Anda di halaman 1dari 8

Get more at www.eddy.

academy

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN


PENGISYTIHARAN DARURAT
Table of content
🔖 Ancaman Komunis di Negara Kita (2x)
🔖 Usaha Menangani Ancaman Komunis (2x)
💡 Setiap baris = 1 markah
🔖 Ancaman Komunis di Negara Kita (2x)
Pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya bagi
melumpuhkan ekonomi negara. Hal ini bertujuan untuk merampas kuasa
dari pihak British untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
Republik Komunis.

a) Perihalkan peristiwa serangan komunis terhadap Pasukan Keselamatan pada tahun


1948? [6m]

📅 17 Jun 1948 🗺 di Choh Johor


Komunis menyerang Balai Polis Kampung Jeram

📅 26 Jun 1948 🗺 di Temerloh Pahang


Komunis menyerang Balai Polis Kuala Krau

📅 Jun 1948 🗺 di Jerantut Pahang


Komunis membakar balai polis

📅 17 Julai 1948 🗺 di Gua Musang , Kelantan


Komunis menyerang Balai Polis Gua Musang.

📅 8 Mac 1949 🗺 di Kajang, Selangor


Komunis menyerang Jip tentera

📅 22 Februari 1950 🗺 di Muar, Johor


Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong

📅 24 Mac 1950 🗺 di Ulu Semur, Kelantan


Komunis menyerang hendap pasukan askar Melayi

📅 28 Jun 1950 🗺 di Kota Tinggi Johor.


Komunis menyerang Balai Polis Kembau

📅 21 Februari 1952 🗺 di Taiping , Perak,


Komunis menyerang kenderaan Polis

📅 28 Mei 1954 🗺 di Kedah


Komunis membunuh Ketua Polis Kedah

📅 18 Oktober 1954 🗺 di Pontian m Johor


Komunis menyerang Balai Polis Chung Seng

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 1


Get more at www.eddy.academy

b) Pengenalan Undang-Undang Darurat tidak memberi impak kepada Parti Komunis


Malaya. Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara
tergugat. Bincangkan. [6m]

Melumpuhkan Ekonomi

Lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran komunis

Komunis membuat serangan agar ekonomi Brirish lemah.

Komunis telah menyerang 80 lombong biji timah

Di Perak / Selangor/Negeri Sembilan.

Merosakan pokok getah , kilang estet , rumah asap, rumah kongsi, kedai, sekolah.

Kesannya, ramai pekerja menderita dan kehilangan Nyawa.

Komunis merosakkan Infrastruktur.

Mengebom/merosakkan/ mengalihkan landasan kereta api.

Kenderaan yang melalui jalan raya dibakar dan ditembak

Kemudahan telefon dan telegraf disbotaj

Paip air dirosakkan

Menyerang pekerja awam

Bertugas membaiki jalan raya, memasang paip air dan membina sistem pengairan

Mengancam Keselamatan Rakyat.

Melakukan keganasan

Mengugut/mensbotaj/menyerang/melakukan kekejaman/menganiaya/menculik/
merampas harta

Mencapakkan bom tangan di Sheum Cicrus, Kampar Perak

Akhirnya, seramai 46 orang cedera dan 4 mati

Pasukan Keselamatan diancam

Menyasarkan pasukan keselamatan

Menyerang balai polis

Keadaan huru hara menunjukan ketidakupayaan keselamatan

c) Pelaksanaan Darurat mengakibatkan ramai rakyat yang terpaksa hidup dalam


kesengsaraan dan ketakutan. Sebagai warganegara yang prihatin, bagaimanakah caranya
agar Peristiwa Darurat ini tidak berulang kembali. [8m]

Mengukuhkan jati diri

Mendukung prinsip rukun negara

Mempertahankan institusi beraja

Mengatasi genjala sosial

Menghayati kemerdekaan

Memelihari kestabilan negara

Sesebuah negara akan aman dengan adanya warganegara yang prihatin

(Mana-mana munasabah diterima)

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 2


Get more at www.eddy.academy

a) Mengapakah komunis bertindak demikian? [6m]

Mensabotaj ekonomi Tanah Melayu

Menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan

Menakut-nakutkan rakyat

Menunjukkan kekuatan mereka

Mengganggu kerja-kerja harian rakyat / Merosakkan infrastruktur

Mewujudkan keadaan huru hara

Menggugat keselamatan rakyat

Kesengsaraan dan penderitaan rakyat

Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan membendung keselamatan rakyat

b) Apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan di (a) gagal ditangani? [6m]

Ekonomi negara lumpuh

Rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan

Rutin harian rakyat terjejas

Rakyat hidup dalam ketakutan /menderita/sengsar

Kerajaan memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih kerosakkan /

Imej negara tercalar

Nyawa /keselamatan rakyat terancam

(Mana-mana munasabah diterima)

c) Sebagai pemimpin pada waktu itu, apakah tindakan anda bagi membendung keganasan
yang dicetuskan oleh pihak komunis? [8m]

Memperkukuh pertahanan negara

Meminta bantuan negara luar

Meningkatkan kemahiran ketenteraan

Mewujudkan kerjasama dalam kalangan masyarakat dalam membanteras


komunis

Meningkatkan perlindungan kepada rakyat

Memutuskan bekalan makanan dan ubat-ubatan

Memujuk komunis menyerah diri

Melindungi kawasan-kawasan strategik

Melakukan rundingan

(Mana-mana munasabah diterima)

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 3


Get more at www.eddy.academy

🔖 Usaha Menangani Ancaman Komunis (2x)

Gambar diatas menunjukkan pasukan keselamatan tempatan yang


ditubuhkan oleh British bagi menangani ancaman komunis.

(a) Jelaskan peranan pasukan keselamatan tempatan dalam menangani ancaman komunis
di negara kita. [6m]

Askar Melayu

Tugasnya membanteras gerila komunis di dalam hutan

Kerajaan melengkapkan tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan yang lain.

Rejimen Askar Melayu diperbesar daripada 3 kepada 7 rejimen

Prestasi cemerlang dalam memerangi komunis

berjaya menumpaskan komunis dan memusnahkan kubu operasi komunis

Sarawak Rangers

Terdiri daripada orang Iban

Tugas mereka menjejak tempat persembunyian komunis di dalam hutan

Mereka mahir selok belok hutan

Cogan kata `Selagi Hidup Selagi Melawan’

Banyak kem dan markas komunis dimusnahkan oleh pasukan ini

Home Guard

Pasukan pegawal kampung

Membantu menyekat makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis

Anggotanya diberi latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan

Pada 1951, terdapat 79 ribu orang home guard. Mereka berjaya membantu
mengamankan kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan
komunis.

(b) Penubuhan pasukan keselamatan tempatan berjaya menangani penyebaran pengaruh


komunis di Tanah Melayu . Bincangkan. [6m]

prestasi cemerlang dalam memerangi komunis

berjaya menumpaskan komunis dan memusnahkan kubu operasi komunis

menjejak tempat persembunyian komunis di dalam hutan

mahir selok belok hutan

banyak kem dan markas komunis dimusnahkan

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 4


Get more at www.eddy.academy

berjaya mengawal kampung dan pekan

membantu menyekat makanan dan ubatan dari jatuh ke tangan komunis

terdapat 79 ribu home guard

berjaya membantu mengamankan kampung

melindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan komunis.

(Mana-mana munasabah diterima)

(c) Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda dapat menggalakkan


masyarakat untuk menghargai sumbangan pasukan keselamatan kepada keamanan dan
keharmonian negara. [8m]

Menghargai dalam kehidupan seharian melalui media massa, media cetak, media elektronik
dan media sosial

melalui rancangan Hari Ini dalam Sejarah/ Pahlawanku/Permintaan Perajurit.

Menerapkan dalam kurikulum pendidikan dalam semua peringkat/subjek Bahasa Malaysia/


Sejarah/Agama/Moral/Sivik.

Mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Memakamkan perajurit yang gugur di tempat yang terhormat/Makam Pahlawan.

Mengabadikan nama perajurit pada jalan, bangunan, gedung, universiti, kolej, sekolah dan
sebagainya.

Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan/Hari Pahlawan/Perisytiharan Hari Polis/ Hari


Angkatan Tentera.

Mencontohi/meneladani sikap pahlawan – berani, sedia berkorban. berjiwa besar.

Mengabadikannya dalam bentuk penulisan artikel /biografi /monumen

Meneruskan kempen Tabung Rayuan Hari Pahlawan – untuk membantu bekas perajurit yang
gugur/cedera/kecacatan anggota semasa bertugas di barisan
hadapan.

Menghantar bingkisan/kad ucapan dan buah tangan semasa perayaan.

Menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang berjaya menangkap pemimpin PKM
sama ada hidup atau mati

Memenangi kepercayaan orang Asli – Pembinaan kubu (jungle fort) – membolehkan orang
Asli membantu operasi ketenteraan.

Memajukan perkhidmatan penerangan – memberi kesedaran kepada rakyat kepentingan


membanteras ancaman komunis.

(Mana-mana munasabah diterima)

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 5


Get more at www.eddy.academy

Berikut adalah antara rancangan British untuk memenangi hati dan fikiran
rakyat di Tanah Melayu semasa darurat bagi membanteras ancaman
komunis.

(a) Huraikan langkah yang diambil oleh British dalam rancangan tersebut. [6 markah]

Mengadakan lawatan

Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka.

