Anda di halaman 1dari 2

2.

2 Ciri-Ciri Semantik-cari dalam ayat

Terdapat dua ciri semantik iaitu kata yang terdapat dalam leksikon seseorang dan rujukan.
Kata yang terdapat dalam leksikon seseorang. Contohnya adalah:
Buaya itu sangat liar.
Jangan percaya sangat dengan buaya darat itu.

Sungguh pun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya tetapi kedua-dua ayat membuat
rujukan yang sama kepada orang yang sama. Rujukan pula merujuk kepada makna denotasi
iaitu makna tersurat iaitu kata-kata yang membawa makna langsung atau makna dasar
sesuatu kata-kata yang membawa makna langsung seperti meja, kerusi dan almari. Selain
itu, makna konotasi yang membawa makna tambahan atau tersirat iaitu kata-kata yang
memberi makna yang lebih luas maksudnya dan melibatkan perasaan. Contohnya seperti
ayam tambatan yang membawa maksud seseorang yang menjadi harapan dalam sesebuah
pasukan. Selain itu, makna dalam konteks iaitu makna sesuatu perkataan yang diujarkan
boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Sebagai contoh, awak betul-betul
hati batu yang membawa makna degil atau tetap pendirian. Di samping itu, hubungan makna
dengan kebudayaan yang membawa maksud penggunaan dan pemilihan perkataan juga
berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contohnya, engkau atau kau yang
digunakan dalam hubungan yang rapat dan tidak formal bagi menimbulkan kemesraan.
Kesimpulannya, makna dalam ayat adalah berdasarkan beberapa ciri bagi menimbulkan
maksud yang menjadi tunjang dalam percakapan.

Menurut
-Penulis berpendapat bahawa terdiri daripada beberapa eleman

2.3 Semantik dan Pragmantik

Hubungan semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam
kajian linguistik. Dalam semantik kita mengklasifikasikan makna, hubungan makna,
perubahan makna, analisis makna dan makna pemakaian bahasa. Dalam pragmatik kita
mengkaji interaksi dan sopan santun, implikatur percakapan, pertuturan, referensi dan
inferensi serta deiksis. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa semantik adalah
subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.
Pragmatik pula berkaitan dengan pemahaman kita terhadap hal-hal di luar bahasa. Akan
tetapi, hal-hal yang dibicarakan dalam pragmatik sangat erat kaitannya dengan hal-hal di
dalam bahasa. Pragmatik adalah ujaran yang menelaah makna ujaran dalam situasi atau
konteks social. Sematik adalah ujaran yang menelaah makna kata. Pragmatik menelaah kata
secara eksternal, sedangkan semantik menelaah makna kata secara internal. Pragmatik
terikat dengan konteks sedangkan semantik bebas konteks. Pragmatik menelaah makna yang
dimaksudkan penutur, sedangkan semantik menelaah makna. Penulis berpendapat semantik
ialah kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara satu
makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Pragmatik
adalah kajian tentang penggunaan bahasa sesungguhnya. Pragmatik mencakupi perbahasan
tentang deiksis, peranggapan, tindak tutur dan implikasi percakapan. Deiksis ialah kata yang
tidak memiliki referens yang tetap tetapi berubah-ubah seperti kata saya, sini dan sekarang.

Anda mungkin juga menyukai