Anda di halaman 1dari 23

1

1.1 PENGENALAN

Pada abad kesembilan belas telah menyaksikan satu lembaran sejarah kegemilangan di
Jerman dengan kelahiran seorang tokoh pemikiran hebat yang memiliki pengaruh
kekal dan utuh terhadap sejarah kehidupan manusia. Kekuatan pengaruh
keintelektualannya telah menjadi fenomena global abad kedua puluh kerana gagasan
pemikiran falsafahnya bukan sahaja dijadikan sekadar rujukan ilmiah sahaja tetapi
segala idea dan teori-teori Marxisme telah digerakkan ke dalam bentuk tindakan yang
realistik yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Jadi, tidak hairanlah jika Karl
Marx (1818-1883) menduduki tangga kedua puluh tujuh daripada seratus tokoh yang
paling berpengaruh dalam sejarah (Hart 1992). Esei ini akan membincangkan tentang
persoalan pokok serta kekuatan falsafah politik Karl Marx.

Salah satu sumbangan terbesar Karl Marx adalah konsep perjuangan kelas atau
“class struggle” yang menjadi pemangkin kepada kaum buruh atau golongan pekerja
bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka daripada terus menjadi ‘kuda
tunggangan’ kaum kapitalis. Lantaran itu, ajaran Marxisme telah dijadikan pegangan
perjuangan kaum buruh hampir ke seluruh dunia. Sebagai sebuah ideologi, Marxisme
merupakan inspirasi bagi sebahagian besar gerakan pembebasan sosial dan beransur-
ansur menjadi gerakan politik dan sosial di pelbagai tempat dan Negara. Dari aspek
persoalan pokoknya, Marx meneliti sejarah manusia dari dua aspek iaitu pertama,
faktor ekonomi yang memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi manusia
meliputi kaedah-kaedah mengeluarkan produk keperluan hidup dalam menentukan
segala perubahan kehidupan manusia (A.Z.Abidin 1968). Kedua, faktor sosial kerana
Marx menggambarkan sifat semulajadi manusia yang suka bergaul. Namun begitu,
faktor sosial tidak lengkap tanpa berhubung secara terus dengan faktor ekonomi
kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia
menghasilkan barangan atau produk untuk memenuhi keperluan hidup dan masyarakat
sekelilingnya (Ozinga 1991).

Sebagai contoh pembuktian bahawa ideologi Marxisme ciptaan Karl Marx ini
mempunyai kekuatannya yang tersendiri apabila Marxisme dijadikan sebagai ideologi
parti pemerintah. Ideologi ini mendapat tempat di Negara-negara yang mundur dalam
2

bidang ekonomi dan sosial. Pada akhir abad ke-19, ia diamalkan dengan meluas di
Rusia yang pada masa itu mengalami kemunduran dari segi ekonominya. Akhirnya,
lahirlah Negara Rusia yang mengamalkan ideologi Marx yang digelar komunisme. Di
Rusia, Marxisme digunakan oleh Lenin dan Stalin dalam sistem pemerintahannya.
Penggunaan oleh mereka ini menimbulkan kontroversi kerana bersifat radikal. Namun
begitu, terdapat idea-idea asal Marxisme yang diolah semula oleh Lenin dan
diaplikasikan dalam pemerintahan sebenar di Rusia. Kejayaan Lenin dalam
memenangi Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 membuktikan bahawa pengaruh
ideologi Marxisme ini mempunyai kekuatannnya yang tersendiri.

2.1 LATAR BELAKANG

Karl Marx dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Jerman yang merupakan seorang
berbangsa Yahudi. Marx merupakan seorang ahli falsafah, ekonomi, politik dan
aktiviti sosialis. Karl Marx menjadi editor dua majalah yang berhaluan kiri tetapi tidak
diterbitkan di Jerman kerana fahamannya yang melanggar peraturan di Jerman. Dua
majalah berhaluan kiri tersebut Rheinishe Zeitung dan Deutsche Franzosische
Jahrbucker. Majalah-majalah tersebut diterbitkan di Paris untuk pembaca Jerman.
Pendidikan Marx di peringkat universiti bermula pada tahun 1835 apabila Marx
memasuki Universiti Bonn dan selepas itu, Marx berpindah ke Universiti Berlin untuk
mempelajari tentang falsafah dan sejarah. Pada tahun 1841, Karl Marx memperoleh
doktor falsafah tentang falsafah kuno (Anthony Brewer 1984).

Pandangan-pandangan Karl Marx bersifat radikal dan disebabkan ini Marx


tidak diizinkan untuk tinggal di Jerman. Hidupnya menjadi seorang pelarian dan
beliau serta keluarganya hidup dalam kemiskinan. Pada tahun 1848, Marx kembali ke
Jerman dan mengambil bahagian secara aktif dalam revolusi demokrasi yang tidak
berjaya. Selepas tahun itu, Marx tiba di England sebagai pelarian dan rakannya iaitu
Friedrich Engels banyak membantu sepanjang kehidupannya di England. Karl Marx
tinggal di London dan meninggal dunia pada tahun 1883.
3

Ketika Marx masih belajar di universiti, beliau sangat tertarik dengan


persoalan-persoalan falsafah dan beliau seterusnya menumpukan pengajian dalam
bidang falsafah. Antara ahli falsafah yang mempengaruhi aliran pemikiran Marx ialah
George Wilhelm Federick Hegel (1770-1831) yang mana Marx meminjam kaedah
dialektiknya dan menggunakan idea-idea Hegel ke tahap yang lebih realistik dengan
mengeluarkan satu ideologi yang kompleks tentang teori ekonomi, teori struktur sosial
dan teori sejarah. Selain itu, ahli falsafah yang turut mempengaruhi pemikiran Marx
ialah Ludwig Feurbach iaitu seorang ahli falsafah yang sezaman dengan Marx yang
mana pemikiran Feurbach mempengaruhi teori materialismenya (Syed Ahmad
Hussein 1994 : 133).

Zaman Marx ialah zaman kemuncak penindasan ekonomi kapitalisme dan


penderitaan kaum pekerja. Marx menumpukan tenaga inteleknya kepada soal ini.
Menurut Emile Burns (1966) dalam bukunya “An Introduction to Marxism”, Karl
Marx telah menghabiskan kebanyakkan usia mudanya untuk mengkaji tentang
kapitalisme dan prinsip ekonomi yang diamalkan dalam kapitalisme. Tujuan beliau
mempelajari selok belok kapitalisme adalah untuk memahami serta mendalami
ideologi dan pelaksanaan sistem ekonomi kapitalis dalam sesebuah masyarakat.
Menurutnya, dalam pelaksanaan ekonomi kapitalis, pekerja hanya berpeluang untuk
memiliki kehidupan dengan terpaksa bekerja berjam-jam dengan mesin atau kilang
yang dimilik oleh golongan kapitalis.

