Anda di halaman 1dari 28

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

ISI KANDUNGAN

Bil 1.0 2.0 3.0 4.0

Kandungan Pengenalan Konsonan Pinjaman Bahasa Melayu Suprasegmental Transkripsi sebutan dan penyukuan sebutan lagu rakyat

Muka Surat 1 2-5 6-15 16-19

5.0

Perbandingan sebutan standart bahasa Melayu

20-21

6.0 7.0 8.0 9.0

Rumusan Bibliografi Borang Semakan Tugasan Refleksi

22 23 24-25 26-27

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 Pengenalan

BMM 3108

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia, malah bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, maka makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikiannya juga halnya dengan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu bahasa yang banyak mempunyai banyak sistem fonologi atau sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh penuturnya. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Secara amnya, pemerolehan bunyi bahasa atau alat pertuturan oleh sesebuah masyarakat ini boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan-penjelasan yang melatarinya. Dalam Bahasa Melayu, ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonologi atau fonetik. Ilmu fonologi ini termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikuti urutan kajian dalam bidang ilmu linguistik bahasa, ilmu fonologi atau fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis ( sistem ayat) dan semantik (sistem makna).

Bagaimanapun dalam bidang tugasan ini, saya akan lebih membincangkan berhubung dengan sistem fonologi dalam Bahasa Melayu.Secara jelasnya, huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354) fonologi ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Mengikut Kamus Lingusitik pula, fonologi pula bermaksud bidang yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Apabila kita membincangkan berkenaan dengan sistem bunyi-bunyi dalam bahasa ini, kita juga akan turut sama melihat berkenaan dengan perbezaan antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi Bahasa Melayu. Ini amat penting, agar dapat memudahkan para guru untuk memahaminya agar mudah untuk mengajarkannya kepada para pelajar dan muridmurid di sekolah. Malah, adalah amat penting juga bagi mereka yang ingin mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi.

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2.0 Konsonan pinjaman bahasa Melayu

BMM 3108

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atauhalangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.Manakala konsonan pinjaman terdapat 9 jenis.

Selain itu,perhubungan antara penutur bahasa Melayu dengan penutur bahasabahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Melayu tidak dapat mengelak daripada meminjam bunyi bahasa asing ini bagi memenuhi keperluan untuk menampung lambakan bentuk kata pinjaman yang memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu sehingga penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan melayu juga.

Bahasa Melayu telah menerima sembilan konsonan pinjaman bagi melengkapkan keperluan semasa kerana 18 konsonan asli bahasa Melayu sedia ada iaitu p, b, t, d, k, g, c, j, m, n, ny, ng, s, h, r, l, w, dan y masih belum berupaya untuk menampung kemasukan kata pinjaman dari segi proses pengejaan.

Penggunaan konsonan pinjaman ini dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) f v th - feri, sifir, qaf - video, universiti - thabit, mithal, bahath

dz/ dh - dzat, dharab, nidzam, hadhir, haidh 2

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (v) (vi) (vii) (viii) (ix) z - ziarah, azam, Aziz

BMM 3108

sh - sharat, mashhur, skuash kh - Khamis, akhir, barzakh gh q - ghaib, baghal, baligh qari, baqa, fariq

Pada umumnya bunyi-bunyi pinjaman di atas masih digunakan, namun sesetengah bunyi telah ditukar mengikut sistem ejaan baharu. Contohnya pinjaman bahasa Arab : (i) th menjadi s:

mithal menjadi misal , Thalatha menjadi Selasa, Ithnin menjadi Isnin, bahath menjadi bahas, thalji menjadi salji .

(ii) dz menjadi z:

dzalim menjadi zalim, dzat menjadi zat , dzikir menjadi zikir, adzab menjadi azab , adzan menjadi azan.

(iii) dh menjadi d:

haidh menjadi haid, Ramadhan menjadi Ramadan, redha menjadi reda, dhaif menjadi daif, fardhu menjadi fardu.

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

(iv) sh menjadi sy:

sharat menjadi syarat, isharat menjadi isyarat, shaitan menjadi syaitan, masharakat menjadi masyarakat,

(v) q menjadi k:

qadhi menjadi kadi, maqam menjadi makam, aqidah menjadi akidah, aqiqah menjadi akikah,

Beberapa istilah yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkait rapat dengan akidah dan al-Quran dikekalkan ejaannya mengikit bunyi asal. Contohnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) quran qadak qadar qari thani

Tidak menjadi kesalahan jika kita meminjam apa-apa sahaja aspek bahasa sama ada dari segi bunyi, imbuhan atau kosa kata daripada bahasa lain, namun kita perlu sesuaikan penggunaannya agar selaras dengan cara penggunaan bahasa Melayu. Bahasa sifatnya dinamik. Demikian juga bahasa Melayu yang dapat menerima unsur asing kerana keperluan semasa memerlukan kita melakukan proses peminjaman. Bahasa-bahasa yang mantap di dunia seperti bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Jerman dan sebagainya juga menerima perkataan pinjaman kerana dunia kini tanpa sempadan.

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

Namun yang penting, kita hendaklah menggunakan sesuatu yang kita pinjam mengikut acuan kita sendiri.

2.1 Perkataan yang terkandung konsonan pinjaman beserta simbol fonetik

Bil Perkataan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 quran wuquf qasar xilofon x-ray versi ovum vitamin fasakh dharab ghaib variasi swasta zaman masyarakat musyrikin khas khat vokasional ghalib

simbol fonetik [ qur.an ] [ wu.quf ] [ qa.ar ] [ xi.l.fn ] [ x- ray ] [ vr.i ] [ .vum ] [ vi.ta.min ] [ fa.ax ] [ dha.rab ] [ a.ib ] [ va.ria.i ] [ wa.ta ] [ za.man] [ ma.a.ra.kat ] [ mu.ri.kin ] [ xa ] [ xat ] [ v.ka.si.nal ] [ a.lib ]

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 3.0 Suprasegmental

BMM 3108

Fonem suprasegmental merujuk kepada segmen bunyi dalam kesan suara yang terkena kepada lebih daripada satu segmen bunyi dalam ujaran, seperti kelangsingan, tekanan. Istilah suprasegmental merujuk kepada kajian bunyi yang sama. Konsep kontras juga digunakan bagi menentukan taraf fonem suprasegmental. Dalam Bahasa Melayu, bunyi suprasegmental tidak membezakan makna secara sistematik. Walau bagaimanapun, dalam bahasa lain, bunyi suprasegmental dapat membezakan makna antara sesuatu ayat. Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya, ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan, tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menindihi atau menumpangi bunyi penggalan. Fonem suprasegmental tersebut terdiri daripada: i. Tekanan, ii. Kepanjangan, iii. Jeda, iv. Nada

3.1 Tekanan

Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda ( ). Dalam bahasa Melayu, tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya. Dalam bahasa asing, misalnya bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan makna. Contohnya, perkataan pro gress bermaksud memajukan (kata kerja) dan pro gress bermaksud kemajuan (kata nama). Begitu juga dengan perkataan ex port yang tekanannya diletakkan pada awal suku kata membawa maksud barang yang dieksportkan (kata nama) sedangkan ex port yang tekanannya dilakukan pada suku kata kedua membawa maksud melakukan kerja eksport (kata kerja). Begitulah seterusnya dengan perkataan conduct, insult dan seumpamanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. 6

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 3.2 Kepanjangan

BMM 3108

Kepanjangan atau juga disebut panjang pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris dan Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.Ciri panjang pendek ini ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik ( . ), kepanjangan bunyinya setengah mora; dua titik ( : ), kepanjangannya satu mora; dan jika empat titik ( :: ), kepanjangannya ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris, perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan. Contohnya, perkataan sit bermakna duduk, dan si:t bermakna tempat duduk; ship maknanya kapal dan shi:p bermakna kambing biri-biri.

