Anda di halaman 1dari 3

NAMA: DARMINI A/P THAYALAN

TARIKH : 30 MARCH 2020

NILAIKAN TINDAKAN DAN USAHA KPM DALAM PEMBINAAN DAN


PERKEMBANGAN KUALITI GURU AGAR MEMENUHI ASPIRASI YANG
DIHASRATKAN.

Salah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai
tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia
dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama
yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang
profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh – sungguh merangka dan
melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta
menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara inI. KPM telah memasukkan
rancangan untuk memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN).

Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah dibahagikan


kepada lima fokus utama.

menambah baik sistem pemilihan calon guru

memantapkan latihan perguruan

memantapkan kerjaya guru

menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan


guru

memantapkan perancangan dan pengurusan


sumber manusia.
Antara usaha yang dilakukan olek KPM adalah memperkenalkan Standard Guru Malaysia
(SGM) selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk memartabatkan
profesionalisme keguruan. Dalam Standard Guru Malaysia terdapat 6 standard. Standard –
standard berikut merupakan usaha kpm untuk melonjakkan kecemerlangan Institusi
Pendidikan Keguruan. Misalnya, Standard kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman. KPM
memastikan guru pelatih harus mempunyai pengetahuan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi , media dan sumber. Dalam PIPP juga terdapat aspirasi yang penting iaitu
kecekapan . Dari segi kecekapan, guru dapat mempunyai kemahiran yang tinggi dan dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sehingga mencapai tahap luar Negara.

Seterusnya, KPM juga mengadakan Program Transformasi Minda khas untuk guru
pelatih yang akan menjadi profesionalisme guru. Tujuan Program tersebut adalah memberi
pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam
perkhidmatan awam. Melalui program ini, guru pelatih dapat memperkembangkan kualiti diri
sebagai guru berprofesional selanjutnya. Dengan ini, Program Transformasi Minda yang
diadakan oleh KPM dapat membina guru berkualiti dan memperkembangan minda mereke
sebagai guru berprofesional.

Tambahan pula, KPM juga merancang bengkel google classroom khas untuk guru-
guru sekolah supaya semua guru dapat mempunyai pengetahuan dan amalkan di dalam
bilik darjah. Hal ini dapat menunjukkkan bahawa, semua guru pada masa kini cekap dalam
teknologi terkini dan membina generasi yang pengetahuan teknologi yang tinggi. Bengkel
google classroom juga mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dengan
efektif mengikuti aspirasi hasrat tersebut.Teknologi ini dapat memastikan semua pelajar
dapat pendidikan dengan sama rata.

Justeru, KPM juga merancang praktikum kepada guru pelatih selama tiga bulan di
bawah Standard guru Malaysia (SGM). Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan
ditempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah .
Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikan teori dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang
tersendiri. Dengan ini, Guru pelatih tersebut keluar daripada ipg sebagai guru yang
mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kelas dan murid dalam pdp.

Kesimpulannya, KPM mengambil pelbagai usaha untuk membina guru yang


berkualiti untuk pada masa hadapan. Setiap langkah yang diambil oleh KPM dapat
mencontohi untuk membentuk warga pendidik yang berkualiti. Sebagai Pendidik, saya
berharap KPM akan perlu mengambil inisiatif dalam membentuk guru berkualiti dan membina
Negara bangsa mengikuti aspirasi yang dihasratkan.

Anda mungkin juga menyukai