Selain itu, Marx melihat ekonomi kapitalis menyebabkan golongan pekerja


terbeban dengan hutang walaupun menerima upah daripada golongan kapitalis. Hal ini
berikutan upah yang diberikan kepada para pekerja adalah sangat sedikit dan tidak
setimpal dengan hasil kerja mereka sekaligus menyebabka pekerja terpaksa berhutang
dengan golongan kapitalis semata-mata untuk kelangsungan hidup. Setelah Karl Marx
memahami sepenuhnya tentang fahaman kapitalisme, beliau berpendapat bahawa
kapitalisme telah mewujudkan masyarakat yang tidak seimbang dan amalan
kapitalisme ini perlu digantikan dengan sesuatu yang lebih baik seterusnya melahirkan
ideologi Marxisme.
4

3.1 PERSOALAN POKOK MARXISME

Secara umumnya persoalan pokok falsafah Karl Marx terbahagi kepada tiga iaitu
terdiri daripada falsafah dan teori sejarah Marx, teori ekonomi Marx, serta teori sosial
Marx. Teori-teori tersebut saling berkait antara satu sama lain dan hubungan ini
menghasilkan satu ideologi kompleks iaitu Marxisme.

Pada dasarnya, Marx cuba untuk membuat interpretasi kepada perkembangan


sejarah masyarakat manusia dan menilai manusia dalam istilah2 sejarah. Marx
menganjurkan bagaimana cara untuk mengubah masyarakat ke arah satu masyarakat
yang bersifat adil, saksama dan bebas. Teori-teori Marx berkisar di sekitar bagaimana
masyarakat akan terus berubah sebagai satu tindak balas kepada keadaan ekonominya
serta bantahan beliau terhadap keadaan masyarakat yang terkesan akibat industri yang
berasaskan kepada kapitalisme. Matlamat teori Marx ialah ke arah masyarakat yang
saksama tanpa stratifikasi kelas dan ke arah pemansuhan Negara yang ditakrifkan oleh
Marx sebagai alat paksaan dan pemerasan. Marx berhasrat untuk membebaskan
manusia daripada suasana kehidupan yang menekan. Beliau membayangkan satu
masyarakat masa hadapan di mana manusia itu semula jadinya bebas dan berdaulat
(Syed Ahmad Hussein 1994 : 135).

Sebelum revolusi industri, produktiviti manusia tidak banyak membekalkan


bekalan yang mencukupi untuk keperluan-keperluan hidup yang boleh membebaskan
manusia daripada compulsive toil. Istilah compulsive toil ini ialah satu istilah yang
dicipta oleh Marx untuk menggambarkan tentang konsep John Locke tentang
keperluan manusia bekerja tanpa henti hanya untuk hidup atau hanya untuk memenuhi
matlamat golongan pemodal. Walaupun Locke dan Marx menghargai kerja tetapi
mereka membenci manusia dipaksa bekerja keras secara terpaksa yang mana hal ini
akan menafikan mereka ini masa yang mereka berhak. Marx merasakan bahawa
kapitalisme yang unsur utamanya ialah pemilikan harta dan pengumpulan keuntungan
adalah penyebab kepada pemerasan, ketidakadilan dan kemiskinan yang melanda
masyarakat ketika itu. Baginya, hanya dengan penghapusan hak milik persendirian
sahaja yang boleh menjadikan manusia dan masyarakat tersebut sempurna. Oleh sebab
pemilik-pemilik harta (pemilik modal) tidak akan merelakan perkara ini berlaku, maka
5

masyarakat sempurna, bebas dan adil hanya boleh diwujudkan melalui revolusi dan
kekerasan. Melihat daripada satu segi yang lain, teori-teori Marx terarah kepada
matlamat kemanusiaan yang memperjuangkan hak sebenar masyarakat dan manusia.

Dalam teori ekonomi Marx, ekonomi yang memaparkan tahap perkembangan


ekonomi manusia meliputi kaedah-kaedah pengeluaran produk yang memenuhi
keperluan hidup manusia dalam menentukan segala perubahan dalam kehidupan
manusia. Lalu, timbul satu kepercayaan iaitu ‘economic determinism’ yang menjadi
andaian fundamental dalam fahaman Marxis. Fahaman economic determinism ini
merupakan satu kepercayaan bahawa semua ciri-ciri sosial dan politik ditentukan oleh
persekitaran ekonomi. Dalam erti kata lain, sumber motivasi utama manusia ialah
ekonomi. Dalam ekonomi, Marx tertumpu kepada ‘surplus value’ iaitu nilai lebihan
atau keuntungan (Syed Ahmad Hussein 1994 : 142).

Pekerja menghasilkan produk tetapi para pekerja dibayar sedikit dan tidak
setimpal dengan apa yang mereka telah hasilkan. Teori ekonomi Marx sebenarnya
tergolong ke dalam pemahaman golongan aliran klasik seperti David Ricardo (1772-
1823) dan Adam Smith. Ricardo banyak mempengaruhi pemikiran Marx tentang
ekonomi dan Marx meluaskan persoalan ekonomi daripada tumpuan lebihan hasil
daripada industri pertanian kepada lebihan hasil ekonomi pengeluaran industri. Marx
meminjam dari Ricardo dan Smith tentang teori nilai buruh (labor theory of value)
dan menjadikannya unsur utama dalam teori ekonominya. Bagi Ricardo, bilangan atau
kandungan tenaga buruh yang digunakan dalam pengeluaran sesuatu komoditi itu
merupakan penentu kasar kepada harga untuk jangka panjang. Marx menekankan
pentingnya nilai buruh ini yang mana baginya jumlah buruh yang digunakan dalam
pengeluaran yang menentukan nilai. Penggunaan buruh menentukan nilai tukaran
(exchange value) yang dibezakan daripada nilai guna (use value) ( Rius 1976).

Pihak kapitalis membayar gaji dan gaji ini ditentukan oleh nilai tukaran buruh.
Nilai pekerja kepada kapitalis yang menggunakannya itu adalah lebih besar daripada
nilai yang dibayar oleh kapitalis untuk perkhidmatannya. Golongan kapitalis mengaut
keuntungan yang banyak daripada produk tersebut sedangkan upah yang dibayar tidak
setimpal dengan keuntungan yang telah diperoleh golongan kapitalis. Karl Marx juga
6

mengatakan bahawa golongan borjuis (pemilik modal) menindas golongan proletariat


( pekerja ) dengan menekan golongan ini bekerja dengan lebih kuat sehingga
mencetuskan “economic depression”. Golongan proletariat juga tidak mampu
membeli produk yang mereka hasilkan kerana upah yang dibayar oleh pihak borjuis
sangat sedikit dan mereka terus dibelenggu dengan kemiskinan. Bagi Marx, sistem
kapitalisme ini memberi tekanan dalam kehidupan golongan pekerja
( Michael G. Roskin 1997).

Selain itu, Marx membahagikan ekonomi kepada dua faktor utama; iaitu alat
pengeluaran (means of production) dan pertalian2 atau hubungan dalam pengeluaran
(relations of production). Alat-alat pengeluaran adalah bahan-bahan mentah dan
teknologi mengikut kemahuan sesuatu masyarakat dan hubungan mereka menentukan
jenis sistem ekonomi yang masyarakat itu kehendaki . Perhubungan-perhubungan
pengeluaran atau kelas-kelas sosial ditentukan oleh pergabungan atau penerimaan di
antara manusia dalam masyarakat tersebut dan alat-alat pengeluaran. Pemilik-pemilik
alat pengeluaran( means of production ) menikmati kedudukan yang paling
menguntungkan dalam ekonomi serta menjadi anggota2 masyarakat yang paling
berpengaruh iaitu berada di kelas pemerintah (ruling class).

Teori sosial Marx tidak lengkap jika tidak dikaitkan dengan teori ekonomi
Marx. Marx menggambarkan bahawa cara dan hubungan pengeluaran berlainan untuk
memenuhi keperluan hidup manusia sekeliling. Setiap cara pengeluaran digambarkan
dengan kuasa produktif yang khusus dan membentuk kelas-kelas sosial untuk
membangunkan kuasa produktif tersebut. Oleh yang demikian, hubungan sosial ini
terbentuk menjadi dua kelas yang berbeza. terdapat satu kelas yang menguasai sektor
pengeluaran atau harta dan satu kelas lagi untuk menghasilkan kekayaan iaitu kelas
pekerja. Istilah “Base and Superstructure” ialah istilah yang digunakan untuk
memahami suatu konsep kehidupan dalam masyarakat yang cuba digambarkan oleh
Karl Marx. Idea ini memberi gambaran bahawa terdapat kaitan antara dua entiti yang
berbeza ini.
7

Dalam teori Marxisme, Marx membahagikan masyarakat kepada dua


kelompok iaitu base dan superstructure. Base merupakan golongan yang terlibat
secara langsung dalam proses pengeluaran dan pembuatan seperti buruh dan pekerja
kilang dan golongan ini berada di bawah superstructure. Manakala, golongan
superstructure ialah mereka yang tidak terlibat dengan proses pengeluaran dan
pembuatan. Golongan ini terdiri daripada individu yang terlibat dengan bidang
keusahawanan, politik, falsafah, pendidikan dan sains. Dalam kelompok masyarakat
ini sentiasa menunjukkan golongan base dimiliki oleh golongan superstructure yang
majoritinya terdiri daripada golongan kapitalis. Kedua-dua golongan ini saling
bergantung antara satu sama lain kerana golongan base akan menjalankan proses
pengeluaran yang akan memberikan keuntungan kepada golongan superstructure dan
golongan base memerlukan upah daripada superstructure (Rigby 1998).

Marx telah mengemukakan lima tahap cara pengeluaran berbeza-beza yang


setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap komunis primitif terdiri daripada
golongan nomad dan golongan yang menetap dan dipanggil empayar. Tahap
seterusnya perhambaan kuno atau “classical slavery” terdiri daripada raja dan
masyarakat hamba. Selepas itu tahap feudalisme, kapitalisme dan komunisme. Bagi
Marx, terdapat kelas yang menindas dan kelas yang tertindas membawa kepada
perjuangan kelas. Marx menyifatkan sejarah manusia adalah sejarah penentangan
antara kelas yang menindas dan kelas yang tertindas. Pembangunan dan kemajuan
juga terhadap cara pengeluaran akan menambah tekanan kepada cara pengeluaran
yang sedia ada kerana perubahan sejarah berlaku dan mewujudkan perjuangan kelas.

Perjuangan kelas bermaksud penentangan satu kelas terhadap satu kelas yang
lain. Kesannya berlaku revolusi dan kemunculan tahap baru akan melahirkan kelas
atasan baru atau “new ruling class” yang akan menentang golongan bawahan. Cara
pengeluaran merupakan printis kepada kelas- kelas sosial (Indriaty & Zuhaili 2012).
Sebagai contoh yang berlaku semasa Revolusi Perancis. Kelas-kelas sosial sebelum
revolusi adalah sistem feudal. Berdasarkan sistem feudal, hak milik tanah diwarisi
turun-temurun dan dikerjakan oleh hamba tetapi apabila sistem ekonomi berubah
bermula kelas-kelas sosial yang baru yang lebih moden seperti golongan borjuis dan
golongan proletariat. Maka golongan borjuis mengambil alih sistem kapitalisme. Marx
8

tidak menafikan sistem kapitalisme bagus untuk pemodenan tetapi mengimbas balik
bagaimana golongan pekerja mengalami “economic depression” dan “theory of
surplus value”.

4.1 PERKEMBANGAN MARXISME

Pada pertengahan abad-19, ekonomi Jerman sangat maju terutamanya dalam industri
perkilangan, arang batu dan jaringan kereta api. Sebagai contoh, melalui pembukaan
stesen kereta api Nurnberg-Furth pada Disember 1835 telah mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi Jerman berbanding Negara sekitarnya. Dengan wujudnya
jaringan pengangkutan yang luas, Jerman telah menjadi salah sebuah Negara
pengeluar utama dalam industri besi dan keluli dengan hanya mengambil masa lapan
tahun sahaja selepas pembukaan stesen kereta api tersebut (Henderson 1975). Hal ini
telah menyebabkan golongan kapitalis semakin bertambah dan meningkatkan
pengeluaran untuk mengaut keuntungan dengan lebih banyak. Manakal, golongan
bawahan yakni pekerja ini terus ditindas dan terbeban walaupun ekonomi dalam
industri ketika itu sentiasa meningkat. Hal ini memberi kesan terhadap keadaan
kehidupan golongan bawahan pada ketika itu kerana ramai rakyat Jerman daripada
golongan bawahan mati akibat kebuluran dan kadar kematian semakin meningkat
akibat penularan wabak penyakit.

Walaupun Karl Marx berasal daripada keluarga yang berada kerana bapanya
merupakan seorang peguam terkenal. Namun, Karl Marx tetap melihat masalah
ketidakseimbangan dalam sistem sosial perlu dibaiki kerana bagi Marx ekonomi
kapitalis yang diamalkan tidak membawa manfaat kepada semua terutamanya kepada
golongan bawahan. Baginya, amalan ekonomi kapitalis perlu dihentikan kerana
sifatnya yang mendiskriminasi golongan bawahan untuk kepentingan peribadi
golongan kapitalis. Menurut Karl Marx, untuk mengatasi ketidakadilan ini perlu
wujudnya perjuangan kelas atau class struggle yang menuntut agar tiadanya
diskriminasi dalam semua masyarakat dan mengamalkan prinsip hak sama rata. Untuk
mensejahterakan golongan bawahan golongan bawahan ini, Karl Marx berpendapat
9

bahawa fahaman kapitalis ini perlu diganti dengan fahaman komunisme iaitu fahaman
yang lahir daripada ideologi Marxisme ini.