3.3

Jeda

Jeda yang juga disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda atau persendian ini dilambangkan dengan tanda ( + ). Dalam bahasa tertentu, khususnya bahasa Inggeris, unsur jeda ini boleh membezakan makna. Misalnya, ujaran I scream, saya menjerit dan ice-cream aiskrim bunyi ujarannya sama dan sukar dibezakan maknanya sekiranya kita tidak membezakannya dengan jeda seperti yang berikut: i scream / ai + skri:m / saya menjerit ice cream / ais + kri:m / aiskrim

Dalam bahasa Melayu juga terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan makna sekiranya tidak dipakai tanda jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin) dan belikantin (beli kantin). Bagi membezakan makna ujaran, rangkai kata itu perlu ditanda dengan tanda jeda seperti yang berikut: / belikan + tin / membelikan tin = tin yang dibeli / beli + kantin / membeli kantin = kantin yang dibeli

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh ayat Saya

BMM 3108

membaca buku kakak boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti yang berikut: / # Saya membaca buku kakak # / (Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak)

/ # Saya membaca buku # kakak / (Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

/ # Kami makan sate kambing # / (Maksudnya kami makan sate daging kambing) / # Kami makan sate # kambing / (Maksudnya kami memberitahu kambing bahawa kami makan sate)

3.4

Nada

Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu, terdapat berbagaibagai intonasi atau lagu yang terdapat pada ayat. Misalnya, ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Ayat tanya pula mempunyai intonasi meninggi pada akhir ayat dan seumpamanya. Apabila kita bertutur, kita menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu turut menggunakan intonasi atau lagu bahasa yang berbezabeza. Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat, dan digunakan dalam pertuturan. Berikut diturunkan contoh-contoh intonasi pada ayat-ayat dalam bahasa Melayu, iaitu: a) Intonasi ayat penyata b) Intonasi ayat tanya c) Intonasi ayat perintah d) Intonasi ayat terbalik atau songsang e) Intonasi ayat pasif 8

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

a) Intonasi Pada Ayat Penyata Biasa

Intonasi pada ayat penyata mempunyai pola intonasi 2-4-2-3, seperti dalam ayat yang berikut:

Frasa subjek pelajar itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat pengawas ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan frasa subjek daripada predikat menjadi jelas disebabkan nada suara turun daripada tingkat 4 pada subjek pelajar itu ke tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi frasa predikat pengawas. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat pengawas.

b) Intonasi Pada Ayat Tanya

Dalam bahasa Melayu, intonasi ayat tanya biasa ditandai dengan tingkat nada 2-4-3-4. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya pengucapan ayat. Contohnya:

Intonasi ayat tanya seperti contoh di atas digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh pendengar berkenaan. Ayat tanya dapat juga dibentuk dengan meletakkan partikel -kah pada bahagian predikat ayat. Dalam hal ini, oleh sebab predikat yang disertai partikel kah dipentingkan, maka predikat dipindahkan ke bahagian hadapan ayat menjadi: Pengawaskah pelajar itu?

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi bagi ayat tanya tersebut ditandai dengan tingkat nada 2-3-1-4 seperti dalam contoh yang berikut:

BMM 3108

c) Intonasi Pada Ayat Perintah

Dalam ayat perintah, bahagian predikat lebih dipentingkan berbanding bahagian subjek. Sebagai contoh, ayat Pergi! sebenarnya terbit daripada ayat Awak pergi! Kata ganti nama diri kedua, iaitu awak digugurkan dan meninggalkan predikat pergi. Frasa predikat pergi dilafazkan dengan tingkat nada 2-3 seperti yang berikut:

Bagi melembutkan perintah dalam ayat perintah di atas, partikel -lah dapat disertakan bagi membentuk ayat: Pergilah. Intonasi ayat di atas ditandai dengan tingkat nada 2-3-1 seperti yang berikut:

d) Intonasi Pada Ayat Terbalik atau Ayat Songsang

Ayat bahasa Melayu dalam bentuk susunan biasa ialah Subjek + Predikat. Walau bagaimanapun, dalam percakapan atau pertuturan seharian, kerap berlaku susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa tersebut, iaitu bahagian predikat ayat mendahului bahagian subjek.

