Anda di halaman 1dari 8

DIPLOMA KESELAMATAN &

KESIHATAN PEKERJAAN
DIPLOMA KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJAAN
Program peringkat diploma ini adalah satu program unik yang ditawarkan kepada calon yang
layak untuk memenuhi keperluan pasaran kerja semasa dan akan datang dalam aspek
keselamatan & kesihatan persekitaran di Malaysia dan luar negara.

Program peringkat diploma ini mengambil tempoh selama 3 tahun yang dipecahkan kepada 6
semester. Calon juga akan menjalani latihan praktikal dalam industri yang berkaitan
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 bulan mengikut modul yang telah ditetapkan dan diiktiraf di
bawah Malaysian Qualification Framework (MQF) serta memenuhi penilaian badan- badan
profesional seperti NiOSH (National Institute of Occupational Safety & Health) dan juga
Malaysian Society of Occupational Safety & Health (MSOSH).

Calon yang mengikuti program ini akan memperolehi pemahaman dan pengalaman yang
lebih baik mengenai pengurusan risiko di tempat kerja dan pada masa yang sama mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya sebelum risiko tersebut berlaku.

Di antara bahagian atau pecahan pengajian merangkumi aspek berikut:


   - Peraturan keselamatan,
   - Peraturan kesihatan,
   - Penggunaan kelengkapan atau peralatan yang tepat,
   - Penilaian dan proses mengenal pasti risiko,
   - Pengiktirafan tahap keselamatan,
   - Sistem kawalan keselamatan pekerja,
   - Sistem kawalan keselamatan tempat kerja,
   - Prosedur pengawalan dan penggunaan larutan kimia / berbahaya / beracun,
   - Peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan bagi pegawai keselamatan & kesihatan
pekerjaan,
   - Kemahiran mengurus pasukan.

Graduan program ini sangat diperlukan untuk memenuhi kekosongan jawatan dalam pelbagai
industri termasuklah:

   - Pembuatan,
   - Pembinaan,
   - Perindustrian berat,
   - Perlombongan gas asli dan petroleum,
   - Pengangkutan,
   - Penjagaan kesihatan,
   - Perladangan & Pertanian,
   - Kawalan kualiti,
   - Kawalan prosedur dan perkhidmatan.
Tugas Seorang Safety And Heath Officer
( SHO). dan cara mahu sertainya
By Mas Suhaimi Last updated Oct 19, 2020 33,324 0

Kerjaya sebagai seorang Safety and Health Officer atau singkatannya SHO. Apa dia SHO
ini?

Mungkin anda selalu mendengar rakan-rakan anda bercakap tentang SHO atau anda pernah
membaca tentang nya. Tetapi anda masih tidak faham apa itu SHO. Jom saya terangkan.
Artikal ini panjang, jadi baca dengan teliti…

Apa Maksud SHO?

SHO = Safety, Health Officer atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Apa tugas Seorang SHO?

Seorang SHO bertugas untuk dipertanggungjawabkan oleh syarikat/badan-badan


kerajaan/pertubuhan untuk menjaga keselamatan pekerjaan dan kesihatan pekerja
ketika berada di tempat kerja.

Seorang SHO perlu merancang, memantau dan menganalisa pematuhan keselamatan


mengikut piawai undang-undang kerajaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja (JKKP). Seorang SHO juga akan menjadi wakil syarikat atau organisasi untuk
berurusan dengan pihak berkuasa JKKP.  Jika pihak JKKP membuat tinjauan untuk tujuan
pemeriksaan, audit atau apa sahaja dalam bidang kuasa JKKP, SHO lah pegawai yang akan
bertanggungjawab mewakili syarikat atau organisasi.

Dan jika berlaku kemalangan, SHO lah yang perlu melakukan peranan dalam membantu
siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamatan dan kesihatan ditempat
kerjanya.

Dimana seorang SHO bekerja?

SHO ini bekerja dan ada di pelbagai sektor antaranya Sektor Pembinaan, Sektor Kesihatan
seperti hospital, Sektor Gas dan Minyak, Sektor Perkilangan dan banyak lagi.

Bagaimana Ingin Menjadi seorang SHO?

SHO merupakan jawatan yang berkompetensi. Jawatan ini terletak dibawah akta JKK –

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan
hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat
kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah
peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang
mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau
telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui
pemberitahuan Warta.

Di bawah peraturan ini Seorang SHO perlu berdaftar dengan Ketua Pengarah JKKP. Untuk
berdaftar perkara ini perlu ditempuhi dahulu :

1. Mengambil Kursus (3 jenis kursus boleh dipilih)


1. Kursus SHO 22 hari dengan SPM – wajib Matematik, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu (kredit atau 6C minima)   atau
2. Kursus SHO 22 hari dengan menggunakan Diploma apa-apa bidang dan ke
atas atau
3. Mengambil DIPLOMA yang berdaftar dengan DOSH dan MQA (Jangka
MASA 4 tahun)
2. Selepas menghadiri kursus, anda perlu mengambil peperiksaan di NIOSH sebanyak 4
jenis kertas. Bagi Diploma yang mendapat pengiktirafan DOSH secara terus tidak
perlu mengambil peperiksaan ini.
3. Selepas anda berjaya lulus 4 kertas peperiksaan SHO di NIOSH, anda boleh bekerja
sebagai pembantu pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja namun anda belum
di iktiraf sebagai seorang yang kompeten.
4. Selepas mengumpul pengalaman selama 3 tahun, anda boleh memohon sebagai
seorang SHO yang bertauliah dan kompeten. Anda akan di beri dokumen pengesahan
yang dikenali sebagai GREEN BOOK atau buku HIJAU.

Perjalanan untuk menjadi seorang SHO memang panjang tetapi gajinya memang berbaloi.
Walaupun tiada had gaji minima rasmi, kebanyakkan fresh entry bergaji basic RM 3 ribu.
Jika telah memiliki Green Book dengan prestasi yang cemerlang, dalam masa 3 tahun anda
boleh dapat minima  RM5ribu
GAJI
Kerjaya sebagai Safety And Health Officer (SHO) bukan lah semudah yang anda bayangkan.
Banyak cabaran yang akan ditempuhi sebelum anda berjaya menjadi SHO yang kompeten
(berdaftar dengan JKKP/DOSH Malaysia). Di alam pekerjaan ini, banyak sector yang
memerlukan SHO antaranya adalah sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan, dan sektor
minyak dan gas (oil & gas). 

Untuk menjadi SHO tidak semestinya anda mempunyai kelulusan tinggi dalam akademik.
Malah, dengan keputusan SPM saja, anda boleh menjalani latihan/kursus Pegawai
Keselamatan Dan Kesihatan di mana-mana Pusat Pengajar dan IPTA/IPTS yang berdaftar
dengan JKKP Malaysia. Walaubagaimanapun, industry sekarang banyak yang
mengkehendaki SHO mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma.

DIMANA PUSAT PENGAJAR SHO DI SELURUH MALAYSIA?

Sehingga Mac 2019, terdapat 40 Pusat Pengajar dan IPTA/IPTA yang mengajar subjek SHO
ini. Ianya merangkumi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. 

Baca Juga :Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
Senarai Pusat Pengajar dan IPTA/IPTS ini akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui laman web rasmi www.dosh.gov.my

Kenapa Perlu Jadi SHO?

Antara 4 sebab yang tidak dapat disangkal kebenarannya adalah:

1. Banyak peluang pekerjaan seluruh Malaysia


2. Gaji yang ditawarkan sangat lumayan
3. Kesedaran industri tentang OSH semakin meningkat 
4. Kehendak Undang-Undang perlu melantik SHO

Jika anda perasan di laman web jobstreet, hampir setiap bulan ada iklan untuk hire Safety
And Health Officer (SHO) yang berdaftar dengan JKKP. Ini bermakna, peluang pekerjaan
untuk SHO di Malaysia ini tersangat luas.

Baca Juga :Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Sabah
BERAPA GAJI SAFETY OFFICER UNTUK FRESH GRADUATE?

Soalan ini adalah paling tinggi cariannya di google search!

Kerjaya SHO ini tinggi risiko dan banyak kerja nak dibuat hehe..
Sebab itulah, gaji kena minta kaw-kaw tinggi..senang cakap, SHO boleh demand gaji berapa
dia nak disebabkan pihak majikan (idustri) terdesak menggaji anda..part ni yang best jadi
SHO!

Baca Juga :Syarat Dan Kelayakan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
Gaji SHO fresh graduate adalah minimum RM2,000 dan paling tinggi adalah RM12,600
menjadikan purata gaji seorang SHO di Malaysia adalah RM7,300 sebulan.

Jika dilihat pada trend penggajian di seluruh Malaysia, Negeri Sembilan merupakan negeri
yang mempunyai purata gaji SHO sebanyak RM5,300 manakala negeri Terengganu sebanyak
RM7,800 sebulan.

Menarik bukan? Gaji sebagai SHO memang tinggi berbanding kerjaya lain sedangkan anda
tidak memerlukan kelulusan tinggi untuk menjadi safety and health officer.
TEMPAT AMBIL KURSUS PERCUMA DI SABAH

Untuk kali ini, saya akan kongsikan dengan anda Pusat Pengajar yang menawarkan
kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) secara PERCUMA! Kursus ini
percuma kerana adanya tajaan daripada pihak Kerajaan sepanjang kursus tersebut. 

Walaubagaimanapun, saya hanya dapat kongsikan tempat kursus yang ada di Sabah sahaja
buat masa ini. Antara kursus yang ditawarkan adalah:

PROGRAM TAJAAN KERAJAAN

GPFW Lepasan Siswazah


Untuk lepasan siswazah, anda perlukan kelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam apa
juga bidang. Tempoh kursus adalah 3 bulan hingga 6 bulan.

1. Pengurusan Acara & Pemasaran – Tempoh Kursus 3 Bulan


2. Pengurusan Perladangan (Kelapa Sawit) – Tempoh Kursus 6 Bulan
3. Pengurusan Peruncitan – Tempoh Kursus 3 Bulan
4. PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) – TEMPOH KURSUS
3 BULAN
5. Non-Destructive Testing Inspection – Tempoh Kursus 4 Bulan

Baca Juga :Bagaimana Nak Jadi Seorang Safety And Health Officer (SHO)
GPFW Lepasan Sekolah
Untuk lepasan siswazah, anda perlukan kelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam apa
juga bidang. Tempoh kursus adalah 4 bulan hingga 15 bulan.

1. Penyeliaan & Operasi Penanaman (Kelapa Sawit) - Tempoh Kursus 15 Bulan


2. Seni Kulinari - Tempoh Kursus 9 Bulan
3. Kimpalan Arka Bersalut Besi (SMAW) - Tempoh Kursus 9 Bulan
4. Pembaikan Alat Telekomunikasi - Tempoh Kursus 4 Bulan

Tempat mengambil kursus percuma di Sabah ini adalah:


SABAH SKILLS & TECHNOLOGY CENTRE
No.8, Jalan 1C, K.K.I.P Selatan, Industrial Zone 1 (IZ 1), 
Kota Kinabalu Industrial Park, 88460, Kota Kinabalu, Sabah
Talian Bebas Toll: 1800-22-SSTC (7782)
Telefon : 088-499615

Kelayakan Kemasukan GPFW

Untuk makluman semua, SSTC adalah tempat kursus percuma di Sabah dan diberikan tajaan
kewangan daripada pihak Kerajaan (Kerajaan Negeri dan Persekutuan). 

Disebabkan ianya percuma, syarat kelayakan bagi sesiapa yang mengikuti kursus percuma
disini adalah:

Baca Juga :Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
Golongan Pekerja & Future Workers (GPFW) – Lepasan Sekolah

 Lulusan SPM dan berumur antara 18 – 25 tahun


 Pelatih yang telah menyertai kursus GPFW tidak layak memohon
 Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4000

Golongan Pekerja & Future Workers (GPFW) -Lepasan Siswazah

 Lulusan Diploma dan berumur antara 21 – 30 tahun


 Pelatih yang telah menyertai kursus GPFW tidak layak memohon
 Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10000

Cara Memohon Kursus

Untuk membuat permohonan kursus di SSTC, anda boleh memohon melalui 2 cara iaitu
melalui laman web SSTC atau mengisi borang permohonan di pejabat SSTC.

Dokumen yang diperlukan adalah:

1. Salinan Sijil Kelahiran pemohon


2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa pemohon/penjaga
3. Salinan SPM
4. Sijil dan Transkrip Diploma/Ijazah
5. Slip gaji terkini kedua ibu bapa/penjaga

Mohon kursus disini – Klik sini

Baca Juga :Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Sabah
Latihan Industri/Praktikal

Setiap program mempunyai tempoh untuk Latihan Idustri (LI), SSTC akan menempatkan
pelatih di syarikat yang relevan untuk menimba ilmu dalam pekerjaan. Dalam tempoh
penempatan LI, prestasi pelatih akan dinilai untuk pemberian sijil nanti. Persijilan untuk
Program Safety And Health Officer (SHO) akan dikeluarkan oleh National of Occupational
Safety & Health (NIOSH), Malaysia.

Nota: Kegagalan menghabiskan kursus atau berhenti di tengah jalan akan dikenakan penalty.
Pelatih yang dropout perlu membayar yuran dan elaun bulanan yang diberikan semula kepada
SSTC. So, kalau nak join program ni biarlah serius ya. 

Adakah program percuma ini akan percuma selamanya? mungkin tidak! jadi, jika anda yang
berminat nak jadi SHO cepat-cepatlah apply program ni, jangan nanti bila dah tak FREE,
menyesal!

Semoga dengan perkongsian Kursus Safety And Health Officer (SHO) Percuma Di Kota
Kinabalu, Sabah ini akan membantu golongan Lepasan Siswazah yang sedang mencari
laluan kerjaya dalam bidang safety. Good Luck!

Anda mungkin juga menyukai