Anda di halaman 1dari 16

28

Nama Pelajar Nama Guru Hj Rosland Mohd Yusof


Subjek Bahasa Malaysia Ting 5 No Telefon 012-7800086
Topik Karangan Subtopik 2 Teknik Huraian isi

KARANGAN BAHAGIAN B – 70 MARKAH

KARANGAN MENGIKUT DOMAIN

1. KARANGAN DOMAIN DIRI

2. KARANGAN DOMAIN KELUARGA

3. KARANGAN DOMAIN REMAJA


Tajuk :
4. KARANGAN DOMAIN MASYARAKAT

5. KARANGAN DOMAIN NEGARA

6. KARANGAN DOMAIN DUNIA

Anda dikehendaki menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 350 patah
perkataan hingga 500 patah perkataan

1
Tajuk Karangan KSSM SPM

Sifat penyayang tidak boleh diwarisi, tetapi boleh


dipupuk dan dibaja dalam jiwa insan sejak kecil.
Semua ini mengingatkan kita betapa kehidupan
manusia harus dibina dan diasaskan atas rasa kasih
sayang. Sifat ini adalah sifat sejagat, sangat mulia
dan harus menjadi sandaran hidup. Sifat penyayang
menjadi tali yang mengikat nilai keinsanan dalam
menjalani kehidupan dengan orang sekeliling kita
dan masyarakat memainkan peranan penting
untuk memupuk sifat penyayang.

Berita Harian 13 Mei 2020

Petikan akhbar dan grafik di atas menunjukkan bahawa kasih sayang merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Masyarakat memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat
penyayang.
Huraikan peranan masyarakat dalam memupuk nilai kasih sayang.

Teknik huraian isi 3 persoalan

Anda bertanya 3 soalan pada 3 tempat

a. Sebelum isi

b. Selepas isi

c. Penegasan isi

2
a) Pengenalan Jenis Slogan ( JATPA)

1. “Masyarakat Penyayang, Negara Sejahtera,” begitulah bunyi


laungan slogan yang sering kedengaran melalui corong-corong
radio dan kaca-kaca televisyen yang mengambarkan betapa
pentingnya pembentukan masyarakat penyayang dalam
konteks masyarakat Malaysia.
2. Antara cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya penyayang.
Masyarakat penyayang merujuk kepada kelompok
masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati,
berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa,
menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih
dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap
mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
Sayangnya dan malang sekali, nilai-nilai masyarakat
penyayang sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan
sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing dan sikap tidak peduli yang semakin
menebal.
Fenomena inilah yang merupakan salah satu daripada punca
berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang
dihidangkan oleh media massa setiap hari.
Malah saban hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian
penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang
berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja
lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan
bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap
lapisan individu dalam masyarakat.
3. Persoalannya, apakah peranan masyarakat dalam melahirkan
masyarakat penyayang ? Bagaimanakah masyarakat dapat
memainkan peranan mereka secara efisien ?
4. Oleh itu, sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota
masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status
harus memainkan peranan masing-masing untuk melahirkan
masyarakat penyayang.

b) Isi Karangan
Fikir-fikirkan, apakah peranan masyarakat dalam pembentukan
masyarakat penyayang? Sebagai meneruskan untaian idea saya
yang pertama, peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap
individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama yang
mantap dan utuh. ( Isi 1 )

3
• Persoalannya, bagaimanakah agama dapat menjadi elemen
penting dalam pembentukan masyarakat penyayang ?
• Pembentukan sebuah masyarakat adalah sama seperti
membina sebuah bangunan yakni dalam pembinaan
bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu
jugalah dengan pembentukan masyarakat yang mesti
dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama.
• Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mengajar
umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang
kepada Tuhan Masa Pencipta, kasih sayang sesama manusia
dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka bumi ini.
• Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan
keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki
senipis kulit bawang.
• Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti
kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan
kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes
pembunuhan, perogolan, penindasan dan sebagainya.
• Sejajar dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat
mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat
dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
• Lebih-lebih lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat
dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah mulai
membenih dalam jiwa masyarakat kita.
• Jelaslah bahawa bukankah didikan agama yang mantap
mampu melahirkan masyarakat yang penyayang ?

