Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI (OGOS)

Pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar
murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiiviti permainan
bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang
telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan
jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil
perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan
murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid
dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat
belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya
guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga
dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya.
Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan
tahap kebolehan murid.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak
kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih
lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan
lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan
menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan
huruf besar.
Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang
ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman.
Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam.
Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab secara lisan
bukan dengan menulis.
Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas lain
yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan murid di
kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang berlaku
disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang rancak
dijalankan.
Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan hitam agar
murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan daripada
guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut, terdapat
juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru perlu terus
menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar daripada tajuk dan arahan
sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil murid (kertas manila) menyebabkan
guru tiada ruang untuk menulis di papan hitam.
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran
murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar
tahap murid diuji.
Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempat-tempat
yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempat-tempat
yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap murid
tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan hitam
ayat yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih
jelas.
Guru juga hendaklah menyediakan “plan A” dan “plan B” bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat
dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT
dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di
samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan
alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti
menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid
mendapat kemahiran tersebut.
REFLEKSI ( )
Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia
Tahun 4. Masa yang ditetapkan 30 minit. Tajuk pengajaran ialah ayat pasif dan ayat aktif.
Setelah melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya
simpulkan kelemahan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut. Namun bagitu ada
juga lain-lain kelemahan.

Kekuatan:

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah


perancangan p&p saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya
menayangan slaid Microsoft Powerpoint tentang aktiviti membaca buku, anak murid tertarik
dengan gambar-gambar yang saya tayangkan kerana ada unsur-unsur lucu dan
menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat memberikan nama aktiviti dengan betul.
Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka
yang baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul, saya memberi pujian
dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila mereka dapat
menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan.
Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan
objektif saya juga tercapai

Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan
yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana
sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah
murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat
melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat
mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang
lantang,murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya
membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan
ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid
supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab
dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan
adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini
membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.

Kelemahan:

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pengajaran makro saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada ketikanya saya
menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman makro teaching saya, di
dapati saya menyebut beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan jenaka. Walau
bagaimanapun, saya mengajar sebutan dan ayat betul agar mereka memahami bagaimana
membentuk struktur ayat yang betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru
sendiri menyebut salah, anak murid kita akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah
dipengaruhi oleh bahasa pasar atau rojak.. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan
lebih berhati-hati dalam pengajaran.

Kelemahan yang kedua, set masa pada slaid powerpoint agak cepat bertukar
semasa set induksi menyebabkan ada gambar yang tidak sempat saya beri penerangan
lengkap. Walau bagaimanapun, semasa menggunakan projektor tayang untuk bacaan dan
latihan ayat, murid dapat membaca dengan jelas disebabkan tayangan yang lama dan jelas.
Pada masa tersebut saya dapat memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Saya juga
meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal agar
seluruh perjalanan pengajaran saya tidak terjejas. Jika guru tidak dapat mengurus atau
menjaga tatatertib murid di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan
perhatian dan mendengar pelajaran yang disampaikan.
Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting
bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih
diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun
begitu, guru perlu memastikan murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan
masa. Guru perlu fleksibel tentang masa.

Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang
mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih
berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Saya perlu
memahami maksud kosakata dalam petikan dan penggunaan ayat pasif dan aktif. Bacaan
adalah penting kerana murid Tahun 4 yang baru mula belajar jenis-jenis ayat dengan
mendalam. Mereka perlu bersedia dengan penggunaan ayat sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan UPSR. Pengetahuan mendalam guru tentang jenis-jenis ayat amat
penting. Semasa memperkenalkan kosakata yang baru, jika guru salah memberi maksud,
murid akan terus keliru. Merujuki kamus juga perlu dilakukan. Sebagai seorang guru,
pengetahuan mendalam tentang ayat dan maksud perkataan perlu dititik beratkan agar
murid lebih faham. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysia
tidak akan tercemar atas kesilapan guru itu.

Masalah saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid.
Namun begitu saya mengunakan bilik tayang yang agak terbatas ruang menyebabkan
kurang dapat bergerak kearah setiap murid. Saya menggunakan bilik tayang agar rakaman
dapat berjalan dengan lancar walau ada juga gangguan. Ketetapan masa Slaid Powerpoint
akan saya suaikan dengan penerangan saya agar ianya tidak bertukar semasa saya belum
tamat memberi penerangan tentang gambar tersebut. Selain itu, guru perlu membantu murid
secara dekat semasa mereka menjalankan aktiviti dan lebih mudah mengenal pasti
kelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid
yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Bagi masalah yang ketiga ialah masa. Masa p&p yang ditetapkan adalah supaya kita tidak
terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah
salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Guru perlu fikirkan apa jenis ABM,
bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya.
Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas langkah set induksi, tetapi saya
telah terlebih guna. Ini menyebabkan langkah pengajaran perlu dikurangkan. Oleh itu saya
gabungkan 20 minit untuk penerangan dan latihan supaya murid lebih faham isi
pembelajaran. Pada akhir pengajaran, saya telah gunakan 5 minit untuk meneliti kerja murid
seterusnya membuat teguran terutama kepada murid lemah yang dikenalpasti. Walau
bagaimanapun saya telah terlebih masa hampir 2 minit daripada keseluruhan masa p&p.

Kesimpulan:

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel.
Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif pengajaran
tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang p&p supaya murid dapat
menguasai kemahiran. Guru yang mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan
dan teguran rakan-rakan dan murid boleh membantu memperbaiki kelemahan pengajaran
guru.
REFLEKSI ( )

Anda mungkin juga menyukai