Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HBML3203

TATABAHASA DALAM

PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

NAME : MOHD. SHAM JAAFAR

STUDENT ID : 680807125747001

IC NO : 680807125747

TELEPHONE NUMBER : 01116049309

E-MAIL : shamjaafar@yahoo.com.my

LEARNING CENTRE : SABAH LEARNING


CENTRE
1.0 PENGENALAN
Bahasa melayu merupakan salah satu subjek teras yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar di Malaysia bermula dari pra sekolah, sekolah rendah
dan sekolah menengah. Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara kita yang
mana menjadi bahasa yang digunakan di dalam urusan rasmi di semua sektor kerajaan
mahupun swasta. Oleh yang demikian walaupun penggunaan bahasa Inggeris semakin
giat diperkenalkan di negara ini, penggunaan bahasa melayu adalah tidak patut
diabaikan. Hal ini kerana walaupun bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara,
masih ramai lagi murid yang tidak berjaya mendapat keputusan yang baik di salam
peperiksaan utama seperti UPSR,PT3 dan juga SPM dalam subjek bahasa melayu ini.

Konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah


secara umumnya di bahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian pemahaman dan
juga bahagian penulisan. Bahagian pemahaman meliputi aspek-aspek seperti
kemahiran menganalisi perenggan, sastera dan juga tatabahasa. Manakala di dalam
kemahiran penulisan, murid akan mempelajari aspek penulisan yang mana mereka
akan belajar teknik teknik penulisan yang mana akan menghasilkan satu karya yang
baik. Walaupum secara umumnya pemahaman dan penulisan merupakan aspek utama
di dalam subjek bahasa melayu, namun yang demikian sekiranya kita lihat dari sudut
yang mendalam terdapat satu aspek yang menghubungkan kesemua aspek di dalam
subjek bahasa melayu iaitu aspek Tatabahasa. Aspek tatabahasa adalah satu aspek
yang amat penting sekali namun seringkali tidak dapat dikuasai dengan baik oleh
murid-murid. Oleh yang demikian, penilaian teknik aplikasi tatabahasa di dalam sesi
PDP adalah amat penting sekali bagi memastikan murid dapat menguasai dengan baik
kemahiran di dalam bahasa melayu.

Analisis penggunaan tatabahasa dari segi wacana yang kohesi dan koheren di
samping analisis tentang pengunaan wacana, fungsi wacana, ciri-ciri wacana akan
dibincangkan dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya, aplikasi penulisan wacana dari
segi argumentatif dan deskriftif dalam penulisan murid murid sekolah rendah akan
dihuraikan.
2.0 KONSEP TATABAHASA DI DALAM SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU KSSR

Di dalam bahasa melayu, aspek tatabahasa di bahagikan kedalam dua


bahagian iaitu morfologi dan juga sintaksis. Morfologi didefinisikan sebagai satu
bidang yang mengkaji struktur kata, proses pembentukan kata, dan juga golongan-
golongan kata.

Di dalam tatabahasa, proses pembentukkan kata adalah satu proses yang


melibatkan gabungan perkataan yang akan membentuk ayat. Gabungan antara satu
ayat dengan ayat yang lain akan membentuk satu klausa ataupun satu perenggan yang
akan membentuk satu frasa yang lengkap. Hasilnya satu gabungan antara semua frasa
akan membentuk satu wacana. Wacana adalah didefinisikan sebagai satu unit yang
mempunyai beberapa ayat yang lengkap. Terdapat beberapa definisi wacana yang
dibincangkan oleh tokoh-tokoh yang terkenal iaitu menurut Harimurthi (1982),
wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Menurut kamus dewan
bahasa dan pustaka pula, wacana adalah keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan.

Raminah Haji Sabran (1985) pula mendefinisikan wacana adalah unit bahasa
yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnyamemperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Berdasarkan definisi wacana yang disebut diatas, wacana sebenarnya dapat
dismpulkan sebagai satu hasil akhir yang mana membentuk satu kesatuan ayat dan
perkatan yang berkaitan antara satu sama lain kemudian membentuk satu penulisan
yang mantap dan kukuh. Seperti contoh :

Saya : Perkataan
Nama saya Aminah : Ayat
Nama saya Aminah. Saya berumur
10 Tahun. Saya berasal daripada Kota
Belud : Perenggan
Sekiranya ayat diatas disambungkan dan dibentuk beberapa perenggan akan
menghasilakn satu wacana yang menarik dan kukuh. Wacana berasal daripada
perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Wacana
juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis iaitu:
a) Wacana Jenis Lisan
Wacana lisan adalah satu keadaan yang kita lalai setiap hari. Apabila kita
berkomunikasi antara satu sama lain, secara tidak langsung satu wacana yang
melibatkan komunikasi dua hala akan terbentuk. Seperti contoh temubual, lakonan di
dalam drama, teater dan juga siaran radio.

b) Wacana Jenis Tulisan.


Wacana secara tulisan pula adalah satu keadaan yang mana penulis berinteraksi
dengan pembaca melalui hasil pebulisan yang mana penulis tidak dapat melihat tindak
balas yang diberikan oleh pembaca mereka. Wacana jenis tulisan contohnya ialah
novel, surat dan cerpen.

Wacana mempunyai pelbagai fungsi di dalam kehidupan manusia. Antara


fungsi fungsi wacana ialah sebagai satu bahasa, menjadi saluran komunikasi dan juga
bilangan peserta komunikasi. Selain itu wacana juga dibahagikan kepada beberapa
fungsi lain iaitu sebagai narasi, eksposisi, deskripsi dan juga argumentasi.

Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandun


format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara
kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988).Contoh wacana berformat ialah surat
kiriman tidak rasmi,surat kiriman rasmi,dialog,syarahan,ucapan,laporan,berita,catatan
harian,perbahasanmanakala wacana tidak berformat ialah

Konsep wacana tidak berformat dalam bahasa Melayu memfokus kepada pengujian
kefahaman mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan, kemahiran dan
keupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran, pendapat dan idea, dan
pengujian pengukuran pembacaan (Kamarudin Husin, 1988). Contohnya ialah
penulisan rangsangan bergambar atau rangsangan kata, penulisan jenis pengalaman,
cerita, gambaran atau situasi,penulisan jenis fakta atau penerangan, penulisan jenis
perbincangan,penulisan jenis melengkapkan cerita, penulisan jenis autobiografi atau
biografi dan penulisan jenis peribahasa.
Definisi Kohesi dalam tatabahasa

Secara umum kohesi adalah satu perkaitan antara satu ayat dengan satu ayat
yang lain yang mana kaitan tersebut menjadikan wacana tersebut lengkap dan tidak
tergantung. Ayat yang disusun secara kohesi adalah satu ayat yang padu dan padat
yang mana akan menjadi penghubung antara ayat dan juga wacana. Penguasaan
kohesi yang baik akan menhasilkan satu bentuk wacana yang baik samada jenis
wacana lisan dan juga wacana penulisan. Untuk mendapatkan satu wacana
yangterbaik terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan untuk penyampaian
maklumat di dalam satu wacana iaitu kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah
pengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana yang kohesi akan
memberi makna yang logic dan bertautan antara satu sama lain. Kohesi adalah
berlainan dengan susunan di dalam fikiran yang mana menunjukkan bahawa kohesi
adalah satu perkaitan yang merujuk kepada konsep tautan semantikMenurut Halliday
dan Hasan (1976), tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa
untuk menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan. Ini bermakna bahawa hubungan makna
sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan perlu diwujudkan secara terpadu
dalam kesatuan yang membentuk teks wacana.

Contoh Kohesi

Nama saya ali. Hobi saya bermain bola. Saya suka bermain bola kerana
permainan ini menguji kemahiran mental dan fizikal saya.
Definisi Koheren dalam tatabahasa

Koheren secara umumnya adalah perkaitan anatara satu perenggan dengan


perenggan yang lain di dalam satu wacana. Satu wacana yang koheren adalah satu
wacana yang tetap dan tidak lari dari topic yang telah ditetapkan. Wacana yang
mempunyai ciri koheren yang baik akan menhasilkan satu wacana yang tepat dan
relevan serta mudah difahami oleh pembaca.

Menurut Leman (2002), ada empat aturan yang menetapkan koheren tersebut iaitu:

(i) Aturan pengulangan;

(ii) Aturan perkembangan;

(iii) Aturan hubungan; dan

(iv) Aturan tidak bercanggah.

3.0 APLIKASI PENULISAN WACANA BERBENTUK ARGUMENTATIF


DI SEKOLAH RENDAH
Wacana argumentatif adalah satu wacana yang digunakan untuk mempengaruhi penerima
pesanan (adressee) supaya melakukan perubahan sikap dan tindakan (Renkema,
2004).Terdapat beberapa aspek penting dalam wacana argumentative ialah,

 Hubungan argumentatif antara gagasan dan data


 Cara pemberian alasan bagi kesahan argumentatif
 Teknik dan keberkesanan penerima pesanan
 Menggunakan pendekatan pragma-dialektik (pragma-dialectic).
 Ajakan terhadap penerima pesanan untuk berfikir, merasa dan melakukan
tindakan tertentu

Terdapat empat teknik yang biasa digunakan dalam membentuk argumentatif iaitu:

o Memberikan alasan, sebab atau penjelasan;


o Membuat perbandingan atau analogi;
o Memberikan contoh; dan
o Menyatakan sumber yang autoritatif
Apabila mengaplikasikan konsep wacana argumentatif di dalam bahasa melayu
sekolah rendah. Contoh soalah yang mudah difahami oleh para pelajar adalah amat
penting sebagai contoh soalan;

‘Pada pendapat anda, subjek sains dan matematik harus diajar di dalam bahasa
melayu ataupun bahasa inggeris? ‘

4.0 PENUTUP

Bahasa melayu merupakan satu subjek yang perlu dihayati dan difahami oleh para
pelajar. Taknik penggunaan tatabahasa yang tepat di dalam bahasa melayu akan
menjadikan subjek bahasa melayu dapat dikuasai dengan baik oleh murid murid.
Penggunaan aspek-aspek kohesi dan koheren dengan bak akan dapat membentuk satu
wacana yang kukuh dan padu. Penguasaan terdapat penulisan wacana akan memberi
kelebihan di dalam penulisan esei dan karangan murid murid.

Anda mungkin juga menyukai