Marilah kita fikirkan sejenak, apakah peranan masyarakat ke arah


melahirkan masyarakat penyayang ? Lensa perbincangan
seterusnya, antara peranan masyarakat yang lain adalah ibu bapa
menjadi suri teladan. ( Isi 2)

• Bagaimanakah suri teladan yang dipamerkan oleh ibu bapa


mampu membentuk masyarakat penyayang ?
• Dalam hal ini, ibu bapalah memainkan peranan utama kerana
setiap insan di muka bumi ini dilahirkan oleh ibu bapa.
• Jika setiap ibu bapa memainkan peranan masing-masing
dalam pembentukan masyarakat penyayang dan
penggabungan kesemua anak di Malaysia maka sudah pasti
kita mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang.
• Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada
anak-anak bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’ yakni
pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu
bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti
oleh anak mereka.

4
• Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih
sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang
membesar tidak akan berasa kekurangan kasih sayang.
• Akhirnya, terbentuklah masyarakat yang penyayang yang lahir
daripada insititusi keluarga yang penyayang.
• Tegasnya, bukankah ibu bapa memainkan peranan mereka
untuk melahirkan masyarakat yang penyayang ?

Marilah kita berfikir sejenak, apakah peranan masyarat


seterusnya dalam melahirkan masyarakat penyayang ? Fokus
perbincangan seterusnya, pihak sekolah juga haruslah memikul
obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. ( Isi 3)

• Persoalannya, bagaimanakah sekolah dapat memainkan


peranan dalam pembentukan masyarakat penyayang ?
• Sekolah merupakan salah satu unit terkecil dalam masyarakat
dan merupakan salah satu ejen yang penting dalam
membentuk masyarakat yang penyayang.
• Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan
sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka.
• Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan
seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar.
• Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya
mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam
subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-
nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar
waktu dua subjek tersebut.
• Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para
pelajar sejak mereka kecil lagi bpersis kata peribahasa
Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
• Dengan ini, para pelajar dapat membesar dengan
persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian
untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat
direalisasikan.
• Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal
insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan.
• Tegasnya, bukankah masyarakat pendidik mampu untuk
melahirkan masyarakat penyayang ?

Kita wajar bertanya, apakah peranan masyarakat yang mampu


melahirkan masyarakat penyayang ? Sebagai lontaran dan
kupasan idea seteruanya, peranan masyarakat yang seterusnya
ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu diperbanyakkan. ( isi
4)

5
• Bagaimanakah aktiviti kemasyarakatn mampu melahirkan
masyarakat penyayang ?
• Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap
anggota masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara
untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan persis kata orang
tua-tua, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”.
• Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui
amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-
aktiviti tersebut.
• Sebagai tamsilannya, amalan rumah terbuka akan
menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga,
saudara-mara dan rumah-rumah kebajikan pada hari-hari
perayaan.
• Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti
gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah
diperbanyakkan.
• Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping
memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu
dan menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak
berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing.
• Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat
dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni
dan bertaraf kelas pertama.
• Justeru, bukankah penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat merupakan antara elemen yang penting bagi
melahirkan masyarakat penyayang.

Persoalan seterusnya ialah apakah peranan masyarakat yang


dapat membentuk masyarakat penyayang ? Jika ditinjau dari skop
yang lebih luas, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan
melalui kempen kesedaran yang efektif. ( isi 5)
• Persoalannya, sejauh manakah kempen-kempen yang
digerakkan mampu melahirkan masyarakat penyayang ?
• Media massa merupakan salah satu entiti penting yang
digerakkan oleh ahli masyarakat.
• Sebagai ahli masyarakat yang menjadi penggerak media
massa, mereka akan menjadikan wadah dan wahana untuk
menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan amalan
penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita.
• Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada
anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan
pelaksanaan kempen ‘Keluarga Bahagia’, ‘Penerapan Nilai-
nilai Murni’ dan ‘Cintai Sungai Kita’ untuk menerapkan budaya
penyayang dalam kalangan masyarakat kita.

