Anda di halaman 1dari 4

3.

0 MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA AYAT BAGI MEREALISASIKAN PROGRAM


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan negara pasca merdeka sebenarnya


merupakan kesinambungan kecemerlangan ratusan tahun yang lalu di Nusantara. Bahasa
Melayu telah menjadi salah satu asas penting dalam pembentukan konsep negara, paling
lewat sejak abad ke 7 Masihi. Pada abad itu, muncul kerajaan Sriwijaya yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan
bahasa pengajian agama (Buddha). Menurut Abdullah Hassan (2007), kemudian muncul
kesultanan-kesultanan Melayu di pelbagai tempat di Kepulauan Melayu, seperti kerajaan
Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Aceh, kerajaan Kutai, kerajaan Patani dan kerajaan
Brunei, bahasa Melayu kian jelas dan meluas peranannya dalam pembinaan negara dan
pembentukan tamadun.

3.1: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

Menurut J.D Pera (2004), leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus
atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain
dalam ayat. Makna leksikal merupakan satu kajian linguistik yang merujuk kepada
kajian tentang apa yang ditunjukkan dan dimaksudkan oleh sesuatu perkataan
dalam sesuatu bahasa. Kesimpulannya, penulis berpendapat kamus dapat menjadi
pegangan dan rujukan paling penting bagi penutur sesuatu bahasa.

3.2: Sinonim

Menurut S.Nathesan (2001), sinonim adalah kata yang mempunyai makna yang
sama atau hampir sama dengan kata lain. Kesamaan makna atau sinonim. Terdapat
beberapa perkataan dalam sesuatu bahasa yang menunjukkan makna yang hampir-
hampir sama. Sewaktu penulis berpraktikum di Sk Rinching Hilir, beliau mendapati
bahawa terdapat beberapa murid yang tidak dapat membezakan perkataan di
antara “panas” dan “hangat”. Guru perlu menerangkan mengikut konteks bukan
hanya menerangkan dari sudut leksikal sahaja. Guru menerangkan secara terperinci
seperti menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), panas merupakan lawan
kepada sejuk dan terkena matahari dan hangat pula panas api serta bukan panas
matahari. Jadi apabila murid mengetahui maksud yang sebenarnya, dengan jelas
mereka akan tahu penggunaan yang paling tepat untuk dimasukkan ke dalam
ruangan kosong tersebut. Guru boleh memberi contoh ayat yang sama seperti rajah
di bawah.
Hari ini sangat panas.

Hari ini sangat hangat.

Rajah 1: Penggunaan ayat yang sama dan ruangan kosong

Penulis telah mengambil langkah untuk membezakan kedua perkataan tersebut


dengan memberikan contoh yang sama menulis perkataan besar dan menyediakan
tempat kosong seperti rajah berikut. Penulis mendapati bahawa langkah ini sangat
berkesan kerana murid dapat memahami perkataan demi perkataan yang menjadikan
mereka mengetahui cara untuk menyesuaikan mengikut konteks. Dari perspektif
penulis juga, melalui usaha sebegini guru dapat menjadikan murid-murid lebih
mengenali bahasa Melayu dengan lebih efektif.

3.3: Homograf

Menurut Nik Safiah (2003), homograf ialah perkataan yang sama ejaannya tetapi
sebutan dan maknanya berbeza. Sebagai contoh, perkataan “rendang” dan
“rendang” mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza.
Segelintir murid mempunyai masalah dalam menyebut perkataan tersebut mengikut
konteks. Dapatan penulis ketika berada di sekolah adalah semasa pengajaran dalam
aspek kemahiran bertutur, murid tidak dapat membezakan di antara kedua-dua
perkataan tersebut mengikut situasi ayat. Sebagai seorang guru yang bijak, mereka
perlu membuat banding beza di antara e-taling dan e-pepet kepada murid. Guru perlu
menyebut dengan sebutan yang betul dahulu kepada murid-murid. Pendapat penulis
ialah guru perlu mengaplikasikan ilmu yang ada dengan sebaik mungkin semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Cadangan ini akan menjadikan proses
memartabatkan bahasa Melayu berjaya apabila murid-murid mudah membezakan
perkataan tersebut.
3.4: Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung
dan makna tersirat. Menurut ( ), makna tersurat ialah makna yang diperoleh
semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Selain itu,
menurut ( ), makna terselindung ialah makna yang berselindung dalam sesuatu
ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Menurut ( ), makna tersirat pula ialah
makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang diperoleh berbeza dengan
makna yang tertulis atau diujarkan. Kesimpulannya, penulis menyatakan makna
merupakan sesuatu yang bersifat subjektif kerana makna itu tidak tetap atau
mengandungi beberapa pengertian dan demikian sentiasa berubah-berubah
berdasarkan faktor-faktor seperti konteks, budaya, larangan, tabu dan sebagainya.

3.4.1: Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang berlaku


dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifat kedinamikannya,
evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti
pertembungan dengan bahasa-bahasa lain serta faktor-faktor sosial. Menurut
Bloomfield (1992), telah menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa. Penulis berpendapat bahawa perubahan makna dalam
bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna dan
anjakan makna.

3.4.2: Isu Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan
makna dan penyempitan makna. Perluasan makna meliputi sintaksis dan
pragmatik. Menurut ( ), terdapat perkataan-perkataan yang mengalami
perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan
tersebut. Penulis berpendapat bahawa cakupan makna sekarang lebih luas
daripada makna yang lama. Penggunaan “saudara” pada asalnya hanyalah
diguna pakai dalam hubungan biologis. Pada masa kini, “saudara” digunakan
juga dalam salutasi dan saudara sesama Islam. Dari kaca mata penulis,
sebagai seorang siswa pendidik yang berpendidikan dalam bidang bahasa
Melayu khususnya, mereka perlu war-warkan dalam bentuk media sosial,
komunikasi dan sebagainya agar golongan seluruh masyarakat cakna
terhadap perkembangan makna ini dan secara tidak langsung makna
merupakan pembinaan dalam perkembangan bahasa Melayu.
3.4.3: Isu Penyempitan Makna

Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan menjadi lebih


khusus dan terbatas. Hal ini dapat dilihat daripada perkataan “madrasah” yang
datangnya daripada perkataan bahasa Arab. Madrasah yang membawa
maksud sekolah tetapi telah berubah maknanya menjadi lebih khusus dengan
merujuk kepada sekolah agama sahaja. Madrasah tidak lagi disebut sebagai
sekolah harian, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan secara
meluas pada masa kini. Jelas sekali penulis berpendapat bahawa apabila kita
sebagai penutur menyebut tentang madrasah fikiran kita lebih menganggap
pada sekolah agama semata-mata atau tempat belajar agama. Sebagai
masyarakat yang peka dalam bahasa, pastinya mereka menggunakan ilmu
yang ada untuk dikongsi bersama-sama masyarakat sejagat. Kesimpulannya,
penulis mengungkapkan tentang kesedaran amat penting dalam mendalami
semantik dan kosa kata kerana bahasa Melayu itu hakikatnya amat luas
pengaruh dan peranannya.

3.4 Usaha Memartabatkan bahasa Melayu


Program yg telah dijalankan/sedang/bakal
Oleh mabbim kpm

Anda mungkin juga menyukai