Anda di halaman 1dari 27

Menurut kamus dewan (1998)rohani bermaksud batin yan berkaitan dengan roh,rohaniah atau jiwa.

Kerohanian atau rohani,dalam maksud terhad,merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. atau dalam maksud yang lain adalah semangat intrinstik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia.

Konsep Kerohanian dan Moral Berasaskan Islam dan agama lain. kerohanian merangkumi aspek seperti Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya. Tidak kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari manifestasinya sahaja.

keyakinan kepada Tuhan


Kepercayaan kepada Agama Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat. Bertbudi pekerti mulia. 1

Di dalam Hadis riwayat Imam Bukhari dari abu Hurairah) meyatakan bahawa kanakkanak dilahirkan suci dengan membawa fitrah beragama.Maka yang membentuknya adalah kedua orang tuanya.

Dapatlah disimpulkan bahawa imam Al-Ghazali(450505 H)telah mensyaratkan kanak-kanak mesti dididk sejak lahir oleh wanitawanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku.

Menurut sarjana Islam AlGhazali(1058-1111)rohani adalah sebagai perkara yang terdiri daripada akal,hati,jiwa dan roh. Potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan potensi yang akan dapat diserlahkan

Hassan Ali(1999)kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan.

Konsep Kerohanian Menurut Islam.

Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam Islam.


Solat Syahadah Fahaman asas atau ajaran Islam dilakukan lima kali sehari. Solat adalah wajib tetapi fleksibiliti dalam keadaan spesifik dibenarkan bergantung pada keadaan

Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam islam

Zakat Amalan pemberian berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul,dan wajib untuk semua muslim

Haji iaitu merupakan ziarah semasa bulan islam dari Zulhijjah di bandar Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Puasa

Tidak makan dan minum dan dilaksanakan pada bulan Ramadhan

Contoh Yang Boleh dilihat Pada konsep Kerohanian Islam


Seorang budak yang bernama Azman telah terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa.Azman boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Azman seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Azman ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

Sebagai kesimpulannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraanmasyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia. Itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA HINDU

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara

Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan

Bagi pendapat yang lain pula kepercayaan agama hindu terhadap kerohanian adalah dimana kitaran kelahiran,kematian dan kelahiran semula(samsara)akan bergantung kepada amalan(karma)yang akan menetukan kehidupan seterusnya dialam lain.

Yoga iaitu (penyatuan)ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(roh diri)dengan Brahman(roh Agung atau Tuhan).

Brahman ,ialah satu realiti yang menyeluruh,menjadi Isvara(Tuhan)melalui tiga sfatnya iaitu Brahma:Pencipta Vishnu:Pemelihara Shiv.Triniti Hindu stu Trimurti.

Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan agama iaitu:

Shaivisme:Pemujaan Shiva,dewa paling hebat iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula.

Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia.

Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

Konsep Kerohanian mengikut

Agama Buddha

Diasaskan oleh Siddhaarta Gautama.

Dianggap penentangan terhadap brahmin.

KONSEP KEROHANIAN MENURUT AGAMA BUDDHA

Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis

Kegemilangan dalam zaman Asoka

Wujuk akibat keyidakadilan kasta dalam agama dan kehidupan serta mencari ketenangan.

Agama rasmi bagi Dinasti Maurya

Sebagai kesimpulannya dapat kita lihat bahawa bagi agama budhha ini mereka menggalakkan ajaran yang meatih penganutnya agar mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri,malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu. Mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi,maksud kerohanian adalah menjauhkan diri dan perkara yang dianggap keduniaan.

10

KONSEP KEROHANIAN DAN

MORAL

MENGIKUT AGAMA KRISTIAN

11

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru.

Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Abrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham.

12

KESIMPULAN Rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama,individu yang tekun dan perbuatan yang baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.Walaupun demikian ,dari segi perspektif umum,individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenal hal kelakuan kebaikan individu secara total.

13

Soalan 2:Jelaskan strategi dan kaedah yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kerohanian dan moral di prasekolah.

Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan.

Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu: tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar. Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik.

14

Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang

merangkumi bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariyyah, Adab dan Akhlak Islamiah serta Pelajaran Jawi. Manakala di dalam teknik pengajaran pula ianya merupakan strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mengelola dan melaksana kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Ia digunakan untuk menarik minat murid,serta mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid.

15

PENGERTIAN KAEDAH Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).[2] Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan kaedah sebagai satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkahlangkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.[3] Secara umumnya, pengertian kaedah boleh difahami seperti berikut: Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur. Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar. Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran. Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran.

16

Al-Syaibani (1979) berpendapat bahawa konsep kaedah P & P yang baik ialah kaedah yang dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai yang diingini. Pengajar dan pendidik perlu menyampaikan pengajaran mengikut tahap pemikiran pelajarnya. Pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan pencapaian pelajar, sudah pasti boleh membawa kepada kerumitan kepada pelajar. Keadaan ini akan membawa kepada kegagalan. Seterusnya apakah teknik atau kaedah yang kita boleh gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran kerohanian dan moral.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah bercerita,bermain dan perbincangan,sumbangsaran dan sebagainya lagi. Bagi pemilihan teknik,strategi atau kaedah yang sesuai bagi menjalankan pengajaran dan juga pembalajaran adalah teknik bercerita. Bercerita atau riwayat membawa pengertian sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-lain. Mengajar cara bercerita bukanlah satu yang asing dalam pengajaran dan pembelajaran kerohanian dan moral. Kaedah ini merupakan salah satu teknik yang mampu menerapkan aspek pembangunan insan. Malah kaedah ini antara cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Anbia seperti Nabi Yusuf (a.s), Nabi Ibrahim (a.s), Nabi Musa (a.s) dan sebagainya.