6
• Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan
bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam.
• Sehubungan dengan itu, masyarakat akan menyedari
kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan
bermasyarakat.
• Sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan
orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap
prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini.
• Izharlah, bukankah media dapat membentuk masyarakat
yang penyayang ?

c) Kesimpulan
• Sebagai rumusan dan kesimpulan perbincangan di atas
• setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting
untuk melahirkan masyarakat yang penyayang kerana kasih
sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri
manusia yang menjamin kesejahteraan masyarakat.
• Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya
mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma
bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang
dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja
untuk menjayakan matlamat ini kerana bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi.
• Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk
melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan
bersifat suka menbantu orang lain.
• Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling
membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati,
yang muda disayangi.
• Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi
sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek
kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang.
• Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada
dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai
masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.

7
Tajuk Karangan KSSM SPM

Remaja hari ini adalah tonggak dan harapan


generasi akan datang.Bidang pendidikan
adalah satu pelaburan yang amat berharga
buat remaja dan para pelajar. Masalah
gejala sosial di Malaysia tidak boleh
dipandang sepi. Hari demi hari, gejala ini
semakin serius merebak, melarat, malah
sudah menjadi lumrah dalam dunia masa
kini. Perlu ditegaskan bahawa
permasalahan ini tidak boleh dipandang
ringan dan ibu bapa memainkan peranan
penting dalam membendung gejala sosial
remaja.

Rencana Pengarang Harian Metro 20 Mei


2020

Petikan akhbar dan grafik di atas menunjukkan penglibatan remaja dalam gejala sosial di
negara kita. Penglibatan remaja dalam pelbagai masalah sosial mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara.
Huraikan peranan ibu bapa untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja.

• Pengenalan Jenis Slogan (JATPA)

• 1.Remaja sering kali dikaitkan dengan istilah-istilah


seperti " tiang seri negara", "pelapis bangsa",
"penggerak wawasan" dan "penggerak harapan
bangsa", begitulah pelbagai kata keramat dan gelaran
dilontarkan kepada pemuda dan pemudi yang
bertanggungjawab untuk menterjemahkan matlamat
menjadi sebuah negara maju.
• 2.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan
teknologi, remaja yang sedang meningkat usia, remaja
mula melibatkan diri dalam pelbagai kancah sosial.
Lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia, ibu bapa

8
pula sibuk mengejar kerjaya masing-masing untuk
melunaskan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak remaja mereka.
Namun begitu, segelintir ibu bapa menginginkan
kehidupan yang lebih mewah dan lama-kelamaan
bersikap materialistik hingga mereka sanggup bekerja
dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki demi
masa depan anak kesayangan mereka.
Oleh sebab itu, anak-anak remaja yang belum keras
ubun-ubunnya mula merebut peluang ini untuk
melakukan segala-galanya yang diminati oleh mereka.
Remaja yang masih hijau dengan pengalaman hidup
tentunya tidak dapat membezakan yang mana intan,
yang mana kaca mula menimbulkan pelbagai masalah
sosial untuk mendapatkan perhatian orang ramai.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah mengambil
inisiatif untuk melepaskan kerja-kerja yang berada di
tangan agar mereka dapat menumpukan perhatian
kepada anak-anak mereka khususnya ana-anak remaja
yang sedang membesar.
• 3.Pelbagai persoalan terus berlegar di minda kita
apabila berbicara tentang peranan ibu bapa dalam
membendung gejala sosial remaja. Persoalannya,
apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ? Apakah
selama ini mereka kurang memainkan peranan ?
• 4.Oleh itu, usaha yang drastik perlu dilakukan oleh itu
bapa untuk mengatasi masalah sosial remaja yang
sudah bersarang lama di negara kita ini.

