Anda di halaman 1dari 1

Anda pelajar lepasan SPM?

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas
SPM khususnya. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian
dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Tips 1: Merancang dari awal

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas
tamat persekolahan peringkat menengah.  Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di
institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad. Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana
institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda. Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan
anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.

Tips 2: Lihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang
permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda. Adalah lebih
baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir
kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap
keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Tips 3: Beri komitmen dan buat penyelidikan

Namun begitu, komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda.  Jika anda mempunyai
idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk
mencapai kejayaan hendaklah dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu
anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Tips 4: Pertimbangkan mengenai pembiayaan pelajaran anda

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir
kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian.

Jika anda memilih untuk ke institusi swasta, bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat
pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal, makanan,
buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM.
Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat
daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Anda mungkin juga menyukai