Anda di halaman 1dari 1

Perkara-Perkara Asas dalam Penterjemahan

Apakah anda berminat untuk menjadi seorang penterjemah? Pernahkah anda terfikir
syarat-syarat yang diperlukan untuk memenuhi kriteria seorang penterjemah? Menurut
Ainon Muhammad (1994), terdapat beberapa pra-syarat untuk menjadi penterjemah:

x Pertama, mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa
pertama (bahasa sumber). Anda hendaklah menguasai bahasa sumber atau bahasa
teks yang hendak diterjemahkannya, bukan setakat mengetahui makna perkataan-
perkataannya malah tahu selok-belok penggunaan dan ciri-ciri tertentu bahasa
tersebut. Di samping itu, anda juga perlu mengetahui ekspresi idiomatik dalam
bahasa sumber. Jika penterjemah tidak dapat menguasai teks sumber dengan baik,
kemungkinan berlakunya salah terjemah dan menyebabkan berlakunya ketaksaan dari
makna.

Contoh Salah Betul

IÊve to go for Saya terpaksa pulang.


Saya akan pulang. Saya
good. IÊve got a Saya telah menerima
baru menerima surat yang
letter telling me. surat yang meminta saya
meminta saya harus pergi.
pulang.
Apakah kesilapan yang tertera dalam terjemahan di atas? Kelihatan bahawa kata akan
dipadankan dengan kata sendi for merupakan padanan yang salah untuk menerangkan
ayat. Kata sendi for menunjukkan tempoh masa. Oleh itu, for good membawa bermaksud
pelaku akan pergi untuk selama-lamanya. Kata kerja got bermaksud kata kerja yang
digunakan untuk menceritakan perbuatan yang lampau. Kata baru menunjukkan
perbuatan kini dan bukan lampau. Oleh itu, unsur nahu dapat menunjukkan padanan
perkataan yang digunakan tidak sesuai atau tidak tepat dari segi terjemahannya.

x Kedua, anda perlu mengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni
kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran). Sebagai penterjemah, anda hendaklah
juga dapat menguasai bahasa sasarannya dengan baik. Malah ada yang berpendapat
seharusnya lebih baik daripada bahasa sumbernya sebab ini boleh memastikan yang cara
pernyataannya tidak berbau terjemahan. ȱ ȱ ȱ

Anda mungkin juga menyukai