• Isi karangan
Umum mengetahui bahawa langkah-langkah yang
bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil oleh ibu
bapa dalam membendung gejala sosial remaja dengan
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. (Isi 1)

• Persoalanya ialah adakah kasih sayang yang


dicurahkan oleh ibu bapa mampu membendung gejala
sosial dalam kalangan anak-anak remaja ?
• Remaja yang sedang meningkat usia akan melalui
anjakan paradigma dan perubahan emosi
menyebabkan golongan ini akan berasa sensitif
terhadap kritikan dan kata-kata orang lain.
• Kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa yang
tercinta dapat melahirkan remaja

9
yang berketerampilan seterusnya menjadi anak
bangsa yang mampu menjulang imej nusa tercinta kita
di pentas dunia.
• Ibu bapa yang mengemudi institusi keluarga
seyogianya mencurahkan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak.
• Memetik kata-kata Dr Hassan Ali,mantan Pengarah
Akademik Keluarga Bahagia Malaysia,beliau
menegaskan bahawa kesejahteraan hidup bermula di
rumah.
• Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit
ini,ibu bapa terlalu obses mengejar kebendaan hingga
kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya
kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak
remaja yang sedang tumbuh membesar sangat
mendambakan asih sayang daripada ibu bapa mereka.
• Lantaran itu,ibu bapa perlu menjalinkan hubungan
yang mesra dengan anak-anak agar mereka tidak
mengalami masalah ketandusan kasih sayang lalu
terjebak dalam kancah sosial seperti dadah
• Jadi kasih sayang menjadi penawar dalam
membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.
• Hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memberi kasih
sayang terhadap anak-anak mereka agar golongan
remaja ridak mendatangkan masalah sosial terhadap
negara.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa metodologi yang


lebih pragmatik perlu diimplementasikan oleh ibu bapa dalam
membendung gejala sosial anak-anak dengan memberi
didikan agama atau moral terhadap anak-anak. ( Isi 2)

• Adakah didikan agama menjadi elemen penting dalam


membendung gejala sosial remaja ?
• Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama yang
syumul kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata
pepatah Melayu yang tersohor melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
• Agama mampu menangani masalah kebejatan sosial
kerana agama menjadi benteng yang ampuh dan
perisai yang kuat agar remaja tidak terpengaruh
dengan bisikan syaitan durjana.
• Melalui didikan agama, remaja akan mempunyai jati
diri yang kukuh dan akhlak mulia agar jauh daripada

10
perlakuan negatif dan tidak bermoral.
• Didikan agama dan moral menjadi benteng kepada
remaja daripada terjebak dalam masalah sosial seperti
pergaulan bebas, minum minuman keras, dan
menghisap dadah.
• Rasullulah pernah bersabda anak-anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah,kedua-dua orang tuanya yang
menjadikan mereka majusi,Nasrani dan Yahudi.
• Didikan agama merupakan perisai yang ampuh untuk
memerangi gejala sosial.
• Lantaran itu,ibu bapa seharusnya membibitkan dan
mengindoktrinasikan ajaran agama seteguh Tembok
besar china kepada anak-anak remaja yang acap kali
tersasar laluan sehingga dihanyut oleh arus hedonisme
yang bercanggahan dengan ajaran agama Islam.
• Ibu bapa sewajarnya menanam nilai-nilai murni dan
ajaran agama di dalam kalbu anak-anak yang
dianalogikan berumur setahun jagung dan darah
setampuk pinang.
• Sebagai misalan,Rasullulah S.A.W pernah bersabda
"suruh dan perintahlah anakmu menunaikan solat
sejak umur tujuh tahun.
• Ungkapan keramat tersebut telah memanifestasikan
bahawa bersolat merupakan amalan yang mampu
menghalang anak-anak remaja daripada terjerumus
dengan gejala sosial.
• Amalan bersolat menguatkan keimanan dan
kekentalan jiwa anak-anak untuk mengharungi
kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.
• Ingatlah,seribu mancis belum tentu dapat menerangi
kehidupan anda selama-lamanya,malah didikan agama
yang sempurna akan menerangi kehidupan remaja
sepanjang hayat.
• Oleh itu, ibu bapa perlulah membuka fikiran seluas
padang pasir dan hati seputih salju bahawa agama
mampu mengelakkan generasi muda daripada terus
tenggelam dalam kancah sosial masa kini.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa modus operandi lain


yang efisien dalam membendung gejala sosial remaja ialah ibu
bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak terutama anak
remaja. ( Isi 3)
• Adakah dengan menjadi role model maka ibu bapa
mampu menangani gejala sosial dalam kalangan anak
remaja ?

11
• Pemikir tersohor dan tokoh ilmuan yang disegani di
negara kita,Profesor Diraja Ungku Aziz pernah
mengatakan bahawa rumah merupakan universiti
pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan
profesor pertama bagi mereka.
• ibu bapa yang mengemudi, menakhodai dan
mentadbir mahligai kebahagian seyogianya menjadi
entiti mithali,karakter dan ikon yang syumul lagi
menyeluruh kepada anak anak seperti kata Ustazah
Siti Nur Bahiyah, pendakwah bebas yang tersohor ibu
bapa merupakan idola kepada anak-anak.
• Marilah kita ambil contoh,akhlak ibu bapa
yang mahmudah dan mazmumah akan diteladani dan
perilaku yang negatif akan diciplak habis-habisan oleh
anak-anak remaja yang baru berumur setahun jagung
dan darah setampuk pinang selari dengan peribahasa
melayu yang berbunyi bagaimana acuan,begitulah
kuihnya dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi.
• Misalnya,ibu bapa hendaklah menjadi contoh teladan
akhlak yang terbaik agar anak-anak dapat menjadikan
ibu bapa mereka sebagai role model.
• Dengan ini,ibu bapa menjadi jurutera dan pembentuk
jiwa dan raga kepada anak-anak remaja dalam
menjalani kehidupan masa depan yang penuh dengan
cabaran termasuk pergaulan bebas.
• Secara ringkasnya, jika ibu bapa menjadi suri teladan
yang sempurna kepada anak-anak maka anak-anak
remaja dapat menghindari gejala sosial.
• Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu
bapa perlulah menjadi contoh yang baik kepada anak-
anak kerana "air di tulang bumbungan, turunnya ke
cucur atap akhirnya".

Pendekatan dan mekanisme seterusnya dalam membendung


gejala sosial remaja ialah ibu bapa perlu memiliki kemahiran
keibubapaan. ( Isi 4)
• Persoalannya, apakah kemahiran keibubapaan yang
perlu dikuasai oleh ibu bapa apabila mereka
dikurniakan cahaya mata dan bagaimanakah
kemahiran ini dapat mengawal gejala sosial dalam
kalangan remaja ?
• Selepas berkahwin, pasangan suami isteri boleh

12
mengikuti kursus keibubapaan supaya mereka dapat
mempelajari kemahiran untuk menjadi seorang ibu
dan bapa yang baik bahkan pasangan yang baru
mendirikan rumah tanggaakan mampu memikul
tanggungjawab yang besar ini.
• Ibu bapa juga perlu mendengar masalah anak-anak dan
memberi cadangan penyelesaian yang sesuai, memberi
keperluan asas yang sempurna, membantu anak-anak
dalam pembelajaran, membawa mereka ke tempat
ibadat, mendidik mereka agar mengamalkan nilai
murni dalam kehidupan, mendorong mereka ke arah
kebaikan dan sentiasa memotivasikan anak-anak
dalam apa-apa yang dilakukan.
• Ibu bapa perlulah berfikiran matang dan mengambil
berat terhadap kebajikan anak-anak agar remaja tidak
lari dari rumah kerana tidak dapat bertahan dengan
kelakuan ibu bapa mereka.
• Kemahiran keibubapaan merupakan kemahiran asas
kepada insan yang bergelar ibu dan bapa.
• Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa
kemahiran keibubapaan memang dapat membendung
gejala sosial remaja daripada terus bermaharajalela.

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah prakarsa


bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak dan
keperluan asas mampu membendung gejala sosial remaja. ( Isi
5)

• Adakah apabila ibu bapa mengutamakan kebajikan


dan keperluan asas anak-anak remaja maka gejala
sosial mampu ditangani ?
• Dalam mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak
remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan
dan pemikiran yang jumud.
• Sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan
keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan
anak-anak mereka.
• Contohnya ialah tempat tinggal yang kondusif, pakaian
yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang
berkhasiat perlu disediakan bagi memastikan anak-
anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak
terlibat dalam gejala sosial.
• Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti
Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin
lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis
dadah

13
• Anak-anak perlu dilindungi haknya supaya membesar
dalam persekitaran yang selesa selari dengan laungan
slogan yang berbunyi “ Keluarga Sejahtera, Anak
Bahagia ”.
• Ibu bapa perlulah memberi wang saku yang
secukupnya agar anak-anak dapat membeli barang
yang berguna seperti alat tulis, buku-buku rujukan,
buku latihan, makanan di sekolah dan membayar wang
tuisyen serta tidak memboros wang tersebut.
• Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi
bersuluh bahawa tanggungjawab terhadap kebajikan
anak-anak mampu mengatasi masalah sosial remaja.

C) Kesimpulan
• Sebagai penutup wacana, saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai pendekatan dalam
menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.
• Remaja perlulah dididik dengan sabar kerana masih
lagi berfikiran seperti kanak-kanak dan sedang
membesar.
• Remaja perlulah diberi lebih perhatian agar mereka
akan dapat mengurangkan daripada bergaul dengan
rakan-rakan yang mempunyai masalah sosial.
• Remaja seyogialah mengelakkan daripada melakukan
perkara yang melanggar hukum-hukum agama dan
menjadi seorang yang berakhlak mulia.
• Ibu bapa perlulah menjadi orang pertama dalam
mempunyai hubungan paling dekat dengan remaja
kerana mereka lebih memahami kerenah anak-anak
mereka.
• Ingatlah wahai remaja, kedua-dua ibu bapa yang
bersusah payah membesarkan anda sejak kecil lagi dan
memberi asuhan yang terbaik kepada kami.
• Adakah anda sanggup melihat kedua-dua orang tua
sakit hati disebabkan oleh masalah yang anda
timbulkan?

14
Peribahasa Keluarga

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2. kerbau sekawan dapat dikawal, manusia seorang tiada terkawal.

3. Nasi sudah menjadi bubur.

4. Ukur baju di badan sendiri.

5. Genggam bara api biar sampai jadi arang

6. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

7. Ibarat mencurah air ke daun keladi

8. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong berciciran

9. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian.

10. Seperti Kacang lupakan kulit

11. Bagai kaca terhempas ke batu

12. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

13. Seperti anjing dengan kucing.

14. Gading mana yang tidak retak.

15. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

16. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

17. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

15
Slogan Keluarga

1. Kempen Semakin Hari Semakin Sayang

2. Rumahku Syurgaku

3. Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera

4. Kasih Sayang Asas Kesejahteraan Keluarga

5. Kasih Ibu Bagai lautan tidak bertepi

6. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

7. Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

8. Keluarga Bahagia Teras Pembangunan Ummah

9. Satu Hati Satu Famili

10. Hari Keluarga Teras Pembangunan Modal Insan Cemerlang

11. Keluarga Bahagia Hidup Ceria

12. Keluarga Muafakat Pencetus Kesejahteraan Ummah

13. Seuntai Kasih, Sejambak Rasa, Selautan Sayang

Hak Cipta Terpelihara

16

Anda mungkin juga menyukai