Beliau melakukan sebanyak 122 lawatan ke sekolah/kampung/ hospital, dispensary/bilik


operasi' pondok polis/ unit pasukan keselamatan/ buruh. - lombong./estet

bersedia menerima penvakilan.

Setiap lawatan mengambil masa dua hari hingga tiga hari.

melakukan 20 lawatan ke Kampung Baru dan Kampung Melayu.

Isteri beliau menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti.

Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan

bagi menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu

Bertujuan mewujudkan bangsa yang bersatu.

Kesannya pada 14 September 1952. seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180
ribu orang India layak menjadi warganegara

Mengadakan Pilihan Raya Majlis Pembandaran Kuala Lumpur

bertujuan menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam politik

mendapatkan sokongan untuk menentang komunis.

Menawarkan hadiah wang tunai

kepada penduduk yang dapat menangkap / memberikan maklumat tentang gerila


komunis.

Contohnya, sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng, pemimpin PKM sama ada
hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu.

Memenangi Kepercayaan Orang Asli

mereka menyokong kerajaan dalam usaha menghapuskan komunis.

mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli.

menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan


perlindungan.

Memajukan Perkhidmatan Penerangan

untuk mendapat sokongan penduduk tempatan.

Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya medium untuk menimbulkan


kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras komunis.

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 6


Get more at www.eddy.academy

Jabatan ini bertanggungjawab sebarkan risalah anti komunis kepada penduduk dan
risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.

Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih konsep "kawasan hitam" dan
"kawasan putih".

Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan
perintah berkurung.

Kawasan putih ialah kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.

Sehingga tahun l954, kerajaan mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan
Negeri Sembilan sebagai kawasan putih.

(b) Peristiwa darurat memberikan impak jangka panjang kepada negara kita dalam aspek
sosioekonomi. Bincangkan. [6 m]

Meningkatkan kos perbelanjaan

Menjejaskan perkembangan ekonomi

Meningkatkan perbelanjaan British utk tangani komunis

Purata kos darurat ialah $250 ribu - $300 ribu sehari

Kerajaan belanja lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun utk banteras komunis

Kerajaan belanja kos besar utk selesaikan masalah penempatan semula penduduk di
pinggir hutan

Dari 1950-1953, perbelanjaan kerajaan dianggarkan $7 juta utk pembangunan Kampung


Baru

Penderitaan dan Kesengsaraan Kepada Rakyat

Ladang / lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan ekonomi terjejas

Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan

Harga barang makanan dan keperluang harian melambung tinggi

Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong

menghadapi kesukaran / sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan
makanan

Jika gagal penuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan lombong, ladang, kedai
dan mengancam nyawa

Penduduk sukar bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana terpaksa


mematuhi peraturan kerajaan.

penduduk tidak dapat menjalankan kegiatan harian.

Ramai pekebun dan pekerja lombong tidak dapat bekerja kerana perintah berkurung

Catuan bekalan makanan/ bergantung kepada makanan spt ubi kayu, keledek dan
jagung

Merenggangkan Hubungan Kaum

Penempatan semula Kampung Baru didominasi oleh kaum tertentu

Kaum Cina dikumpulkan di petempatan yg sama, manakala kaum lainvdipetempatan lain.

Petempatan baharu dilengkapi dgn prasarana / berkembang menjadivbandar baharu,

kaum Melayu hanya di kampung yg serba kekurangan

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 7


Get more at www.eddy.academy

Kawalan keselamatan yang ketat menyebabkan menyebabkan hubunganvdgn kaum lain


terbatas

tidak memberi ruang kepada penduduk Kampung Baru bersosial denganvkaum lain

Pengasingan menyebabkan hubungan antara kaum renggang

Jumlah Korban Zaman Darurat

Banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang awam terkorban

Menyebabkan penderitaan / kesengsaraan penduduk Tanah Melayu

(c) “Darurat memberi iktibar kepada kita akan pentingnya kerjasama semua pihak dalam
menjaga kedaulatan negara “ Beri ulasan anda. [8m]

Bersatu mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara

Menghargai pengorbanan masa, tenaga, nyawa

Semangat juang dan pengorbanan yang sangat tinggi

menerapkan semangat sedia berkorban

melindungi ahli keluarga dan masyarakat daripada ancaman musuh negara.

Kerjasama untuk menjaga kedaulatan negara

Permuafakatan untuk mejudkan keharmonian masyarakat

Kepimpinan berwibawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Menghargai nikmat keamanan

Bijaksana dalam merancang strategi untuk menjamin kejayaan dalam perjuangan

Cinta negara yang tinggi

Ketahanan fizikal dan mental penting dalam menghadapi cabaran hidup.

(Mana-mana yang munasabah)

F4B6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT 8

Anda mungkin juga menyukai