Ayat yang mempunyai susunan sedemikian disebut ayat terbalik atau ayat songsang. Contoh: Susunan biasa : Adik saya + pandai Ayat songsang : Pandai + adik saya 10

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Susunan biasa : Pelajar itu + pengawas Ayat songsang : Pengawas + pelajar itu Intonasi ayat penyata biasa seperti yang telah dijelaskan mempunyai tingkat nada 2-4-2-3 seperti yang berikut:

BMM 3108

Apabila ayat tersebut disongsangkan, intonasinya bertukar menjadi 2-3-1, seperti yang berikut:

Begitu juga ayat-ayat di bawah:

Perhatikan bahawa dalam contoh ayat-ayat di atas, tingkat nada bagi bahagian predikat kekal pada tingkat 2-3. Tingkat nada berkenaan tidak berubah meskipun kedudukan predikat berubah ke hadapan ayat. Sebaliknya, yang berubah ialah tingkat nada pada bahagian subjek, iaitu menurun kepada tingkat 1. Selain partikel -kah, -lah juga menandakan bahawa bahagian predikat diberi penekanan.

11

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Oleh sebab kedua-dua partikel ini berfungsi hanya sebagai tanda bahawa bahagian predikat ayat dipentingkan, maka nada untuk -kah dan -lah

BMM 3108

menurun kepada tingkat 1, bersama-sama keseluruhan subjek ayat berkenaan yang tidak lagi dipentingkan. Sila teliti contoh ayat yang mengandungi partikel -kah.

e) Intonasi Pada Ayat Pasif

Ayat pasif mempunyai intonasi yang sama seperti ayat aktif biasa, iaitu 2-4-2-3. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

Ayat Aktif: 43 Ibubelummenjahitbajuitu 22 Ayat Pasif: 43 Bajuitubelumdijahitolehibu 22

Dalam ayat-ayat di atas, bahagian pertama yang mempunyai tingkat nada 2-4 merupakan subjek, manakala bahagian kedua yang mempunyai tingkat nada 2-3 pula merupakan bahagian predikat ayat.

12

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

Ayat tanya aktif biasa dan ayat tanya pasif biasa juga mempunyai tingkat nada 2-4 bagi bahagian subjek dan 2-3 bagi bahagian predikat seperti dalam contohcontoh yang berikut:

Walau bagaimanapun, tingkat nada intonasi berbeza, jika ayat pasif berkenaan merupakan ayat pasif bagi orang pertama dan kedua. Lihat contoh-contoh yang berikut:

(a) Saya membuka bungkusan itu. (b) Saya buka bungkusan itu.

Dalam contoh di atas, ayat (a) merupakan ayat aktif biasa, manakala ayat (b) merupakan ayat pasif songsang. Ayat (b) berasasl daripada ayat: (c) Bungkusan itu saya buka. Dalam ayat (c) di atas, bahagian predikat ayat ialah saya buka. Predikat sesuatu ayat mempunyai tingkat intonasi 2-3. Oleh hal yang demikian, intonasi bagi ayat (b) di atas adalah 2-3-1, seperti yang berikut: Nada Intonasi Ayat (b):

3 Sayabukabungkusanitu 21

13

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ayat (a) dan (c) pula mempunyai intonasi ayat penyata biasa, iaitu 2-4-2-3, seperti dalam contoh-contoh yang berikut:

BMM 3108

Sayamembukabungkusanitu 22 Nada Intonasi Ayat (c): 43 Bungkusanitusayabuka 22

f) Intonasi Pada Ayat yang Panjang

Perlu diingat bahawa nada turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-unit frasa. Oleh sebab itu, walau bagaimana panjang sekalipun sesuatu ayat, nada intonasinya tetap mempunyai pola yang sama. Dalam hal ini, fungsi intonasi adalah sebagai pemisah frasa-frasa dalam ayat, seperti dalam contoh yang berikut:

Para pelajar itu menelaah pelajaran di perpustakaan.

Ayat di atas boleh dibahagikan kepada tiga frasa intonasi utama, iaitu frasa subjek, frasa predikat dan keterangan. Seperti yang telah dijelaskan, pola intonasi bagi ayat biasa ialah 2-4-2-3. Oleh hal yang demikian, pola intonasi bagi ayat di atas, tanpa keterangan adalah seperti yang berikut: 43 Parapelajaritumenelaahpelajaran 22

Dalam contoh di atas, frasa di perpustakaan merupakan keterangan tambahan dan tidak begitu penting. Oleh yang demikian, nada yang diterimanya ialah nada 1.

14

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

Maka intonasi bagi keseluruhan ayat tersebut ialah 2-4-3-1, seperti yang berikut:

43 Parapelajaritumenelaahpelajaran 22 diperpustakaan 1

Ayat di atas berkemungkinan diucapkan dengan nada 2-3 pada bahagian frasa tambahan yang menjadi keterangan sekiranya frasa tambahan itu dipentingkan dan perlu ditegaskan seperti yang berikut:

15

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 4.0 TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN LAGU RAKYAT

BMM 3108

AYAM DENOK DENI (ANOK SEMANTAN) Lagu : Afzainizam Lirik : Nor Azimah Penyanyi : Zurin

Rangkap 1

Lirik Lagu Standart Ayam denok deni Baru kembang ekor Ape dose kome Lalu tidok tego

Lirik Lagu Transkripsi [# a.yam d.n d.ni #] [# ba.ru km.ba e.kor #] [# a.p do. k.m #] [# la.lu ti.d t.g #]

Buoh jambu meroh Masok ateh peti Ngape awok maroh Kome pun tok reti

[# bu.h jam.bu m.rh #] [# ma. a.th p.ti #] [# a.p a.w ma.rh #] [# k.m pun t r.ti #]

Mari-mari kite menyanyi same-same Jangan le kite lupe lagu warisan kite

(2x) (2x)

[# ma.ri-ma.ri ki.t m.a.i a.m-a.m #] [# ja.an l ki.t lu.p la.gu wa.ri. ki.t #]

16

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rangkap 2

BMM 3108

Lirik Lagu Standart O..Oh bulan weh Di mane bintang Diceloh-celoh Pucuk Kayu Are

Lirik Lagu Transkripsi [# h bu.l wh #] [# di ma.n bin.ta #] [# di .lh-.lh #] [# pu.u ka.yu a.r #]

O..Oh tuan weh Di mane ilang Di dalam dapur nun Diateh pare

[# h tu wh #] [# di ma.n i.la #] [# di da.lam da.pur nun #] [di.a.th pa.r #]

Mari-mari kite menyanyi same-same Jangan le kite lupe lagu warisan kite

(2x)

[# ma.ri-ma.ri ki.t m.a.i a.m-a.m #] [# ja.an l ki.t lu.p la.gu wa.ri. ki.t #]

17

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rangkap 3

BMM 3108

Lirik Lagu Standart Can can cunai Ceniuk cenibung Mane burung punai weh Di ujung tanjung

Lirik Lagu Transkripsi [# an an u.n #] [# .niu .ni.bu #] [# ma.n bu.ru pu.n wh #] [# di u.ju tan.ju #]

Can can cunai Ceniuk cenigi Mane burung punai weh Doh terbang tinggi

[# an an u.n #] [# .niu .ni.gi #] [# ma.n bu.ru pu.n wh #] [# dh ter.ba ti.gi #]

Mari-mari kite menyanyi same-same Jangan le kite lupe lagu warisan kite

(2x) (2x)

[# ma.ri-ma.ri ki.t m.a.i a.m-a.m #] [# ja.an l ki.t lu.p la.gu wa.ri. ki.t #]

18

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rangkap 4

BMM 3108

Lirik Lagu Standart Tukuila takai weh Diateh rakit Orangla nake Sajela sakit

Lirik Lagu Transkripsi [# tu.kui.la ta.k wh #] [# di.a.th ra.kit #] [# o.ra.la na.k #] [# a.j.la a.kit #]

Tukuila takai weh Dibalik pintu Orangla nake weh Sajelah gitu

[# tu.kui.la ta.k wh #] [# di.ba.li pin.tu #] [# o.ra.la na.k #] [# sa.j.la gi.tu #]

Mari-mari kite menyanyi same-same Jangan le kite lupe lagu warisan kite

(2x) (2x)

