Anda di halaman 1dari 4

CIRI-CIRI IDEOLOGI KOMUNISME

1. Ajaran komunisme bersifat atheis, iaitu tidak beriman kepada Tuhan. Golongan komunisme
menganggap Tuhan tidak wujud. Akan tetapi, jika manusia berfikir Tuhan wujud, maka wujudlah
Tuhan hanya pada khayalan mereka sahaja. Maka, kewujudan Tuhan bergantung kepada khayalan
manusia.

2. Sifatnya yang kurang menghargai manusia sebagai individu. Terbukti dari ajarannya yang
tidak membenarkan manusia mempunyai pemilikan.

3. Komunisme mengajarkan teori perjuangan (pertentangan) kelas, misalnya proletariat


melawan tuan tanah dan kapitalis.

4. Salah satu doktrin komunisme adalah the permanent atau continuous revolution (revolusi
terus-menerus). Revolusi itu menjalar ke seluruh dunia. Maka, komunisme sering disebut go
international.

5. Komunisme memang menerapkan tercapainya masyarakat yang makmur, masyarakat


komunis tanpa kelas, semua manusia sama. Namun, untuk menuju ke sana, ada fase diktator
proletariat yang bertugas membersihkan kelas-kelas lawan komunisme, khususnya tuan-tuan tanah
yang bertentangan dengan demokrasi.

6. Dalam dunia politik, komunisme menganut sistem politik satu parti, iaitu parti komunis.
Maka, ada Parti Komunis Uni Soviet, Parti Komunis Cina, PKI, dan Parti Komunis Vietnam, yang
merupakan satu-satunya parti di negara bersangkutan. Jadi, di negara komunis tidak ada parti
pembangkang. Jadi, komunisme itu pada dasarnya tidak menghormati hak asasi manusia.

7. Perubahan atas sistem kapitalisme harus dicapai dengan cara-cara revolusi, dan pemerintah
oleh diktator proletariat sangat diperlukannya pada masa transisi.

8. Pada masa transisi, dengan bantuan negara di bawah diktator proletariat, seluruh hak milik
pribadi dihapuskan dan diambil alih serta selanjutnya berada di bawah kontrol negara.

9. Negara dan hukum akan lenyap karena tidak lagi diperlukan.

Fahaman komunis ini diperkenalkan oleh Karl Marx pada 1847 melalui  Manifesto Komunis
yang pernah menjadi anutan berbilion manusia dahulu. Namun, fahaman tersebut mula berkembang
hanya pada sekitar 1900, sesudah Marx meninggal berbelas tahun.  Kemudian, menerusi hasil
Revolusi Perindustrian di negara-negara Eropah, semakin banyak wujudnya golongan yang tertindas
dan menjadi mangsa kepada golongan yang rakus menggunakan kekuasan dan kekayaan.

Berdasarkan kepada kandungan Manifesto Komunis Marx itu ianya telah mencetuskan
beberapa siri peristiwa yang membawa kesan memeranjatkan yang telah mempengaruhi kehidupan
seluruh masyarakat Eropah dan Amerika pada katika itu. Pada 7 November 1917, kerajaan Rusia
terpaksa berdepan tentangan pihak yang memperjuangkan dasar fahaman komunis di mana
kemuncaknya ialah penahanan Perdana Menteri Aleksander Kerensky. 

Mesyuarat Kongress Soviet All-Russian pada malam itu yang mengundi pada pukul 5.30 pagi
telah mengambil keputusan memberi kuasa kepada Vladimir Iiyich Ulynov atau lebih dikenali N.
Lenin atau Nikolai Lenin sebagai pemerintah baru Rusia. Dari detik itulah, Lenin menukarkan Rusia
kepada negara Komunis.  Beliau yakin dan komited untuk mengamalkan sepenuhnya Manifesto
Komunis yang diperkenalkan oleh Marx kira-kira 70 tahun sebelum itu.

Melalui cetusan idea Marx, Lenin yakin banyak masalah yang dihadapi di Rusia dan seluruh
dunia dapat diselesaikan jika fahaman komunis dijadikan dasar pemerintahan kerajaan.  Lenin
menetapkan matlamat perlaksanaan fahaman komunis untuk membawa kepada ke arah keamanan,
kesejahteraan, kebebasan dan kegembiraan seluruh rakyat.

Sebenarnya, fahaman komunis mula difikirkan oleh Marx apabila mendapati kesan buruk
yang timbul akibat Revolusi Perindustrian 1789.  Marx melihat kewujudan keadaan sosial, politik dan
sistem ekonomi yang jelas tidak adil dan kejam kepada rakyat kebanyakan, sedangkan sesetengah
golongan menikmati kemewahan yang begitu mudah hasil ekspoltasi tenaga buruh dan penindasan
berasaskan kedudukan.

Marx begitu serius memikirkan tentang kesan yang berlaku pada pertengahan abad 19 yang
pada pandangannya amat tidak adil di mana keadaan persekitaran pekerjaan yang teruk, kadar upah
yang rendah dan hidup pekerja yang tidak diperdulikan tentang untung nasibnya.  Marx memanggil
golongan pekerja ini sebagai proleteriat, iaitu dari perkataan berasal bahasa latin yang bermaksud
warga miskin kelas paling rendah dalam masyarakat Roman.  Manakala golongan pemodal pula
dipanggil bourgeoise, iaitu kelompok kecil yang mempunyai pengaruh ke atas pengusaha, saudagar
kaya dan kelompok bangsawan.

Berdasarkan kepada pengamatan Marx, dia amat berdukacita di atas eksploitasi pekerja yang
dilakukan oleh golongan kaya.  Beliau melahirkan rasa kebimbangan bahawa pada suatu hari akan
datang di mana masyarakat pekerja di Eropah dan Amerika Syarikat terdiri golongan yang tertindas,
jika situasi yang beliau amati itu berterusan tanpa dilakukan perubahan ke arah cara lebih adil dan
bertimbang rasa. Pada masa yang sama Marx menjangkakan sekumpulan kaum pemodal pula akan
berterusan menikmati kemewahan hidup dari kekayaan yang diwujudkan dari keringat dan tulang
empat kerat masyarakat pekerja yang tertindas.
Sebenarnya Marx merumuskan pendapat itu berdasarkan kepada apa yang berlaku di
sekelilingnya.  Dia menganalisa dan mencari punca kepada terjadinya situasi itu.  Rumusan yang
dibuat adalah semuanya berpunca daripada sistem ekonomi yang mengamalkan cara tidak sama rata
dalam penguasaan tanah, mesin, kilang dan pelaburan modal.  Pada ketika itu, kedudukan pemodal
yang kaya raya amat berkuasa menentukan persekitaran ekonomi dengan menggunakan sepenuhnya
kuasa menentukan tahap pengeluaran dan penawaran, yang sekali gus dapat menentukan tingkat harga
di pasaran dan jumlah keuntungan yang diingini.

Hasil tindakan itu memberi tekanan kepada masyarakat pengguna.  Pekerja industri sendiri
termasuk golongan yang tertindas akibat hasil pekerjaan mereka sendiri.  Revolusi perindustrian
hanya mendatangkan keuntungan besar kepada golongan pemodal dan pengusaha, sedangkan
golongan pekerja terpaksa hidup dalam keadaan kemiskinan, hina dan berpenyakit tak ubah seperti
nasib hamba. 

Berdasarkan kepada keadaan itu, Marx mula memikirkan bagaimana tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengubahnya.  Beliau mengkaji pelbagai pendekatan yang dirasakan dapat menjadi
jalan penyelesaian paling berkesan kepada masalah sosial yang semakin teruk itu. Setelah membuat
kajian bertahun-tahun, akhirnya Marx membuat keputusan bahawa jalan penyelesainnya ialah
golongan pekerja perlu memiliki sendiri perusahaan dan berkuasa menentukan sendiri segala yang
berkaitan dengan perindustrian.

Fahaman itu membawa kepada golongan pekerja telah berusaha mengambil alih pemilikan
tanah, mesin-mesin, kilang dan modal.  Perkara ini ditulis oleh Marx dalam Manifesto Komunisnya
sebagai: “Hal terpenting komunisme ialah merampas harta kaum bourguis.” Dari situ, golongan
pekerja akan memusatkan atau mengumpul segala faktor pengeluaran dalam kuasa negara.  Golongan
pekerja meletakkan taraf mereka seperti pemerintah yang mana menentukan sendiri hal yang
berkaitan dengan ekonomi negara.

Hasil daripada usaha itu maka wujudlah satu negara yang mana masyarakatnya hidup hanya
dalam satu kelas atau kelompok.  Kehidupan rakyat dirasakan lebih harmoni, tenang dan mengelak
daripada timbul perasaan iri hati. Aliran fahaman yang dicetuskan oleh Marx ini sudah tentu
membimbangkan pemerintah dan golongan kaya yang merasakan kedudukan mereka sudah pasti
tergugat.  Tambahan pula ia semakin berkembang dan mendapat sokongan daripada golongan
tertindas dalam sistem yang sedia ada. 

Lebih membimbangkan lagi ialah apabila golongan dianggap tertindas sudah bergabung
tenaga dan sanggup melakukan kekerasan atau rampasan kuasa untuk mencapai impian hidup sama
rata yang diperjuangkan oleh fahaman komunis itu. Pada peringkat awalnya, Marx mempunyai
keyakinan bahawa apa yang dicetuskannya itu akan mula bangkit dan mencapai kejayaan awal di
Jerman.  Manifesto yang ditulisnya itu dijangka menjadi pencetus semangat kepada satu revolusi
menyatakan kehendak sebenar golongan pekerja. 

Lebih menyakinkan jangkaan itu akan menjadi kenyataan ialah pada tahun 1848 telah berlaku
keadaan huru hara di kebanyakan negara di Eropah akibat pemberontakan rakyat menentang
pemerintah. Namun, ramalan Marx tidak menjadi kenyataan.  Jangkaannya mengatakan negara di
Eropah, khususnya di Jerman dan England akan dikuasai fahaman komunis tidak berlaku ketika
hayatnya. Sebaliknya, negara yang tidak di dalam senarai jangkaannya, iaitu Rusia telah diresapi
fahaman komunis dan lahir sebagai negara komunis pertama di dunia. Hasil fahaman dan
perlaksanaan amalan komunis telah berjaya melahirkan Rusia sebagai negara maju dan kuat
menyaingi negara-negara lain di Eropah, termasuk Amerika Syarikat. 

Anda mungkin juga menyukai