Anda di halaman 1dari 6

3.

0 MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA AYAT BAGI MEREALISASIKAN PROGRAM


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan negara pasca merdeka sebenarnya


merupakan kesinambungan kecemerlangan ratusan tahun yang lalu di Nusantara. Bahasa
Melayu telah menjadi salah satu asas penting dalam pembentukan konsep negara, paling
lewat sejak abad ke 7 Masihi. Pada abad itu, muncul kerajaan Sriwijaya yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan
bahasa pengajian agama (Buddha). Menurut Abdullah Hassan (2007), kemudian muncul
kesultanan-kesultanan Melayu di pelbagai tempat di Kepulauan Melayu, seperti kerajaan
Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Aceh, kerajaan Kutai, kerajaan Patani dan kerajaan
Brunei, bahasa Melayu kian jelas dan meluas peranannya dalam pembinaan negara
dan pembentukan tamadun.

Sia-sialah pembicaraan yang tidak mengaitkan bahasa Melayu dengan cita-cita besar
membina tamadun bangsa dan negara, kerana dari tahap awal perkembangannya,
bahasa Melayu sentiasa menjadi petunjuk dan kayu ukur kemajuan bangsa.
(Awang Sariyan, 2013)

Petikan di atas menerangkan tentang kewibawaan bahasa Melayu yang telah


diangkat di arena persada dunia dan bahasa kebangsaan tersebut menjadi alat untuk
berkomunikasi. Menurut Raminah (1985), bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan dan telah dimasukkan dalam perkara 152. Bahasa ini merupakan bahasa
tempatan dan telah lama digunakan sebagai alat perhubungan di kalangan penduduk.
Dasawarsa ini, terdapat masalah takrifan makna yang wujud dalam berbagai-bagai imej bagi
sesuatu perkataan. Ramai golongan masyarakat yang mengambil enteng terhadap bahasa
Melayu. Jadi sebagai penutur jati bahasa Melayu, penulis berpendapat kita haruslah
memartabatkan bahasa Melayu sebaiknya dan keseragaman sesuatu bahasa perlulah
diterima oleh semua penutur bahasa tanpa mengira apakah dialek ibundanya.

3.1: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

Menurut J.D Pera (2004), leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus
atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain
dalam ayat. Makna leksikal merupakan satu kajian linguistik yang merujuk kepada
kajian tentang apa yang ditunjukkan dan dimaksudkan oleh sesuatu perkataan
dalam sesuatu bahasa. Kesimpulannya, penulis berpendapat kamus dapat menjadi
pegangan dan rujukan paling penting bagi penutur sesuatu bahasa.
3.2: Sinonim

Menurut S.Nathesan (2001), sinonim adalah kata yang mempunyai makna yang
sama atau hampir sama dengan kata lain. Kesamaan makna atau sinonim.
Terdapat beberapa perkataan dalam sesuatu bahasa yang menunjukkan
makna yang hampir-hampir sama. Sewaktu penulis berpraktikum di Sk Rinching
Hilir, beliau mendapati bahawa terdapat beberapa murid yang tidak dapat
membezakan perkataan di antara “panas” dan “hangat”. Guru perlu menerangkan
mengikut konteks bukan hanya menerangkan dari sudut leksikal sahaja. Guru
menerangkan secara terperinci seperti menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), panas merupakan lawan kepada sejuk dan terkena matahari dan hangat
pula panas api serta bukan panas matahari. Jadi apabila murid mengetahui
maksud yang sebenarnya, dengan jelas mereka akan tahu penggunaan yang
paling tepat untuk dimasukkan ke dalam ruangan kosong tersebut. Guru boleh
memberi contoh ayat yang sama seperti rajah di bawah.

Hari ini sangat panas.

Hari ini sangat


hangat.

Rajah 1: Penggunaan ayat yang sama dan ruangan kosong

Penulis telah mengambil langkah untuk membezakan kedua perkataan tersebut


dengan memberikan contoh yang sama menulis perkataan besar dan menyediakan
tempat kosong seperti rajah berikut. Penulis mendapati bahawa langkah ini sangat
berkesan kerana murid dapat memahami perkataan demi perkataan yang
menjadikan mereka mengetahui cara untuk menyesuaikan mengikut konteks. Dari
perspektif penulis juga, melalui usaha sebegini guru dapat menjadikan murid-murid
lebih mengenali bahasa Melayu dengan lebih efektif.
3.3: Homograf

Menurut Nik Safiah (2003), homograf ialah perkataan yang sama ejaannya tetapi
sebutan dan maknanya berbeza. Sebagai contoh, perkataan “rendang” dan
“rendang” mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza.
Segelintir murid mempunyai masalah dalam menyebut perkataan tersebut mengikut
konteks. Dapatan penulis ketika berada di sekolah adalah semasa pengajaran
dalam aspek kemahiran bertutur, murid tidak dapat membezakan di antara kedua-
dua perkataan tersebut mengikut situasi ayat. Sebagai seorang guru yang bijak,
mereka perlu membuat banding beza di antara e-taling dan e-pepet kepada murid.
Guru perlu menyebut dengan sebutan yang betul dahulu kepada murid-murid.
Pendapat penulis ialah guru perlu mengaplikasikan ilmu yang ada dengan sebaik
mungkin semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Cadangan ini akan
menjadikan proses memartabatkan bahasa Melayu berjaya apabila murid-murid
mudah membezakan perkataan tersebut.