[# ma.ri-ma.ri ki.t m.a.i a.m-a.m #] [# ja.an l ki.t lu.p la.gu wa.ri. ki.t #]

Mari-mari kite menyanyi same-same Jangan le kite lupe lagu warisan kite

(2x) (6x)

[# ma.ri-ma.ri ki.t m.a.i a.m-a.m #] [# ja.an l ki.t lu.p la.gu wa.ri. ki.t #]

19

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.0 PERBANDINGAN SEBUTAN STANDART BAHASA MELAYU

BMM 3108

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Sebutan Standart Masam Cawan Ayam Garang Cangkul Dalam Diam Simpan Bulan Pensil Tipu Lapar Rasa Maghrib Malam

Dialek Negeri Terengganu [ ma.a ] [ a.wa ] [ a.ya ] [ b.k ] [ a.kl ] [ da.la ] [ dia ] [ im.pa ] [ bu.la ] [ ka.la ] [ l.b ] [ la.p ] [ a. ] [ a.ri ] [ ma.la ]

Dialek Negeri Kelantan [ ma. ] [ a.w ] [ a.y ] [ p.h ] [ ] [ da.l ] [ di.y ] [ i.p ] [ bu.l ] [ ka.l ] [ .p ] [ la.pa ] [ a. ] [ .ri ] [ ma.l ] 20

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

16. 17. 18. 19. 20.

Faham Hujan Tandas Reban Jam

[ pa.ha ] [ hu.ja ] [ jam.ba ] [ r.ba ] [ ja ]

[ p.h ] [ hu.j ] [ jam.b ] [ r.b ] [ j ]

21

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

6.0 Rumusan

Kesimpulannya, bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran,mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan melibatkan dialek yang berbeza yang didengar kemudian dapat mentranskripsikannya mengikut bahasa dan seterusnya

bertindak balas terhadap apa yang didengarinya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa.

Selain itu, Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari vokal dan bunyi-bunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai kaitan rapat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan. Bahasa sentiasa berubah ubah serta mempunyai sifat khas dan unit. Oleh itu, amat penting untuk kita mempelajari bahasa tidak kira apa jua bentuk bahasa itu kerana dengan mempelajari dan memahami setiap sistem dalam bahasa itu ,kita dapat menyampaikan makna dengan lebih berkesan kepada penerima maklumat yang ingin disampaikan. Dalam bahasa Melayu secara amnya, mempunyai keunikan yang tersendiri apabila menyentuh berhubung dengan konsep fonologi kerana melalui pemahaman kita terhadap sistem fonologi bahasa. Secara tidak langsung turut dapat memperbaiki dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh yang demikian, kita harus memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca agar dikenali serta boleh diguna pakai oleh masyarakat dunia amnya.

22

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 7.0 Bibliografi 1. Asmah Hj Omar, Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu, 1986; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

BMM 3108

2. Kamus Dewan, edisi keempat, 2007 ; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3. Raja Ali Haji, Kitab Pengetahuan Bahasa (Transliterasi oleh R. Hamzah), 1987; Department Pendidikan dan Kebudayaan, Pekan Baru. 4. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa, 1986 ; Fajar Bakti, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 5. Winsted, R.O., et al ,Ilmu Bahasa Melayu: Penggal 1, 1927 ; Fraser and Neave, Singapura.

6. www.ms.wikipedia.org.fonologi_bahasa_melayu.com

7. www.suriangkasa.blogspot.com.fonetikdanfonologi.my

23

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 8.0 Borang semakan tugasan

BMM 3108

NAMA KUMPULAN / OPSYEN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH PENILAI

: MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM : PISMP BM/PJ/PM :4 : BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU : ENCIK KHUSHAIRI BIN FADZAL

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Mendapat tugasan daripada pensyarah

CATATAN

TANDATANGAN

02/07/2013

Mendengar penerangan daripada pensyarah


ENCIK KHUSHAIRI BIN FADZAL

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

4/07/2013

Perbincangan pertama bersama pensyarah

Bertanyakan kekeliruan mengenai soalan tugasan


ENCIK KHUSHAIRI BIN FADZAL

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

5/07/2013 15/07/2013

Proses pencarian maklumat

Proses pemerolehan maklumat dilakukan secara individu melalui pembacaan buku ilmiah dan mendapatkan maklumat di laman sesawang

