Anda di halaman 1dari 11

Wacana Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN SETIAP ayat yang dibina mempunyai satu tumpuan makna yang membentuk

satu fokus pemikiran. Fokus pemikiran ini disebut wacana. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap, yang melebihi batas ayat. Dari segi tatatingkat tatabahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi selepas ayat, yakni bermula daripada perkataan di tingkat bawah kepada frasa (di tingkat kedua), kemudian klausa; selepas itu ayat, dan tingkat yang tertinggi wacana. Kedudukan ini diperjelas melalui rajah yang berikut: Perkataan > Frasa > Klausa > Ayat > Wacana Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran secara berurutan serta lengkap. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan (pidato, khutbah), atau tulisan (surat, novel, cerpen, artikel) diujarkan/ditulis bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik. Wacana bentuk tulisan ditulis dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada bentuk naratif (pemerian), deskriptif (penggambaran, eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Sesuatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (tautan) dan koheren (runtutan). Kohesi bermaksud bahawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain. Keserasian hubungan ini, lazimnya, melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Hal ini dijelaskan dalam ayat contoh yang berikut: 1. Pada waktu ini, abang dan kakak tinggal di bandar Kajang. 2. Sekarang, mereka tinggal di sana. Kohesi antara ayat 1 dengan ayat 2 wujud melalui pertalian antara Pada waktu ini dengan Sekarang, abang dan kakak dengan mereka, dan di bandar Kajang dengan di sana. Koheren atau runtutan pula merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contohnya: Ekonomi Malaysia masih dalam keadaan gawat. Jelaslah, ekonomi kita masih belum betul-betul pulih. Harga komoditi kita masih rendah. Imbangan dagangan kita masih belum meningkat.

Oleh itu, kita mesti menghadapi kenyataan ini dengan realistik. Kita tidak harus berbelanja lebih kerana keadaan ini. Dalam contoh di atas, kesinambungan idea tentang keadaan ekonomi yang tidak menentu terjalin melalui perkataan dan frasa ekonomi Malaysia dalam ayat 1, belum betul-betul pulih dalam ayat 2, harga komoditi dalam ayat 3, imbangan dagangan dalam ayat 4, dan menghadapi kenyataan ini dalam ayat 5. Kelima-lima ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren yang bermakna. Untuk memahami ciri koheren dengan lebih jelas lagi, telitilah satu contoh lagi. Sebutan berdasarkan ejaan dikenal juga sebagai sebutan fonemik. Sebutan fonemik menegaskan bahawa pengucapan sesuatu bunyi itu menurut nilai bunyi yang dilambangkan oleh huruf atau grafem. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa hampir setiap fonem dalam bahasa Melayu dilambangkan oleh sesuatu atau satu grafem yang mendukung satu nilai bunyi. Dalam contoh di atas, koheren terjalin daripada sebutan berdasarkan ejaan dalam ayat 1, sebutan fonemik dan pengucapan sesuatu bunyi itu menurut nilai bunyi yang dilambangkan oleh huruf atau grafem dalam ayat 2, prinsip ini dan morfem dilambangkan oleh sesuatu atau satu grafem dalam ayat 3. Ketiga-tiga ayat dalam perenggan ini menjadi koheren yang bermakna. Selain ciri kohesi dan koheren ini, terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu menghasilkan wacana yang utuh, seperti tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan peranan wacana. Dalam bentuk tulisan, seperti surat kiriman, esei dan lain-lain, wacana yang utuh mempunyai tubuh, yakni format teks yang lengkap. Format teks itu mengandungi pendahuluan, tubuh (isi dengan jalinan bahasa yang mantap), penutup, dan unsur lain (yang melengkapkan wacana seperti graf, jadual, peta, statistik, dan sebagainya). Begitulah huraian tentang wacana dalam berbahasa. Wacana begitu penting dalam menentukan kegramatisan bahasa. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0825&pub=DuniaPendidikan&sec=Munsyi_Bah asa&pg=mb_01.htm

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Dialek Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek kawasan

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisivariasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Ragam Bahasa Formal

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah Nak Tak Dah Bahasa Basahan Kenapa macam mana Tengah Bahasa Basahan

(c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula Ambik Kecik Pulak Bahasa Basahan

Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua Makam

Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu)

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

http://bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/bahasa-formal-bahasa-bebas-suatu.html

Hafifi Athram Toxicity, PheRock, Malaysia

Bahasa Formal & Bahasa Bebas Suatu Perbezaan


Bahasa formal dan bahasa tidak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Bahasa Bebas

Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Ayat yang gramatis

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, Mementingkan aspek-aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa. Contoh ayat: You ni memang degillah. I dah bagitahu you kan jangan keluar dengan jantan tak guna tu lagi. Tapi you tak nak dengar cakap I. I fed up la dengan you. Contoh ayat: Awak sangat degil. Saya telah beritahu awak supaya jangan keluar dengan lelaki itu. Tetapi awak tidak mahu dengar cakap saya. Saya sudah bosan dengan awak.

Komen penulis blog: Berdasarkan penerangan di atas, bahasa formal perlu digunakan bagi merujuk kepada urusan-urusan rasmi seperti perhimpunan, hari anugerah dan sebagainya manakala bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan harian manusia. Selain itu, penggunaan bahasa tidak formal jelas dapat dilihat di dalam novel dan cerpen.

http://drotspss.blogspot.com/2011/02/tajuk-73-ayat-kabur-vague-dan-ayat.html

Tajuk 73: Ayat kabur (vague) dan ayat jelas.... anda mesti jelas ! Berikut beberapa contoh ayat kabur yang terlalu lazim dilakukan oleh pelajar dalam menulis tesis. Tesis adalah naskah ilmiah yang mesti JELAS maksud supaya tidak ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Berikut sekadar beberapa contoh dari ribuan kesalahan yang pelajar sering lakukan.

Kabur Jelas

Kajian lepas telah menggunakan pendekatan konstruktivis Terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews (2006) telah menggunakan pendekatan konstruktivis..

Kabur Jelas

Teori X adalah teori yang terkini dalam pendidikan . Teori X adalah teori dalam pendidikan yang dikemukakan pada tahun 2010....

Kabur

Kajian ini menggunakan pendekatan berasaskan komputer oleh KPM.

Jelas

Kajian ini menggunakan pendekatan pengajaran menggunakan perisian yang dibekalkan oleh KPM

Kabur

Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan kajian terdahulu.

Jelas

Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan kajian dariaspek umur sampel yang dipilih..

Kabur

Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi

pelajar. Ia bermakna

Jelas

Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar. Peningkatan skor motivasi pelajar inibermakna.

Kabur

Kita semua ketahui / Seperti yang kita semua lihatbahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh.

Jelas

Kajian oleh X dan Y (2003) menunjukkan bahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh.

Kabur Kabur Jelas

Kita mestilah mengambil kira faktor X dan Y dalam . Penyelidik seperti X (2003) dan Y (2007) mendakwabahawa Dapatan dari kajian X (2003) dan Y (2007) menunjukkanbahawa.

Anda mungkin juga menyukai