Anda di halaman 1dari 9

KERJAYA SHO

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang


Peperiksaan Safety and Health Officer
(SHO)
by Shahrul RezaAugust 19, 2020
Anda telah berjaya menamatkan kursus Safety and Health
Officer (SHO)? Jika sudah, Tahniah! saya ucapkan. Saya
pasti, anda sudah tidak sabar untuk daftarkan diri
menduduki Peperiksaan Safety and Health Officer (SHO).

Sebelum itu saya nak tanya:

Adakah anda betul-betul tahu tentang apa itu


peperiksaan SHO?

Bagaimana rupa bentuk soalan-soalannya? Bagaimana cara


hendak lulus?

Dan pelbagai soalan yang sedang bermain di fikiran anda,


betul?

Baiklah, posting kali ini, saya kongsikan 7 perkara penting


yang anda perlu tahu terlebih dahulu, sebelum
mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan SHO.

Bagi anda yang masih belum tamatkan atau ambil


kursus SHO lagi, jangan risau…

Anda boleh teruskan bacaan dan ambil manfaat dari apa


yang saya kongsikan dalam posting ini sebagai persediaan
untuk anda.
Rujuk posting saya yang lepas, “3 Cara Memulakan Kerjaya
Sebagai SHO” sekiranya anda ingin tahu bagaimana cara
untuk ambil kursus SHO.
7 perkara in adalah asas bagi setiap calon. Anda wajib
ambil tahu dan fahamkan kerana ianya sangat penting
untuk persediaan anda.

Baiklah jangan buang masa lagi…

Jom, baca dan hadamkan:

1. Kenapa perlu ambil atau menduduki


Peperiksaan SHO?
Ia merupakan salah satu syarat wajib untuk melayakan
anda mendaftarkan diri sebagai orang yang kompeten
(OYK) SHO.

Ia juga adalah langkah untuk menilai kefahaman anda


tentang apa yang telah dipelajari di dalam kursus SHO.

Oleh itu, jika anda hendak menjadi SHO yang berdaftar,


anda wajib lulus peperiksaan ini.

2. Bagaimana cara untuk daftarkan diri?


Zaman sekarang mudah:
Anda boleh mendaftarkan diri secara online sahaja dengan
mengisi borang permohonan online yang telah dibangunkan
oleh pihak NIOSH.

Untung anda semua,

Ingat lagi semasa saya ambil peperiksaan SHO pada tahun


2013, saya perlu isi borang secara manual dan hantar ke
pejabat NIOSH melalui pos untuk diproses.

3. Bila boleh daftarkan diri?


Bila-bila masa sahaja anda boleh daftarkan diri, asalkan
anda sudah memenuhi setiap syarat kelayakan dan
pastikan tidak melebihi 3 Tahun selepas tarikh anda tamat
kursus SHO.

Anda juga harus ingat:

Apabila anda sudah daftarkan diri, anda wajib habiskan


kesemua kertas peperiksaan dalam tempoh 2 tahun
bermula dari tarikh anda ambil peperiksaan yang pertama.

Jika anda gagal untuk habiskan dalam tempoh 2 tahun,


anda perlu mengulang semula kursus SHO.

Anda boleh rujuk posting 3 Cara dan Langkah-Langkah


memulakan kerjaya sebagai SHO yang saya kongsikan
sebelum ini berkenaan tentang tempoh masa untuk ambil
dan juga tempoh mengulang peperiksaan SHO yang
dibenarkan oleh pihak NIOSH. – Terus ke bahagian Langkah
2: Lulus peperiksaan SHO.

4. Apa syarat-syarat kelayakan untuk daftar?


Ini syarat-syarat yang anda perlu tahu bagi memastikan
anda layak untuk daftarkan diri menduduki
peperiksaan SHO:

1. Berjaya tamatkan kursus SHO;


2. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM, MCE, SPVM
atau sijil yang setaraf (dengan minimum gred 3); ATAU
3. Mempunyai SPM (sijil terbuka) dengan syarat-syarat
berikut:

1. Menduduki sekurang-kurangnya 6 subjek; DAN


2. Kepujian sekurang-kurangnya gred 6C dalam
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik; DAN
3. Lulus sekurang-kurangnya satu (1) subjek dengan
sekurang-kurangnya gred 8E untuk mata pelajaran
sains atau fizik atau kimia atau biologi; DAN
4. Lulus lain-lain mata pelajaran dengan sekurang-
kurangnya jumlah kesuluruhan mata pelajaran
berjumlah enam (6); ATAU
5. STPM dalam aliran Sains; ATAU
6. Bagi kelayakan tertinggi, sekurang-kurangnya
Diploma dalam apa-apa bidang yang diiktiraf oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Lembaga
Akreditasi Negara (LAN).
Nak daftar exam pun ada syarat-syarat…?

Ya, bukan senang hendak menjadi seorang SHO. Kerjaya ini


memang memerlukan kemahiran dan kelayakan yang
sesuai dengan kehendak industri.

Pihak NIOSH juga perlu memastikan setiap SHO yang


terhasil dari program ini mestilah berkualiti dan dapat
memberikan impak positif kepada setiap industri di dalam
negara kita. 

5. Berapa harga yuran yang perlu dilaburkan?


Yes, anda perlu laburkan sedikit wang untuk menduduki
Peperiksaan SHO. Ini adalah harga yuran yang anda perlu
laburkan:

Sumber: NIOSH
Nota Penting:

Harga yuran ini telah dikemaskini mengikut


tarikh posting ini ditulis. Anda dinasihatkan untuk
menyemak sendiri dengan pihak NIOSH untuk harga yuran
yang terkini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
maklumat.

6. Bagaimana dengan bentuk format setiap kertas


peperiksaan?
Anda wajib tahu dan fahamkan setiap format kertas
peperiksaan SHO

Saya pasti perkara ini juga telah dibincangkan di dalam


kursus SHO oleh pelatih-pelatih. Namun, tidak salah untuk
saya kongsikan maklumat ini supaya dapat memberi sedikit
penambah pengetahuan dan rujukan pada anda.

Walau bagaimanapun,

untuk menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan


format setiap kertas, saya tidak akan kongsikannya di sini
kerana ia akan memanjangkan lagi posting ini dan tidak
spesifik kepada topik yang ingin saya sampaikan.

Sebaliknya, saya akan tulis di dalam posting yang lain dan


memudahkan anda untuk membuat rujukan terus.
Silakan ke posting saya; “4 Kertas Peperiksaan SHO Yang
Anda Perlu Ambil Setelah Selesai Kursus” untuk ketahui
lebih lanjut.

7. Bagaimana jika saya gagal dalam mana-mana kertas?


Jika anda gagal mana-mana kertas peperiksaan SHO, anda
boleh mengulang (repeat) mana-mana kertas yang gagal
sahaja.

Seperti yang saya beritahu di poin no. 3, anda wajib lulus


dan habiskan kesemua kertas dalam tempoh 2 tahun
bermula dari tarikh pertama anda menduduki peperiksaan. 

Peringatan:

Anda hanya dibenarkan untuk mengulang sebanyak 4 kali


sahaja bagi setiap kertas yang gagal. Jika anda gagal juga
untuk kali yang ke-5, anda perlu mengulang semula
kursus SHO  dan mendaftar semula untuk menduduki
peperiksaan seperti orang baru.

Setelah lulus kesemua kertas peperiksaan SHO, anda akan


memperolehi sijil lulus peperiksaan SHO yang
dianugerahkan oleh pihak NIOSH.

Sijil inilah yang penting bagi anda untuk digunakan semasa


mendaftarkan diri sebagai orang yang kompeten SHO nanti.
Secara kesimpulan:

Peperiksaan SHO adalah berbeza berbading dengan


peperiksaan yang lain terutama sekali dari segi formatnya.

Jika anda sudah nekad untuk menceburi bidang SHO, anda


pasti akan melalui fasa ini. Jadi, pastikan anda buat
persediaan sebaiknya dan fahamkan setiap perkara tentang
peperiksaan SHO.

Kepada anda yang bakal mengambil peperiksaan SHO, saya


mengucapkan selamat maju jaya dan semoga
dipermudahkan urusan anda untuk menjawab semua
soalan dengan tenang.

Sumber rujukan: Format dan syarat peperiksaan SHO, NIOSH


Kredit Foto : Stockvault oleh Geoffrey Whiteway  

Anda mungkin juga menyukai