Anda di halaman 1dari 13

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 5 : PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan peranan guru sebagai dai, mudarris, muallim, muaddib, murabbi,
murshid dan penyelidik. Turut menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam. Seterusnya penerangan impak guru Pendidikan Islam cemerlang terhadap
masyarakat dan negara.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .

Menghuraikan peranan guru sebagai dai, mudarris, muallim, muaddib,


murabbi, murshid dan penyelidik.

Menganalisis isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru Pendidikan
Islam.

Menghuraikan impak guru Pendidikan Islam cemerlang terhadap


masyarakat dan negara.

Peranan Guru Pendidikan Islam

43
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 5

KANDUNGAN TAJUK 5 :

Guru sebagai dai

 definisi
 dalil naqli
 teknik
 kesan

Guru sebagai mudarris, muallim, muaddib,murabbi dan murshid (5M)

 Tugas guru :
mudarris, muallim, muaddib,murabbi dan murshid.

Guru sebagai dai :

Menyampaikan ilmu dan menyeru ke arah kebaikan adalah merupakan


tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini. Justeru, semua manusia
berperanan untuk menyebarkan ajaran Islam yang benar kepada insan lain seiring
dengan tuntutan dakwah dalam Islam. Melaksanakan tuntutan dakwah adalah merupakan
suatu tuntutan dalam agama Islam. Ia juga merupakan suatu tugas yang amat mulia yang
meneruskan kesinambungan tugas para nabi dan rasul.

Definisi :

Dakwah pada bahasa bererti mengajak, menyeru, memanggil. Manakala dari segi istilah,
dakwah bermaksud menyeru manusia kepada jalan Allah s.w.t. dengan mengajak manusia
kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran dengan cara berhikmah dan bijaksana.
Amalan berdakwah hendaklah dilakukan sepanjang hayat dan selari dengan dakwah para
da’ie, nabi dan rasul.

Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu program yang


lengkap, yang meliputi semua peringkat, mengandungi semua ilmu pengetahuan yang
diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tugasan dan matlamat hidup.

44
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Manakala Dr. Yusuf al-Qardawi menjelaskan dakwah sebagai suatu usaha yang
membawa orang lain kepada Islam seperti mengikuti perintah agama,
melaksanakan ketetapan di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk
perhambaan diri, taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala
kongkongan yang bukan daripada Allah.

Kesimpulannya dakwah bermaksud sesuatu proses membawa, mengajak,


menyeru orang lain, masyarakat dan murid-murid kepada Islam, mengamalkan ajarannya,
meninggalkan apa yang dilarang dan menumpukan perhambaan diri kepada Allah Taala
sahaja.

Dalil naqli :

Surah Ali Imran ayat 104 :

       


       

Maksudnya :

“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada
yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Mereka inilah orang yang beruntung”

Surah an-Nahl ayat 36 :

          
         
Maksudnya :

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk


menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka di antara umat itu, ada
orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang
telah pasti kesesatan baginya”

45
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Teknik :

Dakwah di sekolah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah :

i. Penulisan dan risalah


ii. Ceramah dan tazkirah
iii. Contoh teladan
iv. Usrah
v. Program keagamaan seperti hari kebesaran Islam, festival nasyid dan
sebagainya

Teknik berdakwah di sekolah memerlukan perancangan dan strategi yang amat teliti bagi
menjamin kejayaan dan kecemerlangan diri pelajar. Antara teknik berdakwah di sekolah
ialah :

i. Penjelasan yang nyata dan jelas.


Teknik berdakwah yang berkesan amat mementingkan penjelasan yang tepat
dan benar terhadap sesuatu perkara. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan
dan memberi kefahaman kepada orang lain. Sebagai seorang guru, kita tidak
boleh membiarkan anak murid didedahkan dengan sesuatu tanpa penjelasan
kerana ditakuti akan terpesong dan salah tafsiran. Rasulullah s.a.w. akan
menjelaskan sesuatu dengan terperinci berdasarkan firman Allah di dalam
al-Quran melalui hadith Baginda s.a.w.

ii. Berperingkat-peringkat.
Dakwah di sekolah hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Ini akan memudahkan penerimaan mad’u (murid) kerana perubahan
memerlukan masa. Perubahan secara drastik akan mengejutkan dan
membebankan pelajar. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang disampaikan
oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat secara berperingkat dan
bukannya sekaligus.
iii. Mudah.
Islam itu mudah dan fleksibel. Guru perlu mendidik pelajar dengan pendekatan
yang memudahkan dan bukannya terlalu rigid terhadap sesuatu perkara.

46
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Sebagai contoh ; Tuntutan solat ; bagi yang tidak mampu berdiri, perlu solat
secara duduk, jika tidak mampu, secara berbaring, mengiring dan isyarat mata.
iv. Lemah lembut, berhikmah dan bijaksana
Dakwah juga hendaklah disampaikan secara lemah lembut, berhikmah
dan bijaksana. Ini kerana menjadi fitrah manusia lebih mudah menerima
teguran secara berhikmah dan bukannya secara kekerasan dan kasar.

Kesan :

1. Individu (murid).

Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :

a. Menjadi perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur


kehaiwanan yang semulajadi wujud dalam diri manusia.
b. Menjadikan manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang
mulia.
c. Berjaya membentuk akhlak terpuji murid.

2. Masyarakat

Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :

a. Melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara-cara hidup Islam.


b. Membina khairu ummah
c. Mewujudkan muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya dan teguh
akhlaknya.
d. Menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
e. Masyarakat yang penuh dan mengabdikan diri kepada Allah, berkasih
sayang, bekerjasama dan bertanggungjawab.
f. Memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Guru sebagai mudarris, muallim, muaddib,murabbi dan murshid (5M) :

47
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Mudarris:

Sebagai mudarris, seorang guru sewajarnya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan kondusif. Berikut adalah ciri-ciri mudarris :

i. Zuhud; mengajar bukan untuk ganjaran.


ii. Medapat keredhaan Allah
iii. Bersih jiwa daripada sifat riak, pemarah dan ujub.
iv. Menjaga kebersihan diri dan pakaian.
v. Berkeperibadian mulia.
vi. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
vii. Rendah diri
viii.Pandai menjaga diri

Menurut Shamsina, Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan
membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik
murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran
(learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid
yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-
perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat
dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk
mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya.
Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid
untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke
tahap penilaian iaitu  berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk,
antara benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan
kerosakan. Sejauh mana sebenarnya guru Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan
sebagai mudarris atau sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan
kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.

Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna peranan
seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada tahap

48
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

tinggi yang dapat membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan
situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan
faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya). Tidak
akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar menyampaikan atau
memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai individu yang berilmu pengetahuan
tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan
demikian – contohnya amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru
Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator, pemandu /
pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan pembentuk budaya
masyarakat.

Muallim:

Sebagai seorang muallim, setiap guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan


kepada murid secara berkesan. Mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang
benar dan menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan melalui proses yang
berperingkat-peringkat.

Berikut adalah ciri-ciri muallim :


i. Memiliki niat yang ikhlas.
ii. Bermatlamatkan untuk menyelamatkan murid daripada azab neraka dan
mendekatkan mereka kepada Allah.
iii. Mengetahui dasar-dasar dan asas-asas pendidikan dalam negara.
iv. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
v. Dapat memotivasikan murid.
vi. Memiliki kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan.
vii. Memberi perhatian kepada semua pelajar khususnya yang lemah.
viii.Mengamalkan apa yang diajar.
ix. Berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
x. Meningkatkan kemahiran ikhtisas dengan menghadiri kursus dan seminar
dari masa ke semasa.
xi. Mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
yang dapat menarik minat pelajar.

49
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

xii. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan


pembelajaran dengan jelas dan tepat.

Guru sebagai muallim merupakan seorang individu guru yang menyampaikan ilmu
pengetahuan serta kemahiran berdasarkan kepada ilmu yang ada padanya secara khusus
seperti Ilmu Geografi, Sains, Nahu dan Sarof, Bahasa, Sirah, Matematik, Astronomi, Psikologi,
Kulinari dan sebagainya. Muallim dalam konteks Pendidikan Islam seharusnya merupakan
individu guru yang menyampaikan ilmu-ilmu asas Islam yang akan digunakan oleh anak didik
dalam menjalani kehidupan harian mereka selaras dengan peranannya sebagai hamba Allah.
Dalam konteks bilik darjah dan komponen kurikulum yang telah ditetapkan, maka seorang
muallim akan menyampaikan ilmu berdasarkan kepada sukatan kurikulum dan mengikut
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Dalam sepotong hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".
Dalam konteks ledakan ilmu yang tidak terbatas, seorang muallim perlu lebih bersedia
melaksanakan tugas menyampaikan ilmu dan kemahiran (bergantung kepada tahap murid /
pelajar) agar dapat terus digunakan atau diamalkan di dalam dan di luar bilik darjah termasuk
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Meskipun di dalam hadis yang
dinyatakan di atas menyebut satu ayat (minima), namun peranan seorang muallim bukan
sekadar menyampaikan dalam ertikata memindahkan ilmu tetapi menyampaikan dengan
huraian dan penjelasan. Tanpa penjelasan yang baik kebarangkalian murid untuk mengetahui
dan memahami adalah tinggi tetapi belum menjamin dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi
untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah atau mengaplikasi ilmu untuk
menghasilkan / mencipta sesuatu. Murid hanya sampai ke tahap mengetahui dan memahami
(rujuk Taksonomi Bloom domain kognitif).    

