Anda di halaman 1dari 3

Pegaga tekukur tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;


Salam Sejahtera mulanya kata,
Salam berhulur pembuka bicara.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada cikgu-cikgu yang saya hormati serta
rakan-rakan yang saya kasihi. Pada hari yang mulia ini izinkan saya sampaikan
pengucapan awam yang bertajuk kepentingan sektor pertanian, penternakan dan
perikanan terhadap negara. Kepentingan dapat disimpulkan sebagai faedah,
kebaikan serta manfaat manakala sektor pertanian, penternakan dan perikanan
terhadap negara membawa maksud sektor primer yang membawa kepada
negara. Hal ini amat penting untuk kita ketahui kerana akhir-akhir ini, sektor
tersebut telah disisih oleh masyarakat dan dipandang remeh oleh golongan
remaja yang merupakan bakal tonggak utama negara kita.

Rakan-rakan sekalian..
Umum mengetahui bahawa negara kita merupakan salah satu negara
megabiodiversiti di persada dunia. Iklim, taburan hujan dan cuaca negara kita
yang sesuai menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan flora dan fauna yang
terdapat di negara kita. Kita perlu akui bahawa sektor primer ini dapat
meningkatkan pendapatan negara. Fenomena ini demikian kerana aliran wang
masuk ke dalam negara dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport produk
sektor primer ke luar negara. Antara produk yang banyak dieksport ke luar negara
ialah getah, produk kayu serta minyak sawit. Pada masa yang sama, pendapatan
kerajaan turut meningkat apabila pengusaha bidang yang datang melabur dan
membayar cukai meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung, sumber
kewangan negara yang diperolehi dapat digunakan untuk meningkatkan taraf
kehidupan negara. Ringkasnya, pendapatan negara dapat dipertingkatkan
menerusi peningkatan eksport negara.
Dalam pada itu, sektor pertanian, penternakan dan perikanan telah
membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Peluang pekerjaan
semakin bertambah apabila kilang di sektor pemprosesan dan perkilangan
tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pada waktu yang sama, inisiatif kerajaan
yang menggalakkan sektor primer kecil dan sederhana juga memberikan impak
yang besar kepada penduduk luar bandar. Sebagai analoginya, petani dan nelayan
dan penternak dapat dijadikan sebagai peluang pekerjaan bagi penduduk luar
bandar sekali gus meningkatkan pendapatan mereka melalui inisiatif daripada
kerajaan. Keadaaan ini dapat mengikis kehidupan kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang yang sering membelanggu penduduk luar bandar.
Peningkatan kadar pendapatan membolehkan penduduk luar bandar
memperolehi hidup yang lebih selesa serta memdapatkan pendidikan yang lebih
baik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan
melalui sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Sesungguhnya, sektor
primer ini dapat merapatkan jurang ekonomi segenap lapisan masyarakat.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian


Melalui sektor pertanian, perikanan dan penternakan, sistem
pengangkutan dan perhubungan negara dapat dirangsangkan. Kini, semakin
banyak pelabuhan dan lapangan terbang dibina bagi membolehkan produk sektor
primer dieksport ke negara lain. Malahan, jalan raya di negara kita juga semakin
banyak bagi memudahkan urusan logistik sektor primer. Bukan sahaja
memudahkan pengangkutan logistik, jalan raya juga dimanfaatkan oleh rakyat
untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pada sisi yang lain, kemajuan
dalam sektor primer membolehkan kita berdaya saing dengan negara lain dalam
bidang pengangkutan dan automotif. Penciptaan kereta nasional Proton pertama
pada tahun 1985 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) yang
telah berkembang pesat sehingga hari ini meningkatkan persaingan jenama
kereta nasional dengan kereta jenama lain. keadaan ini diibaratkan sebagai sambil
menyelam minum air kerana imej negara dan bidang pertanian, perikanan dan
penternakan tempatan dapat ditingkatkan pada waktu yang sama kerana kereta
nasional turut dieksport ke luar negara.

Di samping itu, sektor pertanian, perikanan dan penternakan dapat


meningkatkan taraf hidup rakyat. Peningkatan pendapatan negara menerusi
sektor primer ini membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan
seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada
rakyat. Semua kemudahan ini dapat dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu
membayar kos yang mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk
menjalani kehidupan seharian mereka. Taraf hidup rakyat juga sebenarnya dapat
diukur melalui pendapatan per unit kapita sesebuah negara.

Sebagai menggulungkan segala yang diperkatakan, jelaslah bahawa


terdapat heterogen kebaikan sektor pertanian, perikanan dan penternakan
terhadap negara. Oleh sebab itu semua pihak tanpa Batasan usia, warna kulit dan
Bahasa haruslah berganding bahu untuk melaksanakan peranan masing-masing
untuk memajukan sektor primer dalam negara kita. Jika hasrat ini berjaya
dilaksanakan, nescaya negara kita dapat berduduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju. Pihak kerajaan seyogianya bekerjasama bagai
aur dengan tebing melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan
menggembleng tenaga untuk memajukan sektor primer di negara kita.
Sesungguhnya, dalam keghairahan memburu kejayaan, janganlah sampai
meninggalkan yang lain. Renungilah kata-kata Aristole, ahli falsafah Greece yang
menyebut, “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak
tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga tersebur satu persatu”.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai