Anda di halaman 1dari 9

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 6 : GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep etika dan akhlak, dalil berkait dengan etika, objektif etika
Islam dalam perkhidmatan dan etika penjawat awam. Turut dibincangkan mengenai pekeliling
dan akta berkait dengan Pendidikan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :.

Menghuraikan konsep etika dan akhlak dalam Islam.

Menghuraikan berkenaan pekeliling dan akta berkait dengan Pendidikan


Islam.

Guru Pendidikan Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

56
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 6

KANDUNGAN TAJUK 6 : GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN


AWAM MALAYSIA

Guru Pendidikan Islam dan Etika Penjawat Awam

 Konsep etika dan akhlak


 Dalil berkait dengan etika
 Objektif etika
 Etika Penjawat Awam

Guru Pendidikan Islam dan Etika Penjawat Awam :

Setiap guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan Islam. Ini kerana etika tersebut
dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.
Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlu mempunyai ciri-ciri yang positif.
Guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam
diri murid-muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai
pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru
dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana
canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan
dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat
tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam
pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut tercapai .

Konsep etika dan akhlak :

57
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Pengertian etika menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip
moral atau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah laku
betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah s.w.t. Etika boleh
dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan
akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan
kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku
pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih menyeluruh, mempunyai ciri-
ciri dinamik dan profesionalisme yang sempurna. Hal ini kerana kesempurnaan asas dan
sumbernya. Asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumbernya ialah al-Quran
dan as-Sunnah.

Akhlak ditakrifkan sebagai tingkah laku, perangai, atau tabiat. Akhlak yang baik disebut
sebagai beradab, beretika dan bersopan santun yang diterjemahkan dari hati yang ikhlas dan
luhur.  Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai peri pentingnya memelihara
akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian sebagai hamba yang taat
kepada perintah Allah s.w.t. Begitu juga dalam soal akhlak (etika) kerja.

Akhlak (etika) kerja dalam Islam sebenarnya bermula dengan konsep dan pandangan
Islam terhadap kerja itu sendiri.  Apabila guru berakhlak ini bermakna guru faham akan konsep
kerja dalam Islam sebagai jambatan menuju ke akhirat. Bekerja untuk mendapat pahala di sisi
Allah s.w.t. Bahkan kepentingannya dilihat dapat membimbing para guru ke arah  melakukan
kebaikan dan menjauhi daripada segala kemungkaran. Namun begitu, berapa ramai di antara
kita memilih untuk melakukan pekerjaan mengikut pandangan hidup Islam? Di kala itulah
perlunya seseorang memiliki kefahaman dan kesedaran keagaaman terutama di dalam konsep
kerja bagi membimbing mereka menjauhi pekerjaan yang dilarang oleh Allah s.w.t. Kefahaman
mengenai nilai-nilai akhlak atau etika kerja berlandaskan pandangan hidup Islam penting bagi
menentukan matlamat kepada akal fikiran, tindakan dan tanggungjawab kita sebagai ‘khalifah’ 
yang diamanahkan di muka bumi ini.  Kefahaman yang jelas berkaitan akhlak itu nanti akan
menjadi panduan kepada guru dalam melahirkan kerja yang cemerlang dan berkualiti.

Etika keguruan Islam bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap pencipta (Allah s.w.t), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap
masyarakat dan negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa

58
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

pelajar serta masyarakat dan negara. Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru
Agama /Ustaz/Ustazah) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam
yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan
secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya
guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka.

Dalil berkait dengan etika :

Firman Allah Taala dalam surah an-Nisa’ ayat 59 :

        


 
Maksudnya :

“ Wahai orang –orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan Pemerintah ) dari kalangan kamu”

Akhlak merupakan teras kepada pembentukan etika kerja seseorang. Akhlak mulia yang
dimiliki oleh seseorang guru menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit.
Ini bermakna apabila seseorang itu mempunyai akhlak yang baik maka, mereka akan
melakukan pekerjaan dengan mengikut tuntutan Islam.  Salah satunya berakhlak dalam
melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh (itqan). Pekerjaan yang dilakukan dengan
bersungguh-sungguh akan tergolong dalam amalan kebajikan. “Sesungguhnya Allah suka
apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja itu dengan tekun” ( Riwayat Al-Baihaqi) 

Dalam hadis ini, menekankan supaya seseorang yang mempunyai akhlak yang baik
perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan kemahiran dan ketekunan yang tinggi. Guru yang
mempunyai akhlak (etika) tidak akan bekerja sambil lewa atau bertanguh-tangguh dalam
menyiapkan tugasannya. Meskipun kerja itu dianggap membosankan tetapi apabila guru itu
mempunyai akhlak dan anggapan yang baik terhadap kerja yang dilakukan maka kerja
tersebut tidak dianggap sebagai bebanan.  Dalam hal ini, kerja yang dilakukan akan dibuat
secara bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu.  Kerja yang bersungguh–sungguh ini akan
dilakukan untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Bahkan ia juga dilakukan dengan sebaik
yang mungkin bukan sekadar “melepas batok ditangga”.  Jika terdapat kesulitan semasa

59
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

melaksanakan tugasnya, guru itu akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian dan tidak
mudah putus asa atau mengaku kalah.

Objektif etika :

a) Tanggungjawab Terhadap Allah. Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:
i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan
kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

b) Tanggungjawab Terhadap Diri :


i. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
fizikal, emosional, mental mahupun moral.
ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan
dari segenap aspek.
iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin
kepada Allah, masyarakat dan negara.

c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu :


i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

d) Tanggungjawab Terhadap Profesion :


i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
iii. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.

60
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid :


i. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari
hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar.

f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat :


i. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau
ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara :


i. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa :


i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

61
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Etika Penjawat Awam :

Etika perkhidmatan awam bermatlamat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti
pengeluaran, mewujudkan anggota yang bersih, cekap, amanah dan berakauntabiliti,
melahirkan organisasi yang bertanggungjawab dan diyakini rakyat. Nilai dan etika bagi
penjawat awam penting kerana pelaksanaan dasar-dasar kerajaan memerlukan kakitangan
yang cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab demi mencapai tahap yang tinggi dan
mempunyai imej yang bersih supaya dapat mendukung pembangunan negara ke arah
peningkatan kualiti kehidupan rakyat. Ciri penjawat awam yang berkualiti ialah :
 Keunggulan peribadi
 Kopetensi
 Profesionalisme

Rasional nilai dan etika dalam perkhidmatan awam :


 Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku
anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka
sebagai pekerja negara.
 Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam
sebagai institusi utama yang membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun
masyarakat.
 Nilai dan etika anggota Perkhidmatan Awam merupakan standard mutlak bagi
mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

Langkah-langkah penerapan nilai dan etika yang telah diambil oleh kerajaan adalah :
 Panduan perkhidmatan cemerlang.
 Penggunaan kad perakam waktu.
 Kempen ‘Bersih Cekap Amanah’.
 Dasar Pandang ke Timur.
 Penggunaan tanda nama.

62
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

 Kepimpinan melalui tauladan.


 Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.
 Panel memajukan Pentadbiran Awam.
 Buku ‘Etika Kerja Islam’.
 Gerakan Budaya Kerja Cemerlang.
 Pengurusan kualiti dalam Perkhidmatan Awam.
 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
 Tonggak 12.
 Wawasan 2020.
 Rukunegara.

Mematuhi dan mengamalkan etika Keguruan Islam dan etika anggota Perkhidmatan
Awam akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran
guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. Meskipun ciri dan sahsiah guru
yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya
berkesan. Pengajaran guru sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor
yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru-guru pendidikan
Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan
memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan
semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk
menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Cabaran yang dihadapi oleh para guru
dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan
dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan
kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan
pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak
memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran
mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan
generasi yang baik.

63
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan kefahaman anda mengenai etika Guru Pendidikan Islam sebagai anggota
Perkhidmatan Awam.
ii. Bincangkan bagaimana menerapkan etika dan akhlak Penjawat Awam kepada guru
pendidikan Islam.

64

Anda mungkin juga menyukai