Anda di halaman 1dari 3

SAMPEL KARANGAN 1

Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya


yang dapat menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan


minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang
menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di
Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di sekolah rendah dan
lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa
disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai
berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan
yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan
dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan
matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada
hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan
tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara
kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan
sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam
pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?

Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita pelajar
semasa di bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM. Minat dan
cita-cita merupakan dua perkara saling berkait dan merupakan faktor paling
dominan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar
yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh sebab itu, ketika
mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan aliran yang
mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu,
pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua
pakej mata pelajaran yang ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini
kerana kecemerlangan mereka tersebut membolehkan mereka meneruskan
pengajian di menara gading untuk menggapai cita-cita mereka. Di Menara
gading jugalah tepat mereka menimba ilmu berdasarkan kerjaya yang mereka
cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja profesional seperti
doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar berusaha
sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita
merupakan dua aspek penentu utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan
kerjaya mereka cita-citakan.

1
Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang
ada kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita mengetahui
bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang
berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya
yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat persediaan yang
rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain,
pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-
masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman
yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan
tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian
dengan kerjaya turut diberi keutamaan kerana hanya jauhari sahaja yang
mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar memilih kerjaya sebagai
seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan.
Jikalau pelajar berjaya menguasai mata pelajaran berkenaan sudah pasti
mereka ada kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan mata pelajaran juga
penting untuk menentukan kejayaan pelajar merealisasikan kerjaya yang
mereka minati.

Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu


mempunyai tokoh atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya,
idola yang dipilih perlulah seorang yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya
dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar
biasa negara, mendapat pendidikan di Adelaide University dan seterusnya ke
Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967, beliau
telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.
Beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan
Tabung Haji dan menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya
menerapkan ciri-ciri keIslaman hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor
di Persada dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola sendiri, sudah pasti
kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat direalisasikan
kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan, kegigihan dan
kekreatifan idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja
di Malaysia malah keseluruh dunia. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin
berjaya menggapai kerjaya idamannya memerlukan idola agar dapat
mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk berjaya.

Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya
idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak
mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah
harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat
tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang
pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal

2
lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-
anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan
kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka,
ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam
memenuhi kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah
memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada
dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak turut serta
membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka
sudah pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu
bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam
merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam,


minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks
ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan
dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual mahupun
fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa
perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek
fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak
seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal
ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan
untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi.
Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas,
tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas
dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan
kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman
akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara
yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah
bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

Anda mungkin juga menyukai