Anda di halaman 1dari 12

Topik

Kesilapan
Sebutan dalam
Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan maksud kesilapan sebutan;

2.

Menjelaskan konsep kesilapan dan kategori kesilapan tersebut;

3.

Menerangkan bagaimana dapat mengesan kesilapan sebutan; dan

4.

Menentukan kesalahan sebutan bagi kata pinjaman.

X PENGENALAN
Di dalam Topik 3, kita telah pun mempelajari dan mengetahui cara menyebut
perkataan menurut bahasa dan sebutan baku. Tujuan utama sebutan baku
adalah untuk keseragaman dan kesatuan dalam pengujaran kata dalam bahasa
Melayu. Kita tahu bahasa bunyi /u/ semestinya [u] dalam apa konteks sekali
pun; bagi ulam kita sebut sebagai [ulam] tidak pula [yulam], jadi bagi unit
sudah semestinya [un  t ] tidak [yun  t]. Bagi perkataan biologi pula,
sebutannya sudah semestinya [biyologi] dan tidak [biyoloji]. Begitulah
keadaannya bagi semua vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu. Jika kita
berpegang
pada peraturan dan rumusan ini, tidak mungkin kita akan
melakukan kesalahan atau kesilapan. Jadi Topik 4 akan membincang perihal
kesilapan yang berlaku apabila penutur mengujar kata dan ayat dalam bahasa
Melayu.

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

4.1

73

KONSEP KESILAPAN SEBUTAN

Dalam topik yang lalu, kita telah mempelajari bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan oleh organ artikulasi. Organ artikulasi akan menghasilkan pelbagai
bunyi, sama ada bunyi vokal, diftong atau konsonan. Kita juga telah mempelajari
hal yang berkaitan dengan sebutan baku. Sebutan baku telah dihuraikan dengan
panjang lebar di dalam Topik 2. Diharapkan anda telah menguasainya dan
memahami sebutan baku secara terperinci. Sekiranya masih lagi kabur tersebut
konsep dan cara mengujar bunyi dalam sebutan, elok kiranya anda merujuk
buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat penerangan lanjut serta
huraian mengenainya ataupun hubungi sahaja Munsyi Dewan. Walau
bagaimanapun mari kita sekali lagi cuba memahami kesilapan sebutan yang kita
sering lakukan dalam bahasa Melayu.
Konsep kesilapan sebutan telah banyak diperkatakan oleh sarjana dan pakar
bahasa (Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Dr Nik Safiah Karim, Dr Farid Onn,
Prof Dr Hamid Mahmood dan sebagainya.) sama ada di dalam atau pun di luar
negara (Prof Dr Moelyono, Prof Harimurti Kalidalaksana dan sebagainya.)
Kesilapan sebutan dalam bahasa Melayu bermaksud kesilapan yang dilakukan
oleh penuturnya semasa melahirkan bunyi bahasa daripada yang sekecil unit
bahasa sehinggalah sebesar-besar unit bahasa yang dinamakan wacana. Wacana
ini sama ada retorik, lisan mahupun tulisan. Kita tidak mahu diri kita
dipersendakan lebih lagi kita penutur asli bahasa tersebut dan sebagai penutur
asli kita perlu membebaskan diri kita daripada apa kesilapan dalam sebutan.
Pokoknya kita tidak sepatutnya melakukan kesilapan kerana kalau dibuat
tinjauan banyak sekali kesilapan berlaku terhadap bunyi vokal dan vokal yang
sering tersilap adalah vokal [ u ], [ a ] dan [ o ]. Lihat sahaja contoh di bawah:
Sebutan Salah
[fa si ]
[indastri]
[mat ]

4.1.1

Sebutan Betul
[ fu si ]
[industri]
[mata]

Definisi Kesilapan Sebutan

Berbalik kita pada isu pokok, iaitu kesilapan sebutan (dalam bahasa Melayu).
Kesilapan sebutan telah disepakati oleh ahli bahasa, iaitu penyimpangan yang
berlaku daripada hukum, rumus, norma dan cara sebutan bahasa Melayu baku,
yakni sebutan yang betul, semasa mereka menyebut fonem, suku kata, kata,
frasa, klausa, ayat dan semasa berwacana. Penyimpangan ini tidak sepatutnya
berlaku dan apabila berlaku amat ketara dan penutur asli dapat menentu sebab
kesilapan, di mana kesilapan dan bagaimana ia boleh berlaku. Dengan lebih

74

X TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

tepat lagi penutur asli boleh berkata dengan yakin, iaitu kelainan daripada nilai
sebutan fonemik yang sepatutnya (dalam sebutan bahasa Melayu baku). Selain
itu, kesilapan intonasi, jeda dan tekanan juga boleh menyumbangkan kesilapan
sebutan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kesilapan dalam intonasi akan
menyebabkan perubahan makna; sama fonem, suku kata, kata, frasa, klausa dan
wacana.
Contoh:
Salah

Betul

Dia menunggang kuda pintar.

Dia menunggang kuda cerdik.

Hujan turun lebat di Kuala Lumpur malam


tadi.

Hujan lebat di Kuala Lumpur malam tadi.

Pengantin duduk di atas pelamin.

Pengantin duduk di pelamin.

Nota: Kata yang digelapkan itu boleh digugurkan atau diganti dengan kata lain.
Jika dibuat demikian, ketiga-tiga ayat tetap betul dan diterima pakai.
Salah

Betul

Disekitar

di sekitar

Rumah sakit

hospital

Daripada Ipoh

dari Ipoh

Di dalam bahasa Melayu

dalam bahasa Melayu

Di dalam lobang

dalam lubang

Semua anak-anak kapal

semua anak kapal

Semua alat-alat elektornik

semua alat elektronik

Lain-lain hal

Hal-hal lain

4.1.2

Kategori Kesilapan Sebutan

Kategori kesilapan sebutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Secara


umumnya, kesilapan sebutan dapat digolongkan dalam kesilapan:
(a)

Penyebutan fonem;

(b)

Suku kata;

(c)

Kata;

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

(d)

Frasa;

(e)

Klausa;

(f)

Ayat;

(g)

Wacana; dan

(h)

Intonasi.

75

Kesilapan penyebutan fonem kebanyakannya dituturkan oleh penutur bahasa


Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga. Selain itu, kesilapan jenis ini juga
dilakukan oleh penutur Melayu yang menuturkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda (pertama).
Contohnya:
Bunyi penyuaraan huruf
daripada bahasa sumber
/b/ (banyak)
/f/ (fasal)
/r/ (lori)
/v/ (variasi)

Bunyi sebutan yang


salah
/m/ (manyak)
/p/ (pasal)
/l/ (loli)
/b/ (bariasi)

Kesilapan dalam penyebutan suku kata kebanyakannya berlaku apabila wujud


gugusan konsonan dan gugusan vokal terutama dalam suku kata yang
melibatkan kata pinjaman.
Contohnya:
Bunyi suku kata bergugusan
Psikologi
Saat
Memeterai

Kesukaran/kesilapan
pi.si.ko.lo.gi
saat
m .m .t .rai

Kesilapan dalam penyebutan kata sebenarnya berkait rapat dengan fakta


kesilapan dalam penyebutan fonem dan suku kata. Sekiranya seseorang penutur
itu tidak mengenali atau mengenal pasti fonem, tentu sekali ia kurang pasti
fonem mana yang hendak dipakai.

76

X TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

Contohnya:
Salah
Kamis
Pasal
Paham
Kutbah
Bioloji

Betul
Khamis
Fasal
Faham
Khutbah
Biologi

Kesilapan penyebutan frasa pula akibat daripada pengaruh bahasa asing sebagai
sumber masukan dan pinjaman. Hal ini bertambah teruk sekiranya penutur
bahasa Melayu tidak ada pengetahuan berkenaan dengan hukum diterang dan
menerangkan (Hukum D-M).
Contohnya:
Frasa bahasa sumber
Mens tailor
Aminahs restaurant
Alis Motor Workshop
Maniams Motor Repair Shop

Kesilapan penutur BM
Tukang jahit lelaki
Aminah restoran
Ali Woksyop Motor
Maniam Kedai Baiki Mereta

Kategori kesilapan dalam klausa dan ayat pula ada kaitannya dengan kesilapan
penuturan frasa dan pengaruh tatabahasa sumber yang lain, selain bahasa
Melayu. Hal ini tidak terkecuali juga dengan wacana. Contohnya:
Ayat tergantung yang digunakan dalam komunikasi akibat daripada
penggunaan elipsis yang tidak kena pada tempatnya. Penutur menggunakan
kelompok kata yang tiada hujung pangkal. Dalam bahasa, fakta ini dikatakan
kesalahan tatabahasa yang mungkin tidak lengkap subjek atau predikat atau
kedua-dua sekali.
(a)

Kesalahan Tatabahasa
(i)

Juga membentuk manusia menjadi lebih sensitif terhadap kehidupan


dan mungkin sebagai contoh atau model kehidupan masyarakat
seharian.

(ii)

Tidak lebih dan tidak kurang.

(iii) Kurang puisi-puisi yang bertemakan Islam.


(iv) Masih belum diperkatakan dengan luas.

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

(v)

77

Kadang-kadang bertindan dan kadang-kadang berlawanan dan


bertentangan pula.

(vi) Tidak ada tetapinya lagi.


(vii) Memerlukan ruang waktu untuk membaca, merenung dan berfikir
secara intelektual.
(b)

Ayat tergantung dalam pertuturan dengan penggunaan kata berbahaya,


dalam, bagi, dengan dan sebagainya.
Contohnya:
(i)

Dalam suasana yang tidak mantap serupa itu tidak dapat menolong
seorang Salina walaupun mempunyai pendidikan.

(ii)

Dengan penguasaan bahasa yang baik dan cekap sahajalah akan


membolehkan pelajar memberi kepuasan yang jitu, kemas, tersusun,
lancar dan padat.

(iii) Dari apa yang digambarkan secara sepintas lalu setakat ini jelaslah
menunjukkan bahasa Institut Bahasa Melayu tidak lagi
mengkhususkan dirinya kepada pengeluaran guru-guru pakar
bahasa terutama selepas tahun 1970.
(iv) Dari persoalan ini menuntut kita membuat penilaian apakah puisi.
Nota: semua ayat yang bertanda bintang tidak betul
(c)

Ayat tergantung semasa pertuturan dengan ketiadaan subjek atau predikat


atau tidak jelas. Contohnya:
(i)

(d)

Bertempat di Lapang Sasar di Port Dickson baru-baru ini telah


menunjukkan bakatnya sebagai penembak yang baik.

Kategori intonasi pula ada kaitannya dengan jeda, tinggi rendah tekanan
suara dan pemberhentian sementara (pause). Dalam hal ini, ayat dalam
bahasa-bahasa di dunia juga mengalami situasi yang sama. Dalam
penuturan ayat bahasa Melayu, nada bagi ayat penyata rendah. Ayat tanya
dan seruan nadanya tinggi. Hal ini juga ada kaitannya dengan emosi dan
keadaan semasa. Contoh dalam yang ayat yang berikut:
(i)

Saya mahu makan. (nada rendah sebagai ayat penyata).

(ii)

Saya mahu makan? (nada tinggi  bertanya pada diri sendiri).

(iii) mahu makan! (nada tinggi  suara keras  kerana minta makanan).

78

X TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

Rupa-rupanya banyak masalah yang masih wujud dalam penyebutan atau


pengucapan lisan bahasa Melayu. Seterusnya kita akan menghuraikan tentang
kelemahan aspek yang lain pula. Untuk mengetahui perkara ini, anda harus
meneruskan membuat pembacaan teks yang berikut.

4.2

PENGESANAN KESALAHAN SEBUTAN

Aspek kesalahan sebutan ini akibat daripada masalah-masalah fonetik dan


fonologi sebagaimana yang dibincangkan di dalam bahagian awal tajuk ini.
Sebagai pengukuhan, masalah yang wujud ini dapat dibahagikan kepada
pemecahan yang berikut:

4.2.1 Kesalahan Sebutan Kata Pinjaman


Yang paling utama, perhatikan masalah bunyi. Sebagai contoh, kita perhatikan
bahawa bunyi-bunyi [ ] dan [  ] yang pada suatu ketika dahulu terdapat
dalam bahasa Melayu yang asal  iaitu hasil daripada pengaruh bahasa Arab
kuat  kini sudah ditukar ganti kepada bunyi [s]. Contohnya adalah seperti yang
berikut:
Ithnin [i nin]
Thalatha [ ala a]
Mithal [mi al]
Khamis [ am s ]
Dharab [ arab ]

menjadi
menjadi
menjadi
menjadi
menjadi

Isnin [isn n]
selasa [s lasa]
misal [m sal]
kamis [ kam ]
darab [ darab ]

Daripada segi sebutan yang berkaitan dengan lisan, sudah menjadi kebiasaan
kepada pengguna bahasa Melayu menggantikan bunyi konsonan geseran [f]
dengan bunyi konsonan letupan [p]. Contohnya perkataan-perkataan yang
berikut:
Fikir [fikir]
Falsafah [falsafah]
Feel [feel]
Faedah [faidah]
Faham [faham]
Fesyen [feen]
Fasal [fasal]

menjadi
menjadi
menjadi
menjadi
menjadi
menjadi
menjadi

fikir [pike]
palsafah [palsafah]
peel [peel]
paedah [paidah]
paham [paham]
pesyen [pesen]
pasal [pasal]

Hal ini berlaku kerana kebiasaan atau kerana mereka (penutur bahasa Malayu)
tidak dapat latihan yang formal dalam menyebut mengikut kaedah fonetik dan
fonemik. Lazimnya jika kita teliti sebutan yang dikeluarkan dalam bahasa

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

79

Inggeris juga terpengaruh dengan letupan [p] daripada geseran [f]. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
Fast
Lift
Volvo
Valley

disebut sebagai
disebut sebagai
disebut sebagai
disebut sebagai

past [past]
lip [lip]
bolbo [bolbo]
beli [beli]

Kekalutan yang di atas menjadi lebih sukar apabila ada kalangan penutur yang
menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini telah dibincangkan
pada peringkat awal topik ini. Sebagai tambahan, kaum Cina yang baru pertama
kali hendak bertutur dalam bahasa Melayu, terutama mereka yang tidak
mempunyai didikan formal, iaitu tatkala hendak menyebut [r] dan [d ]. Bunyibunyi ini biasanya digantikan dengan bunyi [l]. Misalnya lari menjadi [lali] 
menghasilkan satu makna lain, dalam menjadi lalam  tiada makna. Orangorang Inggeris yang baru belajar bahasa Melayu pula mendapati sukar untuk
menyebut [ ] di awal perkataan dan [h] di hujung perkataan seperti yang
ditunjukkan di bawah
[ ] ----------------------------#
-----------------------------[ h ] #
Hal ini berlaku disebabkan tidak ada perkataan Inggeris yang mempunyai ciriciri tersebut bagi bunyi-bunyi yang berkenaan, iaitu tidak ada bunyi [ ] di awal
perkataan dan tidak ada bunyi [h] di hujung perkataan. Hakikat ini
menyebabkan mereka sukar untuk menyebutkan perkataan ngantuk, nganga,
rumah dan sebagainya. Perkataan tersebut mungkin disebut seperti yang di
bawah:
[ ]
[ a ]
[ta]
[rumah]
[darah]

disebut sebagai
disebut sebagai
disebut sebagai
disebut sebagai
disebut sebagai

[nanga] atau [ganga]


[nani ]
[nata ]
[ruma]
[dara]