Ini bermakna seorang muallim perlu menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran-
kemahiran pedagogi yang berkaitan dengannya (bidang ilmu yang diajar) melangkaui tahap
sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sesuatu ilmu itu
akan disampaikan mengikut tahap-tahap tertentu daripada yang paling rendah hingga ke tahap
paling tinggi. Dengan akses maklumat yang mudah dan cepat, kemungkinan besar terdapat
murid yang mempunyai maklumat yang lebih luas daripada guru sendiri. Seorang muallim

50
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

(zaman ledakan maklumat yang tidak terbatas serta tidak tersaring) tidak seharusnya
mempunyai ilmu atau kemahiran yang terkebelakang berbanding murid-muridnya termasuk
pengetahuan menggunakan teknologi. Tidak dapat tidak seorang muallim perlu mengamalkan
budaya belajar sepanjang hayat disebabkan setiap waktu akan terdapat ilmu-ilmu baru yang
perlu diketahui dan dikuasai.

Muaddib :

Sebagai muaddib, guru bertanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak dan tingkah
laku murid. Mereka juga perlu menimbulkan semangat dan minat murid dalam
megamalkan ajaran Islam sehingga menjadi kebiasaan. Contoh :

i. Solat berjemaah, berpuasa, rajin belajar, menjaga


kebersihan.
ii. Melahirkan minat pelajar melalui program-program seperti tilawah,
azan, nasyid.
iii. Mengajar adab dan budi pekerti.
iv. Proses mendisiplinkan murid melalui pendekatan kerohanian dan
jasmani.
v. Melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat.
vi. Melibatkan penguasaan ilmu pengetahuandan perubahan sahsiah
dengan tujuan untuk mencapai akhlak mulia.

Berikut adalah ciri-ciri muaddib :


i. Perlu menjadi contoh teladan yang baik.
ii. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah.
iii. Menyematkan kepercayaan yang benar dalam diri murid.
iv. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai kepentingan ibadah.
v. Menaikkan semangat murid.
vi. Menimbulkan minat murid untuk mengamalkan ajaran Islam.

Penekanan kepada pembentukan tingkahlaku berdisiplin menjadi salah satu matlamat


dalam pendidikan agar murid yang mendapat didikan tersebut akan dapat mengelakkan dirinya
daripada terjerumus dengan gejala maksiat atau penyelewengan dan rasuah ketika menjalani

51
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

kehidupan seharian. Rasuah menjadi salah satu musuh utama dalam negara dan dilakukan
oleh sebahagian rakyat yang beragama Islam. Gambaran ini seolah-olah menunjukkan
kegagalan peranan guru sebagai seorang muaddib.

Rasulullah s.a.w. diutus untuk membentuk akhlak yang mulia dan institusi pendidikan
yang ada pada hari ini merupakan institusi yang seharusnya meneruskan peranan
pembentukan akhlak yang mulia ini. Para ustaz dan ustazah (guru khusus mata pelajaran
Pendidikan Islam) seharusnya menyedari bahawa pemindahan ilmu dari seorang pendidik
kepada murid sebenarnya tidak mencukupi sekiranya peranan “membentuk” tingkahlaku
mahmudah tidak diberikan penekanan.

Seorang Muaddib merupakan individu guru yang menjalankan peranannya untuk


membentuk nilai-nilai tingkahlaku (behavior), nilai afektif serta nilai kognitif murid untuk
dijadikan amalan dalam hidup mereka. Dari perspektif nilai tingkahlaku, seorang muaddib perlu
membentuk muridnya agar bertingkahlaku mulia, beradab, berakhlak, berdisiplin, berpekerti
mulia dan berintegriti. Dari perspektif nilai afektif pula, murid perlu dibentuk agar mempunyai
nilai kasih sayang, menghargai keindahan, tidak merusakkan, melakukan kerja dengan sebaik
mungkin (dengan mengambil kira nilai seni, ketahanan dan sebagainya). Seorang muaddib
juga bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran murid yang bernas, tidak berfikiran yang
boleh merusakkan diri, masyarakat, harta atau alam melalui program-program prodigy
(program transformasi kehidupan muda). Ketiga-tiga komponen tingkahlaku, afektif dan kognitif
perlu dibentuk secara serentak. Contohnya, murid dibimbing untuk melaksanakan ibadat solat
dengan sopan, teratur dan dengan pemikiran yang tertumpu hanya kepada Allah.
Pembentukan nilai benar ini diharapkan dapat melahirkan murid yang benar-benar dapat
merealisasikan kehidupan yang dapat mencegah daripada fahsya' dan mungkar dan bukan
yang solat tetapi mengamalkan perlakuan yang dilarang.

Penekanan seorang muaddib juga perlu dilihat dalam peranannya membentuk murid
atau anak didik yang memahami dan mengamalkan hidup berkawan, berjiran dan
bermasyarakat melibatkan kemahiran berhubungan dan berkomunikasi, saling membantu dan
bekerjasama ke arah kebaikan dan memahami serta menghormati orang lain.

Murabbi :

Sebagai murabbi, seseorang guru akan mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.

52
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Mereka bertindak untuk mendidik pelajar dengan cara mencurahkan kasih sayang,
memelihara, mendidik, mengembangkan dan menyuburkan pendidikan jiwa pelajar. Proses
mendidik dan membentuk akhlak murid sehingga wujud kasih sayang dan saling
mempercayai.

Berikut adalah ciri-ciri murabbi :


i. Menyayangi murid seperti anak sendiri.
ii. Memberi nasihat dalam pengajaran dan tingkah laku murid.
iii. Menjaga disiplin muridnya.
iv. Mengguna pendekatan menegur secara baik.
v. Menggalakkan perlakuan ma’ruf secara kasih sayang.
vi. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid.
vii. Adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang.
viii.Merahsiakan maklumat sulit murid.
ix. Membimbing murid melalui cara berpakaian, pertuturan, tingkah laku dan
contoh teladan.

Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik serta membimbing murid, seorang


guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan peranan mengurus dan mengatur persekitaran bilik
darjah (fizikal dan suasana) dan tingkahlaku murid, selain menguruskan proses pengajaran
dan pembelajaran (termasuk pengurusan pentaksiran murid). Seorang Murabbi seharusnya
mampu untuk berfikir, melakukan inovasi atau menghasilkan idea-idea baru berkaitan kaedah
dan teknik pembelajaran. Sekali gus, seorang Murabbi adalah seorang penyelidik yang akan
mereflek amalan bekerjanya dan berusaha untuk menambah baik amalan tersebut demi
kejayaan dirinya serta murid-muridnya. Seorang murabbi menyedari akauntabiliti terhadap
profesion, rakan sekerja, murid, ibu bapa serta masyarakat. Juga meletakkan pengabdian
terhadap Allah sebagai nilai pusat (centre of value) profesion yang dipegang. Ini bermakna
seorang murabbi menyedari tentang kesalahan dan dosa seandainya mengabaikan tugas.

Murshid :

Sebagai murshid, mereka perlu memberi dorongan dan motivasi kepada murid
dengan cara memberi petunjuk dan membentuk kepimpinan insan. Guru juga perlu
bersedia menjadi seorang penasihat yang baik serta menjadi pengajar, penasihat dan

53
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

pendorong.

Mereka hendaklah membantu murid untuk berkembang dan mencapai


kecemerlangan diri. Malah sebagai mentor kepada murid mereka menjadi rujukan dalam
perkara yang berkaitan dengan permasalahan agama kepada rakan sejawat, murid-
murid dan masyarakat. Berikut adalah ciri-ciri murshid :

i. Berrsifat ikhlas, penyayang dan murah hati.


ii. Mengambil berat dan seorang pendengar yang baik.
iii. Sentiasa menerima tugas dan bertanggungjawab.

Seorang Murshid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap menjadi pakar
rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pendidikan yang
tidak dapat dilakukan oleh guru-guru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan
mursyid adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan peranan
sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murabbi selain membudayakan dirinya untuk terus
belajar, membuat penyelidikan, melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya
serta meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya itu, seorang
murshid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid serta rakan sekerja agar redha
dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah (rasul) hanya
dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para nabi yang diutuskan secara
khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun begitu, peranan untuk membina ummah akan
diteruskan oleh para ulamak apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak
merupakan waris para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan
dan tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan,
mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan Allah tanpa syirik, beriman dan
patuh kepada tuntutan agama (perkara disuruh dan dilarang). 

TUGASAN

54
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan kefahaman anda tentang konsep guru sebagai dai.


ii. Bincangkan bagaimanakah tugas guru sebagai mudarris, muallim, muaddib,murabbi
dan murshid dalam senario pendidikan masa kini.

55

Anda mungkin juga menyukai