17

Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah serta bertingkah laku sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh para Rasul-Nya, terutama Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu adalah cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Kaedah bercerita juga merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Selain daripada itu juga kaedah bercerita ini juga dapat membuat latihan pemahaman,perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan kepada murid dengan mudah.Kaedah bercerita ini juga dapat

meningkatkan pengusaan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan murid.Kaedah cerita bercerita yang juga dikatakan di beri bahawa perhatian merupakan agar satu

perkembangan

harus

terdapat

peringkat,permulaan,kemuncak dan kesudahan cerita.Perhatian perlu diberikan kepada teknik persembahan,suara,gerak laku dan kawalam mata. Didalam pemilihan kaedah ini guru haruslah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak,kecerdasan dan minat murid-murid.Setelah itu guru haruslah sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selain daripada itu juga guru harus melatih bercerita dimana guru harus

membayangkan seolah-seolah guru berada dihadapan murid dan sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan kaeadah ini.

18

Bagi menghasilkan cerita yang menarik guru boleh menyediakan pelbagai alat bantuan mengajar dengan lebih menarik antaranya guru boleh menggunakan gambar,objekobjek sebenar atau lain-lain BBM.Selain daripada itu juga guru boleh mnenyediakan kad-kad perkataan,frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Bagi kaedah ini kita boleh melihat kepada objektif kaedah ini iaitu: Dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman. Mengembang kemahiran mendengar. Memotivasi murid-murid membaca. Menerapkan aspek pembangunan insan.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: [11] (a) Sebelum bercerita: i. Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya

murid-murid boleh duduk mengelilingi pencerita. ii. Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut: Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid. Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan. Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita. Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

19

iii. Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus: Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu. Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam. (b) Semasa bercerita: i. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut; ii. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

(c)

Selepas sesi bercerita:

i. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan ii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.

20

Permainan menjadi satu keperluan semula jadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Kaedah bermain juga merupakan satu kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura(bermain) didalam keadaan terkawal.bagi penggunaan kaedah ini merupakan satu kaedah yang berlandaskan kepada prinsip bermain sambil belajar. Menurut Froebel,kaedah ini boleh mengembangkn kemahiran psikomotor,bahasa dan muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak.Seterusnya kaedah ini juga boleh membantu memperkembangkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu JERIS. Kaedah bermain yang dirancang seharusnya mempunyai kesesuaian

objektif,pengalaman,kemahiran,kebolehan dan kecenderungan murid.semasa kaedah in berjalan guru haruslah memerhatikan murid agar semua murid terlibat di dalam aktiviti bermain ini. Setelah aktiviti bermain ini dilakukan guru hendaklah berbincang dengan murid tentang kesan permainan ini kepada mereka.

21

Seterusnya kita boleh melihat kepada objektif kaedah permainan belajar ataupun kaedah sambil bermain. Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-murid. Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

Prinsip-prinsip Kaedah Permainan Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti di bawah:[15] 1) Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk

permainan. 2) Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung

penghalangnya. 3) Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai

dengan minat dan keperluan kanak-kanak. 4) Guru mestilah mempunyai sikap yang positif, iaitu sering menggalakkan murid-murid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada setiap murid untuk melahirkan sesuatu. 5) Murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka

hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri.

22

Langkah Melaksanakan Aktiviti Permainan Jill Hadfield (1984) berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajarkan melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara penerangan lisan sahaja. Oleh itu, beliau sarankan aktiviti permainan dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti berikut: Guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain. Guru kemudian mendemonstrasikan cara atau kaedah bermain. Seorang atau sekumpulan kecil murid dipilih untuk melakukan semula demonstrasi guru. Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan kecil masingmasing. Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan mengawas aktiviti murid, dan memberi bimbingan jika perlu. Selepas aktiviti permainan, guru atau seorang murid, dipilih untuk memberi rumusan yang dipelajari dalam aktiviti permainan.

Di dalam kaedah bermain terdapat beberapa kelebihan yang boleh kita lihat di dalam kaedah permainan iaitu: 1) 2) 3) Murid tidak bosan. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka. Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid

semasa bermain.

23

Selain daripada itu juga terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh kita lihat di dalam kaedah bermain antaranya: 1) 2) 3) Menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM. Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini. Menambahkan penggunaan wang sekolah.

Kaedah atau teknik yang seterusnya adalah kaedah sola jawab.Kaedah ini merupakan satu teknik yang yang paling lama dan paling popular yang selalu digunakan dalam bidang pendidikan. Didalam kaedah ini soalan yang dikemukakan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

24

Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan terutamanya Pendidikan Islam. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang dirancang dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut matlamat yang ditentukan. Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza. Walaupun banyak kaedah pengajaran yang baharu diperkenalkan, tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada satu formula pun yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik. Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahan yang ada pada setiap kaedah. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah bergantung kepada kehendak individu guru itu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.

25

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hjh. Noresah Baharom. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. c. 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul 1/3 Ilmu Pendidikan Pengajian Profesional KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Modul 1/3 Pendidikan Al-Quran Minor KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam. (2007). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-guru jQAF Tahun 2007. Kuala Lumpur: JAPIM KPM. Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 & 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sheikh Abdullah Basmeih. (2006). Al-Quran Al-Karim Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DarulFikir.

Anda mungkin juga menyukai