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

24

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

16/07/2013 19/07/2013

Mula menaip hasil maklumat yang telah diperolehi

- Mengumpulkan hasil tugasan daripada setiap sumber - Berbincang bersama rakan kelas dan pensyarah mengenai pemantapan hasil kerja kursus
ENCIK KHUSHAIRI BIN FADZAL

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

20/07/2013

Menjilidkan tugasan

Membukukan dan menjilidkan tugasan yang telah selesai. MUHAMMAD IMRAN BIN
IBRAHIM

30/07/2013

Penghantaran tugasan

Kerja kursus yang telah siap dihantar kepada pensyarah untuk dinilai
ENCIK KHUSHAIRI BIN FADZAL

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

25

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 9.0 Refleksi

BMM 3108

Perasaan puas dan lega mengiringi hati setelah proses penyiapan kerja kursus ini akhirnya telah mnemui titik noktahnya. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya ,dapat jua saya menyiapkan tugasan ini. Pada semester ini, tugasan bagi Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMM 3108) ialah menjelas dan menyenaraikan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu,membuat perbandingan unsur-unsur suprasegmental dalam bahasa Melayu,mentranskripsi sebutan dan penyukuan sebutan berdasarkan lagu rakyat serta membandingkan sebutan standart dengan dialek bahasa Melayu . Sememangnya kesulitan dan masalah itu seringkali ada dan wujud dalam melaksanankan sesuatu tugasan.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya hanya mempunyai masalah dalam menyelesaikan sub tugasan ketiga dan keempat berkenaan membuat transkripsi serta membuat perbandingan sebutan bahasa standart dengan dialek.Kesedaran mulai timbul bahawa dialek mengikut negeri membawa makna serta sebutan yang berbeza-beza. Sebagai contoh ayam dalam bahasa standart , [ a.y ] dalam dialek Kelantan serta [ a.ya ] dalam dialek Terengganu.Namun ia bukanlah suatu penghalang.Saya telah berjaya menanganinya dengan merujuk dan meminta bantuan rakan yang berasal dari negeri

pemilik dialek yang berkenaan serta tidak lupa pensyarah subjek ini iaitu En Khushairi bin Fadzal.Oleh yang demikian,terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu.

Dalam pada itu,melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan peranan dan tanggungjawab atau juga situasi kehidupan seorang guru.Hal ini berkait rapat dengan memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran dan

pembelajaran PdP di sekolah kelak amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid .Seterusnya menjadikan sistem PdP lebih berkesan serta apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan ciri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu di sekolah serta dalam kehidupan seharian mereka.

26

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108

Selain itu ,dengan penghasilan tugasan ini juga telah membantu saya dalam mengajar murid di sekolah kelak dalam memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap dalam kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan.Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasiintonasi atau nada yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaranujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaian agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

Selain itu ,saya juga dapat melihat perbezaan makna dalam ayat serta kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna saya dapat mengajar murid-murid akan kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru.

Tuntasnya,tugasan ini telah mendedahkan kepada saya akan kefahaman dalam bagaimana untuk mengajar dengan betul di sekolah nanti dan akhir kalam,sebagai guru muda yang masih lagi banyak untuk di pelajari dalam bidang pendidikan ini , sejujurnya telah bersedia dalam apa jua perubahan dasar yang bakal dijalankan seperti Transformasi pendidikan yang telah pun dilalui .Sememangnya dalam usaha untuk mencapai sebuah negara bangsa yang maju bukanlah mudah,ia amat berkait rapat dengan sistem pendidikan yang baik dan cemerlang.Oleh yang demikian,untuk mencapai tahap yang diimpikan itu ,sokongan yang padu seharusnya diberikan kepada pemimpin negara kita dalam merencana hala tuju pendidikan negara kita pada masa yang akan datang.

27

Anda mungkin juga menyukai