Anda di halaman 1dari 18

JATI DIRI, WARGANEGARA

PATRIOTIK
TEMA 13

CKG YGS
UNIT 1: AKU NEGARAKU
• ISU : TANGGUNGJAWAB SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG TAAT
PADA NEGARA…
• CIRI-CIRI SEORANG WARGANEGARA YANG BAIK….
• BAYAR CUKAI
• PATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA
• SENTIASA MENYOKONG DAN MENYAMBUT BAIK DASAR KERAJAAN
• TIDAK MENGUTUK ATAU MERENDAH-RENDAHKAN NEGARA
• MENJAGA KEDAULATAN DAN IMEJ NEGARA….
RUKUN NEGARA …PANDUAN RAKYAT
MALAYSIA

Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
• Memelihara cara hidup demokratik.
• Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara
adil dan saksama.
• Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-
masing.
• Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.
UNIT 2: BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI
• KEJAYAAN KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU..

• KOTA KINABALU: Kolej Vokasional Keningau (KVK) terus melakar sejarah tersendiri di
samping mengharumkan nama negara apabila meraih empat pingat termasuk satu emas pada
pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta Harta Intelek Antarabangsa
(IPITEX) di Bangkok, Thailand.Pertandingan yang berakhir semalam itu menyaksikan KVK
memenangi pingat emas bagi inovasi ‘Zombie Challenge Series’ yang menjadi aktiviti
pembelajaran menggunakan konsep gamifikasi digabungkan dengan tema ‘zombie’.Perekanya,
Mohd Sirhajwan Idek, yang juga ketua pasukan KVK ke pertandingan itu, berkata kejayaan
berkenaan menyusuli pencapaian cemerlang KVK tahun lalu yang menyaksikannya membawa
pulang tujuh pingat pada pertandingan inovasi di Korea Selatan dan Indonesia.KVK diwakili tiga
guru dan empat pelajar yang menyertai empat kategori pada pertandingan di Pusat Dagangan dan
Pameran Antarabangsa Bangkok bermula Sabtu lalu, katanya kepada BERNAMA, hari ini.
UNIT 3: PERMATA DI PELIMBAHAN
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
KITAR SEMULA ……INDUSTRI,,
UNIT 5: PAHLAWANKU….
LEFTENAN ADNAN….
• Adnan bin Saidi (Jawi:‫يدي‬C‫ س‬C‫ن‬CC‫دنان ب‬C‫ ; ع‬lahir 1915 – meninggal 14 Februari
1942)[1] atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang
anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang
bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap
oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk
tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama
beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV).
UNIT 6: SIMBOL KEDAULATAN NEGARA
• Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi
menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera
 bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baharu.
• Bagi tujuan itu, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baharu pada tahun 1949. Pertandingan
peringkat kebangsaan telah ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan dan mendapat 373 penyertaan dari karyawan seluruh negara.
Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baharu bagi Persekutuan
Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.[
• Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-
tiga rekabentuk tersebut.[7] Keputusan akhir pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail[8] telah disiarkan
pada 29 November 1949 di mana ia menunjukkan majoriti pengundi telah memilih rekaan bendera ketiga ciptaan 
Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan dari Johor.
• Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri di dalam
pepenjuru berwarna merah. Reka bentuk ini adalah kacukan antara bendera Johor iaitu negeri asal Mohamed dan bendera
Kerajaan Majapahit.
• Walau bagaimanapun, rekaan ini perlu diubah suai beberapa kali terdahulu. Salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, 
Dato' Onn bin Jaafar telah ke Johor untuk bertemu dengan Mohamed bagi membincangkan pengubahsuaian tersebut.
Pertama ialah bintang pecah lima pada kanton bendera, yang mana Dato' Onn telah mencadangkan agar diubah kepada
bintang pecah sebelas. Hal ini memandangkan Tanah Melayu sedang aktif menentang pengganas komunis di serata
negara, dan bintang pecah lima adalah mirip simbol yang digunakan pihak komunis pada ketika itu. Kedua, perubahan
terhadap warna jalur dan warna kanton telah dicadangkan, agar ditukar antara kedua-duanya, maka kantonnya berwarna
biru dan jalurnya berwarna merah dan putih. Perubahan ketiga adalah hasil titah cadangan Sultan Badlishah ibni al-Marhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah pada ketika itu. Baginda mencadangkan agar warna putih bulan dan
bintang itu diubah kepada warna kuning iaitu warna diraja.
• Setelah Mohamed bersetuju dengan pengubahsuaian tersebut dan mengemukakan reka bentuk terpinda, reka bentuk
tersebut telah diteliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis
Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti
berikut:
• Reka bentuk bendera terubah suai itu juga mendapat kelulusan Raja George VI
 pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut
yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di
perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
UNIT 7: PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai