Anda di halaman 1dari 17

SET 4

Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa
dalam melahirkan generasi berilmu dan kepentingan memiliki ilmu. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk
melahirkan generasi muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini anak perlu dididik tentang
kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada
seindah pelangi atau semalap hitam masa depan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa
pentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berilmu.
Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan generasi
berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana,
anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan dengan itu, rumah
menjadi sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya
menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut.
Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat menerima pengajaran ibu bapa dengan hati
yang terbuka.
Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda
yang berilmu harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. Hal ini demikian kerana, anak-anak
dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang baharu memandangkan ilmu
boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan wujudnya sudut bacaan, anak-
anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah. Anak-anak juga
boleh mengisi masa senggang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan
anak-anak.
Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan
tongkat. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak
buku dan bahan bacaan yang berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini
dapat meningkatkan kegemaran anak untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang
anak mendapat buku yang berkualiti di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan seperti pertandingan
menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa hal ini
dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat pelbagai pengalaman yang
berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan
dalam pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam
melahirkan generasi berilmu semua pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan
pembangunan negara yang dibentuk.

1
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ibu Bapa Mewariskan Generasi Ilmu’
Oleh Sharneyshaa Subramani,
Dewan Siswa, Jun 2013
Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata masa senggang? [2 markah]

(ii) Pengarang telah mengemukakan beberapa kesan apabila ibu bapa


menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan berbahasa.
Nyatakan dua kesan. [3 markah]

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah
untuk melahirkan generasi berilmu.

[4 markah]

2
Soalan 2(b)- Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.
CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah
baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar
rasanya.
CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di
Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina
dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan
kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model
dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

3
AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat
patriotik
dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat
perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk
Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Program Latihan Khidmat Negara berbeza daripada program-program biasa yang lain.
Nyatakan perbezaan-perbezaan tersebut.
[ 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, selain mengadakan kempen apakah cara-cara yang boleh
dilakukan untuk menarik minat remaja menyertai PLKN?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat
lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah]

Soalan 2 (d) – Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima


laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman- sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara-perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar yang paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak


menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat- nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia- seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya

TUAH SAUJANA
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Mengapakah masyarakat agak sukar menganggap Hang Jebat sebagai
pengkhianat?
[2m]
(ii) Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa
membuat penilaian terhadap jasa seseorang?
[3m]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4m]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) barisan pelapis


(ii) golongan sasaran
(iii) kumpulan pemikir
(iv) pihak berwajib
(v) rakan sejawat
(vi) teman sepermainan
[ 6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat penyata berhuruf condong di bawah, bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya.

(i) Encik Ali berjanji untuk berjumpa dengan anaknya selepas habis waktu pejabat.
(ii) Keadaan kesihatan jiran saya semakin pulih selepas menjalani pembedahan
jantung pada dua bulan lepas
(iii) Semua kenderaan bergerak perlahan kerana kerja-kerja pembaikan jalan
sedang dilakukan oleh pihak kontraktor.
(iv) Doktor menyarankan orang ramai agar meminum banyak air sewaktu musim
panas untuk mengelakkan kejadian strok haba.
(v) Sebanyak 30 buah tukun tiruan telah diturunkan ke dasar laut untuk dijadikan
habitat pembiakan ikan
(vi) Pameran robotik peringkat antarabangsa akan diadakan di bandar raya Ipoh
pada tahun hadapan.
[ 6 markah ]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan dari segi imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembinaan hotel yang menepati piawan antarabangsa dapat meningkat taraf
pelancongan negara kita setara dengan negara-negara luar.
(ii) Penetapan jumlah bayaran bagi program kecemerlangan SPM sekolah itu telah
terdapat persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Agong PIBG
(iii) Kepelbagaian corak dan warna tekstail dapat membantu pengusaha butik
menggubah perekaan fesyen mereka
[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat dibawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Persekitaran landskap sekolah yang indah dapat menggerakkan kehadiran


murid di sekolah.
(ii) Sistem pengaliran yang baik atau pembajaan yang berjadual menjamin kebaikan
sesuatu tanaman ladang.
(iii) Kecekapan pengawal lalu lintas udara di menara udara kawalan dapat
memastikan kebolehan pendaratan dan pelepasan kapal terbang.
[ 6 markah ]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Setelah pihak majlis daerah menurunkan kadar lesen perniagaan di kawasan itu,
jumlah peniaga kecil semakin bertambah sehingga kawasan baharu terpaksa
dibuka.

(ii) Azim seorang murid yang mudah mengingati semua perkara yang diajar oleh
gurunya walaupun dia baru pertama kali mengikuti pelajaran tersebut .

(iii) Razak tidak menduga bahawa kajian lapangan yang dibuatnya untuk
mendapatkan kelulusan peringkat ijazah pertama telah dicadangkan untuk
dinilai pada peringkat sarjana.
Soalan 4 : Novel
(15 markah )

4(a) Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah
pengajaran tentang simpati.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati dalam


sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

4 (b) Huraikan satu perwatakan bagi setiap watak sampingan yang terdapat dalam jadual di
bawah:

Novel Watak

Songket Berbenang Emas Embong

Jendela Menghadap Jalan Haji Abdul Rahman (Datuk)

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN Modul -4
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu pada
masa ini. (2m)
Rumusan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu
dan kepentingan memiliki ilmu. (2m)

Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu.(1m)


ISI TERSURAT – Peranan ibu bapa
1. Mendidik anak tentang kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil. (2m).

2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. (2m)

3. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak. (2m)

4. Ibu bapa harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. (2m)

5. Ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah. (2m)

6. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali. (2m)

7. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti.

(2m)
8. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan. (2m)

ISI TERSIRAT – Kepentingan ilmu


1. Lulus cemerlang dalam peperiksaan (2m)

2. Memiliki jati diri yang kukuh (2m

3. Melahirkan bakal pemimpin berwibawa/berilmu (2m)

4. Dihormati oleh masyarakat (2m)

5. Mudah mendapat pekerjaan (2m)

6. Mengharumkan nama keluarga (2m)


KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah berusaha melahirkan generasi berilmu agar anak-anak berjaya
dalam kehidupan. (2m)

1
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah berusaha melahirkan generasi berilmu agar anak-anak berjaya
dalam kehidupan. (2m)

2a. Pemahaman –Petikan Umum


i Maksud masa senggang
- waktu lapang/ terluang (2 markah)
- masa lapang/ terluang (1 markah)
- waktu senggang (1 markah)

ii Kesan
1. Dapat mencungkil bakat

2. Dapat pelbagai pengalaman yang berguna

3. Dapat melahirkan bakal pemimpin yang

berbakat (Dua isi cukup – 3 markah)


iii Langkah
1. Mempelbagaikan aktiviti menarik seperti kem motivasi + huraian

2. Memantapkan program NILAM supaya pelajar minat membaca

3. Memastikan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

4. Meningkatkan disiplin pelajar ketika sesi PdP

5. Masalah ponteng dalam kalangan pelajar ditangani dengan segera.

2
2b. Petikan Cerpen
(i) Sebab PLKN berbeza
- Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga [1m]
- Tidak mengikut mana-mana model dari negara luar [1m]
- Dilaksanaan menurut cara Malaysia [1m]

(ii) Cara menarik minat remaja menyertai PLKN


- Menggubal modul latihan yang sesuai dengan jiwa remaja
- Menaikkan elaun latihan
- Menaik taraf Kem PLKN dengan pelbagai kemudahan
- Tempoh menyertai PLKN dipendekkan
- Memberi pengiktirafan yang tinggi kepada pelatih-pelatih yang berjaya
menamatkan kursus.
2 isi cukup
3 markah

(iii) Latar masyarakat dalam petikan


-Masyarakat yang bersemangat patriotik. Murid-murid tidak sabar mengikuti program
PLKN dan berkhidmat untuk negara.
[1+1]
-Masyarakat yang bersifat ingin tahu. Murid-murid ingin mendapatkan maklumat lanjut
tentang program PLKN.
[1+1]

Maksimum 2 markah
Latar masyarakat lain
- Masyarakat yang tidak beradab. Aiman bersikap kasar terhadap Nek Sinah dan
memarahi Nek Sinah [1+1]
- Masyarakat yang sibuk dengan kerjaya. Khir Ghazali sentiasa sibuk dengan urusan
kerjanya. [1+1]
- Masyarakat yang hidup dalam kemewahan. Aiman hidup dalam kemewahan dan
sering dimanja oleh ibu dan bapanya. [1+1]
- Masyarakat yang tegas. Khir Ghazali bertegas tidak mahu memenuhi permintaan
Aiman untuk dikecualikan daripada menyertai kem PLKN. [1+1]
- Masyarakat yang terlalu memanjakan anak. Ibu Aiman terlalu memanjakan Aiman
sehingga sanggup meminta suaminya menuruti permintaan Aiman. [1+1]
Maksimum 2 markah]