3.4: Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna
terselindung dan makna tersirat. Menurut ( ), makna tersurat ialah makna yang
diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan.
Selain itu, menurut ( ), makna terselindung ialah makna yang berselindung dalam
sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Menurut ( ), makna tersirat
pula ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang diperoleh berbeza
dengan makna yang tertulis atau diujarkan. Kesimpulannya, penulis menyatakan
makna merupakan sesuatu yang bersifat subjektif kerana makna itu tidak tetap atau
mengandungi beberapa pengertian dan demikian sentiasa berubah-berubah
berdasarkan faktor-faktor seperti konteks, budaya, larangan, tabu dan sebagainya.

3.4.1: Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang berlaku


dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifat kedinamikannya,
evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti
pertembungan dengan bahasa-bahasa lain serta faktor-faktor sosial. Menurut
Bloomfield (1992), telah menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa. Penulis berpendapat bahawa perubahan makna
dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna
dan anjakan makna.
3.4.2: Isu Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan
makna dan penyempitan makna. Perluasan makna meliputi sintaksis dan
pragmatik. Menurut ( ), terdapat perkataan-perkataan yang mengalami
perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan
tersebut. Penulis berpendapat bahawa cakupan makna sekarang lebih luas
daripada makna yang lama. Penggunaan “saudara” pada asalnya hanyalah
diguna pakai dalam hubungan biologis. Pada masa kini, “saudara” digunakan
juga dalam salutasi dan saudara sesama Islam. Dari kaca mata penulis,
sebagai seorang siswa pendidik yang berpendidikan dalam bidang bahasa
Melayu khususnya, mereka perlu war-warkan dalam bentuk media sosial,
komunikasi dan sebagainya agar golongan seluruh masyarakat cakna
terhadap perkembangan makna ini dan secara tidak langsung makna
merupakan pembinaan dalam perkembangan bahasa Melayu.

3.4.3: Isu Penyempitan Makna

Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan menjadi lebih


khusus dan terbatas. Hal ini dapat dilihat daripada perkataan “madrasah”
yang datangnya daripada perkataan bahasa Arab. Madrasah yang membawa
maksud sekolah tetapi telah berubah maknanya menjadi lebih khusus dengan
merujuk kepada sekolah agama sahaja. Madrasah tidak lagi disebut sebagai
sekolah harian, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan secara
meluas pada masa kini. Jelas sekali penulis berpendapat bahawa apabila kita
sebagai penutur menyebut tentang madrasah fikiran kita lebih menganggap
pada sekolah agama semata-mata atau tempat belajar agama. Sebagai
masyarakat yang peka dalam bahasa, pastinya mereka menggunakan ilmu
yang ada untuk dikongsi bersama-sama masyarakat sejagat. Kesimpulannya,
penulis mengungkapkan tentang kesedaran amat penting dalam mendalami
semantik dan kosa kata kerana bahasa Melayu itu hakikatnya amat luas
pengaruh dan peranannya.
3.5: Usaha Memartabatkan bahasa Melayu

Jika sebelum ini guru, siswa pendidik dan masyarakat telah memainkan
peranan mereka, kini pelbagai usaha yang telah dibina dan ditubuhkan oleh
pihak kerajaan. Menurut Abdullah Hassan (2007), Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) telah menghasilkan 470,000 istilah dalam kebanyakan bidang
dan telah menyusun serta menghasilkan Kamus Dewan 1970/84 yang
menjadi pedoman kepada pelajar dan penutur bahasa Malaysia. Kini, DBP
telah mempelopori penerbitan majalah- seperti Dewan Bahasa, Dewan
Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar. Penulis
berpendapat dengan adanya usaha memperbanyak bahan bacaan dalam
bahasa Melayu adalah satu-satunya fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka yang
telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Selain itu, MABBIM yang dapat menarik penyertaan daripada Indonesia,


Brunei dan Singapura menjadikan pertemuan empat negara dalam satu
majlis menjadi daya penggerak yang cukup kuat untuk memperkembangkan
bahasa Melayu di rantau ini. Institusi seperti Unit Bahasa turut menyalurkan
maklumat pembaharuan dan perubahan ejaan serta istilah baharu ke sekolah
melalui Unit Bahasa. Radio dan Televisyen Malaysia juga menjadi agen
penggalak, malah model penting dalam memperkembangkan bahasa
Malaysia. Dalam hal ini, sebutan juruacara dan juruhebah di RTM sering
digunakan sebagai model atau pedoman untuk mendapatkan model sebutan
baku bahasa Malaysia. Di samping itu, usaha-usaha RTM yang lebih khusus
melibatkan bahasa seperti Dewan Bahasa di Radio dan Bahasa Kita di
Televisyen merupakan langkah yang disusun khas bagi memperkembangkan
dan menyelaraskan penggunaan bahasa Malaysia yang baku. RTM
merupakan sebuah agen penggerak dalam menyuburkan bahasa Malaysia.
4.0: PENUTUP
Kesimpulannya, dengan ilmu semantik yang cukup, pelbagai golongan masyarakat dapat
menggunakan dan membezakan penggunaan perkataan dan ayat. Justeru sebagai penutur
jati bahasa Melayu kita hendaklah sentiasa berusaha dalam memartabatkan bahasa Melayu
kerana Negarawan, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
menegaskan bahawa bahasa kebangsaan sebagai roh bangsa dan negara yang merdeka
dan tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan kerana kemajuan yang
hakiki meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri.
Menurut Dusseck (1935), memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga
pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,

“…bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih 70 juta manusia. Ia merupakan satu
daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar dunia. Jangan lupakan hakikat itu. “Pelihara
bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan
bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa
kamu.”
(The Straits Times;
1935).

Demikian petikan ucapan daripada seorang mantan pegawai berbanga Inggeris


yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Penulis berpendapat iaitu ucapan
beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain sekiranya, kita berusaha mempertahankan keluhuran dan
kedaulatannya. Akhirnya, bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya.

Anda mungkin juga menyukai