Untuk menyebarkan ideologi Marxisme ini, Karl Marx bersama Friedrich


Engels tela menulis sebuah buku yang dinamakan “Communist Manifesto” pada tahun
1848. Marx dan Engels berjumpa di London semasa menghadiri pertemuan “German
Communist League” dan sejak daripada itu Karl Marx dan Friedrich Engels menjadi
sahabat baik kerana kedua-dua mereka mempunyai pandangan yang sama dalam
usaha untuk menghapuskan amalan ekonomi kapitalis. Semasa tinggal di Belgium,
Engels telah membantu Marx dalam mencipta teori Marxisme yang ditulis dalam buku
“Communist Manifesto”. Selain itu, Engels turut membantu Karl Marx untuk
mencipta doktrin dialektik materialism dan mereka menghabiskan masa untuk
mengaplikasikan fahaman komunisme dalam politik, falsafah, ekonomi, sejarah,
penulisan dan kesusasteraan. Melalui usaha bersama, mereka menubuhkan gerakan
sosialis dan politik yang menggunakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam
“Communist Manifesto”. Karl Marx dan Friedrich Engels mempunyai pengaruh yang
kuat melalui penulisan mereka dan hal ini menyebabkan pengikut mereka telah
mencapai jutaan orang sejak 50 tahun penubuhannya dan tersebar ke Rusia sekaligus
menjadi rejim fahaman komunis yang kukuh di Rusia (Henderson 1975).

5.1 KARYA

Antara karya Karl Marx yang terkenal ialah “Communist Manifesto” yang ditulis
bersama Friedrich Engels pada tahun 1848. Karya ini secara ringkasnya mengandungi
fahaman dan cara pelaksanaan komunisme yang dikatakan akan mewujudkan
masyarakat yang lebih harmoni dan seimbang. Sebagai contoh dalam bab satu
Communist Manifesto, Marx dan Engels menulis tentang Bourgeois dan Proletarians.
Istilah Bourgeois merujuk kepada golongan atasan yang sering menindas golongan
bawahan untuk mendapatkan keuntungan manakala Proletarians merujuk kepada
golongan bawahan yang sering ditindas golongan atasaan dalam amalan ekonomi
kapitalis. Dua golongan ini juga merupakan golongan yang dimaksudkan dalam teori
base and superstructure. Menurut Communist Manifesto, golongan proletarians adalah
10

tulang belakang kepada sistem pengeluaran ekonomi dan merupakan golongan


majority. Hal ini kerana mereka adalah golongan majoriti yang tidak mempunyai
modal, kilang, alat-alat industri dan hanya merupakan buruh dalam sektor tersebut.
Hal ini dapat dilihat dalam penulisan karya ini iaitu “…those individuals who sell
their labour power, and who, in the capitalist mode of production, do not own the
means of production…”(Taylor 1967).

Dalam karya ini juga, kedua-dua penulis menekankan bahawa perlu wujudnya
perjuangan kelas yang menuntut hak sama rata dan tiada diskriminasi antara
masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera. Selain itu, Marx dan
Engels juga menulis tentang sepuluh teori amalan komunisme dalam karyanya.
Sepuluh teori tersebut ialah penghapusan hak milik swasta dan semua hak milik
menjadi hak awam, mengenakan cukai yang tinggi kepada peniaga untuk
pembangunan Negara, penghapusan hak warisan, merampas harta benda pendatang,
pemusatan kuasa, pemusatan komunikasi dan pengangkutan, mengembangkan industri
perkilangan dan perladangan, tanggungjawab sama rata, menggabungkan pertanian
dan industri perkilangan dan member pendidikan percuma (Marx 1964). Penulisan
sepuluh teori memberi impak yang besar dalam penyebaran fahaman komunisme pada
waktu itu kerana sifatnya yang menunjukkan pelaksanaan keadilan dalam masyarakat
sosial.

Karya Marx dan Engels iaitu Communist Manifesto dan Das Kapital yang
kedua-duanya memperjuangkan komunisme dan anti kapitalisme merupakan antara
karya yang paling berpengaruh di dunia. Hal ini demikian kerana karya ini
mewujudkan proses revolusi di kebanyakkan Negara yang mengamalkan ekonomi
kapitalisme dan sistem feudalism. Penulisan karya ini memberikan harapan dan
ideologi kepada masyarakat untuk mewujudkan sebuah masyarakat sosial yang lebih
adil dan saksama (Rigby 1998). Melalui karya ini juga, rakyat yang majoritinya
berasal daripada golongan bawahan melakukan proses revolusi dengan
menumbangkan kerajaan pemerintah demi menuntut hak sama rata dan tiada
diskriminasi. Selain itu, karya ini juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin Negara
yang mempunyai ideologi Marxisme seperti Vladimir Lenin di Rusia, Mao Tse-tung
11

di China dan Kim Il Sung di Korea Utara dan sekaligus mengaplikasikan ideologi
komunisme dalam pemerintahan mereka.

6.1 TOKOH ALIRAN MARXISME

Friedrich Engels lahir di Barmen, Wuppertal, Jerman, 28 November 1820 dan


meninggal di London 5 Ogos 1895 pada umur 74 tahun adalah anak sulung dari
pengusaha industri tekstil yang berjaya sewaktu ia dihantar ke England untuk
memimpin tekstil fabrik milik keluarganya yang berada di Manchester . Di sana ia
melihat sendiri kemiskinan yang terjadi dan menulis serta menerbitkan dengan judul
Condition of the Working Class in England (1844). (Thomas Lane, 1995 : 294). Pada
tahun 1844 Engels mulai menyumbang dalam jurnal radikal yang ditulis oleh Karl
Marx di Paris. Kolaborasi tulisan Engels dan Marx yang pertama adalah The Holy
Family. Mereka berdua sering disebut Bapa Pengasas Komunisme di mana beberapa
idea yang berhubungan dengan Marxisme sudah kelihatan. Beliau bersama dengan
Karl Marx turut menulis Manifesto Parti Komunis (1848).

Setelah Karl Marx meninggal dialah yang menerbitkan lanjutan daripada jilid-
jilid buku seperti Das Capital. Das Capital adalah suatu pembahasan yang mendalam
tentang ekonomi politik yang ditulis oleh Karl Marx dalam Bahasa Jerman. Buku ini
merupakan suatu analisis kritis terhadap kapitalisme dan aplikasi praktisnya dalam
ekonomi dan juga dalam bahagian tertentu. Jilid pertamanya diterbitkan pada 1867.
(Karl Marx, 2009 : xii).

Komunisme adalah sebuah ideologi. Manifest der Kommunistichen yang


ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels ialah sebuah manifesto politik yang
pertama kali diterbitkan pada 21 Februari 1848 di mana teori mengenai komunis
sebuah analisis pendekatan kepada perjuangan kelas dan ekonomi kesejahteraan yang
kemudian pernah menjadi salah satu gerakan yang paling berpengaruh dalam dunia
politik. (Cutrofello, 2005 : 230).
12

Komunisme pada awalnya adalah sebuah pembetulan terhadap fahaman


kapitalisme di awal abad ke-19an dalam suasana yang menganggap bahawa kaum
buruh dan pekerja tani hanyalah bahagian daripada pengeluaran dan yang lebih
mementingkan kesejahteraan ekonomi. Dalam perkembangan selanjutnya muncul
beberapa puak dalam komunisme antara penganut komunis teori dengan komunis
revolusioner yang masing-masing mempunyai teori dan cara perjuangannya yang
saling berbeza dalam pencapaian masyarakat sosialis untuk menuju apa yang disebut
sebagai masyarakat utopia. (Corcoran, 1983 : 6).

Marxisme adalah sebuah fahaman yang mengikuti pandangan-pandangan dari


Karl Marx. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem
ekonomi, sistem sosial dan sistem politik. Pengikut teori ini disebut sebagai Marxis.
Teori ini merupakan dasar teori komunisme moden. Teori ini disebut dalam buku
Manifesto Komunis yang dibuat oleh Marx dan sahabatnya, Friedrich Engels.
Marxisme merupakan bentuk protes Marx terhadap fahaman kapitalisme. (Karl Marx,
1964 : 146). Ia menganggap bahawa kaum kapitalis mengumpul wang dengan
mengenepikan kaum proletariat. Keadaan kaum proletar sangat menyedihkan kerana
dipaksa bekerja berjam-jam dengan upah mimimum sementara hasil keringat mereka
dinikmati oleh kaum kapitalis. Banyak kaum proletar yang harus hidup di daerah
pinggiran dan setinggan. Marx berpendapat bahawa masalah ini timbul kerana adanya
pemilikan peribadi dan penguasaan kekayaan yang didominasi orang-orang kaya.
(Boudin, 1907 : 209). Untuk menyejahterakan kaum proletar Marx berpendapat
bahawa fahaman kapitalisme diganti dengan fahaman komunisme. Menurut Marx
apabila keadaan ini terus dibiarkan kaum proletar akan memberontak dan menuntut
keadilan. Itulah dasar dari Marxisme.

Tokoh-tokoh dari pemikiran Marxisme ini tidak hanya tertumpu kepada Karl
Marx dan Frederich E ngels sahaja tetapi juga terdiri daripada Kautsky, Roxa
Luxemberg, Plekhanov, Gramsci, dan Lenin.
13

7.1 KEKUATAN FALSAFAH POLITIK MARX

i. NEGARA KELAS

Menurut Karl Marx dengan adanya negara kelas negara dikuasai secara langsung atau
tidak langsung oleh kelas-kelas yang menguasai bidang ekonomi. Negara bukanlah
institusi bagi masyarakat yang mengatur tanpa kepentingan melainkan mereka
hanyalah alat bagi kelas untuk mengekalkan kuasa. (Bald, Karolides, 2006 :460). Jadi
negara tidak bertindak demi kepentingan umum melainkan demi kepentingan tersebut.
Oleh itu negara tidak bersifat neutral melainkan selalu berpihak. Untuk mengelakkan
pembahagian kelas yang menguasai dan kelas yang dikuasai Karl Marx berpendapat
menghilangkan konsep negara. Beliau menyatakan setiap kelas-kelas sosial perlu
memperjuangkan kepentingan mereka. Pelaku utama dalam perubahan sosial
bukanlah individu tetapi kelas-kelas sosial. Kritikannya terhadap ideologi adalah salah
satu sumbangan terpenting Marx terhadap analisis struktur kekuasaan dalam
masyarakat. Max menilai terjadinya eksploitasi kelas borjuis terhadap kelas proletar
antara lain kerana kewujudan negara sebagai alat penindasan bagi kelas bawah.

ii. MATERIALISME

Materialisme Karl Marx merupakan kombinasi antara falsafah dengan ekonomi. Pada
pandangan beliau falsafah tidak boleh statik tetapi harus selalu mengalami perubahan-
perubahan berdasarkan perbuatan dan bahan atau proses idea sampingan sebagai hasil
akhir. Berdasarkan dasar materialisme tersebut beliau menggabungkan materialisme
dialektika dengan materialisme sejarah ke dalam ajaran marxisme. Ajaran marxisme
terilham daripada suatu pengamatan Karl Marx dengan tempat-tempat bersejarah dan
sejarah perjuangan kelas buruh.

Karl Marx tidak pernah menggunakan materialisme dialektik sebgai istilah


dalam falsafahnya. Istilah ini buat pertama kali dicetuskan seorang pemikir Russia
yang bernama Plekhanov pada 1891. (Andi Muawiyah, 2009 : 15). Materialisme
dialektika dalam ajaran marxisme merupakan suatu ajaran yang menghuraikan
kehidupan manusia dengan didominasi keadaan ekonomi yang bersifat kebendaan.
14

Tiga tahap tersebut ialah tesis, antitesis dan sintesis yang merupakan tahap kehidupan
yang saling berhubungan. (Andi Muawiyah, 2009 : 57). Berikut merupakan huraian
tentang tiga tahap tersebut.

Pertama, tesis merupakan peringkat yang menjelaskan awal kehidupan


manusia sebagai masyarakat sosial yang hidup dalam komuniti tanpa pertentangan
kelas di mana sesuatu yang ada di dunia ini bebas dimiliki oleh siapapun. Tidak ada
masyarakat yang menjadi pemegang kuasa dan melebihi sesuatu pihak lain. Kedua,
antitesis merupakan peringkat selanjutnya selepas tesis. Dalam tahap ini masyarakat
terbahagi kepada dua kelompok yang saling bertentangan. Terdapat kelas pemilik
yang dimonopoli oleh kaum kapitalis yang berkuasa atas segalanya dan kelas tanpa
milik yang merujuk kepada kaum proletar yakni buruh kasar yang selalu
dipermainkan oleh kaum kapitalis. Ketiga, sintesis ialah peringkat yang menjelaskan
kembalinya kehidupan masyarakat sebagai makhluk sosial. (Brinkerhoff, White,
Ortega, Weitz, 2010 : 7). Dalam tahap ini para proletariat mula memberanikan diri
membela hak-hak mereka dan memperjuangkan bentuk keadilan. Kaum-kaum
proletariat melakukan gerakan diktator, revolusi perebutan kuasa dari tangan kapitalis
hingga pada akhirnya kehidupan masyarakat sosial terwujud kembali. Masyarakat
tanpa pertentangan kelas dan alat pengeluaran menjadi milik bersama.

Dalam materialisme sejarah Karl Marx berkeyakinan bahawa seluruh manusia


akan menuju suatu keadaan ekonomi tertentu iaitu komunisme di mana tidak akan ada
lagi pemilikan peribadi terhadap apa yang ada di bumi dan kesan daripada hal tersebut
kebahagiaan manusia dalam suatu bangsa akan terhasil. (Jayapalan, 2001 : 243).
Materialisme sejarah dalam ajaran marxisme bersifat mutlak dan tidak mungkin
dihindari. Manusia hanya dapat mempercepat proses ini melalui revolusi atas
kesedaran dan kebangkitan. Menurut Karl Marx sejarah umat manusia sejak zaman
primitif dibentuk oleh faktor-faktor kebendaan. Permulaan manusia adalah dengan
adanya kepemilikan peribadi yang kemudian menimbulkan pertentangan merebut
kekayaan ekonomi. Perkara inilah yang membentuk sejarah sosiopolitik manusia.
Persoalan pokok dari materialisme sejarah marxisme merujuk sejarah dari pelbagai
masyarakat hingga hari ini iaitu sejarah tentang pertentangan kelas yang terdapat di
dalam sebuah karya beliau berjudul Communist Manifesto pada tahun 1848. Dalam
15

ajaran ini beliau mempercayai bahawa kapitalisme akan diganti oleh komunisme,
masyarakat tanpa kelas setelah beberapa tempoh dari soaialisme radikal yang
menjadikan negara sebagai revolusi kediktatoran proletariat. (Turnbull & Neil, 2007 :
134).

Materialisme ekonomi adalah hukum gerakan ekonomi bagi masyarakat


moden iaitu mayarakat kapitalis borjuis menurut Marx dalam karyanya Capital.
(Creaven, 2007 : 103). Dalam masyarakat kapitalis pengeluaran adalah sangat penting.
Oleh itu kajian Marx bermula dengan kajian pengeluaran. Sesuatu barang
pengeluaran adalah pertamanya benda yang memenuhi suatu keperluan manusia.
Kedua ialah benda yang dapat ditukar untuk benda lain. Kegunaan daripada benda
tersebut menjadikannya suatu yang sangat tinggi nilai kegunaannya. Adanya nilai
dalam sebuah produk mencipta sebuah situasi berbentuk kapitalis di mana pemilik
modal atau kaum borjuis berbondong-bondong mahu memperolehi nilai pertukaran
tersebut dengan menghasilkan pelbagai jenis produk-produk keperluan masyarakat
dengan segala mesin pengeluaran yang dimilikinya. Autoriti yang dimilikinya
menjadikan kaum ini untuk melakukan apa saja yang menurutnya akan memperoleh
banyak nilai. Jadi menurut Marx bahan-bahan ekonomi seperti mesin pengeluaran
dimiliki kaum poletariat.

Hal ini dijelaskan dalam Capital (1867) iaitu teori nilai tenaga kerja sebagai
salah satu konsep ekonomi yang penting. (Solimano, 2014 : 117). Pada awalnya Marx
membezakan antara nilai guna komoditi dengan dengan nilai tukarannya. Marx
mengembangkan konsep nilai surplus sebagai satu penanda aras eksploitasi para
kapitalis tehadap para pekerja. Ia berpendapat bahawa para pekerja dieksploitasi
bukan kerana sikap individu para kapitalis yang jahat tetapi kerana sifat pekerja
upahan itu sendiri.

iii. KAPITALISME

Karl Marx sangat menentang sistem perekonomian yang digagaskan oleh Adam Smith
serta beberapa sahabatnya. (Clarke, 1982 : 101). Untuk menunjukkan kebenciannya
Marx menggunakan berbagai argumen untuk membuktikan bahawa sistem liberal atau
16

kapitalis itu buruk. Argumen-argumen yang disusun Marx dapat dilihat dari berbagai
segi, baik dari sisi moral, sosiologi mahupun ekonomi.

Dari segi moral Marx melihat bahawa sistem kapitalis menyumbang kepada
ketidakadilan. Ketidakadilan ini akhirnya akan membawa masyarakat kapitalis ke arah
sistem ekonomi dan sosial yang tidak saksama dalam pengagihan kekeayaan dan
kemakmuran . (Alan Ryan, 1974 : 165). Hal ini kerana sistem liberal tersebut tidak
peduli tentang masalah kepincangan dan jurang sosial. Sistem perekonomian liberal
tidak akan pernah mampu mengangkat darjatnya lebih tinggi kerana menurut Marx
pasaran bebas memang tidak memungkinkan perkara tersebut. Untuk mengangkat
maruah para buruh yang sangat menderita dalam sistem liberal tersebut Marx
mengajak kaum buruh untuk bersatu.

Dari segi sosiologi Marx melihat adanya sumber konflik antara kelas. Dalam
sistem liberal-kapitalis yang diperhati Marx ada sekelompok pihak yakni pemilik
modal yang menguasai kapital. (L. Thompson, 1982 : 40-41). Di pihak lain ada
sekelompok pihak yakni kaum buruh sebagai kelas proletar yang seperti sudah
ditakdirkan untuk selalu menduduki posisi kelas bawah. Alasan sistem perekonomian
liberal harus diganti menurut Marx ialah sistem liberal cenderung mencipta
masyarakat berkelas-kelas iaitu kelas kapitalis yang kaya raya dan kelas proletar kaum
buruh.

Dari segi ekonomi Marx melihat bahawa pengumpulan kekayaan di tangan


kaum kapitalis memungkinkan tercapainya pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Namun
pembangunan dalam sistem kapitalis hanya terjadi kepada pemilik modal. Untuk
melibatkan seluruh lapisan masyarakat dalam pembangunan revolusi sosial perlu
dilakukan. Menurut Marx hanya atas kaedah ini pembangunan dapat berjalan lancar
dan dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.

iv. SOSIALISME

Sosialisme adalah penerus kapitalisme di mana sosialisme akan menggantikan


kapitalisme sebagai cara hidup. Sosialisme akan dibangunkan dengan memanfaatkan
17

kemajuan yang telah dicapai kapitalisme. Sosialisme yang dikembangkan Marx


digolongkan ke dalam komunis. (Heywood, 2015 : 130). Cara lain menamakan
sosialis Marx adalah marxisme. Istilah marxisme disebut kerana jasa Marx sangat
besar dalam mengembangkan dan mempopularkan aliran sosialis-komunis ini.

Sosialisme adakah anti-tesis yakni lawan kepada kapitalisme. Segala nilai,


moral, cara berfikir, susunan masyarakat dan cara kerja sangat berlawanan dengan
kapitalisme. Jika kapitalisme mendewakan kepentingan peribadi maka sosialisme
mendahulukan kepentingan umum. (Hoppe, 2007 : 95). Jika kapitalisme mengejar
kekayaan secara perorangan sosialisme bertindak secara kesejahteraan dalam bekerja.
Jika kapitalisme menekankan eksploitasi terhadap alam demi keuntungan segelintir
manusia namun sosialisme berusaha keras memelihara keharmonian dengan semua
pihak.

Jika kapitalisme menggunakan upah sebagai alat untuk memaksa buruh agar
bekerja membanting tulang namun sosialisme menggunakan alat-alat kesejahteraan
sosial untuk membuat kehidupan buruh bertambah baik. Sosialisme juga menentang
sistem rampasan tanah oleh kapitalis dan berusaha melatih kaum tani bekerja dengan
cara kebersamaan dan adanya sifat kemandirian. (K. Leung, Y. M. Kau, 1992 : 168).
Ringkasnya sosialisme berusaha membaiki segala kesan buruk daripada kapitalisme.
Marx membezakan fasa sosialisme dengan komunisme dari segi produktiviti, hakikat
manusia sebagai pengeluar dan pengagihan pendapatan. Dalam fasa sosialisme
produktiviti masih rendah dan keperluan asas belum dapat dipenuhi secara
mencukupi. Pada fasa komunisme produktiviti sudah tinggi sehingga semua keperluan
terhadap dapat dipenuhi. Dalam aspek pembahagian atau pengagihan pendapatan
berlaku prinsip “from each according to his ability, to each according to his labor”
sedangkan fasa komunisme menyebut “from each according to his ability, to each
according to his needs”. (T. Ishiyama, Breuning, 2011 : 653).

Pada waktu Marx menulis manifesto komunis belum ada suatu negara sosialis
apalagi negara komunis. Pada awal abad ke-20 parti Komunis Marxis telah menjadi
parti radikal penting di dunia.
18

CONTOH PENGAPLIKASIAN FAHAMAN MARXISME

Sebagai contoh, pengaplikasian ideologi komunisme dapat dilihat dalam pemerintahan


Vladimir Lenin di Rusia.Vladimir Ilich Ulyanov Lenin lahir pada 22 April 1870 dan
merupakan pengasas Parti Komunis Rusia.Beliau merupakan seorang pemikir ideologi
Marxisme yang hebat sejak kematian Karl Marx pada tahun 1883.Semasa Lenin
sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Kazan, beliau merupakan seorang
pelajar yang radikal dan sering terlibat dengan demonstrasi jalanan yang menuntut hak
pelajar.Pada ketika itu juga, Lenin merupakan seorang pengikut Marxisme dan beliau
pernah tahan dan dibuang negeri ke Siberia pada tahun 1895.Semasa dalam buangan,
Lenin dan rakan-rakannya bercadang untuk melakukan revolusi untuk mengubah
sistem pentadbiran di Rusia. Dengan gaya kepimpinan yang hebat dan berfikiran
revolusi, Lenin telah dilantik menjadi ketua dalam parti komunis.Pada tahun 1903,
semasa Kongress Kedua Parti Buruh Demokrasi Sosial Rusia, Lenin berucap dan
mengatakan dihadapan pengikutnya bahawa mereka perlu melakukan revolusi dan
menggulingkan pemerintahan Tsar di Rusia (Fitzpatrick 2008).

Semasa berlakunya revolusi, Rusia berada dibawah pemerintahan feudal iaitu


Tsar Nicholas II iaitu seorang pemimpin yang progresif dalam bidang ekonomi
terutamanya sektor perkilangan dan industri besi.Namun, dalam mengejar arus
permodenan, lahir golongan bawahan seperti buruh yang hidup dalam kesusahan dan
sering ditindas kapitalis. Pada tahun 1905 merupakan gelombang pertama revolusi
Rusia dimana berlakunya pemberontakan dalam golongan buruh yang menuntut hak
sama rata dan taraf hidup yang lebih baik. Namun, Tsar Nicolas II berjaya
menumpaskan pemberontakan tersebut.

Revolusi yang mengubah corak pemerintahan Rusia secara langsung mula


pada tahun 1917 iaitu selepas Perang Dunia Pertama dimana Rusia telah menerima
kekalahan yang besar. Pemerintah dibawah Tsar yang mengamalkan rasuah dan lemah
dari aspek ketenteraan telah menyebabkan Rusia tidak dapat melawan serangan
Jerman. Pada masa yang sama, ramai rakyat Rusia yang terkorban dalam peperangan
dan mati akibat kebuluran. Hal ini menyebabkan rakyat Rusia hilang kepercayaan
mereka terhadap pemerintahan Tsar (Fitzpatrick 2008).Revolusi ini diteruskan oleh
golongan revolusi Bolshevik iaitu merupakan sebuah parti komunis berpengaruh yang
19

diketuai Vladimir Lenin.Seterusnya, pada bulan Julai 1918, golongan revolusi


Bolshevik telah membunuh Tsar Nicholas II dan seluruh keluarganya di istana mereka
yang terletak di Yekaterinburg. Pembunuhan keluarga Tsar ini menyebabkan empayar
pemerintahan Tsar di Rusia terhapus. Tsar yang pertama ialah Tsar Ivan IV telah
memerintah Rusia sejak tahun 1547 dan diakhiri Tsar Nicholas II pada tahun 1917
(Hartley, Keenan & Lieven 2015).Tindakan penghapusan hak warisan dalam
pemerintan ini merupakan salah satu bukti pengaplikasian teori komunisme yang
dipelopori Vladimir Lenin pada ketika itu.

Kejatuhan pemerintahan Tsar telah menyebabkan sistem feudal di Rusia


terhapus sepenuhnya. Tindakan golongan Bolshevik menggulingkan pemerintahan
Tsar mendapat sokongan rakyat Rusia kerana mereka telah hilang kepercayaan
terhadap pemerintahan Tsar yang lemah.Vladimir Lenin sebagai individu yang
bertanggungjawab terhadap revolusi ini telah dijadikan pemimpin Rusia dan
membentuk Union of Soviet Socialist Republics (USSR) pada tahun 1922.

Semasa zaman pemerintahan Vladimir Lenin, beberapa teori komunisme yang


berjaya diaplikasikan dalam pemerintahannya ialah memusatkan kuasa pentadbiran
Rusia dengan membentuk negara bercorak kesatuan yang berpusat di Moscow.Selain
itu, Lenin juga telah berjaya membawa sektor perindustrian Rusia ke tahap
antarabangsa dan membahagikan tanah-tanah yang tidak mempunyai pemilik kepada
rakyat Rusia.Dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang, Lenin telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang membolehkan golongan bawahan
terutamanya petani memasarkan hasil mereka seperti gandung terus ke pasaran
terbuka tanpa memerlukan orang tengah.Tindakan bijak Vladimir Lenin ini telah
menyebabkan sektor pertanian di Rusia berkembang pesat dan membaiki taraf hidup
rakyat.

Tindakan radikal Vladimir Lenin dan Bolshevik memberikan impak yang


besar bagi Rusia dan dunia.Hal ini menyebabkan Rusia menjadi contoh pelopor
revolusi komunisme kepada negara yang sedang dijajah ataupun membangun untuk
melakukan revolusi bagi mensejahterakan rakyat dan memajukan negara.Selain itu,
Rusia juga telah bertukar kepada negara agrarian kepada negara industri dalam masa
yang singkat dan menjadi sebuah negara yang digeruni di dunia. Antara negara yang
melakukan revolusi komunisme selepas Rusia ialah China pada tahun 1949 yang
20

diketuai Mao Zedong dengan membentuk People's Republic of China pada 1 Oktober
1949.Pada hari ini, walaupun Kesatuan Soviet telah jatuh pada tahun 1991, Rusia
masih menjadi salah sebuah kuasa besar dunia yang digeruni negara barat dan
mempunyai kuasa veto.

8.1 KRITIKAN

Beberapa kritikan yang pernah dilontarkan terhadap teori Marxis ini sebagai berikut.
Antaranya kelas pekerja di negara-negara kapitalis maju menurut Marx akan menuju
revolusi proletariat lalu berjaya memperbaiki keadaan asal mereka dan menjadi
pendukung sistem ekonomi kapitalis. Kemajuan pekerja ini hasil perjuangan para
pekerja itu sendiri tanpa perlu melakukan revolusi. Oleh itu, apa yang dikatakan Marx
bahawa pembaikan sosial hanya boleh tercapai melalui revolusi itu tidak benar. Selain
itu, pandangan bahawa negara secara hakiki adalah negara kelas belum tentu benar. Di
negara yang tidak menganut sistem demokrasi hal itu memang terjadi. Namun, di
negara dengan sistem demokrasi, negara bukanlah negara kelas. Semakin demokratik
suatu negara maka negara tersebut semakin tidak menjadi negara kelas.

Pertama, hukum kependudukan di negara sosialis merupakan antitesis kepada


hukum kependudukan di negara kapitalis yang mana apabila di negara kapitalis
tingkat kelahiran dan kematian sama-sama rendah maka di negara sosialis tingkat
kelahiran dan kematian sama-sama tinggi. Kedua, teori ini tidak memperlihatkan
pengaruh peningkatan pendidikan dan ketrampilan masyarakat dalam bekerja. Ketiga
teori ini tidak memperlihatkan keterbatasan sumber daya alam sebagai bahan mentah
pengeluaran. Keempat, teori ini tidak memperhatikan keseimbangan usia produktif
dan tidak produktif. Kelima, teori ini tidak sesuai dipraktikkan di negara seperti
Malaysia. Keenam, teori ini tidak memperhatikan keterbatasan ruang untuk
menampung semua masyarakat yang ada di negara tersebut untuk tempat tinggal dan
terakhir teori ini tidak memperhatikan dan memperincikan perkembangan teknologi.
21

9.1 KESIMPULAN

Karl Marx merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh di dalam
perkembangan sejarah. Kemampuan ideologi Marx untuk diikuti dengan zaman,
menjadikannya pemikir yang tidak pernah sepi dari kritikan dan pujian atasnya.
Namun, apapun tanggapan dunia terhadapnya, kehadirannya telah menggerakkan
kesedaran kumpulan buruh, pekerja dan aktivis sosialis untuk menganjurkan diri dan
berjuang mewujudkan perubahan. Perubahan Marx merupakan perubahan yang tidak
pernah terfikir oleh manusia pada zaman itu.

Pendapat Karl Marx tentang masyarakat tanpa kelas sebenarnya merupakan


suatu yang harus dipuji. Teori masyarakat tanpa kelas Marx sememangnya satu bentuk
utopisme yang penuh paradoks dalam teori-teorinya. Pandangan Marx mengenai
sejarah yang saintifik telah menghilangkan nilai kemanusian. Manusia hanya menjadi
korban dari barang-barang pengeluaran dan tidak lagi mempunyai kebebasan. Teori
berkenaan sistem ekonomi yang dibawa oleh Marx jelas banyak membantu kepada
kesejahteraan rakyat dan negara terutamanya golongan pekerja. Sungguhpun begitu,
dari aspek pelaksanaan teori ini mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam
pengamalan Marxisme itu sendiri. Contohnya, sejarah menyaksikan kekerasan dan
kekejaman menjadi jalan penyelesaian bagi mengakhiri konflik atau penentangan
terhadap kerajaan yang berkuasa. Pengamalannya yang bersifat radikal telah
menyaksikan kematian berjuta manusia di seluruh dunia dan ini menyebabkan amalan
komunisme itu sendiri tidak relevan pada masa kini. Setiap teori, ideologi, amalan dan
falsafah dalam aspek politik, sosial dan ekonomi mempunyai pro dan kontranya yang
tersendiri oleh itu, para pemimpin haruslah bijak memilih ideologi mana yang akan
menjadi pegangannya kerana itu yang akan mencorakkan struktur kehidupan rakyat
sama ada hidup masyarakat harmoni atau tidak.

RUJUKAN
22

A. Thomas Lane. 1995. Biographical Dictionary of European Labor Leaders. United


States : Greenwood Press

A. Z. Abidin & Baharuddin Lopa. 1968. Bahaya Komunisme. Jakarta : Bulan Bintang.

Alan Ryan. 1974. J.S. Mill : Routledge Revivals. Great Britain : Routledge &
Keagan Paul

Andi Muawiyah Ramly. 2009. Karl Marx. Yogyakarta : PT LKiS Printing Cemerlang.

Andres Solimano. 2014. Economic Elites, Crisis and Democracy : Alternatives


Beyond Neoliberal Capitalism. United States : Oxford University Press.

Andrew Cutrofello. 2005. Continental Philosophy : A Contemporary Introduction.


New York : Routledge.

Andrew Heywood. 2015. Key Concepts in Politics and International Relations.


United Kingdom : PALGRAVE.

Anthony Brewer. 1984. A Guide To Marx’s Capital. Cambridge University.

Burns E. 1966. An Introduction to Marxism. New York. Harper and Row.

David B. Brinkerhoff, Lynn K. White, Suzanne T. Ortega, Rose Weitz. 2010.


Essentials of Sociology. United States : Wadsworth Cengage Learning.

Fitzpatrick S. 2008. The Russian Revolution. Oxford University Press.

Hans-Hermann Hoppe. 2007. A Theory of Socialism and Capitalism. Austria :


Ludwig von Mises Institute

Henderson W.O. 1975. The Rise of German Industrial Power, 1834-1914.


California. University of California Press.

Indriaty Ismail, and Mohd Zuhaili Kamal Basir. 2012. Karl Marx dan Konsep
Perjuangan Kelas Sosial. International Journal of Islamic Thought.

Jane L. Thompson. 1982. Sociology : Made Simple. Great Britain : Clays Ltd, St Ives

Janet M. Hartley, Paul Keenan & Dominic Lieven. 2015. Russia and Napeolonic
Wars. Palgrave Macmillan.

John K. Leung, Michael Y. M. Kau. 1992. The Writings of Mao Zedong, 1949-1976.
United States : M. E Sharpe Inc.

John T. Ishiyama, Marijke Breuning. 2011. 21st Century Political Science. United
States : SAGE Publications, Inc.
23

Karl Marx. 1964. The Communist Manifesto. New York : Simon & Schuster Inc

Karl Marx. 2009. Das Capital : A Critique of Political Economy. Washington:


Regnery Publishing

Louis B. Boudin. 1907. The Theoretical System of Karl Marx. United States :
Charles H. Kerr & Company.

Michael G. Roskin. 1997. Political Science : an Introduction, London. Prentice Hall.

Michael Hart. 1992 . The 100 – Ranking of Most Influential People in History.

N. Jayapalan. 2001. Comprehensive History of Political Thought. New Delhi :


Atlantic Publishers and Distributors.

Nicholas Karolides. 2006. Literature Suppressed on Political Grounds. United


States : Facts On File Inc

Ozinga.J. 1991. Communism : The Story of the Idea & Its Implementation 2nd
Edition. Oakland University.

Paul E. Corcoran. 1983. Before Marx : Socialism and Communism in France, 1830
. United Kingdom : Macmillan Press Ltd

Rigby S. H. 1998. Marxism and History. Manchester University Press.

Rius. 1976. Marx for Beginners. New York. Pantheon Books.

Sean Creaven. 2007. Emergentist Marxism : Dialectical Philosophy and Social


Theory. Oxon : Routledge.

Simon Clarke. 1982. Marx, Marxiganalism and Modern Sociology : From Adam
Smith to Max Webber. United Kingdom : Macmillan.

Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taylor A.J.P. 1967. Introduction to the Communist Manifesto. Penguin Books.

Turnbull, Neil. 2007. Filasafat. Jakarta : PT Bengkel Ilmu.

Anda mungkin juga menyukai