Anda di halaman 1dari 14

TEORI KEPRIHATINAN FULLER

Disediakan Oleh:

Najihah bt Mohd Zahidi


Farah Syafiqah bt Paridul Adras 8PISMP PA/BA/AQ1

Pengenalan

Fuller (1969) merupakan pengkaji yang terawal mengemukakan teori yang mencadangkan kefungsian guru melalui peringkat-peringkat perkembangan

Teori yang diperkenalkan adalah teori keprihatinan atau concerns theory yang cuba menjelaskan persepsi, pertimbangan, masalah, ketidakpuasan dan kepuasan yang dialami oleh guru praperkhidmatan sepanjang tempoh program latihan keguruan yang diikuti.

Menurut kamus dewan edisi keempat, keprihatinan bermaksud kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pada seseorang atau sesuatu

Definisi keprihatinan

Menurut Fuller,keprihatinan bermaksud anggapan guru atau sesuatu yang dianggap masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya.

Teori Keprihatinan Fuller (1969)

Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Peringkat Keprihatinan Impak

Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri


Pada peringkat ini, guru berasa bimbang tentang kemampuan diri samada kemampuan untuk mengawal kelas dan apa yang diperkatakan oleh ibu bapa serta guru-guru lain Namun perasaan bimbang ini akan berkurangan setelah beberapa bulan. Akan tetapi, pengurangan perasaan ini akan bergantung kepada seseorang guru tersebut. Tanda yang menunjukkan perasaan bimbang berkurangan apabila guru mula memberi tumpuan pada cara pengajaran yang baik.

Contoh soalan : apakah yang mampu saya buat? adakah pelajar saya sukakan saya? bolehkah saya mengajar dengan baik apabila diselia nanti? apakah yang akan dikatakan oleh ibu bapa pelajar tentang diri saya?

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas


Pada peringkat ini, guru lebih memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau mengendalikan tugas pengajaran dengan baik. Tumpuan lebih diberikan pada cara melaksana dan memperbaiki pengajaran serta cara-cara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid,pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi pengajaran

Contoh soalan : Adakah bahan-bahan pengajaran yang saya gunakan ini bersesuaian? Adakah saya mempunyai masa yang mencukupi untuk menyampaikan isi kandungan ini?

Peringkat Impak
Merupakan peringkat ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru

mulai melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi


dan pelbagai keperluan.

Guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal .


kelas dan tentang keberkesanan penyampaian pengajaran.

Keprihatinan guru lebih berkaitan dengan kesan dan impak pengajarannya terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar.

Guru lebih mengambil berat tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya. Keprihatinannya berkaitan dengan soalan-soalan seperti :
Bagaimanakah saya boleh memenuhi keperluan emosi dan sosial pelajar saya?

Bagaimanakah saya boleh wujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?

Apakah cara yang terbaik untuk memotivasikan pelajar saya?

RUMUSAN TEORI FULLER


Perkembangan Guru Sebagai Proses Semula Jadi

Teori Fuller (1964) cuba mengkonsepsikan peringkat

perkembangan guru praperkhidmatan sebagai suatu


proses semula jadi yang dilalui.

Pemikiran dan keprihatinan seorang guru praperkhidamatan atau guru permulaan akan berfokus kepada diri terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada pelajar.

Seterusnya, keprihatinan akan berubah dari fokus kepada diri sendiri kepada tugas pengajaran dan seterusnya kepada impak.

Sokongan emosi, sosial dan fizikal yang diterima oleh seseorang guru memainkan peranan penting untuk memastikan peringkat kemandirian berkembang dari setiap peringkat.

Pengetahuan yang tidak mencukupi atau


kekurangan sokongan emosi boleh menyebabkan kegagalan atau melambatkan perkembangan

peringkat.

Seseorang guru pada peringkat tugas mungkin berbalik kepada peringkat diri jika berlaku perubahan suasana seperti diminta mengajar subjek baru, mengajar kelas yang berbeza atau bertukar ke sekolah baru.

Keprihatinan guru dipengaruhi oleh faktor konstektual iaitu persekitaran bukan hanya ditentukan oleh urutan perkembangan.

Anda mungkin juga menyukai