Anda di halaman 1dari 14

Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

TAJUK 1 : PENDIDIK MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pendidik dan pendidikan dalam al-Quran dan al-
Sunnah. Perbincangan tajuk ini akan merujuk kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang
berkaitan dengan tugas dan peranan pendidik dalam bidang pendidikan.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .

1. Menjelaskan konsep pendidik dan pendidikan dalam al-Quran dan al-Sunah.

2. Menjelaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah berkaitan pendidik dan

pendidikan.

3. Menganalis dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan dengan

tugas sebagai pendidik dalam bidang pendidikan

1
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

TAJUK 1 Pendidik Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah

KANDUNGAN TAJUK 1: PENDIDIK MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Pendidik dan Pendidikan menurut al-Quran dan al-Sunnah


 Pendidik dalam Islam
 Bidang perguruan menurut pandangan Islam
 Sifat-sifat pendidik menurut Islam

Dalil Al-Quran dan Hadis Mengenai


 Tujuan pendidikan
 Prinsip pendidikan
 Metodologi pendidikan
 Bidang-bidang pendidikan
 Institusi pendidikan

Pendidik dan Pendidikan menurut al-Quran dan al-Sunnah

Pendidik dalam Islam :

Ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi a.s tidak mewariskan mereka dengan dinar atau
dirham, tetapi dengan ilmu. Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda mendidik
umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat
129 :

        


        
"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi
kandungan Kitab (Al-Quran) serta al-hikmah kebijaksanaan (al-Sunnah) dan membersihkan
(hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana".(Surah Al-Baqarah : 129)

2
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada para ulama’ untuk meneruskan tugas
mendidik ummah. Allah s.w.t berfirman:

          
        
 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa
keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada
manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk)
yang dapat melaknati” (Surah Al-Baqarah: 159)

Terdapat beberapa pandangan yang bebeza mengenai penggunaan istilah tersebut. Ini
tergantung kepada bidang ilmu yang dipelajari. Seperti istilah Ustaz dan Mudarris, dalam
masyarakat Melayu, Ustaz dan Mudarris dikhususkan kepada mereka yang mengajar pelajaran
agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya. Istilah Muallim juga
bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad kepada guru
sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang kala
digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza dengan Murabbi, seorang Muallim lebih
menumpukan kepada ilmu akal. Sementara Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi
tahap Muallim.

Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu
ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani dan mental anak didiknya
untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih
menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat
anak didiknya. Istilah mursyid bermaksud memberi tunjuk ajar. Mursyid secara istilahnya
(menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan
membimbing perjalanan 3 rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam proses tarbiah
yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah. Para Mursyid dianggap golongan pewaris Nabi
s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an-nafs), yang
mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid
mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum

3
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

mereka dan seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai kepada Rasulullah
s.a.w. (tanpa terputus turutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia daripada keturunan ulama’.

Bidang Perguruan menurut Pandangan Islam :

Pendidik di dalam Islam adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu
menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. Sebagaimana menurut Imam
Ghazali bahawa ilmu itu dibahagikan kepada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Sistem
pendidikan Islam memperimbangkantawazun antara kepentingan individu dengan
kepentingan ummah melalui konsep Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Demikian juga dalam
kaedah fiqh terdapat konsep maslahah ummah (kepentingan ummah) dan maslahah
ammah (kepentingan awam) di samping pengakuan Islam terhadap maslahah fardi atau
khassah (kepentinan individu). (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desember 1987).

Hal ini juga dapat dilihat di dalam kitab Adab Al Mu`allimin di mana Ibnu Sahnun telah
membahagikan kurikulum pendidikan di Al-Kuttab kepada kurikulum wajib (ijbari) dan
kurikulum pilihan (ikhtiyari). Bagi kurikulum wajib para pendidik akan mengajarkan al-Quran,
Hadis Nabi dan Fiqh, sementara bagi kurikulum pilihan pelajaran yang diajarkan ialah; Ilmu
Hitung, Syair, al-Gharib (kata-kata sulit), Bahasa Arab dasar dan Kaligrafi serta Ilmu Nahu.

Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadar
aqidah dan peribadatan seperti sembahyang puasa menunaikan zakat dan naik haji tetapi suatu
sistem hidup lima nizam al-hayat yang serba mencakup sama ada dari segi hubungan manusia
sesama manusia atau di antara manusia dengan tuhannya dan hubungan manusia dengan
alam sekelilingnya sama ada yang berbentuk spiritual atau material. Pendidik bukan sahaja
berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk masyarakat
tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t. Islam memberi
penghormatan yang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Allah berfirman;

      

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ulama”

(surah Faathir: 28).

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yang bwemaksud :

4
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

“Dan sesungguhnya Ulama’ itu ialah pewaris para nabi”.

Kedua-dua nas di atas jelas membuktikan bahawa Islam memberi penghormatan


kepada ahli ilmu. Mereka mempunyai sifat ketaqwaan kepada Allah s.w.t hasil daripada ilmu
yang diwarisi daripada para nabi a.s. Tugas menyampaikan amalan keilmuan ini terletak pada
pendidik. Melalui ilmu sahajalah kita dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah
dan dapat membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Mendidik adalah amanah Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w selalu menganjurkan para
sahabatnya untuk menyampaikan apa yang pernah mereka dengar, supaya dimanfaatkan oleh
generasi-generasi berikutnya di mana sahaja. (Dr.Yusuf Qardhawi, 1996). Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w: “Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat”.