Cuba kita teliti kesilapan penyebutan kata pinjaman pula. Masalah penyebutan
kata pinjaman juga masih berlaku. Barang diingat kata pinjaman ini telah diguna
pakai dan menjadi istilah dalam bidang-bidang tertentu. Hal ini dapat diteliti
seperti penyebutan perkataan yang berikut:
Istilah Inggeris
Strategy
Phonology

Kriteria bunyi
stra. te.ji
fo.no.lo.gi

Kriteria Sebutan
[strategi]
[fonologi]

80

X TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

Textile
Maximum
Ideology
Orthodox
Corrupcy
Dictator
Intelectual

4.2.2

tek. stil
mak.si.mum
i.deo.lo.gi
or.to.doks
ko.rup.si
dic.ta.tor
intelektual

[tekstil]
[m ksim m]
[ideologi]
[ortodoks]
[ko.rup.si]
[diktator]
[intelektual ]

Kata Terbitan

Penyebutan kata terbitan dalam bahasa Melayu juga bermasalah bagi


penuturnya. Sebelum itu, kita harus tahu maksud kata terbitan dalam bahasa
Melayu. Kata terbitan (KT) ialah kata yang wujud daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain atau daripada satu golongan menjadi golongan kata yang lain.
Contohnya seperti yang berikut:
Perkataan kata kerja (KK)
Perkataan kata tugas (KT)
Perkataan kata adjektif (KA)
Perkataan kata nama (KN)
Contoh:
KK ----------KN
KT-----------KN
KA-----------KN
KN-----------KK

diterbitkan menjadi kata nama (KN)


diterbitkan menjadi kata nama (KN)
diterbitkan menjadi KN
diterbitkan menjadi KK

[gosok]

menjadi

[gosokan]

[cantik]
[anak]

menjadi
menjadi

[mencantikkan]
[menganaktirikan]

Yang menjadi masalah bagi menyebut kata terbitan adalah untuk membezakan
kata nama terbitan dengan kata kerja transitif. Contohnya yang selalu dilakukan
kesilapan oleh penutur bahasa Melayu seperti ayat yang berikut:
(a)

Tolong gosokan seluar saya.


(Tolong gosokkan seluar saya)

(b)

Gosokkan pekerja di kedai dobi itu sungguh memuaskan hati saya.


(Gosokan pekerja di kedai dobi itu sungguh memuaskan hati saya)

(c)

Masukan sampah ke dalam tong sampah.


(Masukkan sampah ke dalam tong sampah).

(d)

Kegilaan anak muda kini mencapai tahap yang membimbangkan.


(sepatutnya sebutan [ke.gi.la.an], bukan [kegilaan]

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

81

Pada fikiran kita tentu tiada masalah bagi kita menyebut dengan betul kata dan
ayat dalam bahasa Melayu dan tentulah senang untuk menuturkannya. Yang
sebenarnya kita hendaklah mempelajari dan mengenali ilmu fonetik dan
fonologinya, iaitu cara sebutan yang betul dan huruf dilafazkan. Pengetahuan
yang mendalam dalam kedua-dua ilmu ini akan membolehkan kita mengujar
vokal dan konsonan dengan tepat dan betul. Sila baca teks yang berikut tentang
fakta yang berkaitan dengan sebab-musabab kesilapan berlaku.

AKTIVITI 4.1
Di dalam pembacaan di atas, telah dinyatakan bahawa faktor fizikal dan
sosial memainkan peranan masing-masing di dalam ketepatan sebutan.
Pada pendapat anda, adakah faktor lain, seperti budaya atau sikap yang
juga terlibat di dalam perbincangan ini? Huraikan.

4.3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KESILAPAN SEBUTAN

Secara umumnya faktor yang mempengaruhi kesilapan sebutan itu banyak.


Antara faktor penyebab yang mendasari masalah ini adalah ilmu fonologi dan
fonetik itu sendiri. Oleh sebab itu, guru bahasa Melayu hendaklah
menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran sebutan bahasa Melayu agar
kesilapan dapat dikurangi.

4.3.1

Faktor Fizikal Penutur

Faktor fizikal atau fisiologi seseorang penutur adalah berkaitan rapat dengan
organ pertuturan dan keadaan alam sekeliling. Hal ini bermaksud organ
pendengaran penutur itu terlebih dahulu mestilah berfungsi dengan baik agar si
penutur dapat menyerapkannya. Bagi seseorang yang mempunyai organ
pendengaran yang rosak atau di sebut pekak, tentu sekali ia tidak dapat
menangkap bunyi yang didengarinya dan tidak mungkin pula dapat memberi
respon dengan betul. Sebagai contoh, jika ibu dan bapa seseorang bayi bisu, ada
kemungkinan anak mereka juga akan bisu. Hal ini terjadi kerana anak mereka
tidak memperoleh rangsangan persekitaran. Oleh itu, anak yang malang tadi
tidak dapat meniru sebutan orang lain.
Apabila anak-anak berpeluang meniru, maka faktor yang berikutnya pula ialah
organ pertuturan anak tersebut mestilah sempurna dan baik. Organ pertuturan
atau pengucapan yang dimaksudkan ialah bibir atas dan bawah, gigi, gusi,

82

X TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

hujung lidah, tengah lidah, dan pangkal lidah, lelangit keras dan lembut, tekak,
rongga hidung, laring, pita suara dan glotis. Andainya bibir atas si penutur itu
cacat (sumbing) (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai hairlip) maka suara
akan masuk ke rongga mulut dan rongga hidung dan ini akan menyebabkan
berlaku nasalisasi atau sengauan. Jika organ pertuturan yang lain semuanya
sempurna maka penutur akan dapat berucap dengan baik dan sempurna. Jadi
lidah, bibir dan gigi terutamanya mestilah berada dalam keadaan elok dan
sempurna, tidak ada apa-apa kecacatan pada organ tersebut.

4.3.2

Faktor Sosial Penutur

Faktor sosial penutur juga berperanan sama hebatnya dengan faktor fizikal. Hal
ini ada kaitannya dengan corak hidup, cara hidup, sosioekonomi dan faktor
persekitaran. Sebagai contoh dan perbandingan, dalam sebuah cerita di India,
seorang anak dipelihara oleh serigala. Perlakuan dan tabiat anak itu juga seperti
serigala. Jadi, persekitaran dan proses sosialisasi amat perlu sekali untuk
melicinkan proses pertuturan yang baik. Lagi banyak kita bersosial, lagi
mendalam ilmu yang didapati dan lagi luas pendengaran kita mengenai bunyi,
kata dan ayat. Di samping sosiologi ilmu psikologi juga berkait rapat dengan
pertuturan. Orang sering berkata, seseorang itu menjadi pendiam kerana ia
tidak banyak didedahkan dengan alam komunikasi dan perhubungan orang
lain. Ia juga dapat dikaitkan dengan sifat, sikap, kepercayaan dan nilai hidup
seseorang.

AKTIVITI 4.2
Juga dinyatakan di dalam topik ini peranan yang dimainkan oleh ilmu
fonetik dan fonologi di dalam pengujaran bunyi. Kenapakah ia
menjadi untuk mendalami kedua-dua ilmu? Apakah faktor penyekat
atau yang menyukar seseorang itu menghafal atau mempelajari ilmu
tersebut? Apa pendapat anda? Nyatakan.

TOPIK 4 KESILAPAN SEBUTAN DALAM BAHASA MELAYU

83

Topik ini secara ringkas telah mendedahkan pembaca tentang kesilapankesilapan penutur bahasa. Kesilapan tersebut mungkin berlaku kerana
kurang arif dengan sistem fonetik dan fonologi, tidak mematuhi hukum dan
rumus yang ditetapkan, atau sosiologi atau fizikal.

Sikap, kepercayaan dan nilai hidup seseorang juga memainkan peranan


penting dalam proses komunikasi. Penyebutan dan pengeluaran bunyi yang
betul terletak pada diri seseorang. Kesilapan boleh dihindarkan dan boleh
dibendung.

Fizikal

Kesilapan penutur

Fonem

Sosial

Anda mungkin juga menyukai