3
2d. Pemahaman Sajak
(i) Hang Jebat
-Ketidakadilan berlaku terhadap diri Hang Jebat [1m]
-Hang Jebat mangsa kepada sifat dendam [1m]
-Rakyat menganggap Hang Jebat seorang yang mulia [1m]

Maksimum 2 markah

(ii) Perkara-perkara yang perlu diambil kira


- faedah-faedah jasa seseorang itu kepada masyarakat [1m]
- sejauh mana impak jasa seseorang itu terhadap negara [1m]
- kesan jangka pendek sumbangan jasa tersebut [1m]
- kesan jangka panjang sumbangan jasa tersebut [1m]
- perubahan-perubahan yang berlaku hasil sumbangan jasa [1m]
- penilaian dari semua sudut sama ada pro dan kontra [1m]

Maksimum 3 markah

(iii) Persoalan
- Peperangan membawa kesengsaraan hidup + huraian [1+1]
- Penghargaan terhadap jasa pahlawan + huraian [1+1]
- Perjuangan untuk menuntut keadilan+ huraian [1+1]
- Kesetiaan kepada pemimpin yang tidak berbelah bahagi+ huraian [1+1]
- Kekeliruan terhadap pahlawan yang sebenar + huraian [1+1]
Maksimum 4 markah

(Jawapan lain yang relevan diterima)

3. Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa


3a
- Remaja yang berkualiti merupakan barisan pelapis kepimpinan negara pada masa
hadapan
- Program motivasi itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan sasaran iaitu
remaja lepasan sekolah
- Profesor Azmi telah dilantik oleh pihak kerajaan sebagai seorang ahli dalam
kumpulan pemikir dasar-dasar ekonomi negara.
- Segala aduan tentang masalah pencemaran itu telah diambil tindakan oleh pihak
berwajib
- Seorang kakitangan kerajaan mestilah sentiasa menjaga nama baik rakan
sejawatnya.
- Walaupun sudah menjadi pegawai berpangkat tinggi, Ali tetap tidak melupakan Abu
yang merupakan teman sepermainannya sewaktu kecil dahulu.

3b
(ii) Bilakah Encik Ali berjanji untuk berjumpa dengan anaknya?
(iii) Bagaimanakah keadaan jiran awak selepas menjalani pmbedahan jantung pada dua
bulan lepas?
(iv) Mengapakah semua kenderaan bergerak perlahan?
(v) Apakah yang disarankan oleh doktor sewaktu musim panas untuk mengelakkan
kejadian strok haba
(vi) Berapakah jumlah tukun tiruan yang telah diturunkan ke dasar laut untuk dijadikan
habitat pembiakan ikan?
(vii) Di manakah pameran robotik akan diadakan pada tahun hadapan?

3c
(i ) Ejaan : piawan - piawaian
Imbuhan: meningkat – meningkatkan
(ii) Ejaan : Agong - Agung
Imbuhan : terdapat – mendapat
(iii) Ejaan : tekstail – tekstil
Imbuhan: perekaan –rekaan

3d
(i) kata atau istilah : menggerakkan – menggalakkan
Tatabahasa : di – ke
(ii) kata atau istilah : kebaikan – kesuburan
Tatabahasa : atau – dan
(iii) kata atau istilah : kebolehan- kelancaran
Tatabahasa : menara udara kawalan – menara kawalan udara
3e
(i) Bak cendawan tumbuh selepas hujan
(ii) Terang hati
(iii) Pucuk dicita ulam mendatang

4a. Peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati.

Novel Jendela Mengadap Jalan

1. Peristiwa Lili bersimpati dengan masalah Che Jah yang sering didera oleh
suaminya Seman apabila gagal menyerahkan wang kepada Seman.
Pengajaran :Kita hendaklah bersimpati dengan nasib individu yang menjadi mangsa
penderaan

2. Peristiwa Lili bersimpati dengan datuknya, Hj Abdul Rahman yang sering dihina dan
dipandang sepi oleh beberapa orang yang tidak percaya dengan perubatan
tradisional Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib pengamal
perubatan terdisional.