Dinulhayatul Islam adalah sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna dan Islam
adalah agama untuk pendidikan hidup. Oleh itu orang yang pertama sekali bertanggungjawab
dalam mendidik ialah ibu bapa atau penjaga anak-anak. Kedudukan dan peranan ibu bapa
adalah soal yang paling utama dalam Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Hadis ini menjelaskan bahawa
ibu bapa berkewajipan dan berperanan mengasuh, membentuk mendidik dan memimpin anak-
anak menjadi orang yang mulia di sisi Allah s.w.t, bangsa dan Negara.

Dalil-dalil al-Quran dan Hadis :

Tujuan Pendidikan

a) Mengabdikan diri Kepada Allah

5
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

Firman Allah dalam surah Az-Zariyat: 56

      


Bermaksud :“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu”.

b) Menjauhi Syirik

Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 31:

            
         

Bermaksud : “(Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta
tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa Yang mempersekutukan
sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh
burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan)”

c) Mensyukuri nikmat

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 172 :


          
   

Bermaksud : “ Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik
(yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadaNya ”.

d) Bertaqwa

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 102 :


         
  

Bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam”.

6
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

e)Bertawakkal
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 :

             
          
         
Bermaksud “maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-
sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu)
maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
bertawakal kepadaNya”.

Prinsip Pendidikan :

a)Bersifat adil

Firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 90 :

          
       

Bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-
perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan
suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”

b) Lemah lembut

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 :

             
          
         

7
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

Bermaksud : “maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-
sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang bertawakal kepadaNya.”.

c) Kasih sayang
Firman Allah dalam surah Al-Fath: 29

          
           
           
       
          
      

Bernaksud : “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi
Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama
sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud Dengan
mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh)
terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah
sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula
ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan
tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia
tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan
orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad,
s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia
hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad
dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan

8
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

dan pahala Yang besar”.

d)Persamaan
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 213
        
        
           
         
            

Bermaksud : “ Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu,
tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada
orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu
Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di
antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang
melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu,
Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih
semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-
orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan
izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke
jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).”

e) Mesyuarah
Firman Allah dalam surah As-Syura: 38
      
    
Bermaksud : “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan
secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang
Kami beri kepadanya”

f)Persaudaraan
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat: 10

        


  
Bermaksud : “Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada

9
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

Allah supaya kamu beroleh rahmat”

g) Berdisiplin
Firman Allah dalam surah Al-Israk: 23
          
          
     
Bermaksud : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan
kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan
dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka,
tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)”.

Metodologi Pendidikan
a) Pengajaran dan nasihat (Mauizah)
Firman Allah dalam surah Ali-Imran: 138

      


“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran
bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa”.

b) Penceritaan

Firman Allah dalam surah Yusuf: 3


         
      
“Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami
wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu,
adalah dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya”.

c) Soal jawab / Diskusi

Firman Allah dalam surah Al-Nahl: 125

10
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

        


              
 
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan
cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang
Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang
mendapat hidayah petunjuk”.

d) Perbandingan

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut: 43


         
“Dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia,
dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya”.

e) Ancaman dan janji

Firman Allah dalam surah Al-Fatir: 5


            
   
Wahai umat manusia, Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka “
janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan Yang
menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya Dengan
.”(kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)

f) Teladan

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab: 21


            
    

11
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu
bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Bidang-bidang pendidikan

a) Akidah

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 285

           
          
       
“Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan
Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara
seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat
(Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

b) Ibadah

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 21

        


  
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang)
bertaqwa”.

Institusi Pendidikan

a) Ibubapa

Firman Allah dalam surah At-Tahrim: 7


          
 
12
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

“Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang Yang dimasukkan ke Dalam neraka): "Hai
orang-orang Yang kufur ingkar! janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun)
pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). kamu hanyalah dibalas Dengan balasan apa
Yang kamu telah kerjakan".

b)Diri sendiri

Firman Allah dalam surah Al-’Alaq: 1-5

           
            
1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk),

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Kesimpulan

Dapat dirumuskan bahawa pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah memberi tiga
dimensi penting untuk dilaksanakan, iaitu:

1. Memberi petunjuk dan motivasi yang mengarahkan kepada pemantapan


akidah, membentuk akhlak mulia dan membersihkan rohani dan jasmani untuk
mencapai martabat insan soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2. Memberi penekanan tentang aspek-aspek pendidikan yang perlu dilaksanakan
dalam proses membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta
dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah.
3. Memberi penekanan pendekatan yang efektif dan efisien untuk mendidik dan
membimbing manusia ke arah mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam
kehidupan.

13
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam PIM2064

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Huraikan sifat-sifat pendidik menurut Islam.


ii. Masjid sebagai institusi pendidikan. Huraikan dengan mendatangkan nas yang sesuai
dari al-Quran atau hadis.

14

Anda mungkin juga menyukai