Anda di halaman 1dari 10

APA ITU MUKJIZAT?

PENDAHULUAN
Rasul-rasul merupakan utusan Allah untuk umat manusia. Allah SWT membantu
danmenguatkan Rasul-rasul dengan mukjizat. Bentuk mukjizat yang diberikan
kepada para Rasul terbahagi dua iaitu mukjizat hissiyyah yakni mukjizat yang dapat
dirasa

dan dilihat dan mukjizat

manawiyah

iaitu

mukjizat

yang mampu

mempengaruhi jiwa manusia.


Allah menciptakan manusia dan membekalkannya dengan akal. Akal inilah yang
menjadi syarat taklif, kerana akal ini manusia akan dihisab amalnya, dengan akal ini
ia boleh membezakan antara yang berguna dengan yang berbahaya. Jika datang
seseorang yang mengatakan, ia adalah rasul (utusan) Allah, guna memberi hidayah
kepada manusia serta memimpin mereka menuju kedamaian dan kebahagiaan
dunia dan akhirat.
DEFINISI MUKJIZAT
Mukjizat rasul didifinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa yang terjadi melalui
tangan-tangan para nabi Allah dan rasulNya dalam bentuk sesuatu yang membuat
manusia tidak boleh melawannya. Melalui tangan para nabi dan rasul telah terjadi
mukjizat- mukjizat yang memaksa akal yang sihat untuk tunduk mempercayai apa
yang dibawa oleh para rasul. Mukjizat- mukjizat tersebut tidak terlepas dari bentuk:1. Ilmu seperti pemberitahuan tentang hal- hal ghaib yang sudah terjadi ataupun
yang akan terjadi, umpamanya perkhabaran Nabi Isa as kepada kaumnya tentang
apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah- rumah mereka.
Sebagaimana juga perkhabaran Nabi Muhammad SAW tentang fitnah- fitnah atau
tanda- tanda hari kiamat yang bakal terjadi, seperti yang banyak dijelaskan dalam
hadith- hadith
2. Kemampuan dan kekuatan seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, iaitu
mukjizat Nabi Musa a.s yang diutus kepada Firaun dan kaumnya.Kemudian
penyembuhan penyakit buta, kulit belang- belang putih (sopak) serta menghidupkan
orang- orang yang sudah mati yang kesemuanya itu adalah mukjizat Nabi Isa a.s

Juga terbelahnya bulan menjadi dua yang merupakan salah satu tanda kebenaran
Rasul SAW.
3. Kecukupan misalnya perlindungan bagi Rasullah SAW dari orang- orang yang
mengingginkan kejahatan kepadanya. Hal ini sering terjadi ketika di Mekah sewaktu
malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke Madinah ketika bertemu
denga Suraqah bin Malik, lalu adi Madinah ketika orang orang Yahudi ingin
menculuknya dan lain- lain lagi.Contoh- contoh ini menunjukkan bahawa Allah
mencukupi RasulNya dengan perlindungan sehingga tidak memerlukan lagi kepada
perlindungan makhluk lain.
Mukjizat merupakan adalah perkara yang luar biasa manusia yang ada pada diri
seseorang yang mengaku sebagai Rasul dengan kehendak Allah SWT dan sebagai
dalil akan kebenaaran pengakuannya. Perkataan mukjizat itu diambil dari bahasa
arab ajaza-ljaza yang bermaksud melemahkan.
Mukjizat juga merupakan hal-hal atau kejadian-kejadian yang luarbiasa khawariqul
adah (atau ia berlaku di luar logik akal). yang berlaku yang di kurniakan Allah
kepada rasul-rasul atau nabi-nabi. Mukjizat selalu diikuti dengan adanya tentangan.
Kebiasaanya ianya berlaku di tangan orang- orang yang terkenal dengan ketakwaan
dirinya dan amat soleh kelakuaannya, lagipun yang memiliki tersebut adalah orangorang yang benar- benar telah mencapai kepuncak yang tertinggi tahap kemuliaan
akhlak dan pekerti. Ketaatan yang dicapai itu tidak mungkin dapat dijangkau oleh
mana- mana manusia pun.
Mukjizat itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
1. Mukjizat zahir ( mukjizat hissiyyah )
2. Mukjizat batin ( mukjizat manawwiyah )

MUKJIZAT ZAHIR ( mukjizat hissiyyah )


Ia adalah perkara yang mencarik adat yang berlaku pada seseorang rasul dan nabi,
yang dapat dilihat dengan mata. Antara contohnya, tongkat dicampak bertukar
menjadi ular, manusia atau binatang mati dihidupkan, penyakit kusta dan sopak

dapat disembuhkan, mata buta dapat dicelikkan, air yang sedikit dapat diminum oleh
ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkatdipukul ke batu menghasilkan pancutan
air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautan dan sebagainya.

MUKJIZAT BATIN ( mukjizat manawwiyah )


Mukjizat ini hanya pada makna sahaja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan boleh
dinilai oleh mata hati (basyirah) sahaja. Tidak dapat dilihat oleh mata. Antara
contohnya ialah wahyu-wahyu yang disampaikan kepada rasul dan nabi yang
mengandungi bermacam-macam ilmu pengetahuan dan hukum-hakam tanpa
mereka belajar seperti manusia biasa. Umpamanya AlQuran, Injil, Taurat, Zabur dan
Suhuf-Suhuf, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kepala kecuali setelah ditulis.
Mukjizat batiniah yang lain ialah:
1. Dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah
2. Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesalahan
3. Hati tidak terpaut dengan dunia dan kelazatan serta keindahannya
4. Mendapat ilmu dan tarbiah terus dari Allah atau mendapat wahyu
5. Manusia jatuh hati dan cinta luar biasa padanya
6. Musuh merasa gerun dengan kehebatannya
7. Sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya
8. Azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan
lain- lain lagi.
Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau
Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin
Allah. Mukjizat tidak diperoleh melalui pembelajaran. Allah telah menjadikan bagi
setiap Nabi mukjizat yang bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk iaitu :
1. Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung,
dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular.

2. Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke


dalamnya.
3. Perkataan, seperti Al-Quran kepada Nabi Muhammad
Mukjizat tidak mungkin dapat dipelajari oleh sesiapapun kerana ianya bukan di buat
oleh manusia. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi dan rasul bukan diberi
mengikut kehendak para rasul dan nabi itu sendiri. Tetapi ianya sesuai dengan hal
semasa dan keperluan seseorang nabi dan rasul itu. Mukjizat itu pula hanyalah
semata- mata merupakan satu pertolongan yang dikurniakan oleh Allah SWT
kepada para Rasul dan Nabi yang di angkat itu.
Jadi mukjizat itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada
mereka Dan ia tidak boleh dipelajari tetapi hadiah atau mauhibbah atau wahbiah dari
Allah. Namun begitu yang melaksanakan hanyalah Allah Taala semata- mata. Jadi
di sini dapatlah kita fahami bahawa mukjizat adalah merupakan satu tanda
kekuasaan Allah dan juga sebagai tanda Keesaannya.Mukjizat yang diberikan
kepada nabiNya adalah untuk menentang kepada musuh- musuhNya,yang
mendustakan dan juga mengingkari kebenaranNya.
Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan
kepada mereka tidak sama di antara satu sama lain. Kebiasaannya mereka diberi
mukjizat dikedua-dua peringkat. Kalau dia seorang nabi; ertinya dia bukan seorang
pemimpin yakni bukan untuk masyarakat; maka Allah berikan mukjizat yang sesuai
dengan wataknya sebagai seorang abid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang
diberikan itu sesuai dengan keperluannya sebagai abid.
Menentang yang dimaksudkan di sini iaitu mengajak penentang untuk melakukan
sebagaimana yang telah dilakukannya itu. Sekiranya tidak dapat maka jelaslah
bahawa kerasulannya serta kenabiannya itu adalah benar. Namun begitu hal- hal
yang dianggap sebagai luar biasa yang dilakukan atau ditimbulkan oleh orang biasa
iaitu selain dari Rasul dan Nabi,maka hal- hal itu adalah sebagaimana yang telah
dihuraikan oleh Syeikh Rasyid Ridha sebagai berikut:Memang ada keterangan- keterangan yang dikutip dari berbagi bangsa di segala
massa,sebagai kutipan- kutipan yang mutawatir (banyak jalannya) yang semuanya

mengenai jenisnya dan bukan warna- warninya, tetapi semuanya itu bukanlah
kenyataan yang merupakan hakikat.
Tetapi pada seorang Rasul yang dia adalah pemimpin umatnya, maka Allah
kurniakan mukjizat lahir dan batin (maknawiah), sesuai dengan keperluannya
berdepan dengan umat yang dipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak
mendapat mukjizat ialah rasul-rasul yang mendapat pangkat Ulul Azmi kerana
mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan denganujian-ujian berat daripada
kerenah kaumnya. Pemberian mukjizat pada nabi-nabi dan rasul-rasulini tidak sama
kerana keperluan mereka juga berbeza antara satu sama lain. Adakalanya mereka
tidak boleh ikut-mengikut di antara satu sama lain.

PEMBAHAGIAN MUKJIZAT AL-QURAN

Al-Quran mempunyai pelbagai mukjizat. Antara mukjizat Al-Quran ialah akan


sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan di
dalamya untuk dijadikan pedoman dan panduan umat manusia sehinggalah hari
kiamat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud:


Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang
memelihara dan menjaganya.

Mukjizat Al-Quran dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahasa, isi
kandungan dan ilmu.

MUKJIZAT AL-QURAN DARI SEGI BAHASA

Al-Quran diturunkan semasa bangsa Arab berada pada kemuncak kegemilangan


dan kemajuan bahasa. Kegemilangan bangsa Arab telah lahirnya kemunculan
sasterawan

pemidato

dan

juga

penyair.

Penurunan

Al-Quran

sangat

mengkagumkan dan mempersonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa serta


susunan lafaz-lafaz ayat suci Al-Quran. Bahasa Al-Quran juga lengkap dengan
sastera dengan keindahan susunannya dan gaya bahasanya dari segi fasahah dan
balagah. Sebagai contoh, seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid
Bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca AlQuran dengan katanya:


Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah
(Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)

Allah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang
dilengkapi dengan sastera yang tinggi bahasanya kerana pada masa itu masyarakat
Arab pakar dalam bidang puisi, prosa dan sebagainya. Penurunan Al-Quran sangat
mengagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak
pandai dalam pemikiran sastera mereka.

Kelebihan Al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya adalah tidak dapat


ditandingi oleh sesiapa kerana Al-Quran telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
yang bersifat ummi. Hal tersebut dapat membuktikan dan mengukuhkan bahawa
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Al-Quran juga adalah kalam Allah dan
bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad SAW semata-mata.

MUKJIZAT AL-QURAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN

Al-Quran mempunyai 114 surah yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri
dengan surah An-Nas. Al-Quran mengandungi 6236 ayat. Terdapat pelbagai
mukjizat dari segi isi kandungan. Antaranya ialah yang pertama Al-Quran
mengandungi kisah yang telah berlaku di zaman sebelum Nabi dan peristiwa itu
benar-benar terjadi. Contohnya seperti kisah Ashab Al-Kahfi iaitu kisah pemudapemuda yang beriman lari daripada Raja Dakyanus dan tenteranya untuk
menyelamatkan iman mereka dan bersembunyi di dalam sebuah gua dan telah
ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :
Dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun Dengan
kiraan ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

Di samping itu, Al-Quran juga dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi serta
membongkar sifat-sifat keji dan pendustaan orang munafik pada zaman Nabi
terdahulu. Sebagai Contoh dalam kisah kepalsuan yang disebarkan oleh mereka
dengan memfitnah Aisyah isteri Nabi melakukan zina dengan sahabat yang
bernama Safuan Bin Muattal. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi
ayat 19 :



Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): "Sesungguhnya mereka (yang
kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka
Yang menyesatkan kamu). oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab
seksa atau beroleh sebarang pertolongan". dan sesiapa Yang berlaku zalim di
antara kamu (Wahai umat manusia, Dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan
merasakannya azab seksa Yang besar.

Isi kandungan Al-Quran juga meliputi segala bidang ilmu iaitu dunia dan akhirat.
Ianya bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan. Di samping itu, Al-Quran
juga mruapakan khazanah ilmu pengatahuan yang tepat dan betul. Sebagai contoh,
ahli sains dan falak sebelum Islam khususya Aristotle mengatakan matahari sentiasa
bergerak tetap dan tidak beredar bahkan planet-plenet lain yang bergerak dan
beredar mengelilingiya. Pendapat dan kajian itu adalah tidak benar. Al-Quran telah
menjelaskan matahari juga beredar dan tidak tetap. Sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah Yasin ayat 38 yang bermaksud :


Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan
beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha
Kuasa, lagi Maha mengetahui.

MUKJIZAT AL-QURAN DARI SEGI ILMU PENGETAHUAN

AI-Quran meliputi semua bidang ilmu pengetahuan. Antaranya ialah yang pertama
ilmu ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat serta haji. Yang kedua ialah ilmu
tentang aqidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah serta
mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata. Yang ketiga ialah pengetahuan tentang
muamalat yakni perhubungan dengan manusia lain. Contohnya tentang gadaian,
hutang-piutang dan jual beli. Di dalam bidang ekonomi Islam pula, Al-Quran
menyatakan bahawa umat Islam perlu sentiasa mencari kebahagiaan untuk bekalan
pada hari akhirat kelak di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan dalam
mencari rezeki dan menimba ilmu Allah. Selain itu, di dalam Al-Quran juga
mengandungi ilmu-ilmu balaghah, nahu, sastera dan Iainnya seperti sejarah, politik,
pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.

RUJUKAN

Ahmad Kamaruddin Ibrahim,Ismail Mat Ludin & Khairi Anuar Ahmad. (2011).
Ulum Al-Quran. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

http://pim3106sirah.blogspot.com/2013/04/pembahagian-mukjizat-al-quran.html

http://indonesia.faithfreedom.org/forum/mukjizat-ilmiah-dalam-al-quran-ilmukedokteran-t38887/

http://www.alazim.com/khawarizmi/muatturun/Kejadian_siang_dan_malam_19Feb09
.pdf

http://scienceandislam.tripod.com/imej/keunikan_alam.htm

www.scribd.com/doc/193263358/ mukjizat al-quran

Anda mungkin juga menyukai