Anda di halaman 1dari 17

http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.

html

FUNGSI WACANA DALAM BAHASA MELAYU


ABSTRAK

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata dan wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa, wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki dan boleh dinyatakan seperti rajah berikut:

Fornem morfem Perkataan

Frasa Klaus Ayat Wacana

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu

fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan -1hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.

Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.

2.0

FUNGSI PENANDA WACANA

Penanda

wacana

ialah

perkataan

atau

rangkaian

perkataan

yang berfungsi

untuk

menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk: i) ii) iii) gramatis menyambung ayat dengan ayat; menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan melahirkan ayat-ayat dan bermakna. dan perenggan yang berkesinambungan,

-2Raminah Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu. Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti: i) ii) iii) iv) v) Penanda Penghubung; Penanda rujukan; Penanda penggantian; Penanda leksikal; dan Penanda elipsis atau pengguguran.

Bagi meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar, mereka seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama di dalam penanda wacana iaitu: a). Penghubung tambahan; b). Penghubung tentangan atau sebaliknya; c). Penghubung musabab atau sebab; dan d). Penghubung tempoh masa atau ketika.

2.1

Menunjukkan maksud penghubung tambahan. Menurut Kamus penghubung yang telah Tatabahasa yang diperkatakan Dewan Edisi Ketiga, penghubung kepada wacana

tambahan merupakan sesuatu yang pula, perkara

memberikan

maklumat

tambahan penanda

sebelumnya. Antara

terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh

dibina adalah seperti: -3a). mencabar dia besar. penduduk lebih Tugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar

dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduktermasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan rapat lagi.

b). melakukan

Pendidik

haruslah

berusaha

membimbing

pelajarnya

pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah pelajar.

praktikal. Di samping menarik minat

2.2

Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan. Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung yang

menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti berikut:

a). kecilnya

Kassim

telah

lama

berpindah

ke

Semenanjung. Namun hati

masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.

b). kecil Hamid

Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak seperti bapa kandung mereka sendiri.

-42.3 Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab. Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa

Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:

a). di dan sukar ahli

Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.

b). lebih kepompong

Keadaan keras

hidup

keluarganya

amat daif. Maka

itu dia terpaksa bekerja keluar daripada

untuk

membawa kemiskinan.

keluarganya

2.4

Menunjukkan maksud ketika atau penghubung tempoh. Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin

(2007), dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya. -5Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti:

a).

Pertama, ibu

saya

sakit. Kedua,

kereta

saya

rosak

dan ketiga, tidak dapat hadir

hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya mesyuarat petang semalam.

b)

Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi rombongan. Semua ahli rombongan minat. Selepas

Sepang, kami

taklimat ringkas oleh ketua

mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh

itu,kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

Selain daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda wacana yang terdapat di dalam bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan karangan, penanda memulakan isi baharu, penanda huraian isi karangan, penanda memberi contoh, penanda menutup isi, penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, penanda memulakan perenggan penutup, penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza dan penanda memulakan atau memasukkan peribahasa.

Setelah diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbeza antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah ditetapkan.

-6-

3.0

PENANDA WACANA DALAM PERENGGAN

Berikut adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan wacana di dalam petikan:

3.1

Petikan 1

Perenggan ini adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Mencipta Inovasi Sebagai Pendekatan Baru Menyubur Kecerdasan Logik Matematik Berformula Pengalaman Yang Amat Bermakna, muka surat 11. Pembelajaran menulis FORMULA isi komponen berdasarkan tajuk. mengikut yang cadangan dengan modul Program Asas saya mesti TIP RING KONSEP K3

karangan. Semasa mengaplikasinya, dan ketigakesimpulan. Setiap karangan tajuk, keduahuraian Dalam Komponen berkaitan isu

menjelaskan memenuhi atau respons perlu disiplin soalan

makna 3

KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu dan ketiga arahan daripada isi Isi, pertama murid isi. Begitu saya menyatakan

arahan soalan, keduamenghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh juga pada Komponen menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian

Kesimpulan, pertama mesti

terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu.

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti semasa, pertama, kedua, ketiga , setiap, dalam dan begitu juga.

-7Penanda wacana atau perkataan semasa yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana pertama, kedua dan ketiga pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana begitu juga pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.

Di dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana pertama, kedua dan ketiga kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa disentuh oleh penulis berdasarkan formula konsep yang diperkenalkan dan perlu diterangkannya supaya pembaca memahami dengan lebih mendalam. Penanda wacana yang digunakan oleh penulis di dalam petikan tersebut sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan maksud yang hendak disampaikan adalah jelas. Namun begitu, di dalam ayat, Dalam komponen isi, adalah tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut. Penulis sepatutnya menggunakan sementara komponen isi,.. bagi menerangkan urutan penerangan yang akan disampaikan bagi menampakkan wacana yang menarik.