3. Peristiwa Lili bersimpati dengan nasib Haziq dan Rafiq yang menjadi
mangsa penderaan bapa mereka.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang bermasalah

4. Peristiwa Lili diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa Haziq cuba melepaskan diri
akibat dikejar oleh orang kampung.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan seseorang yang menjadi mangsa
jenayah

5. Peristiwa Kak Mimah berjumpa datuk untuk mendapatkan rawatan kakinya yang sakit.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan penderitaan individu yang
menghidap penyakit.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Dahlia bersimpati dengan ibunya yang mengalami penyakit hilang ingatan.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang menghidap penyakit.

2. Peristiwa Najib dan Kavitha bersimpati dengan kedaifan yang dialami oleh keluarga
Dahlia ketika mereka datang melawatnya di kampung
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan kesusahan orang lain.

3 Peristiwa Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya


untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh orang
lain.

4 Peristiwa Haji Sulaiman mengarahkan orang kampung membina rumah


Embong yang baharu setelah rumah yang asal dihanyutkan oleh banjir.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang yang ditimpa musibah
5 Peristiwa Hj Sulaiman menghubungi kakitangan Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital kerana bersimpati dengan Saleha yang sakit.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang menghidap penyakit

6 Peristiwa Nek Kiah bersimpati dengan Embong kerana rumahnya roboh akibat
banjir.
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang ditimpa musibah

7 Peristiwa Cikgu Hisyam meminta Kavitha membuat salinan nota untuk Dahlia
kerana bersimpati dengan Dahlia yang tidak dapat hadir ke sekolah
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang ditimpa masalah.

8 Peristiwa Bakar bersimpati dengan kakaknya Dahlia yang dicemuh oleh Aton di
surau
Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang yang dihina.

(4b) Perwatakan Watak Sampingan

Novel Jendela Menghadap Jalan – Haji Abdul Rahman

i) Seorang yang mahir


• Haji Abdul Rahman mahir dalam perubatan tradisional. Beliau merawat ibu Geetha iaitu
Letchumy dan ayah Danel iaitu William menggunakan kaedah rawatan herba dan
tradisional.

ii) Seorang yang taat pada agama


• Hj Abdul Rahman taat pada ajaran agama, contohnya beliau menjadi imam ketika
menunaikan sembahyang berjemaah bersama-sama Lili dan nenek

iii) Seorang yang suka membantu


• Haji Abdul Rahman sering membantu Seman. Dia juga membantu Rafiq dan Haziq yang
cedera dibelasah oleh penduduk kampung.

iv) Seorang yang berwibawa


• Menjadi tempat rujukan penduduk kampung apabila berhadapan dengan masalah.

v) Seorang yang gigih


• Haji Abdul Rahman gigih mempertahankan perubatan tradisional dan herba walaupun
pesakitnya semakin berkurangan

vi) Seorang berani


• Haji Abdul Rahman masuk ke dalam hutan seorang diri untuk mendapatkan bekalan herba.

vii) Seorang sabar


• Haji Abdul Rahman tidak melenting apabila orang ramai menuduhnya bersubahat dengan
Sugi menipu penduduk kampung.

Novel Songket Berbenang Emas - Embong

i) Seorang yang bertanggungjawab


• Embong menyara keluarga dengan menoreh getah di kebun getah di belakang rumah
pada waktu pagi manakala pada sebelah petang mengambil upah mengait buah kelapa
sawit di kebun penduduk kampung.

ii) Seorang yang berani


• Embong berani bergelut dengan ular sawa dan akhirnya berjaya membunuh ular
sawa tersebut dengan menggunakan sebatang buluh.

iii) Seorang yang sabar


• Embong tidak melenting apabila dituduh oleh Aton menjadi penyebab kematian anaknya Said.
Dia juga tidak melawan kata-kata ibu mentuanya yang menyakitkan hati.

iv) Seorang yang penyayang


• Ketika isterinya dirawat di hospital, Embong sering terkenang akan isterinya dan
mengingati kenangan ketika mereka bersama-sama.

v) Seorang yang mementingkan pendidikan


• Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah kerana dia ingin Dahlia berjaya
dalam peperiksaan STPM demi mengubah masa depan mereka sekeluarga.

vi) Seorang yang berpegang pada ajaran agama


• Embong dipatuk ular ketika mandi sebelum pergi menunai

Anda mungkin juga menyukai