Anda di halaman 1dari 64

BAB 3

Bagaimana
komunisme
boleh masuk
ke negara
kita?

blairthemotivator.exe

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS


KOMUNIS

Latar Belakang
1) Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan abad
ke-19.
2) Karl Marx menulis ideologi komunismenya dalam buku:
The Communist Manifesto
The German Ideology
Das Capital
3) Komunisme menentang golongan feudal dan imperialisme
secara kekerasan untuk menggantikannya dengan
pemerintahan komunis.
4) Komunisme memperjuangkan :
Masyarakat tanpa kelas, masyarakat yang adil dan sama
rata
Memiliknegarakan tanah dan perindustrian

Idea Komunis Karl Marx turut


tersebar ke Tanah Melayu dengan
perlindungan Parti Nasionalis Cina
(Kuomintang-KMT)
Karl
Marx

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS


KOMUNIS

Latar Belakang
5) Ideologi Komunis diamalkan di Rusia dan China.
6) Pada Julai 1919, Communist International (Comintern)
atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan
parti-parti komunis Eropah menyebarkan ideologi
komunis ke seluruh dunia.

CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI


TANAH MELAYU
1) Fahaman komunis disebarkan melalui
Parti Kuomintang (KMT)
Parti Komunis Nanyang.
2) Ejen komunis menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang
Cina melalui:
Kesatuan sekerja
Persatuan
Kelas malam
Penerbitan
3) Parti komunis Indonesia (PKI) menyebarkan fahaman komunis di
kalangan orang Melayu antara tahun 1924-1930.

CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI TANAH


MELAYU

4) Orang Melayu menolak fahaman komunis kerana:


Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis) .
Ini bertentangan dengan Islam yang menjadi anutan orang
Melayu.
Bertentangan dengan adapt resam orang Melayu
Menggunakan kezaliman dan kekerasan untuk mencapai
matlamat

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS


KOMUNIS

Latar Belakang
5) Ideologi Komunis diamalkan di Rusia dan China.
6) Pada Julai 1919, Communist International (Comintern)
atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan
parti-parti komunis Eropah menyebarkan ideologi
komunis ke seluruh dunia.

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Penubuhan PKM (1930)_

1) Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 1930


2)Tujuan sebenarnya adalah untuk menubuhkan Republik Komunis
Malaya
3) Kegiatan PKM ialah:

Melatih ramai kader dan menyusup ke dalam


kesatuan sekerja

Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja


kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang
dan kilang

Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk


perasaan membantah kenaikan cukai.

4) Komunis cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA


Mogok di Batu Arang ( 1935)
1) PKM menjadi semakin agresif menjelang tahun 1935.
2) PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi
British di Tanah Melayu
3) Mogok yang besar berlaku di lombong arang batu di Batu Arang,
Selangor.
4) Seramai 6000 buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih
lombong tersebut.
5) British menghantar 300 anggota polis untuk menamatkan mogok
tersebut.
6) Pemimpin yang terlibat dengan mogok telah:

Dihantar pulang ke China


Telah ditahan

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Komunis semasa pendudukan Jepun (1941-1945)

sej

1) PKM bekerjasama dengan British untuk menentang


Jepun
2) Anggota PKM telah dilatih dalam taktik serangan
gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
3) Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang
tentera Jepun di Tanah Melayu
4) PKM membentuk MPAJA
5) British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui
Force 136.

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Komunis selepas Perang Dunia Kedua (1945)


1) Selepas perang tamat, pentadbiran Tentera British telah meminta:

MPAJA dibubarkan

Menyerahkan semula senjata kepada mereka

2) PKM bersetuju membubarkan MPAJA


3) Walau bagaimanapun terdapat senjata yang disembunyikan
4) Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata akan:

Dibayar sebanyak $350.00

Menerima satu beg beras daripada pihak British

5) PKM yang menyusup dalam kesatuan sekerja mula aktif dalam


pergerakan politik

KEGANASAN KOMUNIS
1) Pada tahun 1948, Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa
bermesyuarat di Calcutta, India.
2) Jawatankuasa mengambil keputusan melancarkan pemberontakan di
rantau Asia Tenggara.
3) PKM telah menubuhkan unit gerila Malayan Race Liberation (MRLA)
4) PKM melakukan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong
milik syarikat Eropah.
5) Kegiatan keganasan PKM adalah seperti:

Membakar bas
Membakar kilang
Menyerang balai polis
Merosakkan landasan kereta api
Membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British

PKM mengganas di Tanah Melayu sehingga


membawa kepada pengisytiharan darurat.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN

Pengisytiharan 1. Pada bulan Jun 1948, pengganas komunis


Darurat
membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di
Sungai Siput, Perak.
2. Peristiwa tersebut menggemparkan pihak
British.
3. Pada bulan Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan
Darurat di seluruh Tanah Melayu.
4. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan
ekonomi British di Tanah Melayu.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN

Pengisytiharan 5) Kerajaan British menguatkuasakan UndangDarurat


undang Darurat 1948.
6) Undang-undang ini:
Membolehkan kerajaan menahan sesiapa
sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan
komunis
Membenarkan pasukan keselamatan
menggelidah rumah kediaman
Memindahkan penduduk ke penempatan baru
Memagar kawasan kampung yang disyaki
penduduknya membantu pengganas komunis

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN

Pengharaman 1) Pada 23 Julai 1948, kerajaan mengharamkan


Parti Komunis
PKM
Malaya dan
2) Parti-parti berhaluan kiri yang memperjuangkan
Parti
kemerdekaan turut diharamkan seperti:
Berhaluan Kiri
Hizbul Muslimin
AWAS Angkatan Wanita Sedar
PERAM Pemuda Radikal Melayu
PETA Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Melaya

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
Memperbesar
Pasukan
Keselamatan

HURAIAN
1) Pasukan Polis
disusun semula dan diperbesar
Anggotanya menjadi 70,000 orang
Pasukan tentera turut diperbesar
2) Mata-mata Khas

24,000 mata-mata khas Melayu ( Special


Constables) telah dilatih.
Bertanggungjawab mengawal ladang dan
kawasan lombong yang terpencil

Askar-askar asing seperti askar Australia,


New Zealand dan Fiji turut membantu
memerangi komunis di Tanah Melayu.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN

Memperbesar
Pasukan
Keselamatan

3. Askar Komanwel
British membawa masuk askar dari Negara
Komanwel bagi menghapuskan ancaman komunis
Askar komanwel terdiri daripada askar
Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji
4. Home Guard
Ditubuhkan untuk membantu pasukan polis dan
tentera menjaga keselamatan kampung
Anggotanya terdiri daripada kaum lelaki dan
wanita
Penubuhannya meniupkan semangat rakyat untuk
mempertahankan negara
Keberanian orang Melayu melawan pengganas
komunis secara berhadapan mengagumkan

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH
Memperbesar
Pasukan
Keselamatan

HURAIAN
5. Pasukan Keselamatan

Pasukan ini mengebom dan melakukan serangan


hendap ke atas kawasan yang menjadi sasaran
komunis dengan bantuan tentera udara British
(RAF)

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
1.Rancangan
Briggs
a)

KAMPUNG
BARU

b)

- Pindahkan
Penduduk

C)

Lumpuhkan
Min Yuen

D)

- sedia
kemudahan
asas

E)

-Kad catuan

F)

- MCA

HURAIAN
1. Rancangan Briggs ditubuhkan oleh Sir Henry
Gurney pada 1950
2. Sir Harold Rowdon dilantik sebagai Pengarah
Operasi Rancangan Briggs.
3. Tujuan penubuhannya untuk:
menempatkan semula penduduk di kawasan
pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
Menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan
ubat-ubatan kepada komunis.
4. Penempatan baru digelar Kampung Baru
5. Tindakan tersebut bagi melumpuhkan gerakan
Min Yuen.

Rancangan Briggs yang diketuai oleh Sir


Harold Briggs bertujuan untuk
melumpuhkan Min Yuen

Sir Harold Briggs

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
2. Gerakan
kelaparan
-

Putuskan
bekalan

- sekatan jalan raya


- kad pergerakan
- menggempur
-

Undur ke selatan
Thailand

HURAIAN
6. Seramai 400,000 penduduk setinggan Cina
dipindahkan ke 400 buah Kampung Baru.
7. Kampung baru lengkap dengan kemudahan
seperti:

Sekolah
Tempat tinggal
Bekalan air paip
Bekalan elektrik
Kemudahan kesihatan
Dipagar dengan kawat berduri

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN
8. Di kampong Baru, setiap ketua keluarga diberi
kad catuan makanan bagi memastikan anggota
keluarga memperoleh bekalan makanan yang
secukupnya.
9. Pergerakan keluar masuk penduduk di kampung
ini dikawal selia setiap masa.
10. Di bawah rancangan ini,Kerajaan melaksanakan
Program gerakan Kelaparan untuk
memastikan komunis tidak mendapat bekalan
makanan, senjata, ubatan dan maklumat.
11. Sekatan jalan raya diadakan untuk menyekat
bekalan makanan, ubatan dan maklumat
daripada sampai ke tangan komunis

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN
12. Tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan,
komunis terpaksa keluar dari tempat
persembunyian untuk mendapatkan
bekalan.
13. Ini memudahkan pasukan keselamatan
menggempur mereka.
14. Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan
bagi mengawal pergerakan penduduk
15. Setiap penduduk yang berumur 12 tahun atau
lebih mesti didaftarkan dan diberi kad
pengenalan bagi membezakannnya dengan
komunis.
16. Briggs menyokong penubuhan MCA (Malayan
Chinese Association ) untuk membantu

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

HURAIAN
17. MCA mengutip derma melalui jualan loteri
kebajikan
18. Kutipan jualan loteri kebajikan didermakan
kepada penduduk setinggan Cina di Kampong
Baru. Rancanagn Briggs berjaya melumpuhkan
rangkaian gerakan PKM.
19. PKM menyedari sokongan rakyat terhadap
perjuangan mereka merosot.
20. PKM dalam mesyuarat JawatanKuasa Pusat di
Pahang mengambil keputusan untuk:

Berundur ke selatan Thailand


Mengurangkan kekejaman terhadap orang
awam

JAWA DAN NAMA 1


1.Pandaitanambunga,Rosman.
2.Pandaimembaikikereta,Karman
3.Averagedalamgolf,Parman
4.Pandaidlmpenulisan,
Suratman
5.Gagahperkasa,Suparman
6.SukamengadangadaNGADIMAN

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
1. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer dilantik
menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu dan
Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry
Gurney.
2.Beliau sedar penggunaan kekerasan dan senjata
semata- mata tidak akan berjaya menghapuskan
komunis
3.Justeru, beliau telah menumpukan usaha untuk
memenangi hati dan fikiran rakyat supaya
bersama-sama membantu kerajaan menghapuskan
komunis. Kaedah ini dipanggil Perang Saraf.
4 Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan
oleh pentadbiran British untuk membasmi

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
5. Melalui Perang saraf, kerajaan memberi
perhatian kepada aspek psikologi untuk
mendapatkan kerjasama rakyat supaya
menyokong kerajaan membanteras pengganas
komunis.
6. Perang saraf berjaya memujuk rakyat
berbilang kaum supaya bersatu dan
menghapuskan perasaan perkauman.
7. Kerajaan British telah menawarkan hadiah
yang besar kepada orang ramai yang berjaya
menangkap dan membunuh komunis.
8. Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu
Menentang Komunis telah dilaksanakan

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
9. Penduduk pelbagai kaum membawa sepanduk
dan berarak mengutuk keganasan komunis.
Mereka turut membakar patung-patung
komunis.
10. Risalah-risalah menentang komunis turut
diedarkan ke seluruh Tanah Melayu.
11. Perang Saraf berjaya menimbulkan
kebencian terhadap kekejaman komunis.
12. Penduduk dengan rela hati menawarkan diri
menyertai pasukan keselamatan dan polis
untuk mempertahankan tanah air.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
13. Dalam rancangan Perang Saraf, Templer
memperkenalkan Kawasan Hitam dan
Kawasan Putih
14. Kawasan Hitam ialah kawasan yang terdapat
kegiatan komunis yang aktif, manakala
kawasan putih ialah kawasan yang telah
dibebaskan daripada ancaman komunis.
15. Sehingga tahun 1954, kawasan yang
diisytiharkan kawasan putih ialah Melaka,
Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri
Sembilan.
16. Di kawasan yang penduduknya membantu
komunis, kerajaan telah memotong catuan

Sir Gerald Templer telah


mengistiharkan Kawasan Putih yang
pertama di Melaka.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
17. Perintah Berkurung ialah Undang-undang
yang melarang seseorang individu keluar dari
rumah masing-masing dalam tempoh
tertentu. Biasanya larangannya bermula jam
6 petang hingga jam 6 pagi.
18. Bagi menarik sokongan orang Cina supaya
menyokong usaha Perang Saraf, kerajaan
telah melonggarkan syarat kewarganegaraan
pada tahun 1952 sehingga membolehkan
1.2 juta orang Cina dan 180, 000 orang
India menjadi warga negara Tanah Melayu.
19. Pelonggaran syarat kerakyatan ini
menunjukkan pengorbanan orang Melayu

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
20. Dalam kempen Perang saraf juga, Templer telah
menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan
kepada penduduk yang dapat menangkap atau
memberi maklumat tentang gerila komunis.
21. Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng
(hidup atau mati) akan diberi hadiah $250,000
, dan $200,000 bagi orang kanannya.
22. Sultan dan pembesar turut mengingatkan
rakyatnya agar tidak terpedaya dengan janji
komunis ( contohnya Sultan Pahang). Orang
Melayu yang menyokong dan membantu komunis
dianggap pengkhianat negara.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
23. Menteri Besar Pahang mengingatkan orang
Melayu agar tidak melupakan keganasan Bintang
Tiga.
24. Dato Onn Jafar menyeru rakyat supaya
membantu kerajaan menghapuskan komunis.
25. Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian
rakyat terhadap komunis dengan menggelar
mereka pengganas
26. Kerajaan telah menguatkuasakan peraturan
catuan bekalan makanan.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH

PERANG
SARAF

HURAIAN
27. Pengganas komunis yang semakin terdesak
terpaksa menanam makanan sendiri di dalam
hutan tetapi Pasukan Keselamatan
menggagalkan usaha komunis dengan
menyembur racun ke atas tanaman tersebut.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
Pengampunan
BeramaiRamai

HURAIAN
1)

Bagi membantu komunis menyerah diri,


kerajaan telah menggugurkan risalah-risalah ke
dalam hutan.

2)

Kerajaan sedia maklum bahawa ramai anggota


komunis dipaksa menyertai perjuangan yang
sia-sia itu.

3)

Sebanyak 40 juta risalah telah digugurkan dari


udara. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan
syarat tawaran pengampunan yang ditawarkan
oleh kerajaan.

4)

Poster-poster juga ditampal di merata-rata


tempat.

5)

Iklan dan wayang gambar telah digunakan


untuk membantu rakyat menolong pengganas
menyerah diri.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
PERTEMUAN
BALING

HURAIAN
1)

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan


1955 telah diadakan di Tanah Melayu.

2)

PKM sering mendakwa matlamat perjuangan


mereka adalah untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan British.

3)

Sebaliknya Parti perikatan tidak perlu


menggunakan cara kekerasan untuk
memperoleh kemerdekaan daripada British.

4)

British bersetuju memberi kemerdekaan


asalkan penduduk Tanah Melayu sanggup
bersatu dan keamanan berjaya dipulihkan.

5)

Dalam Kempen Pilihan Raya Majlis Perundangan


Persekutuan 1955, Parti Perikatan berjanji
untuk mendapatkan kemerdekaan dengan
segera dan menamatkan darurat.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
PERTEMUAN
BALING

HURAIAN
6) Apabila Parti Perikatan memperoleh kemenangan
cemerlang, Tunku Ab. Rahman dilantik menjadi
Ketua Menteri Tanah Melayu.
7) Beliau mengeluarkan tawaran pengampunan
beramai-ramai kepada pengganas komunis yang
ingin menyerah diri.
8) Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku
Abd. Rahman untuk mengadakan pertemuan.
9) Pada 28 Disember dan 29 Disember 1955, satu
pertemuan diadakan di Baling, Kedah.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
PERTEMUAN
BALING

HURAIAN
10) Pihak kerajaan diwakili oleh:

Tunku Abd. Rahman


David Marshall
Tan Cheng Lock

11) Pihak komunis diwakili oleh:

Chin Peng
Chin Tien
Rashid Maidin

12) Dalam pertemuan tersebut, Chin Peng


mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan
menghentikan perjuangannya sekiranya
kerajaan mengakui PKM sebagai sebuah
parti politik yang sah.

Di antara tokoh yang terlibat dalam Rundingan


Baling.

Tunku Abdul Rahman

Rasyid Maidin

Tan Cheng Lock

Chin Peng

PKM berjuang secara


ketenteraan bagi membentuk
Republik Komunis Malaya.
Rasyid Maidin

Chin Peng

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS


LANGKAH
PERTEMUAN
BALING

HURAIAN
13) Chin Peng enggan membenarkan kesetiaan PKM
disiasat terlebih dahulu sebelum memulakan
kehidupan baru.
14) Tunku Abd. Rahman menolak tawaran tersebut
dan pertemuan ini menemui kegagalan
15) Walau bagaimanapun beliau bersedia berunding
dengan PKM pada bila-bila masa sahaja jika
PKM berubah fikiran.
16) Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan sebelum undang-undang darurat
ditamatkan.

LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH
PERTEMUAN
BALING

HURAIAN
17) Usaha membanteras komunis diteruskan selepas
merdeka. Akhirnya, pada 31 Julai 1960,
kerajaan mengisytiharkan tamatnya darurat
yang berlangsung selama 12 tahun.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
1) Undang-undang Darurat

POLITIK

a) Akibat kekejaman dan keganasan komunis,


Kerajaan menguatkuasakan Undang-undang
Darurat pada tahun 1948.
b) Pihak British mengembil kesempatan
menggunakan undang-undang untuk
membendung gerakan kebangsaan berhaluan
kiri walaupun gerakan tersebut bukan
berfahaman komunis

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
2) Melonggarkan Syarat Kerakyatan

POLITIK
a) Syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu
dilonggarkan pada 1952.
b) Tujuannya untuk menarik minat mereka supaya
tidak memihak kepada komunis

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
3) Mempercepat Kemerdekaan

POLITIK
a. Darurat mendorong British mempercepat langkah
memberikan taraf berkerajaan sndiri kepada
penduduk tempatan.
b. Sebelum Pertemuan Baling, British berjanji akan
menyegerakan pemberian kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.
c. Melalui pemberian kemerdekaan PKM tidak
mempunyai alasan untuk meneruskan

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
4. Penubuhan MCA

POLITIK
a. Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
sebagai usaha menarik minat orang Cina
melibatkan diri dalam pertubuhan politik
berhaluan kanan.
b. Kesannya Orang Cina mula memberikan
kerjasama bagi menentang komunis.
c. Usaha ini berjaya mengikis pandangan negatif
penduduk tempatan yang menganggap semua
orang Cina ialah pengganas komunis.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
1. Keganasan Komunis

EKONOMI

a. Menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan


kegiatan harian secara aman.
2. Kemusnahan
a. Kemusnahan sistem perhubungan, jentera
melombong, kemudahan awam dan gangguan
terhadap buruh ladang menjejaskan ekonomi
negara.
b. Kerajaan membelanjakan $250,000
$300,000 sehari semasa darurat.
c. Selama 12 tahun darurat, kerajaan
membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
3. Pasukan Keselamatan

EKONOMI

a. Kerajaan memperbesar pasukan keselamatan,


menambah bilangan polis dan Home Guard
untuk melindungi dan menjamin keselamatan
rakyat.
4. Kawasan Luar bandar Kurang Membangun.
a. Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk
membangunkan kawasan luar Bandar.
b. Perhatian untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat terpaksa dikurangkan kerana lebih
menumpukan kepada pembangunan di
perkampungan baru.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
1) Terkorban

SOSIAL

a) Darurat menyebabkan ramai anggota pasukan


keselamatan, pengganas komunis dan orang
awam terkorban.
b) Pada akhir tahun 1950-an, jumlah orang
awam dan tentera yang terkorban serta
cedera ialah 21,231 orang.
c) Seramai 6,133 orang pengganas komunis
telah terkorban.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
2) Kesengsaraan

SOSIAL

a. Peperangan menentang pengganas komunis


membawa kesengsaraan kepada kehidupan
rakyat selama 12 tahun.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
3) Aktiviti Terjejas

SOSIAL

a. Penduduk sukar bergerak dan memperoleh


bekalan makanan kerana terpaksa
mematuhi pelbagai undang-undang yang
dikenakan oleh kerajaan.
b. Penduduk luar bandar tidak dapat
menjalankan aktiviti harian.
c. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan
pertanian kerana larangan perintah
berkurung.
d. Catuan bekalan makanan menyebabkan
mereka bergantung kepada makanan
seperti ubi dan keledek, sama seperti
zaman Jepun.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
4) Penubuhan CLC

SOSIAL

a. Kerjasama antara kaum dilaksanakan melalui


Community Liaison Commite (CLC) atau
Jawatankuasa Hubungan Antara kaum pada 1949.
b. Matlamat CLC ialah menjalin hubungan erat antara
penduduk berbilang kaum.

KESAN DARURAT
KESAN

HURAIAN
5. Dasar Pelajaran Kebangsaan

SOSIAL

a. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorientasikan


Tanah Melayu dilaksanakan.
b. Penggunaan bahasa Pengantar yang sama dapat
memupuk persefahaman antara kaum.
c. Kandungan sukatan pelajaran yang berorientasikan
tempatan dapat memupuk perasaan cinta akan
tanah air.

1. Sejak darurat diisytiharkan, kerajaan mengambil langkah


menghapuskan ancaman Pengganas komunis.
2. Pada permulaan darurat, kerajaan menangani ancaman komunis
secara kekerasan tanpa melibatkan rakyat.
3.Perang saraf membuktikan sokongan dan kerjasama rakyat
penting bagi menentang komunis.
4. Tanpa sokongan rakyat, komunis sukar dibanteras.
5. Rakyat bersama-sama kerajaan bertanggungjawab memulihkan
keamanan dan kesejahteraan.
6. Kerjasama ini diumpamakan Bulat air kerana Pembentung, Bulat
manusia kerana Muafakat

Semoga beroleh keberkatan-Nya

Anda mungkin juga menyukai