3.2

Petikan 2 Perenggan ini pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan

Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajukPusat Sumber SMK Convent Sebelum Inovasi, muka surat 51. Kedudukan PSS SMK Convent tidak strategik kedudukannya kerana terletak di tingkat empat tanpa dan tidak amalan berbanding cekap bangunan bersifat belakang. Pun begitu, PSS pengawas ketiadaan sekadar tetap PSS promosi bilik berdiri lebih dan pameran megah ramai galakan tanpa pelanggan.Walaupun agak ceria dan bersih, tetapi PSS bergerak sendirian terasing. Selalunya jumlah menjalankan tanggungjawab, PSS pengunjung. Faktor koleksi buku yang tidak terkini, pengawas PSS yang membaca menyebabkan hanya

pelanggan. mengikut minat jumlah yang

Malahan,

PSS

menjadi

medan

guru-guru

memenuhi

waktu

ganti (relief). Namun mendalam

begitu, murid-murid murid-murid masih menggunakan PSS hanya untuk membaca.Hal yang demikian ini terbukti apabila

waktu perpustakaan sahaja dan mereka masih tetap tidak menunjukkan pinjaman buku sangat minimum.

Dalam petikan ke dua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan beberapa penanda wacana yang agak berbeza daripada petikan pertama tadi. Di dalam petikan tersebut, beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah seperti pun begitu, walaupun, selalunya malahan, namun begitu dan hal yang demikian.

Penanda wacana pun begitu adalah merujuk kepada maksud pertentangan di mana menceritakan tentang PSS yang terdapat di situ tetapi tidak ada pengunjung yang datang atas sebab-sebab tertentu. Penanda wacana walaupun pula memberi maksud tentang pendapat yang berbeza atau sebaliknya iaitu tentang PSS yang kelihatan ceria tetapi masih tidak dapat menarik pengunjung datang ke situ. Perkataan kebiasaannya membawa maksud atau memberi gambaran tentang keseluruhan serta rumusan pendapat penulis tentang PSS yang dinyatakan itu. Sementara itu, perkataan malahan merujuk kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian sebaliknya di mana PSS digunakan oleh guru-guru untuk berehat ketika waktu jadual ganti dan bukannya waktu untuk mengajar. Penanda wacana hal yang demikian pula merujuk kepada rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan peminjam yang berkurangan walaupun PSS kelihatan ceria.

Penulisan petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca boleh memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan selalunya dilihat adalah kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan dengan perkataan atau penanda wacana yang lebih sesuai seperti kebiasaannya dan memperlihatkan penanda wacana yang lebih menarik untuk digunakan.

-93.3 Petikan 3 Sementara perenggan ketiga pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Nilai Membentuk Generasi Berilmu, muka surat 82-83.

Sebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh NILAM bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan cabaran terpaksa dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang dipilih dan dibimbing dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau empat orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke tingkatan lima. Ada diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan PMR. Hal ini demikian kerana murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A dan 8A ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Apabila perkara ini berlaku, ada kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi bimbingan dengan ilmu NILAM turut bertukar sekolah. Selain itu, cabaran terbesar adalah untuk memilih tokoh NILAM daripada kalangan lelaki. Sudah menjadi kelaziman di negara kita, murid perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki. Oleh itu, pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan murid lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh NILAM ini.Sehingga ini, kami hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.

Penanda wacana atau perkataan yang digunakan di dalam petikan ketiga adalah seperti sebenarnya, contohnya, ada diantaranya, hal yang demikian, apabila, selain itu,sudah menjadi kelaziman, oleh itu dan sehingga itu.

- 10 Penanda wacana sebenarnya membawa maksud mengesahkan atau pengeahan sesuatu maklumat yang disampaikan. Perkataan contohnya pula adalah bermaksud untuk memberikan contoh seuatu perkara atau benda yang hendak diterangkan dengan lebih mendalam. Sementara perkataan hal yang demikian, sudah menjadi kelaziman danoleh itu pula membawa maksud sebab atau musabab atau akibat sesuatu hal dan kejadian yang berlaku. Maksud penanda wacana bagi apabila dan sehingga itu pula merujuk kepada penanda waktu atau tempoh masa. Bagi penanda wacana selain itu pula membawa maksud memulakan sessuatu isi baru dalam penulisan dan menunjukkan perbandingan sesuatu perkara. Manakala perkataan atau penanda wacana selebihnya pula membawa maksud penghubung tambahan di dalam sesuatu ayat dan boleh juga menunjukkan sebagai bilangan. Walaupun petikan ketiga ini nampak sempurna, namun penulis boleh menggantikan penanda wacana ada diantaranyakepada penanda wacana yang lebih menarik iaitu selebihnya kerana ia akan menampakkan masud bilangan dalam wacana yang ingin diterangkan.

Daripada ketiga-tiga petikan yang telah dianalisa mengenai penanda wacananya, dapatlah dirumuskan bahawa penanda wacana ini digunakan di dalam setiap petikan dan mempunyai bermacam maksud mengikut konteks ayat yang dibina. Sesuatu penanda wacana tidak hanya membawa maksud yang tetap tetapi boleh berubah mengikut situasi ayat yang dilafazkan.

- 11 -

4.0

CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN WACANA DI DALAM KALANGAN PELAJAR

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi

penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.

Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.

- 12 -

Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan.

Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan kamus sebagai kawan rapat. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan. Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang dianggap sedap bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya.

Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul.

Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut.

Jika pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas, pelajar tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat telah menepati apa yang diminta. Cadangan di atas telah dinyatakan oleh beberapa orang pemeriksa kertas yang berpengalaman. Tetapi, jika cadangan ini tidak diambil pusing oleh pelajar, besar kemungkinan hasil penulisan akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang tinggi seperti yang diharapkan.

-13 5.0 KESIMPULAN Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu.

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai