Anda di halaman 1dari 1

KDN dibawah kepimpinan baru Datuk Seri Zahid arahkan satu SOP - Prosedur Keselamatan yang

standard untuk semua syarikat kawalan. Tak ikut - batalkan je lesen mereka.
Syarat Pengawal Keselamatan

 Warganegara Malaysia Sahaja.


 Umur 20 tahun - 55 tahun saja dengan syarat sihat tubuh badan, tak cacat dan berkelakuan
baik
 Tiada rekod jenayah
 Wajibkan ujian air kencing dan alkohol - kaki dadah/arak - tak layak
 Adakan tapisan jenayah - keutamaan dan kerjasama dari PDRM proses 2 minggu aje. Cap
jari diambil 10 jari. Gambar 10 jenis - Muka penuh, separuh badan, penuh badan, depan,
kiri/kanan, belakang. IC - JPN sahkan tulen. Dah sah dari PDRM/KDN baru syarikat kawalan
dibenar ambil bekerja.
 Lulus je tapisan PDRM/KDN kursus wajib - 5 hari - 3 hari - undang2, SOP, tatakerja, kawad
ringkas, walkie talkie, rondaan, penulisan report, lapuran kejadian, dsbnya. Lagi 2 hari - ERT -
latihan kawad ringkas memadam api, pertolongan cemas ringkas.
 Tamat je latihan baru diberi kad KDN dan baru boleh bertugas.
 Bagi yang bertugas lebih 6 bulan adakan kursus lanjutan satu minggu - cara tangkapan,
penyiasatan dalaman, kawad, tindakan masa kecemasan - kebakaran, rompakan, serangan
penjenayah, TTS/Cara taktikal cotar T dll.
 Pengawal Bersenjata - latihan khusus selama 2 minggu sebelum dibenarkan bertugas.

Syarat Syarikat Keselamatan

 Mempunyai modal berbayar RM 500,000


 Modal pusingan RM 300,000
 Wang Cagaran  (hilang jika gagal atau melanggar syarat KDN)
 Mempunyai/melantik seorang penasihat/audit dari bekas pegawai keselamatan - bekas Polis /
Tentera / Penjara / Bomba / APPM
 Mempunyai sistem pengurusan yang baik, pendaftaran dan rekod pegawai/anggota
keselamatan, rekod pengurusan senjata yang baik/telus, rekod pembayaran gaji/kwsp/socso
anggota yang teratur/telus
 Membayar gaji pekerja dengan betul termasuk OT/elaun
 Wajib membuat potongan KWSP/Socso/Kesihatan (klinik/perubatan)/Insuran pekerja
 Tidak membenarkan pengawal bertugas melebihi 12 jam atau jika kecemasan 16 jam
 Menyediakan pakaian seragam/walkie talkie/cotar T/kasut safety dan lain-lain PPE secara
percuma kepada pekerja
 Mesti ada sekurangnya 5 pengawal simpanan untuk gantian pekerja cuti/kecemasan
 Caj yang standart bagi harga untuk pengawal biasa/pengawal bersenjata supaya tiada
syarikat keselamatan yang cuba melobi harga rendah dan ini punca perkhidmatan yang tidak
mengikut piawaian
 Caj pengawal keselamatan biasa - RM 25.00 sejam / pengawal bersenjata RM 80.00 sejam /
pengawal van bersenjata (CIT) - ikut ketetapan KDN.

Anda mungkin juga menyukai