan stereotaip
sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Malah, tahap kefahaman yang
rendah tentang cara hidup kaum yang lain menyebabkan kita kurang menghargai kaum
yang berbeza daripada kita. Sebab itulah wujudnya masalah perkauman yang
mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum
lain ini biasanya disebabkan kurangnya pendedahan mengenai kepelbagaian etnik di
Malaysia.

Contoh yang jelas ialah kebanyakan penduduk di Semenanjung Malaysia sangat


kurang memahami cara hidup masyarakat di Sabah dan Sarawak. Contohnya dari segi
budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin berlaku jika kita
hanya mengambil berat tentang etnik diri sendiri sahaja. Bukan itu sahaja, kebanyakkan
masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari
penduduk yang sama kaum. Contohnya penduduk Bugis lebih banyak tertumpu di
kawasan Tawau. Kaum Cina di kawasan Sibu di Sarawak dan Bajau di kawasan Kota
Marudu. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal dan selesa
bersama penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka.

Cabaran yang ketiga pula ialah Polarisasi dalam kalangan pelajar dapat dilihat
pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, institut pengajian tinggi awam
(IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Mereka cenderung dalam memilih
rakan yang seagama atau sekaum dengan mereka. Keadaan sebegini semestinya
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Kesannya, nilai-nilai bagi memupuk
semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan. Hal
ini kerana wujudnya jurang di antara semua kaum. Malah, satu perkara baru yang wujud
pada masa kini ialah, para ibu bapa kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih cenderung menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita
memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati.
Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang keempat pula ialah perbezaan adat istiadat yang diamalkan oleh
perbezaan kaum di Malaysia. Kewujudan masyarakat berbilang bangsa sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka amat berbeza daripada masyarakat berbilang bangsa yang
wujud akibat penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Perbezaan antara
kedua-dua masyarakat berbilang bangsa tersebut ialah kesanggupan masyarakat
berbilang kaum pada zaman Melaka untuk menerima budaya masyarakat Melayu seperti
bahasa, makanan, etika dan pakaian. Sebaliknya, masyarakat imigran pada zaman
British tidak berpeluang ataupun berkeinginan mengenali sosiobudaya masyarakat
Melayu. Ada juga dalam kalangan masyarakat imigran yang memandang rendah
kedudukan dan sosiobudaya masyarakat Melayu. Malahan mereka menganggap
masyarakat Melayu tidak mempunyai perkaitan dengan mereka. Oleh itu, masyarakat
berbilang bangsa atau masyarakat majmuk pada zaman penjajahan merupakan punca
wujudnya beberapa aspek sosiobudaya negatif yang menghalang usaha-usaha
mengeratkan hubungan etnik di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai