Anda di halaman 1dari 2

KERJAYA MENITI JAYA

Kerjaya merupakan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seseorang.Pada era


globalisasi ini kerjaya boleh dicapai melalui pelbagai bidang pekerjaan.Namun
begitu saingan yang kuat dan pakar menyebabkan ia mencabar.Kita haruslah
bersiap sedia sebelum menghadapinya kerana sediakan payung sebelum
hujan.Persoalannya,apakah persiapan yang perlu dilakukan oleh generasi kini
sebelum mengharungi dunia pekerjaan secara berjaya.

Pada zaman terkini yang penuh dengan insan berbakat,peluang untuk mendapat
pekerjaan yang diimpikan sangat sengit.Dari zaman pelajar,para pelajar wajarlah
menggunakan masa lapang untuk belajar tentang ilmu pengetahuan yang berminat
dan mengetahui lebih lanjut dalam bidang tersebut,kerana masa itu emas.Hal ini
demikian, para pelajar perlu mengambil peluang ini sebelum memasuki tempat
pekerjaan untuk bermula kembangkan daya saing sendiri.Dengan itu apabila
memasuki tempat pekerjaan, mereka akan mempunyai kelebihan tertentu dan
menjadi satu langkah lebih cepat daripada rakan dalam tempoh yang
sama.Amalkan amalan tersebut sejak kecil agar ia menjadi kelebihannya suatu hari
nanti,bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu,kemahiran berkomunikasi dengan orang lain amat penting


juga.Membina hubungan interpersonal yang baik adalah kemahiran yang amat
berguna bukan sahaja di sekolah manakala di tempat pekerjaan juga. Oleh itu,para
pelajar boleh mula bekerjasama dan berkomunikasi dengan guru, rakan sekelas dan
rakan sebaya hubungan yang baik dapat diwujudkan. Jangan lupa juga untuk
mengekalkan hubungan mesra dengan rakan sekerja di tempat pekerjaan.Di
samping itu selepas mengendalikan pelbagai perhubungan interpersonal dengan
betul,kita boleh mencuba berpasukan berbeza yang membolehkan kita mengetahui
tentang cara dan tabiat lebih ramai orang dalam melakukan sesuatu tugasan dengan
baik atau buruk.Ini dapat memperkayakan pengalaman dan daya tahan kita.Hal ini
penting kerana ini dapat meningkatkan produktiviti sesuatu pekerjaan melalui
pertukaran pendapat dan arahan yang cekap

Jika dilihat dari dimensi yang lain pula,kita harus menguasai aspek kemahiran
menyelesaikan masalah.Hal ini demikian pekerja yang menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah amat penting terutamanya semasa mengatasi masalah yang
dihadapi di tempat kerja.Tamsilnya pekerja yang mampu berfikir secara
kritis.Pekerja sedemikian lebih inovatif dan mempuyai kemampuan untuk berfikir
di luar kotak serta bermotivasi unuk maju ke hadapan.Selain daripada itu pekerja
yang dapat berfikir dengan pemikiran kritis amat diperlukan di dunia pekerjaan
kerana mereka merupakan aset penting kepada majikan sebab keupayaan itu dapat
mambawa keuntungan kepada syarikat.

Persiapan yang seterusnya ialah mula rancang pencarian pekerjaan dan bekerja
mengikut pelan pekerjaan sendiri untuk mendapat pengalaman pekerjaan.Pada
mulanya,kita boleh belajar melalui industri atau syarikat yang berkaitan dengan
bidang yang ingin diceburi.Contohnya,kita boleh belajar dari laman web tempatan
yang pengambilan pekerja sambilan atau pameran pekerjaan di sekolah.Kita juga
patut sentiasa bijak untuk menggunakan sumber di sekeliling kita seperti bertanya
kepada senior atau rakan-rakan yang sudah bekerja.Dengan cara ini,kita boleh
menggunakan masa percutian untuk bekerja sambilan atau menjalani latihan di
syarikat sebagai langkah persediaan sebelum tamat pengajian dan memasuki alam
pekerjaan agar kita dapat menjelaskan perkara yang kita mahir dan tidak
mahir.Dengan pengalaman yang didapati walaupun pekerjaan yang sukar atau
rumit untuk disempurnakan akan menjadi lebih mudah jika sering melakukannya
seperti peribahasa alah bisa tegal biasa kerana kita sudah sesuaikan diri dalam
suasana pekerjaan tersebut.

Konklusinya,pelbagai langkah boleh diambil sebagai persiapan yang perlu kita


lakukan untuk mengharungi dunia pekerjaan secara berjaya. Seseorang pelajar
perlulah memulakan persediaan awal sejak dari bangku sekolah lagi untuk
mencapai kejayaan dalam pekerjaan masa depan. Ilmu, kemahiran insaniah dan
sikap positif dimiliki menjadikan seseorang itu modal insan yang berharga serta
dapat menyumbangkan kemajuankepada diri masyarakat dan negara.Oleh itu,kita
mestilah berusaha bersungguh-sungguh demi menghala ke impian sendiri dan
mencapainya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai